HI, ENCIK PROFESSOR!

By Angel_k20

129K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... More

Bab 1
BAB 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [2]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 14 [3]
Bab 15 [1]
Bab 15 [2]
Bab 15 [3]
BAB 16 [1]
BAB 16 [2]
Bab 16 [3]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (1)
Bab 18 (2)
Bab 18(3)

Bab 3

4.6K 505 405
By Angel_k20

Qarizh menghempas kasar failnya ke atas meja lalu bertaburan habis segala dokumen-dokumen yang sedia berselerak di atas mejanya. Cermin mata berteknologi tinggi yang dipakainya juga dibuang lalu pelipisnya dipicit perlahan. Stress.

Melalui telefon pintarnya, dia masih lagi mendengar dengan hati mendongkol marah terhadap kata-kata bapa saudaranya. Adik bongsu kepada arwah ayahnya itu kali ini betul-betul menguji kesabarannya yang sekian lama menipis. Bukan kerana benci dia memarahi lelaki tua itu tapi hanya kerana lelaki itu suka memberikan arahan tanpa meminta persetujuannya terlebih dahulu dalam apa-apa perkara!

"Apa Pak Su cakap ni? Zahwan kena bekerjasama dengan seorang profiler penjenayah? Perempuan pula tu?" Bagai mesingan, Qarizh menembak soalan kepada IGP Karim dengan bertalu-talu.

"Easy Zahwan, bertenang," pujuk IGP Karim disertai dengan keluhan.

Qarizh meraup muka lalu meramas rambutnya. Telefon pintar di tangannya masih lagi digenggam erat, sengaja tidak dilempar ke dinding walau itu pun yang dia mahukan sekarang. Telefon mahal tu, pokai pula duitnya kalau nak beli sebiji lagi.

"Please Pak Su, Zahwan tak nak bekerjasama dengan perempuan. Perempuan sama saja menyusahkan!" rayu Qarizh dalam nada membentak geram.

IGP Karim terdiam lama apabila mendengar suara marah anak saudaranya. Qarizh Zahwan memang begitu sejak dulu lagi, hanya dia seorang je tahan dengan perangai dingin beku tambah pemarah jejaka itu. Tapi, jejaka itu juga boleh berubah 100% dari perangainya itu jika kena caranya.

"Maaf Zahwan, kali ni je Pak Su minta tolong kamu. Kamu tak sayang Pak Su ke?" rayu IGP Karim dengan suara sayu.

Qarizh terdiam apabila mendengar suara lirih Pak Sunya meminta tolong. Ini... sesuatu yang membuatkan seorang Qarizh Zahwan terasa lemah segala urat sendi sehingga ke tulang belulang. Nak menolak tak sampai hati, nak marah berdosa pula. Itulah, siapa suruh jadi anak saudara kesayangan Pak Su? Padan muka kau Qarizh...

Dengan nafas panjang ditarik lalu dihembus perlahan, Qarizh mendekatkan lagi telefonnya ke telinga. Tanpa suara marah mahupun bentakan, perlahan-lahan dia menunduk menekur meja.

"Baik, Pak Su. Zahwan ikut cakap Pak Su, tapi Pak Su mesti janji ini kali terakhir dah Pak Su minta Zahwan bekerjasama dengan perempuan," jawab Qarizh dengan nada lemah.

Usai sahaja Qarizh menuturkan kata setuju itu, serta merta nada suara IGP Karim berubah menjadi ceria. Tanpa banyak bicara, dia mengucapkan terima kasih berkali-kali dan ucapan terima kasih itu hanya disambut dingin oleh Qarizh.

"Oh ya Zahwan, Pak Su lupa cakap yang profiler itu akan jadi assistant semua kelas kamu nanti. Jadi, Pak Su harap kamu dapat berbaik dengan dia ya. Bye," beritahu IGP Karim dalam satu nafas, laju bertutur bagai bullet train lantas gagang telefonnya cepat-cepat diletak.

Tut.... tut....

Qarizh terkesima dalam kejutan. Ya Allah, apa lagi yang Pak Sunya dah buat ni? Skrin telefon pintarnya yang sudah berubah gelap dipandang lama. Sedetik, dua detik... senyuman mengerikan mula terlakar di wajahnya.

"Ahhh!" jerit Qarizh lalu melempar telefonnya ke dinding.

Prang!

Pecah berkecai jua telefon mahalnya sekecamuk kecai hatinya sekarang. Dia benar-benar geram dengan Pak Su!

"Pak Su, what the hell are you doing?" laungnya kuat lalu memegang kepalanya dengan rambut kemasnya sengaja diselerakkan. Dia... dah macam orang gila!

Tok! Tok! Tok!

Tanpa sempat Qarizh menyahut, sebiji kepala terjengul masuk ke pejabatnya. Raut wajah pemilik kepala itu kelihatan gusar dan bimbang dengan keadaan yang melanda Qarizh. Dah macam orang tidak siuman pun ada orang bawahannya yang seorang ni.

"Prof... Prof okey ke?" tanyanya dengan prihatin.

Qarizh yang masih lagi memegang kepalanya menarik nafas panjang lalu perlahan-lahan kepalanya didongakkan ke atas lalu matanya memandang sekilas kepada empunya jasad yang bertanya. Malu juga dirasakannya kini, tapi sakit lagi hatinya memikirkan hal tadi.

Qarizh kemudiannya bangun lalu membetulkan kembali rambut dan bajunya yang berserabai tanpa mengendahkan lelaki tua yang masih setia berada di depannya. Lelaki tua yang bagaikan mengerti dengan tingkah Qarizh hanya bertindak berdiam diri lalu tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan meja Qarizh.

"Ada apa Dato' ke mari?" tanya Qarizh lalu dia juga turut sama melabuhkan punggung di kerusi pejabatnya.

Profesor Dato' Dr. Hisham hanya menggeleng perlahan dengan ulah Qarizh. Dia sudah sangat jelas dengan perangai Qarizh yang dingin, beku dan keras kepala. Semua orang di universiti itu mengakui hakikat kebenaran ini tetapi apabila dia menyaksikan sendiri aksi Qarizh menyelamatkan Amirul, dia tahu ada sesuatu dalam diri pensyarah muda itu yang membuatkannya berminat untuk menjadikannya partner anaknya bagi menyelesaikan kes pembunuhan di universiti itu.

"Macam ni Prof... saya sebenarnya nak minta jasa baik Prof..." kata Prof. Dato' Dr. Hisham dengan berhati-hati dan serba salah.

Qarizh hanya menjongketkan kening apabila mendengar ayat terputus-putus keluar dari mulut seorang dekan yang dihormati di universitinya. Dah kenapa dengan Dato' ni? Dia bukannya makan orang pun.

Prof. Dato' Dr. Hisham kelihatan ingin meluahkan sesuatu tetapi terbejat dengan panggilan yang diterima dari telefon pintar Qarizh. Qarizh memberikan isyarat agar tunggu sebentar lalu dia mengangkat panggilan yang diterima dari telefon sparenya yang elok tersimpan di dalam laci.

Tidak mahu menunggu lama ditambah pula dengan dia juga ada kelas sebentar lagi, Prof. Dato' Dr. Hisham terpaksa mengundur diri. Lalu, dia memberikan isyarat kepada Qarizh bahawa dia akan datang menemui jejaka itu di lain hari. Qarizh yang masih terlekap dengan telefonnya hanya mengangguk dan sempat membuat isyarat maaf kerana tidak sempat melayani dekan itu dengan baik.

Bagi Qarizh, panggilan yang diterimanya itu... tak nak diangkat dirasa tak kena pula. Terpampang besar di skrin telefon nama pemanggil: ASP Haireen Jamilah. Setelah memastikan Prof. Dato' Dr. Hisham menghilang sepenuhnya di balik pintu, Qarizh mula memperkuatkan suaranya.

"Ya, Mami Reen," kata Qarizh sambil mengurut batang hidung sambil mengangguk perlahan bagai akur dengan penjelasan dari orang yang digelar Mami Reen.

"Jadi, kes ni ada kaitanlah dengan Blue Rose?" tanyanya lagi tapi kali ini dengan suara yang lebih rendah.

Qarizh kemudiannya hanya mengangguk dan sesekali kepalanya diurut perlahan dengan batang tengkuknya juga dipicit-picit. Sungguh, berita yang diterimanya itu sangatlah menggusarkan jiwa pendidiknya. Bayangkanlah, menurut maklumat yang diperolehi dari mata-mata gelap pihak polis, dadah jenis itu kini sedang berleluasa tersebar dalam kalangan pelajar tidak hanya di universiti bahkan di sekolah menengah.

Dadah yang diberi nama Blue Rose kini muncul dalam bentuk pil berwarna pink dan ia sangatlah popular sebagai ubat menahan kantuk. Disebabkan bentuknya yang sama dengan pil ubat-ubatan yang boleh diperoleh dari farmasi dan penjualannya sebagai pil cerdas minda bebas dijual di merata negeri, kebanyakan pelajar ini lebih tertarik untuk membelinya bagi membantu mempertingkatkan tahap IQ mereka.

Keadaan menjadi lebih buruk dan tidak terkawal lagi apabila setiap kali serbuan dibuat di premis-premis penjualan ubat ini, apa yang ditemui hanyalah pil cerdas minda biasa yang selamat diambil. Sungguh, pergerakan pengedar dadah jenis ini amatlah licik dan sukar untuk dikenal pasti keberadaan mereka. Ini menjadikan kerja pihak polis menjadi sentiasa tergendala dek modus operandi penjenayah yang bagai sentiasa lebih maju selangkah ke hadapan.

"Qarizh... dengar tak aku cakap ni?" tanya Mami Reen di hujung talian.

"Ya, Mami," jawab Qarizh dengan perlahan. Tidak semena-menanya, kepalanya terasa senak dan beban di bahunya terasa semakin bertambah.

"Rayyan macam mana Mami?" tiba-tiba, Qarizh bertanya mengenai khabar sahabat baiknya.

Terdengar keluhan pendek di hujung talian disertai dengan gumaman yang tidak jelas butir bicara. Qarizh mendekatkan lagi telefon ke telinganya dengan tahap pendengarannya juga dinaikkan.

"Mami?" panggil Qarizh.

"Ya, ya. Sorry Qarizh tadi ada pegawai masuk hantar file. Kau tanya pasal Rayyan? Ha, budak tu aku hantar untuk siasat Blue Beam. Adil la kan? Kau siasat Blue Rose, Rayyan siasat Blue Beam. Well, korang berdua kan sahabat dunia akhirat?" kata Mami Reen di talian sambil disulami dengan gelakan keras.

Qarizh menarik nafas lega mendengar kan berita itu. Setidak-tidaknya, dia tidak keseorangan untuk melawan kumpulan Crow!

Oow.... Oow....

Tiba-tiba, jam loceng milik Qarizh berbunyi nyaring menandakan dia ada kelas sekejap lagi. Jam loceng yang ditetapkan bunyinya dengan bunyi burung hantu itu agak seram bunyinya jika didengar pada sebelah malam.

"Mami, I've got to go now. Thanks for your information," kata Qarizh lalu mematikan talian selepas salam yang diberi disambut oleh Mami Reen.

Qarizh kemudiannya bangun dari kerusi lalu menapak ke almari yang menempatkan fail pelajar dan buku-buku ilmiah dari pelbagai bidang. Pintu almari itu dibuka lalu ternampaklah sebuah cermin yang tergantung elok pada pintu almari di sebelah dalam.

Dalam diam, Qarizh meneliti fizikalnya di cermin. Raut wajahnya yang putih kemerahan menurun wajah ayahnya yang berketurunan Arab itu dibelek rapi. Rambut hitam berkilat, hidung mancung, kening yang rapi, alis mata yang panjang... dia merasakan tiada apa dah yang tidak sempurna pada wajahnya. Handsome!

Badannya yang tegap dan sasa itu dipusingkan pula ke kiri dan ke kanan. Dia sejujurnya mahu menyesuaikan keadaan fizikalnya dengan baju kot yang bakal dipakai untuk ke kuliah sekejap lagi. Tiada istilah sememeh pada dirinya jika perlu berdepan dengan orang ramai. Akhirnya, tali leher dan baju kot hitam berjalur putih nipis menjadi pilihannya lalu dipadankan pula dengan kemeja berwarna putih yang sedia tersarung di badannya.

Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Qarizh akhirnya menapak keluar dari biliknya dan bersedia untuk menuju ke dewan kuliah. Sempat juga tangannya mencapai beg galas kesayangannya yang bukan sekadar mengandungi laptop tetapi juga 'treasure item' miliknya yang tiada siapa tahu apakah jenis item itu kecuali Sarah.

******************


Suasana bilik kuliah sederhana DKS 2 yang boleh menempatkan pelajar seramai 150 dalam sesuatu sesi pengajian itu riuh rendah dengan suara pelajar saling bertingkah antara satu sama lain. Keadaan riuh itu bertambah gegak gempita apabila mereka semua bertepuk tangan dan bergelak ketawa seolah-olah ada sesuatu yang melucukan berada di pentas kuliah.

"Kalau korang jadi pembunuh, apa tindakan yang korang akan lakukan jika mangsa korang itu tidak mati?" tanya satu susuk tubuh kecil di pentas.

Figura gadis setinggi 160 cm dengan berpakaian baju kurung moden berwarna pink yang dipadankan dengan tudung merah beserta baju kot hitam tersarung di tubuh dipandang kecil besar je oleh Qarizh. Minah mana pula entah yang take over kelasnya hari ni?

"Cik, saya akan tikam dia sampai mati," laung seorang pelajar yang berada di kerusi paling atas.

"Alah, tikam saja tak thrill. Kalau saya la cik, saya akan sumbat mulut dia dengan darah dia sendiri lepas tu saya akan paksa dia telan," jawab pula seorang pelajar yang berada di depan.

Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu mengundang ketidaksenangan hati pelajar lain lalu mereka mula membuat muka. Ada yang tersengih, ada yang menjeling takut. Kategori psikopat dah tu jawapannya.

"Okey kita ubah soalan. Kalau korang pembunuh, siapa orang pertama dalam kelas ni yang korang akan bunuh?" tanya si gadis pentas itu lagi dengan lantang.

Mendengar soalan cepumas yang dikemukakan oleh si gadis, suasana yang hingar bingar tadi berubah menjadi semakin hangat dan panas. Soalan panas tu! Siapa orang yang akan dibunuh?

"Cik Aralyn!" laung Amirul yang berada di kerusi tengah. Disebabkan dewan kuliah itu jenis bertangga dan kedudukan meja beserta kerusinya berada di tangga tengah, Amirul perlu melaung jika mahu suaranya sampai ke pendengaran si pensyarah di hadapan.

"Ya student. Silakan beri jawapan," sahut Aralyn.

Hari ini menurut perintah papanya, dia akan mula mengajar dan menjadi assistant kepada profesor muda Profesor Dr. Qarizh Zahwan. Namun, sampai sekarang dia tidak nampak kelibat profesor itu jadi baginya, lebih baik dia take over dulu kelas sementara menanti encik sejuk beku 'mangsa' terbarunya itu sampai.

"Tapi, kalau saya bagitahu, Cik Aralyn janganlah marah," balas Amirul sambil tersengih-sengih.

"Ya, bagitahu je. Siapa orang yang awak akan bunuh dan dengan cara apa awak akan matikan dia?" kata Aralyn dengan penuh sabar.

Bukan dia tak kenal si Amirul ni. Kelmarin pelajar ini jugalah yang tergantung sepi terkapai-kapai di lautan angin... eh apa la yang melalut ni? Aralyn mengetuk kepalanya sendiri dengan pen lalu memberikan perhatian kepada Amirul di hadapannya.

"Saya nak bunuh Cik Aralyn, ambil hati Cik Aralyn lepas tu masukkan ke dalam hati saya. Cia cia cia!" kata Amirul lalu ketawa berdekah-dekah.

Ketawa Amirul itu kemudiannya disambut galak oleh seisi kelas. Tidak cukup dengan hilai tawa, mereka menepuk-nepuk pula meja masing-masing menjadikan meja itu sebagai gendang yang mengeluarkan irama berentak.

Aralyn hanya menggigit bibir menahan geram yang mula bersarang di hati. Ikutkan akalnya, mahu saja dilemparkan kasut tumit tinggi 4 incinya ke dahi Amirul tapi itulah, nanti tidak pasal-pasal keluar pula berita di akhbar utama Berita Harian:
Pelajar Ditemui Mati Kerana Tumit Kasut Tumit Setinggi 4 Inci Terbenam di Dahi. Aduh, seram pula jadinya!

"Dah, dah, relaks semuanya," laung Aralyn dengan sekuat suara. Malangnya, bunyi bingit gendang meja lebih mengatasi bunyi suaranya.

Dum!

"Korang semua nak mampus ke hah?" jerkah Qarizh sambil menghempas fail kulit keras yang mengandungi kertas kehadiran pelajar.

Krik krik. Senyap semuanya.

Qarizh dengan muka tegang terus menapak ke atas pentas lalu matanya memandang tajam kepada setiap seorang wajah para pelajarnya. Dari tadi dia perhatikan gelagat mereka tapi tiada siapa dalam kalangan mereka yang menyedari kehadirannya!

"Hoi minah," panggil Qarizh kepada Aralyn.

Aralyn hanya buat tidak tahu dengan panggilan itu. Dia ada nama, cantik lagi. Namanya Aralyn Awliya, bukannya minah!

Qarizh mendengus kasar melihatkan respon gadis di sebelahnya. Dia kenal dan sangat arif akan perempuan pendek tu. Gadis tu ialah perempuan gila yang tak tahu malu suka hati je nak kawan dengan dia kelmarin? Kirim salam sajalah.

"Apa kau buat kat kelas aku ni?" tanya Qarizh dingin tapi masih dengan suara perlahan. Sengaja suaranya ditekan agar gadis itu mendengar dengan jelas, manalah tahu pekak ke?

"Ayang nak join kelas Abang Encik Tunang Sayang ayang je. Tak boleh ke?" jawab Aralyn dengan suara sengaja dikuatkan.

Zup!

Qarizh terasa jantungnya bagai dibidik dengan anak panah. Sakit, tapi sakit lagi hatinya melihat muka tidak bersalah Aralyn yang tersengih memandangnya dengan muka mengejek.

"Wuuu!" sorak para pelajar disertai dengan tepukan dan gendangan meja dan dewan kuliah yang sedari tadi senyap sunyi sekelip mata berubah menjadi riuh rendah.

Sungguh, pengakuan berani mati dari gadis yang dipanggil Cik Aralyn tu betul-betul mengejutkan mereka semua. Profesor Dr. Qarizh Zahwan si bapak singa beruang kutub utara selatan mana ada girlfriend. Tup-tup, tiba-tiba cik tunang datang memunculkan diri. Dalam kuliah pula tu? Wah, dah boleh buat gosip panas ni!

Aralyn hanya memerhatikan dengan tenang reaksi terkejut para pelajar. Tapi, apa yang membuatkannya sangat puas hati ialah reaksi Qarizh yang terpaku tidak terkata apa-apa. Hanya raut bengang dari wajah handsomenya saja kelihatan memerah marah.

'Berani kau tolak pelawaan aku untuk jadi kawan? Kau silap besar Profesor...' bisik hati Aralyn dengan senyuman sinis terlakar di bibir.

'Perempuan pendek lagi gila... kau berani cabar aku? Siap kau aku akan kerjakan... kau tunggu!' Qarizh menghadiahkan pandangan maut buat Awliya yang turut sama memandangnya dengan pandangan sinis tersungging di bibir merahnya.

"Ya Allah, apa dosaku hari ni sampaikan aku dipertemukan lagi dengan perempuan gila ni?" rintih Qarizh dalam hati lalu dia meraup kasar mukanya.

'Stressnya ya Rabbi... harapnya profiler perempuan tu nanti perangainya bukan macam perempuan gila ni,' doa Qarizh di dalam hati.

Tit. Tit.

"Ya, ada apa?" Panggilan dari Sarah melalui handsfreenya disambut dengan dingin dan penuh rasa tertekan.

"Abang, Sarah dah dapat data partner profiler abang tu. Pak Su baru je hantar ni," lapor Sarah.

"Siapa?" tanya Qarizh sambil matanya tak lepas dari memandang Aralyn dengan pandangan mencerlung tajam.

"Aralyn Awliya Prof. Dato' Dr. Hisham," jawab Sarah sambil menghantar data Aralyn terus ke cermin mata berteknologi tinggi yang dipakai oleh Qarizh.

Zup!

Sekali lagi, Qarizh terasa jantungnya bagai dipanah dengan Recurved Bow, senjata kesayangannya. Tapi kali ni, dia terasa mahu pitam!

Partnernya... perempuan gila tu?

Done!!!

Ha, sorry korang lambat pula Angel publish.

So, enjoy!

Continue Reading

You'll Also Like

814K 46.9K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
1.8M 80K 146
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
74.4K 1.8K 33
"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAY...
248K 7.5K 57
BOOK of MRS. πŸ‘‘ KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya...