Panahan Asmara Hitam [ TERBIT...

By arenayidin

74.3K 176 34

💎Excellent Gifted Author 2019 ( EGA Award - Tempat Kedua ) Kerana satu kesilapan akibat kebodohan diri sendi... More

Bab 1
Bab 2(2)
Bab 3
Bab 3 (2)
Bab 4(1)
Bab 4(2)
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8 - Preorder sudah dibuka.
Bab 9
Bab 10 - Free gift Panahan Asmara Hitam.
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14 - Video PANAHAN ASMARA HITAM
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26 - Last Day Pre-order
Bab 27 - Sudah Cetak
Bab 28 - Buku siap cetak
Bab 29 - Baki buku PAH
Bab 30
Bab 31 - Review
Bab 32 - Review 2
Bab 33 - Stock bakal habis
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Jualan penghabisan stok

Bab 2

921 11 0
By arenayidin


AKAN DATANG :
Terbitan : OGOS 2020
Penulis : Arena Yidin
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM

🐞Bab 2🐞

LANGKAH kaki diatur perlahan untuk menuju ke bilik. Namun, belum sempat dia berbuat demikian, namanya dipanggil Encik Kamil.

"Ha! Deana. Ke mari kamu!"

Deana tepuk dahi. Mengapa pula boleh kantoi dia ada di situ.

"Ada apa, ayah?" Deana garu kepala yang tidak gatal. Sebelumnya, topi yang menutup rambutnya dipegang dengan tangan kirinya.

"Buat apa mengendap kat situ? Jadi dah dengar apa yang ayah dan ibu bincangkan?" Encik Kamil pandang Deana dengan tatapan tajam.

"Apa ayah ni! Suruh orang kahwin pulak. Orang masih mudalah! Bagi la orang enjoy dulu," rungut Deana.

"Habis? Nak makan tidur je kat rumah ni? Pergi la kerja ke apa? Apa nak jadi kamu ni, Deana?"

"Nanti la ayah. Belum habis penat belajar. Bagi la Dee rehat dulu," rayu Deana meraih simpati.

"Dah setahun. Rehat apanya lagi? Cuba bagitahu ayah? Kamu nak ayah kahwinkan kamu dengan anak kawan ayah?" ugut Encik Kamil.

"Tak nak la ayah! Ibu, orang tak nak kahwin lagi," rengek Deana manja.

"Tadi pergi mana?" Encik Kamil menyoal lagi.

"Rumah Hanis."

"Jangan nak bohong ibu dengan ayah, Deana! Ijam nampak si Rizal tu yang jemput kamu tadi.  Kamu pergi mana, hah?" Puan Zaiton mencerlung ke arah Deana.

Issh! Mulut Ijam ni tak boleh nak tutup. Deana menggerutu geram.

"Orang takde pergi mana pun.  Pergi bandar je. Tengok wayang. Lepas tu, makan. Tu je... ibu jangan la risau yang bukan-bukan. Tahu la orang jaga diri."

"Ibu tak mahu kamu rapat sangat dengan Rizal tu. Budak tu suka merayau. Tak ada kerja. Nanti kamu terikut-ikut dengan perangai dia."

"Alaa... rilek aar ibu. Nanti Rizal cari la kerja. Ibu tak payah fikir pasal dia," rungut Deana pula.

Puan Zaiton tarik nafas dan melepaskannya kasar. Pening dengan tingkah anak daranya itu. Sementara Encik Kamil pula menghirup baki kopi di dalam cawannya lalu bingkas bangun.

"Ayah perhatikan kelakuan kamu ya, Deana. Jangan berani nak macam-macam. Ayah bagi dua pilihan. Fikir masak-masak. Pertama, sambung belajar atau yang kedua, kahwin dengan anak kawan ayah. Ini bukan paksaan tapi ini perintah ayah! Pilih salah satu. Tidak ada bantahan. Ayah nak jawapannya seminggu dari sekarang."

Terbuntang mata Deana mendengar penjelasan Encik Kamil. Dia mengurut dada tanda kesal. Dahinya berkerut seribu. Apa yang harus dilakukan?

'Rizal? Tolong aku Riz!'


arenayidin

30 Julai 2020

Continue Reading

You'll Also Like

5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
8.6K 389 41
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...
106K 5.6K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
3M 163K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...