Us ✔

De FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... Mais

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 72

498 34 16
De FaryoonaHana






"Kakak cepat lah! Isyaf nak aiskrim.." Skirt labuhku dicengkam. Kuat tangan kecil itu menarikku ke arah ice cream stall yang tak berapa jauh dari kami.

"Emir Isyraf, sabarlah. Jangan tarik kak Ika macam tu boleh tak?" Marah Izzah.

Edhan pula dah tergeleng melihat karenah Isyraf. Budak kecil yang satu ni buat perangai macam tak pernah masuk mall.

Langsung tak nak duduk diam!

Aku hanya tersenyum ringkas. Penat sebenarnya. Tapi layankan saja lah.

Mood aku sebenarnya tak berapa elok sekarang ni. Mungkin sebab period kot. Tambah pula dengan senggugut yang tiba-tiba saja menyerang.

Boleh pula waktu nak bayar kat kaunter tadi, bahagian bawah tu sakit . Nasib aku boleh cover lagi. Sekarang aku betul-betul nak balik cepat.

Sudah dua jam lebih kami di Tesco ni, beli barang dapur untuk masak. Bahan mentah kat rumah banyak yang dah habis. So, barang yang dibeli pun penuh juga la satu troli.

Asalnya nak keluar dengan Eiz dan Izzah je. Tapi yang lain tu mengada nak ikut sekali.

Maka terjadilah siblings out kat sini.

"Cepat cepat!" Isyraf melompat riang. Semakin laju langkahnya ke hadapan.

"Yeay yeay, beli aiskrim beli aiskrim."

"Ya Isyraf. Sabar.. Jangan lari." Pesanku sambil memerhati Isyraf.

Izzah dan Edhan terlebih dahulu meluru ke hadapan. Mengawasi Isyraf. Bimbang sekiranya dia akan pergi lebih jauh.

Haih, nasiblah ada diorang berdua.

Yang Isyraf ni pun satu. Terlebih makan gula ke yang jadi hyper sangat hari ni?

"Akak, akak tunggu je sini. Biar Izzah dengan Edhan je teman Isyraf." Edhan dan Izzah kemudian bergerak ke arah Isyraf yang sudah tercegat di hadapan peti aiskrim itu.

Aku hanya tersenyum nipis seraya menghembus nafas lega.

Akhirnya.. Bolehlah rehat kejap.

Oh by the way. Mesti korang tertanya-tanya kan Eiz pergi mana?

Dia singgah beli tealive. Craving katanya.

Aku berhenti memakir troli di tepi jalan sementara menunggu. Kawasan di sekitarku dipandang.

Tak ada kerusi ke kat sini? Aku nak duduk.

Buat kesekian kalinya, senggugut menyerang lagi. Aku tertunduk lantas terduduk. Sakit yang menyerang kali ni bukan biasa-biasa. Tangan kananku mencengkam kuat bahagian perut manakala tangan yang satu lagi mencengkam besi troli. Gigi diketap rapat menahan sakit.

Ya Allah, sakitnya!

"Hey, bidadari.."

Belum sempat aku menoleh ke belakang, ada satu tangan sudah memaut bahu aku.

"Kenapa ni?" Soal Eiz yang turut bercangkung di sebelah aku.

Soalannya aku biar sepi.

"Hey. Sakit ke?" Semakin rapat aku ditarik ke dalam dakapan.

"Eiz, sini public la." Aku mendengus perlahan. Lengan Eiz ditepis.

Telinga aku dapat menangkap Eiz yang mengeluh perlahan.

Dia bangun berdiri lalu meletakkan plastik tealive yang dibelinya ke dalam troli. Kemudian dia tunduk semula merapati aku. 

"Asal ni? Sakit perut ke?"

Pertanyaan Eiz tidak diendahkan.

"Kau boleh berdiri tak ni?"

Aku hanya menggeleng tanpa menjawab apa-apa. Bawah perutku terasa sakit yang amat. Sumpah, aku memang tak mampu langsung nak layan orang sekarang ni.

Siapa yang ada senggugut teruk, korang mesti faham aku kan?

"Nak aku dukung?"

Semakin bertambah kerutan di dahi aku membuatkan aku bertambah bengang.

"Kau ni tak tahu malu ke? Agak-agak lah. Gila." Balasku kasar.

"Habis tu? Nak duduk je kat sini?"

Aku diam dan buat tak tahu.

"Ke kau nak aku usung kau dalam troli? Aku pergi ambil troli satu lagi." Soal Eiz dengan wajah risau. Tiada nada gurau dalam katanya.

"Kau fikir kelakar ke?" Mataku mencerlung ke arahnya.

"Tak, aku serius sekarang ni. Muka kau pucat sangat-sangat. Kau tak boleh nak bangkit kan? Aku nak dukung, kau tak nak."

Aku melempar sebuah jelingan. Aku tak ada masa lah nak layan lawak bodoh kau Eiz.

"Kau kenapa sebenarnya ni, Ika? Salah makan ke?"

Bingit.

"Ataupun Ika, aku.."

"Kau boleh diam tak?! Aku tak ada mood tau sekarang ni. Kalau setakat nak buat lawak bodoh, pergi mampus lah."

Suasana tiba-tiba sunyi. Eiz seakan terpempam selepas mendengar kata-kata aku.

"Im not in the mood right now, please."

Dia hanya tersenyum nipis lalu mengangguk perlahan.

"Okay."

Eiz berdiri lalu menjauhi aku. Troli berdekatan aku ditolak kemudian dia terus berlalu pergi.

"Eh along nak pergi mana?" Izzah yang baru sahaja selesai membeli aiskrim datang bersama Isyraf di sebelah. Disusuli Edhan di belakang.

"Izzah, bawa Ika pergi kereta." Ujar Eiz tidak beriak. Tanpa menjawab soalan, laju sahaja dia beredar meninggalkan kami.

"Edhan, Isyraf, ikut along." Arah Eiz tegas. Edhan tanpa banyak cakap hanya menurut. Ditariknya Isyraf untuk jalan bersama.

Aku tertunduk seraya mengeluh kecil. Nafas dihela panjang, menyedari keterlanjuran aku tadi. Perasaan bersalah mula bersarang di hati.

Astaghfirullahalazim..

Ika, apa yang kau buat ni?

Izzah yang seakan mengerti dengan apa yang berlaku segera mendapatkan aku.

"Akak kenapa ni?"

"Senggugut." Jawabku sepatah.

"Lah, kenapa tak cakap awal-awal.. Sakit sangat ke? Boleh berdiri tak?"

Aku mencuba apa yang terdaya untuk membolehkan aku bangun. Syukur dengan bantuan Izzah, aku dapat berdiri.

Lenganku dipaut Izzah. Setapak demi setapak aku mula berjalan perlahan. Sakit masih terasa.

Mata-mata manusia yang melihat aku diabaikan. Mereka hairan tengok keadaan aku yang dah macam orang baru lepas beranak.

"Akak memang ada senggugut teruk ke?" Izzah menyoal lembut.

Aku hanya menggeleng sambil memejam mata. Bibir dikemam rapat, tidak termampu untuk menjawab.

Sakit.

"Okay, sorry sorry." Faham dengan keadaan aku, dia tidak lagi bertanya banyak. Izzah memimpin aku sehinggalah ke kereta.

Sepanjang perjalanan pulang, suasana di dalam kereta senyap dan tegang. Masing-masing diam terutamanya Eiz. Hanya bunyi radio saja yang memecah sunyi. Isyraf juga ada sekali-sekali mengeluarkan suara.

"Along tu poyo, tapi dia garang. Sekali dia naik angin, tak ada siapa berani tegur." Teringat aku akan kata-kata Izzah dulu.

Sekali lagi aku mengeluh perlahan.
Lantas aku menyandarkan kepala pada kerusi, memaksa diri untuk tidur.

Mata dipejam rapat, cuba untuk hadirkan rasa mengantuk. Namun malang, sakit senggugut ni mengatasi segalanya.

Kelopak mataku kembali dibuka perlahan dan aku membawa pandangan ke arah tempat pemandu.

Aku merenung wajah tegang Eiz yang sedang fokus pada pemanduan. Langsung tiada senyuman yang terpalit di wajahnya.

Sekali lagi, aku rasa bersalah.

Ya Allah, aku berdosa.

Tiba-tiba sahaja, mata Eiz dan aku bertembung melalui cermin pandang belakang.

Pantas aku melarikan pandangan dan menghala ke luar tingkap. Eiz pula hanya kekal selamba, berlagak biasa seperti tiada apa yang terjadi.




**********




"Tambah lagi, abang." Umi menolak mangkuk kaca yang berisi nasi putih itu.

Abah tanpa banyak bicara hanya mengangguk lalu menyuakan pinggan yang sudah kosong. Ini dah masuk kali ketiga abah tambah nasi.

Kian melebar senyum Umi. Laju sahaja tangan mencedok nasi untuk Abah.

Ya lah, siapa je tak seronok bila orang lalu makan masakan kita kan? Siap dengan tambah lagi.

Umi pun pandai jaga perut suami. Manalah abah tak sayang. Itu yang rumah tangga bahagia tu.

Umur empat puluhan pun sweet-sweet lagi.

Aku tersenyum nipis.

Tatkala orang lain sedang menjamu selera, tanganku pula sibuk menguis-guis nasi yang masih belum dijamah.

Tak lalu.

Otakku masih mengingati kelakuan aku pagi tadi.

Eiz masih dingin dengan aku. Sampai sahaja di rumah, dia terus angkut barang. Langsung tak mengeluarkan sepatah perkataan pun.

Dalam bilik pun, kami berdua hanya senyap dan buat hal sendiri. Masing-masing tak bertegur. Yang aku pun ego, tak pergi pujuk dia. Sedangkan memang terang-terang salah aku.

"Ika?"

Aku panggung kepala.

"Kenapa tu? Tak lalu ke?" Soal Umi. Satu meja pandang aku kecuali Eiz yang sedang makan di sebelah. Dia buat tak endah.

"Ke Umi masak tak sedap?"

Pantas aku menggeleng. "Eh tak, mana ada. Sedap je lah."

"Habis tu?"

Aku tersenyum ringkas. "Tak lalu lah Umi. Perut kembung."

"Kak Ika senggugut." Celah Izzah lalu meneguk air sirap di hadapannya.

"Lah, kenapa tak bagitahu? Risau umi tengok Ika tak nak makan. Ingatkan dah rindu masakan Mama kat rumah tu." Ujar Umi.

"Tak ada lah.."

"Sekarang still sakit lagi? Sapu minyak panas tak?"

"Dah, sapu dah tadi guna Fresh Care. Lepas tu Ika tidur. Sekarang dah okay la sikit."

"Ni satgi pergi bilik Umi ambil minyak angin. Minyak tu elok Umi pakai, panas. Cepat lega, hilang rasa sakit tu."

Aku mengangguk bersama senyuman nipis.

"Senggugut Ika teruk ke?"

"Sebelum ni biasa-biasa je. Tak tahulah tadi sakit sangat sampai tak boleh nak berjalan." Jelasku. Yang lain masih makan sambil mendengar perbualan aku dengan Umi.

"Umi." Semua beralih melihat Isyraf.

"Sesungut tu apa?"

Ketawa semua orang pecah. Nasib tak tersedak oii.

"Senggugut sayang."

"Seng-" Isyraf terhenti. Cuba untuk mengingati sebutan yang betul.

"Sengsu- sengsungut."

"Seng. Gu. Gut." Izzah mengajar.

Isyraf masih terkebil. Baginya amat sukar untuk menyebut perkataan itu. Kami yang lain hanya ketawa kecil.

Kecuali Eiz. Masih dengan muka beku dia.

"Ah, apa-apa je lah. Sensungut tu apa?"  Isyraf menoleh ke arah Umi.

"Isyraf tak payah tahu lah. Isyraf kecik lagi.." Balas Umi lembut. "Bila Isyraf dah besar nanti, Umi bagitahu."

Isyraf mencebik bibir. Ala, tak bestlah macam ni. Orang tanya tak nak jawab pula.

"Senggugut tu yang sakit waktu haid kan Umi?" Seloroh Edhan. Terbeliak Izzah di sebelah memandangnya.

"Uish, Edhan tahu mana ni? Siapa ajar?"

"Cikgu bagitahu. Sebab hari tu ada classmate Edhan pun senggugut. Semua orang tengok dia pelik tiba-tiba menjerit lepastu menangis." Jawabnya tanpa segan silu.

"Darjah 5 pun dah ada senggugut? Serious lah?" Izzah terlopong.

"Mana lah Edhan tahu. Cikgu yang kata."

"Kesiannya. Awal-awal lagi dah senggugut. Standard orang yang dah period lama ni baru nak ada." Umi menyambung.

"Tu lah. Izzah pun tak pernah lagi senggugut. Tapi Izzah fahamlah rasa sakit tu, sebab kawan-kawan Izzah belambak sangat dah yang sakit macam kak Ika ni. Sampai tak boleh berjalan lah apa. Yang lagi teruk pun ada."

"Dasyhat eh Edhan. Along pun tak tahu, Edhan yang darjah 5 dah tahu." Izzah tergelak.

Aku jeda seketika.

Eiz tak tahu senggugut tu apa?

Like seriously??

"Along lalu makan ek hari ni? Senyap je Umi tengok." Tegur Umi bersahaja.

Aku merenung Eiz dengan ekor mata. Dia masih dengan riak kosong dan tak berperasaan tu.

Umi tak tahu yang kitorang gaduh.

"Dah Umi masak sedap." Dia tersenyum nipis.

"Habis tu yang kak Ika punya macam mana? Banyak lagi tu. Takkan nak buang?" Izzah memandang aku dan Eiz silih berganti.

"Tak apa, akak ma-"

Pingganku tiba-tiba ditarik oleh orang sebelah membuatkan aku turut menoleh ke arahnya.

Nasi di dalam pingganku dituang dan dikais ke pinggannya. Kemudian dia menambah lagi lauk yang terhidang dan dengan sekali lafaz bismillah, nasi selamat disumbat ke dalam mulut seorang Eiz.

Aku tercengang.

Izzah menarik senyum sinis lalu ketawa kecil. Sempat dia mengenyit mata apabila aku melihat ke arahnya.

Sengaja tau dia ni!

Izzah tahu je yang hubungan aku dan Eiz tengah tak elok. Ada sahaja cara dia tu nak usik aku dengan Eiz supaya berbaik semula.





*******





Aku menutup pintu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. Aku baru saja lepas dari berjumpa dengan Umi. Ambil minyak angin.

Sebenarnya, bukan setakat ambil minyak angin je. Umi siap tolong sapu dan urutkan lagi. Sempat juga aku bersembang beberapa hal dengan Umi di biliknya.

Aku menghela nafas perlahan.

Panjang tengkuk aku menjenguk keadaan sekeliling di dalam bilik. Mata meliar segenap penjuru. Senyap je. Dalam bilik air pun tiada sebarang petanda yang ada orang di dalamnya.

Mana Eiz?

Agaknya mesti Eiz terasa sangat dengan aku sampaikan tak nak tidur sebilik. Dia masih marahkan aku. Dia tak nak tengok muka aku.

Hati aku semakin diselubungi rasa bersalah atau sebenarnya lebih kepada rasa berdosa.

Tiba-tiba, telefon pintarku yang terletak di atas meja tulis bergetar. Menandakan ada notifikasi masuk.

Aku bergerak ke meja tulis lalu melihat mesej yang tertera di skrin.

Whatsapp • Messages from Prince Charming • 2 sec ago
-keluar jap. Kt kolam ikan, right now

Kening dijongket lalu aku menggigit bawah bibir. 

Dia nak jumpa buat apa? Dia nak marah aku ke? Nak pergi tapi macam takutlah pula.

Aku berfikir panjang.

Tak, kau tak boleh macam ni Ika. Kau kena pergi minta maaf.

Segera aku lock  semula telefon lalu mencapai tudung sarung. Aku bergegas turun ke luar. Sebaik sahaja aku menyarungkan selipar, aku terus mencari figura lelaki itu di kolam ikan di hadapan rumah.

Bibirku perlahan menarik senyum kecil apabila terlihat Eiz yang sedang berdiri sambil mendongak ke langit. Buat seketika, aku turut juga memandang ke atas.

Senyumku kian melebar.

Tenang dan mengagumkan. Sungguh, ciptaan Allah tak pernah mengecewakan.

Dalam hati aku mengakui, sepanjang aku mengenali Eiz, kami berdua mempunyai banyak persamaan.

Aku dan dia handal dalam seni mempertahankan diri. Namun Eiz hanya menggunakan kelebihan itu pada waktu-waktu tertentu, bukan macam aku.

Eiz suka bola tampar, aku pun suka. Eiz suka buat aktiviti lasak, aku pun suka juga. Eiz baik, aku pun baik.

Eh

Terpuji diri sendiri pula.

Tapi yang paling aku tak sangka, tabiatku yang satu itu juga sama seperti Eiz. Suatu tabiat yang seringku lakukan sejak kecil sehingga kini.

Tengok bintang

Aku suka tengok bintang malam-malam dan dia juga begitu. Aku ingatkan dia sengaja nak tiru aku, tapi sebenarnya tak. Dia memang suka bersendiri sambil melihat langit pada waktu malam. Buktinya, aku pernah tanya Edhan dan Izzah.

Aku melangkah perlahan menghampirinya. Eiz berpaling ke belakang apabila terasa kehadiran seseorang.

Dia senyum ringkas.

Aku membalas senyum itu. Awkward. Kini aku sudah betul-betul di sebelah dia.

Kami berdua diam buat seketika. Tidak lama selepas itu, aku tertunduk apabila terasa seperti sesuatu menyentuh tanganku.

Eiz mencapai tanganku lalu aku ditarik supaya bertentang dengannya. Kepalaku dilangut sedikit agar dapat melihat matanya. Dalam anak matanya menikam pandangan mataku.

"Sakit lagi ke perut tu?" Soalnya lembut.

"Sikit."

Eiz tersenyum kecil seraya menundukkan wajah. Aku dapat mendengar dia menghela nafas panjang sebelum dia kembali mendongak, menatap sepasang mata milikku.

"Im sorry."

Mataku mula berair.

"Aku tak tahu yang kau senggugut and sorry sebab buat kau bertambah sakit. Aku betul-betul tak tahu pasal tu sebelum ni." Ujar Eiz bersahaja.

Mataku yang berkaca sejak tadi akhirya menumpahkan jua sebutir mutiara.

Kenapa dia yang perlu minta maaf? Semuanya salah aku. Aku yang mulakan dulu, bukan dia.

"Hey, kenapa ni?" Eiz menjongket kening melihat aku yang dah banjir.

"Aku yang salah kenapa kau yang minta maaf?" Aku keraskan suara, untuk menutup rasa sebak.

Eiz tergelak kecil.

Dia ni memang tau! Suka gelakkan aku bila aku nangis.

"Kenapa gelak?! Aku tanya betul-betul ni."

Eiz mengukir senyum tipis. Setiap inci wajahku ditilik lalu ibu jarinya naik menyeka air mata aku.

"Sebab aku sayang kau."

Apa yang aku mampu lakukan saat ini adalah tergamam. Ya, aku terkesima dan tak berdaya nak membalas kata-katanya.

"Kau tak ada salah pun lah dengan aku, aku faham. Kau emosi."

"Tapi aku dah buat kau terasa hati. Aku tinggi suara, aku cakap kasar, aku marah kau, aku.."

"Dah la, Ika. Lupakan je pasal tu." Laju Eiz memotong.

"Aku ingatkan kau nak buat lawak bodoh. Aku bengang la. Manalah aku tahu yang kau betul-betul maksudkannya." Ujarku sambil tertunduk.

Eiz senyum segaris. "Kau nak tahu tak Ika.."

"Sepanjang aku membesar, Umi lah isteri paling taat dengan suami yang pernah aku kenal dan abah adalah lelaki yang paling baik aku pernah tahu. Walaupun sebenarnya abah memang garang." Terselit ketawa di hujung.

"Umi sebenarnya tak kuat. Badan umi lemah, sebab tu kalau kau perasan umi selalu sakit belakang dan lenguh-lenguh badan. Aku ingat lagi waktu aku kecil-kecil dulu, rasanya time tu aku baru enam tahun. Waktu tu Umi tengah mengandungkan Edhan. Kitorang satu family tengah shopping beli baju raya. Tiba-tiba je Umi menangis cakap sakit badan dan langsung tak boleh nak berjalan. Muka Umi pucat sangat waktu tu." 

"And till now aku boleh bayang macam mana Abah angkat Umi, usung masuk dalam troli dan bawa sampai ke kereta. Then kitorang terus pergi hospital. Sebab tak ada cara lain dah. Umi memang tak boleh nak buat apa-apa langsung waktu tu. Aku dengan Izzah time tu tercengang gila."

"Umi dah nak beranak ke waktu tu?" Celahku.

"Tak. Umi jadi kejang urat. Macam mana tah, aku tak berapa tahu. Biasalah orang mengandung kan sakit macam-macam. Sebab badan Umi lemah sangat, tu yang Umi mudah jatuh sakit."

"Abah lah role model aku. Aku nak jadi macam abah yang sangat sayangkan isterinya dan aku juga sangat sayangkan Umi. Mereka nyawa aku Ika. Aku tak boleh bayang hidup tanpa diorang." Eiz tersenyum kelat.

"Sebab aku nampak kau pucat sangat tadi, thats why  aku nak cuba buat benda yang sama." Eiz memandang ke arahku.

"Aku minta maaf." Ucapku perlahan. Perasaan bersalah makin bertangkai dalam hati.

Berdosanya aku.

Aku tengking dan biadab dengan Eiz sedangkan niatnya hanyalah untuk menolong aku. Dia nak jaga aku, dia sayangkan aku.

Kenapa kau terlalu ikutkan emosi,Ika?

Eiz tersenyum kecil.

"It's okay babe. Lupakan pasal tu." Eiz menggelengkan kepala. Tak nak membangkitkan hal ini lagi.

"Eiz,"

"Hm?" Kening Eiz dijongket.

"Ermm..."

"Nak peluk." Aku mendepakan kedua belah tangan.

Eiz terbeliak seolah-olah tidak percaya. Atas bawah dia tengok aku. Pelik lah tu.

Aku tak tahu apa masalah aku sekarang ni. Tiba-tiba je.

Eiz yang nak manja lebih-lebih pun aku dah marah. Ini kan pula aku yang nak peluk dia? Aku tak pernah la jadi macam ni sebelum ni. Korang kenal kan aku macam mana?

Semua period punya pasal lah ni. Habis emosi aku jadi tak betul. Kejap nak marah, kejap nak manja, kejap nak nangis. Gila!

Complicated betul jadi perempuan.

"Serious lah?" Eiz tergelak.

"Shut up. I need a hug right now."  Terus aku menariknya ke dalam dakapan. Kepalaku  disembam ke dadanya lalu aku memejamkankan mata. Dapat aku bau wangian yang dipakai Eiz. Haruman itu perlahan-lahan menusuk ke rongga hidung.

Eiz tersentak. Lantas, perlahan-lahan hujung bibirnya menarik senyum.

Tangan Eiz membalas pelukan. Tapak tangannya naik menyentuh pinggangku lalu bergerak mengusap belakangku.
Dagunya didaratkan diatas kepalaku yang berlapik tudung. Sekali lagi dia tersenyum bahagia.

Aku mengeratkan pelukan, terbuai dalam dakapan seorang lelaki yang bernama Eizzaril Ikhwan. Perasaan tenang mula menjalar dalam diri.

"I love you, bidadari."

Aku tersenyum lebar.

"Love you too, my Prince Charming." Balasku. Lama kami kekal dalam posisi begini sebelum aku kembali bersuara.

"Kira sekarang ni kita dah berbaik kan? Kau maafkan aku kan? Kau tak marah aku lagi kan?" Soalku bertubi-tubi sambil mendongak melihatnya. 

"Ya lah, aku mana boleh marah kau lama-lama. Nanti rindu."

Cakap pasal rindu..

Aku mula teringat akan sesuatu.

"Eiz.." panggilku. Aku meleraikan pelukan.

Kedua-dua belah keningnya dijongket. Menunggu untuk aku habiskan kata-kataku.

"Kau betul-betul ke nak sambung jadi tentera lepas ni?" Soalanku berjaya mematikan senyuman Eiz.

Matanya dilarikan ke arah lain. Dia mengemam bibir.

"Kau nak tinggalkan aku ke?"

Eiz menghela nafas panjang. Merata anak matanya bergerak cuba mencari jawapan.

Sukar untuk Eiz membalas soalan ini.  Menjadi seorang tentera adalah impiannya sejak kecil. Tapi dia juga tak sanggup nak tinggal Ika.

"Result SPM belum keluar lagi kan? Lagipun ada ujian fizikal. Belum tentu lagi aku lulus dan layak masuk akademi tentera tu." Ujar Eiz cuba menyedapkan hati.

"Kalau kau dapat macam mana?" Soalku lagi.

"Mana tahu lagi dapat ke tak."

"Tak sekarang aku tanya, kalau kau dapat?"

"Tak confirm lagi okay. Ada ujian-"

"Kalau kau dapat?"

"We dont know-"

"Kalau dapat?"

"Ika aku.."

"Just answer me." Kali ini aku tekankan suara. "Kau memang betul-betul nak pergi kan?"

Eiz terdiam.

"Kalau kau berjaya lepasi ujian tu, kau memang nak tinggalkan aku ke?" Tajam anak mataku merenungnya.

Eiz menghela nafas berat.

"Kau.. kau tak bagi ke aku jadi tentera?" Eiz menyoalku kembali. Seketika aku dapat membaca pandangan matanya.

Yang dia betul-betul nak pergi.



















Sampai sini aje keyh. Huhu agak2 korang, Eiz jadi ke nak sambung tentera tu? Kalau dia pergi nanti Ika nak manja-manja dgn siapa? 😔 Kesian Ika..

Jumpa korang di Epilog

Jangan lupa vote dan komenn!









Continue lendo

Você também vai gostar

3.6K 35 8
*bl🔞* [sex18+] •Ziyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. •Zin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...
Lanets De /zu:/

Ficção Adolescente

3M 304K 86
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...
59K 3.9K 83
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...