Romance : Ahmad Khalif ✓

By dsyaf_

34.2K 3.4K 263

Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar a... More

Akan datang
1 | Permulaan
2 | Pengenalan
3
4
5
6
7
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45 (Akhir)

8

665 83 5
By dsyaf_


"Ouhh, kira sebelum ni kau budak agamala? Macam tu rupanya..."

Hanum hanya mendiamkan diri, malu berhadapan dengan Khalif. Abangnya selamba badak menarik Khalif duduk semeja dan berbual.

"Haah, tapi kan syarat untuk saya ambil alih syarikat mestila berpendidikan, sebab itu saya masuk ke sekolah biasa nak ambil spm. " Sambung Khalif sambil mengunyah keropok lekor.

Sesekali mata melihat Hanum yang hanya diam, Hanum cantik walaupun dengan tudung yang disimpul bawahnya, apa tah nama tudung

Bawal?

Bawang?

Emm biarla, dia lelaki bukan tahu.

"Aik, kau ushar adik abang dah kenapa? Sikit-sikit je, lebih-lebih aku sebat bontot kau! "

" Uhuk!" Tersedak Hanum mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh abangnya.

Ya Allah, kenapa abang Harris buat dia macam ni? Malula dia nanti...

"Awak okay?" Soal Khalif sambil menghulurkan tisu.

" Perghhh!!! Panggil awak siaa! " Harris mencebik bibir kepada Hanum, padu kau dik.  Abang pun single lagi.

" Diam abang Harris." Ucap Hanum perlahan dengan wajah memerah.

Setelah sejam lebih, Khalif mula bangkit meminta diri, segala makanan dan minum turut dirinya bayar.

"Terima kasihla Khalif, haih ciri-ciri adik ipar yang bagus!"

"Err.. sama-sama, saya minta diri dulu assalamualaikum. " Tangan abang Harris disalam sebelum bergerak ke motor kawasakinya.

Sempat jugak mata memandang Hanum sekilas lalu menghadiahkan senyuman sebelum helmet dipakai, enjin dihidupkan dan hilang dari pandangan.

Harris sempat melambai Khalif.

"Abang kenapa cakap macam tu, Hanum malulah! Nanti macam mana Hanum nak pergi sekolah? Eeeeee..!" Rungut Hanum sambil jalan ke arah kereta abangnya.

" Pergi sekolah? Pakai kakila, takkan tangan."

"Abang ni!"

Harris tergelak melihat wajah cemberut Hanum.

" Alah, abang bergurau jelah. Khalif tu budak baik, nak malu apa dengan dia? Ouh! Abang tahu..

Hanum malu sebab kat sekolahkan Hanum pendiam, tadi bila Hanum cakap dia dengar suara Hanum yang tak sedap tu, lepastu Hanum malu? Kan?! "

Melihat Hanum yang hanya diam.

" Ye la tuu.. "

Enjin kereta dihidupkan, sebelum pacuan empat roda bergerak. Melihat Hanum yang diam tanpa berkutik menjadikan Harris serba salah.

"Abang minta maaf buat Hanum rasa malu, sorry Hanum" Sempat tangan menggosok kepala adiknya.

"Okay." Balas Hanum ringkas.

"Abang rindu Hanum yang macam tadi, banyak cakap. Kalau dulu abang jaga Hanum dengan baik, mesti Hanum tak jadi macam ni kan?" Harris hanya tersenyum tawar.

"Abang, dah la.. "

***

"Umi, abi."

"Aa my baby boo, yes Khalif sayang kenapa?" Soal Puan Sri Khalisa sambil mendepakan tangan sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.

Khalif memeluk Puan Sri Khalisa sebelum meleraikannya. Kenapa umi dengan abi terlalu sibuk dalam kehidupan? Dia pulang dari asrama, tak terdetikkah umi dengan abi untuk meluangkan masa bersamanya?

Sudahla tidak punya adik, mahu abang atau kakak, yang ada pun pembantu rumah yang agak berumur, itu pun dirinya tidak rapat mana.

"Eh anak abi! Kenapa tak tidur lagi?" Tegur Tak Sri Mohamed yang baru masuk ke dalam rumah setelah selesai parking kereta.

Khalif melihat umi dan abi bersilih ganti.

"Memang Khalif balik rumah untuk tidur je ke?" Soalan Khalif yang sedikit berbunyi sinis menarik perhatian Puan Sri Khalisa.

Jarang Khalif bersura begitu. Ye ke? Atau sebenarnya Puan Sri yang tinggal anak dekat sekolah agama, jadi macam mana anak Puan Sri nak bersuara?

"Khalif kenapa ni sayang?" Soal Puan Sri Khalisa lembut.

Khalif mengeluh hampa.

" Takde apa, Khalif tidur dulu." Terus diri dibawa ke tingkat atas dimana menempatkan biliknya.

Katil bersaiz king dihampiri, haih..

"Aku tahu umi abi sayang aku ya Allah, tapi tak boleh ke kalau diorang luangkan masa sedikit untuk aku? Walau aku tahu diorang sibuk mencari rezeki.."

" Aku cuma nak mereka ada dengan aku.."

...

Cuti hujung minggu pun tamat, pelajar asrama mula kembali ke sekolah.

"Pagi handsome boy!" Sapa Dee kepada Khalif.

Khalif hanya membalas senyuman sambil menunduk sedikit, dapat dilihat sekilas wajah Hanum bersahaja.

"Eh Hanum, kau tahu tak haritu aku kan pergi la pasar malam yang kat area Kota tu dengan adik aku, pastu kan weyh ada anjing kejar! Bapak ah! Besar gila weyh!" Teruja Dee menceritakan, dengan wajah-wajah sekali memberi reaksi, habis berkerut wajahnya.

"Ouhh." Balas Hanum sepatah.

Khalif kemam bibir dari tersenyum, muka Dee kelakar sangat apabila itu je reaksi yang diberi oleh Hanum. Punya penuh beremosi dia cerita, Hanum balas 'ouh' je HAHA.

"Eee! Ouh-ouh pulak, tak nak la cerita lepas ni, merajuk!"

Hanum hanya mengangkat bahu tanda malas melayan Dee dipagi hari.

" Aku merajuk ni Hanum, M E R A J U K!" Dieja satu-satu oleh Dee.

"Ok." Balas Hanum.

"Sumpah Hanum, sumpah aku merajuk nak mampos." Terus badan dipusing kedepan.

Sebal dan sakit hati dengan Hanum!
Khalif menutup mulut, cuba ditahan ketawanya. Kesian betul Dee, sabar ye.

Setelah lima minit keadaan mereka sunyi, kelas mula riuh apabila Qayeed masuk ke kelas bersama lima orang sahabat hingga ke firdausnya.

Tibee..

"Assalamualaikum is friend!" Ucap Asiddiq sambil memegang tasbih di tangan.

"Your friend la bodoh, is friend bapak kau." Sampuk Aiman.

Itula orang cakap confident boleh, condifent jangan. Asiddiq hanya menjeling Aiman sebelum menyambung kata-kata yang terhenti.

"Ana Asiddiq, dan ini rakan-rakan ana, kami..."

Puk!

"Kau dah kenapa setan?" Soal Aiman kasar.

Asiddiq mengusap kepalanya yang diluku oleh Aiman, dasar Aiman barbie!

"Dahla, baik salah jahat salah, Bunuhla aquee...." Asiddiq berlalu keluar dari kelas.

Mereka berlima kelas terakhir, hanya Khalif dan Qayeed yang satu kelas. Qayeed sempat menghadiahkan senyuman sinis kepada Khalif sebelum duduk di tempatnya.

Khalif hanya menunduk memandang bawah, Qayeed sangat menyeramkan lagi-lagi tersenyum begitu, rasa macam dia tengah berhadapan dengan rasaksa.

Melihat Cikgu Zaki yang masuk bersama rotan membuatkan seisi kelas meneguk air liur, pasti markah kuiz akan diberi hari ini.

"Pagi semua."

"Selamat pagi Cikgu Zaki!" Balas seisi kelas. Qayeed terus duduk tanpas segan silu.

"Qayeed, ada saya cakap duduk? Berdiri sekarang."

Qayeed menayangkan wajah menyampah, dapat didengar dengusan yang keluar menandakan dia marah.

"Harini saya akan baca markah kuiz, nama yang saya sebut jangan duduk dulu, yang tidak disebut boleh duduk, faham semua?"

" Faham cikgu!"

Khalif mula berdoa, janganla tak lepas ya Allah, tolongla jangan.

" Khalif."

"Hanum." Cikgu Zaki berhenti bicara lalu jari ditunding ke arah Qayeed.

"Dan kamu Qayeed, yang lain boleh duduk."

Perasaan Khalif kini, kalau boleh lari dah lama aku lari.

" Fuh! Lepas, pandai Dee pandai!" Puji Dee terhadap diri sendiri.

Ramai juga yang melepaskan nafas lega apabila nama tidak dipanggil, kau Khalif? Gagal ke?

"Tahniah Hanum, awak mendapat markah tertinggi, nanti ikut saya ke bilik guru untuk hadiah, awak boleh duduk." Hanum hanya mengangguk dan terus duduk.

" Eeee, Hanum... Pandai gila kauu! Macam tu la kawan aku, haih tengokla kawan siapa?" Kecoh Dee dengan teruja.

" Kamu Khalif, baru kali pertama jawab kuiz, dan saya pelik kenapa tiada salah langsung?"

Seisi kelas memandangnya, bukan pandangan hina tapi terkejut. Soalan math itu membunuh bagi pelajar di sekolah, dan macam mana budak baru seperti Khalif membuatnya tanpa ada kesilapan?

"Tadi bukan cikgu kata Hanum markah tertinggi ke?" Faiq ketua kelas mencelah.

"Ye memang Hanum markah tertinggi, tapi Khalif buat tanpa ada kesalahan, saya cuma hairan sebab itu saya tanya dahulu, kalau tak Khalif akan pecah rekod sekolah la, potong pelajar pintar kita, Hanum."

" Ooo macam tuh!"

" Omaigoat Hanum! Kau ada saingan Hanum! Habisla kau kali ni Hanum!" Gelabah Dee.

Hanum hanya bereaksi biasa, bukan dia kesah pun dan bagusla kalau Khalif ni bijak, boleh dia ajar rakan kelas dia.

"Saya..." Khalif menunduk.

"Kamu tak menirukan?" Soal Cikgu Zaki dengan nada tinggi.

"Tak! Saya tak tiru, cuma saya dah pernah buat latihan macam kuiz tu, tapi tak semua." Terangan Khalif.

" Ouh macam tu, tahniah! Awak dengan Hanum nanti ikut saya ambil hadiah ya? Khalif boleh duduk."

" Terima kasih."

Barula nafas lega boleh dihembus, tiba-tiba ada sticky note yang dihulur.

Tahniah.

"Awak juga, tahniah." Balas Khalif sambil tersenyum.

Hanum hanya mengangguk.

"Kamu Qayeed, kuiz saya bagi suruh jawab, tapi awak bagi balik tanpa ada jalan kira. Awak nak jadi apa?"

" Manusia tak kan binatang." Jawab Qayeed biadap.

" Ikut kamu la, yang gagal spm bukan saya tapi kamu, jangan ingat kamu anak orang ternama boleh berjaya begitu sahaja, ingat Qayeed berjaya tak boleh dibeli dengan duit kecuali usaha."

" Berdiri sampai habis kelas saya."

***

" Pandai siot kau Lif, makan apa la kecik-kecik dulu kan?"

Khalif hanya tersenyum mendengar celoteh mulut Dee, ada sahaja yang hendak diceritakan.

"Oi, pinjam Khalif jap." Terus Aiman menarik tangan Khalif berlalu ke belakang sekolah.

"Alah! Tak habis borak lagi, siotla Aiman sepet ni."

Sampai sahaja dibelakang sekolah, terus tubuhnya ditarik oleh Qayeed.

" Kau suka tengok aku nampak teruk kan?! Kau ingat kau bagus ke?!"

Tak semena-mena wajahnya ditumbuk oleh Qayeed.

" Saya tak buat apa pun lah!" Tengking Khalif, lama dia sabar.

Dadanya terlalu sakit untuk bersabar, hari ini akan dia lepaskan semua.

"Kau dah pandai melawan?! Kau tak kenal ke aku siapa hah?!" Tubuh Khalif ditolak mendekati dinding lalu ditahan leher Khalif dengan tangannya.

Pisau lipat di dalam poket seluar sekolah diambil, lalu diletak di leher Khalif.

"Aku yang kau jumpa 3tahun lepas Khalif. Aku Khalif, ingat aku Khalif. Ingat!"

Khalif mengetap giginya apabila terasa kepala semakin sakit bila dicuba untuk mengingati, siapa Qayeed? Siapa Qayeed?!

"Jangan bagitahu siapa-siapa pasal aku."

Siapa Qayeed?

" Aku bunuh orang tu sebab dia yang bunuh ibu aku."

Siapa Qayeed?

"Kau boleh pergi, dan lupakan semua apa yang kau tengok, ingat sekali lagi aku nampak kau dekat mana-mana,

Aku akan bunuh."

Jadi Qayeed adalah orang yang dia lihat di lorong dahulu? Yang sedang membun...

"Itu aku Khalif, itu aku. Aku dah pesan jangan muncul depan mata aku, tapi kau tetap muncul."

"Mati atau kerja dengan aku?"

Sebab ini kah dia takut untuk keluar dari madrasah? Sebab ini kah yang dia risau untuk melihat dunia luar?
Sebab ini kah?

Ya.

Dan saat itu, kehidupan seorang Khalif bukan lagi seperti dulu.

Continue Reading

You'll Also Like

10.1K 1.2K 21
[2nd book of Hanya Series] ♡8 namanya terlalu indah sehingga melekat di fikiranku Dah tahu kisah Ad dan Syai kan? Ni kisah anak mereka pulak. Nur Fa...
578K 34.6K 70
(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO...
575K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
601K 23.9K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...