HI, ENCIK PROFESSOR!

By Angel_k20

126K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... More

Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [2]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 14 [3]
Bab 15 [1]
Bab 15 [2]
Bab 15 [3]
BAB 16 [1]
BAB 16 [2]
Bab 16 [3]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (1)
Bab 18 (2)
Bab 18(3)

Bab 7

3.6K 432 120
By Angel_k20

Aralyn terus menerpa ke arah Qarizh yang tersandar ke pintu dapur dengan riak cemas. Suasana sudah beransur gelap dan kini dia semakin tidak nampak dengan jelas wajah Qarizh. Qarizh okey ke selepas lelaki misteri itu muncul? Dia nampak sesuatu yang berkilat dipanah cahaya rembulan yang semakin tidak merembang penuh menghala ke arah Qarizh tadi tetapi dia tidak tahu apa sebenarnya benda itu.

"Qarizh," panggil Aralyn dengan risau. Muka Qarizh menunduk ke bawah dan jejaka itu tidak mengeluarkan sepatah kata pun dan situasi itu sangatlah membuatkannya terasa tidak sedap hati.

"Prof okey ke?" kali ini, giliran Amirul pula bertanya dengan nada lebih risau terkandung di dalam oktaf suaranya. Sungguh, dia sangat terkejut tadi apabila melihatkan kemunculan lelaki itu. Jadi, perasaan berdebar-debarnya dan terasa diperhatikan ketika masuk ke rumah itu tadi sangatlah berasas. Ada orang lain yang berada di dalam rumah itu selain daripada mereka bertiga!

"Aku okey, tak ada apalah," dalih Qarizh dengan muka tetap ditundukkan ke bawah. Pernafasan dan suaranya dikawal sehabis baik agar mereka berdua tidak mengetahui keadaannya yang sebenar. Dia... tidak mahu membuatkan Aralyn dan Amirul berasa panik dan terkejut.

Bip.

"Abang okey ke? Kenapa rentak nadi abang semakin menurun? Apa jadi abang?" Suara risau Sarah melalui earbudnya menerpa di telinga Qarizh yang masih setia diam tidak mengeluarkan suara.

"Abang!" panggil Sarah lebih kuat.

Qarizh menarik nafas panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan lalu peluh dingin yang merenik di dahi dan lehernya diseka perlahan dengan tangan kanannya. Tangan kirinya pula menyeka kemas kawasan abdomennya yang terluka dengan menggunakan jaket kulit hitam yang tersarung di tubuhnya. Sarah masih bising di talian dengan pertanyaan mengenai kondisinya yang semakin melemah.

Pada ketika itu juga dia terasa menyesal memakai jam tangan pintar berjenama Vivoactive HR hari ini. Tetapi, jika jam itu tidak dipakai pula, pastilah Sarah akan mengamuk jika berlaku sesuatu kepadanya dan adiknya itu tidak boleh memantau keadaannya dari jauh seperti sekarang. Tidak mahu adiknya terus menerus merisaukan keadaaan dirinya, Qarizh sengaja berdehem perlahan untuk menunjukkan bahawa dia masih okey.

Qarizh kemudiannya mengangkat muka dan memandang kepada Aralyn dan Amirul. Walaupun dalam kesamaran malam yang beransur menginjak ke pukul 7.40 malam, wajah gusar dua orang manusia itu tetap nampak jelas pada penglihatannya. Dia kan, The King? Penglihatannya pada waktu malam sangat jelas seperti melihat pada waktu siang. Ini semua berkat usaha adiknya yang memaksanya memakai contact lens yang diubahsuai olehnya sendiri dan diberi nama night vision contact lens. Sarah si jurutera robotik tu, macam-macam ciptaan aneh mampu dibuatnya!

Qarizh kemudiannya menggapai anak kunci dari poket jaket kulitnya lalu menghulurkannya kepada Aralyn. Namun, gadis itu hanya memandangnya dengan pandangan serba salah lalu menolak huluran anak kunci itu dengan suara tertahan-tahan.

"Kenapa?" tanya Qarizh dengan perlahan. Suaranya sengaja lagi dikawal sehabis baik agar Aralyn tidak perasan akan keadaan dirinya yang agak parah. Sementara tangan kirinya setia menekup kemas luka yang masih mengalirkan darah segar di perut, tangan kanannya tetap menghulurkan anak kunci kereta.

"Ak... aku... hehehe," jawab Aralyn sambil menggaru kepalanya yang dilapisi tudung. Sebenarnya, dia diharamkan memandu kenderaan oleh papanya kerana sekali dia dapat memegang stering kereta, dia akan memandu lebih laju dari pelesit.

Qarizh menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Kesakitan yang memang sedia menggigit rakus dan tubuhnya mula terasa menggeletar dek menahan hirisan berbisa dari pisau belati milik lelaki itu tadi sebaik mungkin cuba ditahan agar tidak kelihatan. Dia... tetap tidak boleh menunjukkan keadaan dirinya yang lemah macam ini di hadapan Aralyn dan Amirul!

"Amirul," kata Qarizh lalu menghulurkan pula anak kunci kereta itu kepada Amirul. Seperti Aralyn, Amirul juga menolak dengan serba salah. Entah apa masalah dua orang kanak-kanak di hadapannya ini, dia tidak tahu.

"Korang ni," kata lagi Qarizh dengan suara tertahan-tahan lalu dia membetulkan postur badannya. Nak marah, anak orang. Salahnya juga tidak mahu memberitahu budak berdua itu akan keadaan dirinya ketika ini. Mahu tidak mahu, dia terpaksa berlagak biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Dengan menggunakan tangan kanannya, Qarizh cuba menzipkan jaketnya dengan susah payah. Waktu macam ini, dia tiada kudrat dah untuk bertekak dengan Aralyn ataupun Amirul melainkan dia mahu segera kembali ke rumahnya. Lagipula, waktu Maghrib sudah lama masuk dan mereka bertiga belum solat Maghrib lagi. Jika mereka bergerak balik ke rumahnya sekarang, waktu akan berbaki 15 minit untuk mereka bersolat. Mengikut perkiraannya, 15 minit itu sudah sangat mencukupi untuk mereka menunaikan kewajipan yang satu itu memandangkan jarak perjalanan untuk ke rumahnya sendiri hanya mengambil masa setengah jam sahaja dari sini.

"Jom balik," kata Qarizh lalu menapak laju keluar dari rumah dengan langkah yang agak goyah.

Aralyn dan Amirul yang memerhatikan tingkah pelik Qarizh hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa. Qarizh ni betul-betul okey kan? Dia nampak macam okey je siap boleh berjalan lagi. Jadi, apa sebenarnya yang lelaki misteri tadi buat kepada Qarizh? Oh, mungkin lelaki itu kawan Qarizh yang datang lebih awal. Kalau ya, sia-sia saja mereka berdua menjerit sehabis kuat sehingga keluar anak tekak tadi.

Tanpa sepatah kata, mereka berdua masing-masing berpandangan sesama sendiri lalu turut melangkah keluar menyaingi jejak Qarizh yang berjalan laju meninggalkan mereka seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku walaupun sesekali nampak macam 'seksa' je berjalan. Serius, Qarizh ni sebenarnya okey ke tak?

Dalam merasa pelik dengan keadaan Qarizh yang tidak banyak bunyi seperti kebiasaan, mereka memilih untuk diam memandangkan Qarizh ni setelah diperhatikan perangainya selama bekerjasama dengannya, anginnya itu seperti ribut taufan. Silap hari bulan, dengan mereka berdua sekali terbang diamuk amarah! Qarizh kini sudah jauh meninggalkan langkah mereka lalu tanpa bicara sesama sendiri, mereka berdua terus berlari-lari anak untuk menyaingi lagi langkah Qarizh.

Klik.

Punat anak kunci kawalan jauh kereta ditekan laju oleh Qarizh. Peluh yang merenik di dahinya diseka lagi lalu dengan bersusah payah, dia menerobos masuk ke kerusi pemandu lalu mengaktifkan GPS dan alat kawalan jarak jauh yang menghubungkan keretanya kepada komputer Sarah. Langkah Aralyn dan Amirul yang terkedek-kedek berjalan mengejar langkahnya yang laju tadi dipandang sekilas lalu dia menekan kembali butang earbudnya.

"Sarah, kau pandu kereta aku. Emergency-C," kata Qarizh lalu menyandarkan badannya ke kerusi pemandu. Lampu dalam kereta sengaja dimatikan sebelum Aralyn dan Amirul sempat masuk ke dalam kereta bagi menjadikan ruangan kereta itu gelap tanpa cahaya.

"Abang!" panggil Sarah dengan gusar. Emergency-C sentiasa menjadi sesuatu yang ditakutinya jika kod itu disebut kerana ia bermaksud Qarizh abangnya akan balik ke rumah mereka dalam keadaan cedera.

"No need," jawab Qarizh dengan suara tertekan. Dia tidak memerlukan hospital atau apa semua tu. Dia tidak suka hospital!

"Tapi... okey tak apa Sarah uruskan yamg tu. Apa yang berlaku sebenarnya, Abang?" tanya Sarah dengan suara dua kali tertekan dari Qarizh.

"Black. Dia dah muncul kembali, Sarah. Aralyn adalah target baru dan Amirul ialah chain, jadi nak tak nak aku kena lindungi mereka berdua," jawab Qarizh dengan kepalanya disandarkan ke kerusi dan mata dipejam rapat.

Sarah melepaskan keluhan kasar di hujung talian. Dia juga tertekan sama seperti abangnya dengan berita kemunculan Black. Black tega mencederakan abangnya sebagai amaran pertama untuk tahun ini, jadi adakah akan ada lagi ketenangan buat mereka selepas ini terjadi? Tetapi... apa pula perkaitan Aralyn dan Amirul dalam hal Black ni?

"Abang yakin boleh bertahan sebelum sampai sini?" tanya Sarah lagi dengan suara bergetar di hujung talian.

"InsyaAllah," jawab Qarizh pendek sambil tangannya menyelongkar dashboard kereta lalu mengeluarkan sebotol kecil perfume lantas disemburnya ke sekeliling kereta. Bau hanyir darah agak menyengat hidung jadi tidak dapat tidak, perfume berbau ambergris itu disembur sedikit untuk menutup bau darah.

Klik.

"Qarizh, kenapa kau jalan laju sangat hah?" bebel Aralyn lantas menerobos masuk ke dalam kereta diikuti dengan Amirul.

"Wanginya kereta..." seru Amirul lalu menyedut udara di dalam kereta dengan sepuas-puasnya. Namun, hidungnya dapat menangkap bau sesuatu asing selain dari bau ambergris dan bau asal kereta sebelum dilitupi dengan wangian itu. Tetapi, bau sebenar yang asing itu, dia masih tidak dapat mengagaknya.

Qarizh hanya diam tidak menjawab pertanyaan Aralyn. Tanpa kata, dia menghidupkan enjin kereta lalu memulas stering keluar dari pagar rumah. Pemanduan seterusnya kemudian dilakukan sepenuhnya oleh Sarah melalui komputer yang disambungkan ke keretanya dan dia hanya memutar stering mengikut hala yang dikehendaki sahaja sebagai decoy untuk mengaburi mata Aralyn dan Amirul.

"Panas la kereta kau ni, kenapa tak buka aircond?" Tanpa disuruh, pantas Aralyn menekan butang aircond dan membukanya sehabis sejuk.

Qarizh hanya memerhatikan saja tindakan Aralyn tanpa mahu menghalang perbuatan gadis itu walau dia tahu sekejap sahaja lagi dia akan mendapat 'faedah'. Udara sejuk dan luka yang terdedah sangat tidak baik untuk tubuh dan boleh menjadikan kawasan luka itu bertambah sakit. Namun demi rahsia yang mesti disimpan dari pengetahuan gadis itu, dia tiada pilihan.

Masih segar di ingatannya sengihan galak lelaki misteri yang tiba-tiba muncul di depannya dan tiba-tiba juga melibaskan pisau belati ke arahnya. Nasib saja dia pantas mengelak dan hayunan pisau itu hanya menghiris perut, kalau tidak parah juga dia ditikam tadi. Walaupun luka ini dirasakannya tidak dalam, namun dia masih tidak tahu tahap keseriusan kedalaman luka. Apa yang dia tahu, tubuhnya semakin kuat menggeletar dan peluh dingin juga semakin lebat menuruni lehernya. Bibirnya diketap kemas dan tangannya semakin kejap menggenggam stering apabila udara sejuk itu terasa semakin kuat mencengkam kulit. Kesakitannya sudah terasa semakin tidak tertahan dan dia terasa seperti mahu pengsan sekarang!

"Abang, stay with me," jerit Sarah di talian.

Qarizh membuka mata yang hampir terlelap apabila terdengar jeritan Sarah yang padu mengetuk gegendang telinganya. Oh, nampaknya memang dia sudah 'terlalai' sekejap tadi dan keadaan itu amat berbahaya baginya. Jika dia terus 'tidur', habislah! Qarizh kembali memfokuskan fikirannya kepada pemanduannya yang dikawal oleh Sarah.

"Kenapa kau diam?" tanya Aralyn apabila dirasakan ada sesuatu yang pelik dengan suasana di dalam kereta itu. Lagak Qarizh yang memandu tanpa suara lagi menambahkan kepelikannya. Biasanya, jejaka itu tidak habis-habis mengutuk dan menyelarnya serta tambah lagi menyakitkan hati, jejaka itu sesuka hatinya sahaja mengenakannya!

"Aku tak ada mood," jawab Qarizh perlahan.

"Sebab lelaki tadi ke? Apa dia cakap kat kau? Dari mana dia muncul? Siapa dia? Kau betul-betul okey kan?" tanya Aralyn bertalu-talu seperti mesingan yang memuntahkan pelurunya tanpa henti.

Qarizh ketawa tanpa suara mendengarkan lontaran soalan daripada mulut kecil Aralyn. Soalan dari Aralyn yang berderet dan bersambung-sambung macam gerabak kereta api itu terasa lucu pula pada pendengarannya. Perempuan memang jenis suka bercakap tak ada break ya? Tapi, baik juga kalau Aralyn ni bercakap. Bukan apa, setidak-tidaknya fokusnya kepada kesakitan yang semakin menyengat itu dapat dialihkan seterusnya mengelakkannya dari 'terlelap'.

"Aku okey, jangan risau," balas Qarizh.

Aralyn ingin bersuara lagi tetapi belum sempat dia membuka mulut, Amirul terlebih dahulu melontarkan pertanyaan.

"Kenapa saya ada terbau macam bau... darah? Prof okey kan? Tak cedera?" soal Amirul bertalu-talu.

Qarizh menggenggam stering kereta dengan lebih kejap. Hidung jenis apa si Amirul ni sampai dapat mengenal pasti bau darah yang telah ditutup dengan ambergris? Patutlah si Black cakap tadi yang dia sudah menjumpai target baru dan chain iaitu Aralyn dan Amirul. Kedua-dua manusia ini ada kelebihan yang dia sendiri tidak tahu ke?

"Kau mengarut apa ni Amirul? Mana ada bau darah, lagipun aku okey je," balas Qarizh dengan muka berkerut menahan sakit. Nasib saja suasana gelap jikalau tidak nampak terus mukanya yang merah padam menahan bisa hirisan pisau. Tiba-tiba kali ini dia terasa jarak perjalanan untuk kembali ke rumahnya itu sangatlah jauh padahal hanya mengambil masa dalam setengah jam perjalanan sahaja dengan pemanduan laju 100 km/j.

"Yelah..." sahut Amirul dengan nada tidak berpuas hati. Dia yakin itu bau darah!

"Kau tak jawab lagi soalan aku. Siapa lelaki tu? Kawan kau ke?" serang Aralyn pula setelah Amirul menutup mulut. Perasaan ingin tahunya membuak-buak dan apabila melihatkan Qarizh memandu dengan sebelah tangan sahaja, hati kecilnya mengatakan bahawa Qarizh tidak okey. Tambah pula, Amirul mengatakan dia ada terbau darah.

"Diam atau aku campak kau keluar dari kereta ni," balas Qarizh lalu menumpukan semula perhatiannya kepada jalan raya di hadapan. Hatinya yang terhibur sekejap tadi tiba-tiba saja terasa panas apabila Aralyn mula membuat perangai menuntut penjelasan. Timing tak kenalah girl... dia tidak larat untuk menjawab persoalan mengenai Black yang tiba-tiba memunculkan diri di hadapannya tadi dan mengugut akan membunuh Aralyn jika gadis itu tetap dengan pendiriannya untuk menyiasat kes pembunuhan anak pengarah universiti tempat dia mengajar tu!

Aralyn menarik muncung sedepa apabila pertanyaannya sudahlah tidak dijawab, lepas tu si Qarizh sesuka hati pula marahkan dia? Hish... kenapa pula tiba-tiba hatinya menjadi lembik macam tisu basah pula malam ni? Entah, dia tidak tahu. Apa yang dia tahu, hatinya kuat mengatakan yang Qarizh menyimpan rahsia daripadanya dan kata-kata jejaka itu tadi sangatlah membuatkannya kecil hati. Dia hanya risaukan Qarizh yang nampak lain dari kebiasaan, salah ke?

Sudahnya, Aralyn mengambil keputusan untuk diam lalu hala pandangannya dibuang ke luar tingkap. Menengok bulan separuh akhir purnama lagi baik dari tengok riak dingin Qarizh yang nampak samar-samar ditelan kegelapan malam. Hatinya terasa sendu malam ini...

Setelah setengah jam memandu secara 'virtual', Qarizh akhirnya memberhentikan keretanya di garaj kereta sebuah rumah banglo dua tingkat yang terpisah dari rumah-rumah lain di kawasan perumahan elit itu. Sebelum dia keluar dari kereta, matanya mengerling kepada Aralyn dan Amirul yang kedua-duanya membisu sejak dari tadi sehinggalah sampai ke rumahnya.

"Solat Magrib kat sini, ada lagi 15 minit. Kalau korang nak tunggu solat Isyak terus pun tak apa. Nanti aku minta Sarah hantar korang berdua balik," kata Qarizh lalu dengan langkah berhati-hati, dia keluar keretanya.

Kata-kata Qarizh hanya disambut dengan anggukan oleh Aralyn dan Amirul. Pandangan mereka lebih tertumpu kepada dua figura wanita yang berdiri di muka pintu dengan senyuman manis dihadiahkan kepada tetamu yang bertandang di penghujung waktu Maghrib. Seorang daripada mereka menapak ke arah Qarizh lalu memaut lengannya dengan mesra, manakala seorang lagi berjalan terkedek-kedek ke arah Aralyn lalu mendapatkannya. Lagak wanita berusia dalam lingkungan 50 tahun itu sangatlah... membuatkan Aralyn merindui mamanya!

"Panggil mak cik Mek Nab. Mak cik tukang masak di rumah ni," kata wanita yang dipanggil Mek Nab kepada Aralyn dengan suara penuh kelembutan.

"Kamu Amirul kan? Bilik solat kat hujung tu. Kain pelikat dan sejadah Mek Nab dah sediakan untuk kamu," kata Mek Nab kepada Amirul pula yang sedari tadi membuntuti langkah mereka berdua.

"Err... Prof pergi mana?" tanya Amirul dengan serba salah dan perasaannya itu ditutup dengan sengihan. Dia tidak nampak pun Qarizh masuk ke rumah ini bersama-sama dengan mereka.

Riak wajah Mek Nab tiba-tiba berubah dengan soalan yang dilontarkan oleh Amirul, namun segera roman mukanya dimaniskan.

"Tuan? Mestilah dia naik ke biliknya untuk solat. Lagipun, dah lewat ni. Dah cepat korang berdua pergi ambil wuduk. Lagi elok kalau bila dah azan Isyak tu, korang tunaikan terus kewajipan tu. Nanti bila dah selesai solat, pergi ke dapur ya? Mek Nab dah sediakan makan malam untuk korang berdua," kata Mek Nab dengan panjang lebar lalu segera menyuruh Aralyn dan Amirul bersegera untuk solat. Tanpa banyak bunyi, mereka berdua terus ke bilik solat yang ditunjukkan oleh Mek Nab.

*****************

"Abang, ini semua gila!" tekan Sarah sambil tangannya ligat menggunting kain kasa. Mukanya berkerut seribu apabila melihatkan luka sepanjang 7 cm panjang dengan kedalaman 0.5 cm di perut Qarizh. Luka yang sedang dicuci oleh seorang doktor pencen yang dipanggil Pak Moin itu dilihat dengan penuh seriau. Bukanlah dia tidak pernah melihat abangnya balik ke rumah dengan luka-luka macam ni, tetapi entah kenapa luka besar yang diterima oleh abangnya itu sangat membuatkannya sakit hati. Dia sakit hati dengan Black!

"Diamlah Sarah," balas Qarizh sambil matanya tertutup rapat. Sesekali mulutnya termengaduh kecil apabila kain kasa yang digunakan untuk menghentikan pendarahan itu terasa sangat menyengat. Pak Moin menekap kain itu ke tempat lukanya dengan sangat kejap!

"Zahwan, luka ni agak dalam. Wan pasti ke tak nak ke hospital?" tanya Pak Moin dengan risau.

Qarizh mencelikkan matanya lalu memandang tepat ke arah Pak Moin dengan senyuman nipis dihadiahkan kepada suami Mek Nab itu. Doktor pencen itu sangat penyayang orangnya dan setiap kali dia tercedera, Pak Moinlah orang pertama yang dicarinya.

"Alah, Pak kan doktor juga. Tak perlulah ke hospital," tolak Qarizh dengan baik. Sesekali, tubuhnya menggeletar dengan suhu badannya terasa semakin meningkat.

Pak Moin mengeluh panjang dengan ulah seorang Qarizh Zahwan yang terbaring lesu di hadapannya ini. Degil. Tak dengar orang cakap. Mahu tidak mahu, dia menyambung semula kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. Dengan berhati-hati, dia membuang kain kasa yang dipenuhi darah itu dan menggantikannya dengan kain lain sehinggalah darah nampak mulai berhenti mengalir.

Pak Moin kemudiannya mengisyaratkan kepada Sarah agar menuangkan cecair saline ke atas luka abangnya. Mendengar arahan, dengan berhati-hati Sarah menuangkan cecair itu untuk menghapuskan bakteria dan kotoran yang mungkin terlekat di kawasan luka. Air bersih juga digunakan bagi menghapuskan saki baki sisa darah kering yang masih terlekat di kulit.

"Lepas tu Pak?" tanya Sarah kepada Pak Moin yang sedang membasuh tangan dan mula memakai sarung tangan getah bagi memulakan proses jahitan ke kawasan luka yang terdedah.

"Lap bagi kering kawasan luka tu," jawab Pak Moin lalu mengambil tempat di sebelah Qarizh.

Sarah melakukan kerjanya dengan cepat memandangkan dia ada kerja lain lagi selepas ini. Dia tidak mahu 'tetamu tidak diundangnya' itu menjumpai mini klinik di rumah ini jadi dia perlu segera keluar dan membersihkan segala kesan darah yang terlekat di lantai. Kalau Aralyn ataupun Amirul tahu kegiatan abangnya itu, macam mana? Mati dia nak sorok semua benda dalam rumah ini.

"Berangan kamu ni Sarah. Hulurkan botol Lidocaine tu pada Pak," tegur Pak Moin kepada Sarah yang nampak cergas melakukan kerja tetapi fokusnya terlari.

"Oh, sorry Pak," balas Sarah lalu segera menghulurkan botol ubat yang berisi cecair ubat bius Lidocaine dan sebatang picagari kepada doktor itu. Huluran itu segera disambut lantas tanpa membuang masa, Pak Moin menyedut cecair ubat dari kategori anesthesia itu ke dalam picagari lalu menghalakannya ke kawasan tepi luka yang mahu dijahit sekejap lagi.

"Bismillahirrahmanirrahim..." bisik Pak Moin lalu mencucuk jarum picagari yang mengandungi ubat bius ke bawah kulit Qarizh. Wajah jejaka itu tampak berkerut menahan tusukan jarum yang tajam memasuki kulitnya tetapi kerana sudah terbiasa, tiada sepicing suara pun terzahir dari mulutnya melainkan tangannya sahaja yang menggenggam erat cadar sehingga menimbulkan urat hijau di kura tangan.

Setelah menunggu dalam 2 minit untuk ubat bius memberikan kesan, Pak Moin memulakan proses jahitan di tempat yang terluka. Tiada apa yang terzahir dari mulut tuanya melainkan zikir subhanallah, alhamdulillah, la ilaha illallah, allahu akbar ketika setiap kali jarum yang berbentuk cangkuk ditusuk ke kulit jejaka itu. Hati tuanya sungguh risau akan keadaan anak susuannya itu tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Qarizh Zahwan dan pekerjaannya yang satu lagi itu sentiasa mengundang debaran pada dadanya apabila setiap kali jejaka itu pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah. Namun, dia yakin yang anak emasnya itu tidak melanggar undang-undang negara memandangkan CGP Karim itu sendiri ialah bapa saudaranya.

"Pak, ada nak Sarah buat apa-apa lagi tak?" tanya Sarah kepada Pak Moin yang dilihat hampir selesai melakukan kerja menjahitnya, tinggal menutup kawasan yang berjahit sahaja dengan kain kasa.

"Dah tak ada apa, cuma kamu dah sediakan ke belum IV Drip untuk abang kamu ni?" jawab Pak Moin dalam tanya.

"Dah," jawab Sarah seraya menggantungkan botol IV Drip yang mengandungi cold saline.

"Sekali lagi ya Zahwan," kata Pak Moin lalu dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, dia mencucuk pula branula tepat ke atas urat melalui bawah kulit pada sudut 30 darjah serong menghadap ke atas di kekura tangan Qarizh. Setelah memastikan branula telah menusuk urat, dia mencabut keluar jarum yang berada di dalam branula lalu membuat kemasan dan memasang wayar drip. Sempat dia memerhatikan kerutan di wajah jejaka itu apabila ditusuk jarum branula pink bersaiz 20 gauge itu. Berkerut seribu!

"Dah siap," kata Pak Moin lalu bangun dari kerusinya. Dengan isyarat mata, sempat dirinya menyuruh Sarah membersihkan serta membuang segala sisa-sisa rawatan. Kain yang dipenuhi darah, kapas, gunting dan segala benda yang digunakan dalam proses rawatan itu, dia menyuruh Sarah saja membersihkannya.

"Pak, Wan belum solat Maghrib," kata Qarizh dengan mata tertutup.

"Kamu yakin larat nak solat dalam keadaan macam ni?" tanya Pak Moin meminta kepastian sambil tangannya menyentuh dahi dan leher Qarizh. Panas berbahang. Harap-harapnya Qarizh tidak apa-apa dan luka yang dijahit tadi tidak terkena jangkitan.

"Ya Pak, boleh. Wan tak nak berhutang solat fardu dengan Allah. Kalau Wan mati sebelum sempat solat, macam mana?" tanya Qarizh dengan perlahan lalu memandang kepada Pak Moin dengan segaris senyuman dihadiahkan buat doktor itu.

Bam!

Tiba-tiba, pintu bilik itu dikuak kasar dari luar lalu muncullah Aralyn di muka pintu dengan raut wajah bercampur riak. Ada marah, risau, takut, sedih... dan semuanya bercampur menjadi satu. Matanya tepat memandang kepada Qarizh yang berbaring lesu di atas katil.

"Siapa kata kau boleh mati hah? Kita berdua masih ada hutang yang belum diselesaikan," kata Aralyn dengan suara tertahan-tahan dan disusuli air mata yang tiba-tiba mengalir deras di pipinya.

Sungguh, betullah kata hatinya sedari tadi lagi bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Qarizh. Jika tidak kerana tangannya tersentuh cecair likat dan hanyir darah di kerusi pemandu ketika dia mahu mengambil beg sandangnya yang tertinggal di dalam kereta tadi, sampai sekarang dia tidak tahu yang manusia bernama Qarizh Zahwan itu tercedera ketika lelaki misteri tadi muncul di dapur. Jadi, lelaki misteri itu memang lawan dan bukannya kawan.

"Kau tak guna Qarizh Zahwan. Kenapa kau tak cakap kau cedera?" marah Aralyn lagi. Kali ini, semakin lebat pula air matanya mengalir sampaikan dia sudah kecewa untuk menyapu sisa air matanya sendiri!

Done!

Vote & Komen please 🤭

Berdebar uolls nak publish bab ni. Panjang dlm 3400 words. Sorry hambar. Huhu.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

Penafian:
Segala kes-kes jenayah yang berlaku di dalam novel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada perkaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Prosedur Perubatan:
Segala prosedur rawatan yang dilakukan ke atas Qarizh Zahwan di dalam novel ini TELAH DISAHKAN ketepatan tatacara rawatannya oleh kawan Angel iaitu Dr. Zakiah. Beliau merupakan pegawai perubatan bertauliah gred UD 44. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh menjadikan prosedur yang ditulis di dalam bab ini sebagai rujukan sahaja. Mohon dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan dengan segera jika berlaku kes-kes kecemasan seperti ini.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
771K 45.8K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
1.2M 56.3K 76
š‚šØš¦š©š„šžš­šžš | š‡šŒ š’šžš«š¢šžš¬ š•šØš„ šŸ "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
1.3M 62.2K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...