My Mate , That's Diavolo Crim...

By danedheera

232K 16.9K 20.2K

" She's my girl . Don't touch her . Nobody can steal her from me . I don't care who both of you are . Even th... More

โ†ญOne
โ†ญ Two
โ†ญThree
โ†ญ Four
โ†ญFive
โ†ญ Six
โ†ญ Seven
โ†ญ Eight
โ‡œNine
โ†ญTen
โ†ญ Eleven
โ†ญTwelve
โ†ญ Thirteen
โ†ญ Fourteen
โ†ญFifteen
โ†ญSixteen
โ†ญSeventeen
โ†ญEighteen
โ†ญ Nineteen
โ†ญTwenty
โ†ญTwenty One
โ†ญ Twenty Two
โ†ญ Twenty Three
โ†ญTwenty Four
โ†ญ Twenty Five
โ†ญ Twenty Six
โ†ญ Twenty Seven
โ†ญ Twenty Eight
โ†ญ Thirty
โ†ญ Thirty One
โ†ญ Thirty Two
โ†ญ Thirty Three
โ†ญ Thirty Four
โ†ญ Thirty Five
โ†ญ Thirty Six
โ†ญThirty Seven
โ†ญ Thirty Eight โœจ
โ†ญThirty Nine โœจ
โ†ญ Forty
โ†ญForty One
โ†ญ Forty Two
โ†ญ Forty Three
โ†ญ Forty Four
โ†ญ Forty Five
โ†ญ Forty Six
โ†ญ Forty Seven
โ†ญ Forty Eight
โ†ญ Forty Nine
โ†ญ Fifty
โ†ญ Fifty one
โ†ญ Fifty Two
โ†ญ Fifty Three
โ†ญ Fifty Four
โ†ญ Fifty Five
โ†ญ Fifty Six

โ†ญ Twenty Nine

3.3K 275 417
By danedheera

' This heart, it was never this brave. '

_______________

Rambutnya di bahagian depan sedikit serabai dek angin bertiup lembut lalu menguaknya ke belakang sambil mendongak ke atas di dada langit .

Mata yang sedia bulat menjadi sepet saat cahaya mentari memasuki mata . Baginya , cuaca hari ini sangat baik . Belum ada tanda-tanda hari mahu hujan .

Kizz Calvien melihat ke depan semula dan mengatur langkah masuk ke perkarangan rumah Aisha .

Pintu rumah itu dia ketuk .

Tunggu - tunggu , tiada siapa yang menyahut . Dia melihat sekeliling . Sunyi sepi . Kali ini , diketuknya pintu itu lagi kuat .

Tidak sampai lima minit , daun pintu dibuka dari dalam dengan pantas menyebabkan Kizz Calvien tidak sengaja terketuk dahi si pembuka pintu .

" Aduh ! "

Aisha cemberutkan muka . Dahi yang diketuk Kizz Calvien diusap perlahan . Makin masam muka Aisha apabila Kizz Calvien hanya menayang raut muka tidak bersalah .

Haish !

Bukan nak minta maaf . Bahkan, berdiri seperti tugu negara sambil tayang muka batu dia tu ! Ingat kacak ?

Cuba ketukan pintu tadi terkena pada ayahnya . Pasti lelaki ini tujuh hari tujuh malam tak tidur lena untuk memikir cara bagaimana mahu memujuk ayahnya daripada mogok .

" Keluar . Aku tunggu kau bersiap . "

" Apa ? Sekarang ? " Ucapnya sedikit mamai . Membulat mata dia . Biar betul mamat ni? Awal pagi ni !

Iyalah ! Bangun dari tidur , dia terasa ada sesuatu yang kosong . Ayahnya. Ya, dia cari Karl dahulu . Satu rumah kelibat ayahnya dia cari , namun tidak ditemui . Ke manakah ayah dia menghilang ? Pagi-pagi pula tu .

Terputus lamunan Aisha setelah Kizz Calvien memetik jari di depan mata . Suka sangat termenung .
Fikirkan siapa ?

Figura Aisha dibelek iris matanya dari atas ke bawah seraya menggeleng kepala . Langsung tidak bersetuju dengan pemakaian gadis itu . Jari telunjuknya ditunding tepat pada tubuh Aisha .

" Kau nak keluar dengan pakaian macam ini ke ? Aku tak ada masalah pun tapi aku yakin kau akan malu nanti . "

Kata-kata sinis Kizz Calvien menyebabkan Aisha lekas menilik pakaian yang tersarung pada badannya . Matanya membulat . Baru dia sedar, dia pakai baju pijama satin .

Tanpa mengulas kata Kizz Calvien , daun pintu ditutup rapat . Kizz Calvien menutup mata . Fuh ! Mujur tak kena muka dia . Jatuh saham kalau salah satu bahagian mukanya lebam .

Urgh! Perempuan ini !




• ♕ • ♕ •




Setiap jenis desert yang terpampang di depan mata ditilik lama . Permukaan bibirnya dia jilat . Sedapnya ! Lama dia tidak makan kek . Pagi-pagi dia keluar semata- mata mencari kek . Teringin pula nak merasa . Kek itu nampak menyelerakan .

" Ya, encik . Nak kek mana satu ? " Sapa penjual kek di depan mata sambil tersenyum manis tetapi sedikit pun dia tidak lihat .

Karl menunding jari ke arah sebiji kek Oreo Cheese yang tinggal . " Aku nak yang ini ."

" Ada lagi ? "

Saat itu, barulah dia pandang ke depan seraya menggeleng kepala . Isi dalam dompet dikeluarkan setelah melihat harga di skrin sentuh . Kek yang telah disiapkan di dalam kotak dan plastik dicapai .

" RM 57 . "

" Aku tahulah . " Ujarnya mendatar . Wang sebanyak RM 60 dihulurkan kepada jurujual . Kemudian, dia berlalu keluar dengan plastik di tangan.

" Eh encik! Duit baki! "

" Keep the change . " Berlagak seketika . Padahal bakinya tiga ringgit sahaja . Sewaktu keluar dari kedai kek, Karl terlanggar seorang wanita .

" Tak nampak orang ke ? " Jerkah wanita itu kepada Karl . Pakaiannya disapu walaupun tiada kesan kotor .

Baru nak maki , kepalanya dah mendongak ke atas . Riak muka bertukar dingin . Patutlah suara seperti pernah dengar .

" Sorry . "

Ucap Karl tidak seberapa ikhlas . Dia mula mengatur langkah ingin meninggalkan wanita itu namun lengannya pula dipegang .

Karl menepis laju kemudian memusing kepala ke tepi .

" Apahal lagi ? "

" Boleh kita bercakap sekejap ? "

" Aku nak cepat . "

" Sekejap je. " Karl mengeluh berat . Wanita itu dipandang kecil besar sahaja . Apalah dia nak lagi ? Nak cerai aku bagi . Kalau nak rujuk balik , sorry . Aku tak hadap .

" Fine. "




• ♕ • ♕ •






PERPUSTAKAAN NEGARA

Kelopak mata Aisha sekejap terkatup sekejap terbuka semula . Dia memandang tidak percaya ke arah bangunan besar lagi gah di depan mata .

Kenapa Kizz Calvien bawa dia ke sini ? Nak ajak dia jadi sukarelawan ke apa ? Kemas -kemas buku ? Kepala berpaling melihat Kizz Calvien di sisi .

" Awak nak saya teman awak jadi sukarelawan dekat sini ? " Soal Aisha penuh tanda tanya sambil sengetkan sedikit kepala .

" Exactly ! But Aku dah letak nama kau sekali . Kau bukan sahaja kena temankan aku tapi kau dah jadi sukarelawan - And . No excuse . Aku tak terima sebarang penolakan . Titik ."

Kizz Calvien dijeling sekilas .

Dia baru nak cakap dah kena warning . Ish ! Dalam hati meluap -luap rasa geram dan bengang bercampur-baur . Dia rasa nak sahaja cekik lelaki ini sekarang . Sungguh menyakitkan hati . Banyak sangat dia bercakap hari ini .

" Kalau ya pun ... Kenapa awak tak bagitahu saya terlebih dahulu ? "

" Perlu ke ? "

Baru Aisha nak balas , seorang kakitangan perpustakaan menyapa mereka berdua . Kedua-dua menoleh ke arah yang sama . Hal sebentar tadi pun Aisha lupa begitu sahaja . Lebih menumpu perhatian pada orang di hadapan .

" Awak berdua ke yang mendaftar untuk kerja sukarelawan pukul 10 pagi ? "

" Ya . "

" Cepat masuk . Ada sekumpulan murid sekolah rendah akan datang awal . Awak berdua nanti perlu dengar taklimat dahulu kemudian barulah bersiap sedia di posisi masing-masing . "

" Ya. Baiklah . " Jawab Kizz Calvien dalam masa yang sama , tangan Aisha dia angkat ke atas . Selamba kening terjongket sebelah , berbalas pandang dengan gadis itu yang tampak geram terhadapnya .

Apa reaksi gadis itu apabila masuk ke dalam sekolah hari Isnin ini ? Pasti terkejut melihat suasana dalam kelas berubah . Malah dia langsung tidak bertanya tentang V yang mengusiknya dengan DP whatsapp itu .

Setelah tangan Aisha dijatuhkan ke sisi , barulah mereka berdua mengekori langkah kakitangan perpustakaan itu dari belakang .

Tanpa sedar , ada seseorang di atas motosikal berkuasa tinggi memerhati mereka berdua . Hujung bibir menyinis .

Dia ialah...

Firash Xayyen .

" Date, huh ? Nah. It's okay ! Belum masanya lagi . Bila Aisha berseorangan , aku akan mulakan langkah . "



• ♕ • ♕ •




Langkah diayun dengan beberapa buah buku di tangan . Hingga di laluan rak terakhir , ekor matanya mengesan kedudukan Aisha .

Duduk di atas sofa berbentuk L di tengah-tengah laluan . Laluan itu pula luas terbentang , tidak menghalang orang lain ingin lalu . Keadaan di sekitar sangat lengang dan senyap . Nama pun perpustakaan .

Dengan berjalan seperti biasa , buku -buku yang dibawa diletakkan di rak tanpa sedikit pun melihat genre pada rak tersebut . Dari tempat dia berdiri sekarang , Kizz Calvien terdengar keluhan yang terkeluar dari bibir Aisha .

" Urgh . Mengantuknya... "

" Kau dah terlebih cukup tidur pun mengantuk lagi . "

" Tak boleh ke kalau awak seorang sahaja yang selesaikan semua ni ? " Tanya Aisha cuba menarik perhatian Kizz Calvien untuk berbual dengannya . Mungkin kantuknya mudah dapat hilang .

" Maksud kau ? " Soal Kizz Calvien kembali sambil menyusun buku . Sesekali gerakan tangkas lelaki itu Aisha perhati dengan perasaan kagum . Kalah dia .

Hah! Soalan berbalas soalan .
Memang mengena !

" Kita main permainan nak ? "

" Tak nak . "

" Awak takut kalah, ya ? "

" Aku cuma cakap- "

" Kai-bai-bo . " Ucap Aisha laju membuatkan Kizz Calvien terus menayang dua jari membentuk gunting . Gadis itu tergelak kecil . Kelakar tengok muka Kizz Calvien .

" Okay ! Saya menang . Awak buat kerja , saya tidur sekejap . Lima minit je. Nanti awak kejut ya . " Aisha meletakkan buku sebagai alas untuk kepala . Dia main ambil sahaja mana-mana buku . Habis berterabur buku-buku di tepi .

Suasana bertukar sepi . Kizz Calvien berasa sunyi . Hanya bunyi buku diletakkan di atas rak sahaja kedengaran . Tanpa Kizz Calvien sedari , Aisha tidak tidur pun sebenarnya .

Sekejap dia mengiring , sekejap dia menelentang . Ah ! Dia tidak boleh nak lelapkan mata . Mengantuknya hilang tiba-tiba . Lalu keputusan dibuat dengan mengiring badan menghala Kizz Calvien sambil iris matanya tidak berkelip memerhati gerak geri jejaka itu .

" Saya tak boleh tidur . " Posisi Aisha berubah menelentang . Dada siling dia tatap sambil mencantum kedua-dua tangan .

" Kalau dah tak mengantuk , bangun dan susun semula buku-buku ni ke kau nak aku dodoikan dengan menghempuk buku ni dekat kau pula ? "

Memuncung bibirnya mendengar bicara Kizz Calvien tapi dia hiraukan sahaja .

" Awak ada cerita tak ? Ataupun kita main sesuatu nak ? Saya bosan . "

" Aku tak bosan . " Bidas Kizz Calvien selamba . Untuk kesekian kalinya, dia terdengar lagi bunyi keluhan . Haish! Minah ni . Sikit -sikit bosan . Apa nak jadi ni ? Selesai susun buku di rak bahagian kanan , dia bergerak ke Aisha dan duduk membelakangi gadis itu .

" Kau nak main apa ? "

" Apa kata kalau kita main bertanya soalan ? Saya tanya awak dulu . Erm... Awak nanti masuk U nak ambil course apa ? "

" Course bussiness . "

Aisha mengangkat kening . Laju mamat ni jawab . Confident !

" Apa ni ? Awak tak ragu pun jawab soalan saya . Yakin sangat . Soalan saya senang ya ? "

Kizz Calvien diam .

Apabila Kizz Calvien tidak menjawab , Aisha mencebik bibir . Mood Kizz Calvien ini tidak menentu ke apa ? Tidak mengendahkan mood lelaki itu , Aisha menyambung lagi ayatnya .

" Okay ! Giliran awak pula . Tanya saja jika ada sesuatu awak nak tanya . "

Terhenti seketika kerja Kizz Calvien di sekerat jalan . Soalan ya ? Apa dia nak tahu tentang isi hati gadis itu ? Bibir merahnya digigit perlahan . Tanya sahajalah .

" Kau masih sayang dengan ex kau ? "

Tiada balasan dari Aisha .
Lama dia tunggu . Aisha pula tergamam sejenak . Dia menggaru kepala yang tidak gatal .

" Nak jawab pun macam lama . Soalan aku senang ya ? " Kizz Calvien membalas paku keras semula kepada Aisha. Dia lebih kepada menguji sejauh mana isi hati Aisha . Sambil duduk , tangannya bergerak meraih buku-buku terabur dan menyusun di rak di depan Aisha.

" Tak. Saya tak sayang dia dah. Kenapa awak ingatkan saya balik ? Saya dah lupa dia terus tau tak . Anyways, macam mana - "

" Ingat lagi kau duduk dalam hujan dulu ? Aku sebenarnya nampak drama kau putus dengan ex kau ... dari awal . "

" Ouh . " Aisha sekadar mengangguk .

Canggung sedikit apabila masing -masing tidak mengeluarkan suara dah . Tiba -tiba Kizz Calvien berpaling ke belakang , melarikan tangan di sisi muka Aisha yang masih berbaring .

Gadis itu kelihatan kaget .

" Awak buat apa ni ? "

" Buku . " Sepatah perkataan Kizz Calvien bersuara . Buku di bawah kepala Aisha ditarik sekali gus Aisha bangun mengejut dari terhentak di atas sofa .

Dalam masa yang sama , dia menarik lengan Kizz Calvien . Hampir bertembung kepala . Bila tersedar , Masa seakan terhenti . Kedua-dua mereka bertatapan seketika .

Bahagian mata , hidung , pipi , bibir dan kesemuanya memancing perhatian Kizz Calvien untuk menatap lebih lama .

Cantik .

" Kau- "

" Kenapa ? Apa dia ? "

Soal Aisha bertalu setelah dia jatuhkan tangan ke sisi . Tindakan refleks , dia tidak sengaja dia tarik lengan jejaka itu .

Kizz Calvien menolak lidah ke dinding dalam pipi seraya jaraknya dengan jarak Aisha dia jauhkan . Aish! Kalau berlama lagi, tak balik rumah langsung ni . Perlu ke dia lari dulu ?

" Aku lupa nak cakap apa . " Akhiri Kizz Calvien sebelum berlari laju keluar dari bahagian rak itu , kelibatnya terus hilang . Aisha terkesima . Biar betul mamat ni ? Dia malu ke apa ?




• ♕ • ♕ •





Sekumpulan lelaki sibuk melakukan hal sendiri . Bunyi muzik berdentum dentam langsung tidak mengganggu kerja mereka . Semua rakan-rakan Qaz ada di dalam club . Luis dan Radin tengah merenung ke arah satu sudut . Mereka terperasan sesuatu .

" Itu bukan Hafine ? "

" Hurm. Hafine dengan geng dia . Kejap . Aku tak nampak Rayqal pun . Biasa Rayqal ada sekali . "

Tanpa hiraukan Radin , lantas Luis capai telefon di atas meja . Ikon whatsapp ditekan . Satu pesanan dihantar kepada Qaz . Harap-harap Qaz membacanya .

Bukan apa lelaki itu terlalu sibuk dengan kerja. Kadang-kadang tertidur di dalam pejabat . Rumah ada , pejabat juga jadi tempat tidur. Itupun kalau dia penat sangat .

" Kau orang perasan sesuatu tak ? Tak ada perempuan pun dekat mereka ? Habis buat apa dekat sini ? " Celah Anif pula . Tertanya-tanya juga dia . Zein di tepi diam membisu. Dia tidak tahu nak cakap apa . Dalam otaknya, dia terfikirkan sesuatu . Yang mereka semua tidak tahu .

Phone Luis bergetar . Cepat-cepat lelaki itu membuka chat . Dia akhirnya dapat balasan daripada Qaz . Dan apa yang dibaca sekarang mampu buatkan dia terlongo habis .

Qaz penakut katak

Kau pengsankan dia orang .
Then , bawa dekat rumah aku .
Kurung bawah tanah .
Aku dekat office lagi ni .
30 minit lagi aku sampai rumah .
Call Shen sekali suruh dia datang rumah aku .






Tbc.

Votes and comments as always .

Terima kasih kerana anda masih menanti hapdate! Dua assignment lagi and then kita boleh berjimba, okay! ') ❤️

Sorry chapter kali ini boring ')
Btw , korang tunggu Kizz Calvien dengan Aisha married eh ? ')

Ouh ya, ramai tanya habis my mate ni, ada story baru ? Ofc ada. Klu story baru semua ada dalam ni. Cuma kena pandai cari la. InsyaAllah, next story published awal. Don't worry. Okay!




- Siapa perempuan yang Karl jumpa ?

-5 words untuk Kizz Calvien ?

- Fast & Furious or Joker ?

- Bersedia dengan konflik akan datang ?

- Tempat lahir anda ?




Unlock new chapter ; 130 stars & 150 comments ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

662K 27.5K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
415K 19.4K 60
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 2 ) RANKING NO 3 ACTION ๐Ÿ… RANKING NO 1 DINGIN๐Ÿ… Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
261K 18K 58
MAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Te...
1.2M 55.8K 76
๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž๐ | ๐‡๐Œ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...