The Q : Amzar Qhalif

By HanzQashaf

170 2 0

Tarikh mula : sept 2020 "Kita sebenarnya apa eh? Kawan ke ... couple?"tanya Raisya inginkan kepastian. "Tak b... More

Prolog
Bab 1 - Jalan
Bab 2 - Pertemuan
Bab 3 - Perkenalan
Bab 5 - Motivasi
Bab 6 - Dinner
Bab 7 - Gosip
Bab 8 - Surprise

Bab 4 - Kekok

8 0 0
By HanzQashaf

Mereka masih segan dengan satu sama lain. Mereka menjadi terkulat - kulat malu tersipu pon ada dah ni. Macam - macam jelah dorang ni. Tapi tak lama pon situasi ni. Mula - mula memang kekok tapi lama - kelamaan kekok tu mula hilang kerana Raisya yang memang peramah dan banyak modal nak bercakap.

Dia tak sukakan suasana yang senyap. Lagipun, mereka kan nak berkenalan. Kalau diam je, bila nak berkenalan kan. Kadang - kadang ada juga mereka bergelak ketawa. Entah apa yang lawaknya pon taktau lah.

Petang tu, mereka berjalan berdua. Mengelilingi KMAJ. "Awak, nak tanya boleh? Awak orang mana?" tanya Raisya. "Awak rasa?" balas Amzar, mahu berteka teki. "Saya tak rasa awak orang sini tapi taktaulah. Saya teka je" balas Raisya, bermain dengan permainan teka teki oleh Amzar

"Saya orang Selangor. Gombak. Awak pulak?"jawab Amzar. Malas nak berteka - teki lagi agaknya. "Saya orang sini. Mak ayah saya orang sini so saya kira orang sini lah kan" balas Raisya sambil tergelak.

"Hahaha. Betul lah tu. Awak modul 3 kan?" tanya Amzar pula. "Eh mana awak tau ni? Awak stalk sampai boleh tau ke?" serkap Raisya, pura - pura marah. Amzar ketawa. "Eh taklah. Saya teka je. Mana nak tau betul" kata Amzar, bersama sisa tawanya

"Hurm yelah tu" kata Raisya sambil mencebik sedikit. "Hurm kalau awak modul 1, maknanya awak nak jadi doktor ke?" tanyaRaisya pula. Amzar dah bagitau tadi yang dia modul 1.

"Rancangnya tapi taktau lah nanti. Nak habiskan matrik ni pon penat je dah ni. Medic pulak perlukan masa yang lama nak habis belajar. HO, MO apa semua lagi. Taktaulah, maybe saya kena fikir balik kot" kata Amzar.

"Eh takyah lah. Jadi je lah doktor. Best apa. Boleh rawat orang. Belajar banyak benda pasal manusia. Kehidupan manusia. Awak taknak ke? Bukan semua orang ada chance ni" pujuk Raisya.

"Kenapa awak cakap macam tu pulak? Semua orang ada chance lah. Lagi - lagi yang masuk matrik ni. Lagi cerah. Secerah Asasi tau" kata Amzar pula. Dia musykil pula tiba - tiba. "Cuba awak tengok saya. Saya dulu nak sangat jadi doktor. Saya suka belajar sains. Biologi, kimia semua. Tapi bila exam, selalu saya dapat teruk. Alasannya sebab saya tak boleh nak ingat semua yang saya belajar tu masa exam. Tak keluar saat diperlukan" jelas Raisya sambil tersengih.

Dia kemudian menyambung kata - katanya, "Sampai satu saat saya sedar saya sebenarnya tak mampu nak jadi doktor. Saya suka belajar tapi saya tak mampu nak ingat. Ingatan saya lemah sikit. Hahaha" katanya.

"Cuba awak bayangkan kalau patient datang, saya kena selak buku dulu sebab tak ingat simptom. Haih tak ke haru jadinya tu nanti. Mati dah agaknya patient tu bila saya jumpa simptom dia" sambungnya sambil membayangkan betapa harunya keadaan tu nanti.

Amzar juga turut ketawa. Terhibur dengan kata - kata Raisya. "Betul jugak awak cakap tu. Takpelah nanti saya pikir balik. Saya pon kena bincang dengan parent saya jugak ni"respons Amzar.

Keadaan tiba - tiba menjadi sunyi bila tiada perbualan antara mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk memandang ke arah Raisya. Dia memerhatikan Raisya yang ralit memandang ke arah tasik di depannya.

Dia tak sedar Amzar memandangnya. Dia terlalu ralit memerhatikan tasik buatan di hadapannya. Ada ikan tengah berenang lah. Dia ralit memerhatikan ikan itu.

"Raisya.." panggil Amzar. Raisya yang terkejut kerana dipanggil segera menoleh ke sebelah kirinya. "Ke..kenapa?" kata Raisya. Bergetar sikit suaranya. Gugup dengan keadaan senyap dan suara merdu Amzar tu.

"Hahaha awak ni kelakar lah. Saya panggil je. Bukan sergah awak pon" kata Amzar sambil ketawa. Muka Raisya sebentar tadi terlalu lucu sehingga Amzar tak boleh nak lupa.

"Diam lah awak. Kenapa panggil saya tadi?" kata Raisya. Malas mahu melayan ketawa Amzar sebentar tadi. Dia mula mencebik dan mulutnya terkumat kamit je dari tadi. Mengutuk Amzar lah tu.

"Hahaha saya nak amik gambar dengan awak boleh? Nak jadikan kenangan. Buat hilang rindu" pinta Amzar. Malu pulak nak minta bergambar. Apa pulak kata Raisya nanti kan.

"Hurm. Boleh je. Meh telefon awak. Saya nak check camera okay ke tak" kata Raisya. Dia pon malu sebenarnya. Tak sangka dengan Amzar boleh buat permintaan tu sebenarnya.

Amzar pantas menghulurkan telefon bimbit yang tadi di koceknya setelah lock screen dibukanya. Well ada password kan. Kenalah bukakkan kan? Raisya pantas mengambilnya telefon berjenama IPhone itu.

Dia membuka kamera dan mula melihat apa features yang ada. Dia mengangkat tangannya. Nak selfie dulu. Try error before amik gambar yang betul. Sempat pulak tu ajak Amzar berwefie.

Kemudian Raisya baru tersedar sesuatu. "Tapi kalau amik wefie je tak lawa lah. Kena suruh orang amikkan baru lawa sikit berdiri" kata Raisya tiba-tiba. Dia mula melihat sekeliling, nak mencari sape yang boleh amikkan gambar.

Amzar pon memandang sekeliling. Dia menggamit 2 orang budak lelaki yang lalu di seberang jalan menghadapnya tu. Dia pon meminta salah seorang dari mereka untuk mengambil gambar mereka berdua.

Bermacam pose yang dilakukan. Budak lelaki tu menekan je camera dan melayan gelagat pasangan tu. 'Macam - macam je lah dorang ni. Tapi dorang nampak sweet. Muka pon ada iras je ni. Jodoh kot'bisiknya dalam hati. 

Selepas beberapa minit, sesi mengambil gambar pon tamat. 2 orang budak lelaki tu meminta diri. Amzar pon mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka sebentat tadi. Raisya pantas mengambil telefon bimbit tersebut dan menilai gambar yang diambil. Dia sangat berpuas hati dengan gambar-gambar tu.

Cantik dan menampakkan keakraban mereka berdua. Dia pon memulangkan telefon tersebut kepada Amzar. Amzar mengambil telefon tersebut dan mula membelek gambar mereka tadi. Dia tersenyum. Dia juga berpuas hati dengan gambar itu.

"Hurm Am.." panggil Raisya. "Apa dia?" mata Amzar masih ralit memandang telefonnya. "Tengok lah saya. Saya nak cakap ni" marah Raisya bila Amzar tak memandangnya bila bercakap.

Amzar yang sedar silapnya pantas menyimpan telefonnya. Dia mula menumpukan perhatian kepada apa yang Raisya nak katakan. Matanya memandang wajah bersih Raisya.

"Kita sebenarnya apa erm erm nak jadi kawan je eh?" tanya Raisya inginkan kepastian. Dia tak nak dia salah faham sebenarnya. Dia malu selepas mengungkapkan soalan itu.

Amzar memandang ke tasik sambil berfikir apakah jawapan terbaik tuk diberikan kepada Raisya ketika itu. Dia mula menyusun ayatnya. Dia pastikan ayatnya padat dan tak menimbulkan salah faham pula nanti.

"Saya sebenarnya agak paranoid dengan istilah couple. Tak boleh ke kalau kita berkawan sampai kahwin? Lebih kepada kita berkenalan dan berkawan instead of bersweet-sweet orang couple. Boleh?" kata Amzar.

"Saya lebih selesa kita kawan dulu. Saya sebenarnya kalau boleh taknak couple, nak kawin terus je tapi kalau tak kenal pon susah jugak kan?" sambung Amzar. Raisya yang mendengar bicara Amzar mengangguk, bersetuju. Berpuas hati dengan kata - kata Amzar agaknya.

"Sebab saya sendiri taktau hala tujuan hubungan ni. Saya sendiri taktau sempat ke tak saya nak halalkan awak. Kita tak tau kan jodoh kita. Andai Allah kata jodoh bukan milik kita, kita kena redha je lah kan" kata Amzar.

"Kita sama - sama berusaha untuk halalkan hubungan ni. InsyaAllah suatu hari nanti, jodoh itu milik kita. Semoga Allah permudahkan jodoh kita" sambung Amzar lagi.

"Jujur niat tu ada cuma masa dan nilai diri saya belum meletakkan kepada situasi yang membolehkan saya menghalalkan awak. Awak faham maksud saya?" Amzar menyambung panjang lebar.

"Faham. Takpe saya faham. Kita bukan nak kawin terus pon. Kita muda lagi. Jauh lagi perjalanan hidup kita" balas Raisya. Dia berbangga kerana berkenalan dengan lelaki ini. "Kita kawan dulu okay? Kita kawan tapi lebih rapat dari kawan. Boleh?" tanya Amzar lagi. "Ye kita kawan sampai kawin. Boleh?" gurau Raisya. Mereka ketawa dengan kata - kata Raisya itu.

Mereka sambung berbual sampai masing - masing kering idea taktau nak cakap apa dah. Selepas lebih kurang satu jam berbual mesra, Raisya meminta diri untuk pulang ke bilik.

Penat katanya sebab tadi kan dia bertugas. Amzar berjanji akan WhatsApp dia nanti. Senyuman tak luntur dari wajah kedua mereka. Bahagia sangat agaknya dengan permulaan antara mereka ini.

*****************************************
Sudah sebulan usia perkenalan dan hubungan mereka. Hubungan mereka banyak berkisarkan dengan dating secara maya sahaja. WhatsApp, DM di Instagram, Twitter je.

Mereka lebih selesa dengan cara ini daripada berdating seperti pasangan lain. Gambar yang mereka ambil haritu pon dijadikan wallpaper mereka. Biasalah pasangan sekarang kan macam tu. Salah satu cara nak menunjukkan diri tu dah berpunya. Hahahaha.

Setakat ni, hubungan mereka baik - baik saja. Adalah berselisih faham sedikit tapi mereka akan okay lepas tu. Dalam proses perkenalan kan? Biasalah gaduh sikit. Nak sesuaikan diri dengan partner.

Hubungan mereka pon tak ramai yang tahu. Mereka lagi selesa sembunyikan hubungan ni. Roomates dan beberapa classmates mereka sahaja yang diberitahu. Bukan diberitahu sebenarnya. Kantoi.

Mereka selalu berselisih semasa ingin ke kelas. Mereka selalu bertukar senyuman. Manis sekali senyuman kebahagiaan mereka. Nampak gembira hingga tak sedar akan sekeliling nampaknya.

Terlalu khusyuk dilamun cinta. Mereka kadang - kadang on the phone. Berbual di telefon sampai pagi. Sesekali nak berborak jugak dengan satu sama lain. Nak jugak nampak seperti couple yang lain.

*****************************************
Minggu ke 18 sem 1 sudah berakhir. Hari ni adalah hari terakhir kelas di minggu terakhir. Ini bermakna minggu depan adalah study week. Sebenarnya bermula esok kalau nak diikutkan. Pensyarah pon dah mula memberi tips menjawab peperiksaan.

Disebabkan ini kali pertama mereka menjawab peperiksaan ini, jadi ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan. Pelajar pon sudah mula kelam kabut ingin menjawab past year question. Nak membiasakan diri dengan soalan sebenar. Nak menguji tahap penguasaan mereka sebenarnya.

Mereka gementar. Takut dengan peperiksaan akhir sem 1 yang akan datang. Di dalam kepala Raisya penuh dengan kata - kata, 'Boleh ke aku cemerlang dalam exam ni? Pertengahan sem haritu teruk dah'bisiknya perlahan.

Dia sibuk belajar pagi petang siang malam untuk pastikan dia score dalam semua subjek yang dia ambil sem itu. Dia betul-betul bertukus lumus nak menjawab soalan PYQ. Dia mencari jawapan dari pelbagai sumber

Oleh kerana ada subjek yang sama yang diambil oleh Amzar dan Raisya. Jadi mereka ada merancang nak belajar bersama. Sama - sama mengulang kaji pelajaran.

"Zara, jom esok teman aku belajar kat library. Dengan Am dan kawan dia" pinta Raisya. Dia taknak duduk berduaan dengan Amzar. Nak elakkan fitnah dan salah faham. "Dengan Am? Malulah wei. Aku bukan kenal sangat Am tu. Kawan dia lagi" balas Zara. Dia segan sebenarnya.

"Ala temanlah aku. Aku pon taktau kawan sape yang di bawak tu. Kita nak belajar je. Bukan dating semata" pujuk Raisya. "Hurm yelah. Kau study subjek apa esok? Bab apa? Takkan nak study semua bab? Mampos wei, mana sempat. Sampai lebam biji mata nanti" kata Zara. Raisya mula berfikir.

"Am kata nak study Chemist. Aku ada buat PYQ. Aku ada pilih soalan yang susah dan luar alam sikit. Kita buat yang tu jelah. Nak study by bab ni lambat lah baru siap" balas Raisya pula.

"Ha okay lah kalau camtu. Jumpa esok wei. Bye" kata Zara lalu melangkah keluar dari bilik Raisya. Mereka sama-sama belajar tadi sebenarnya. Mereka lebih selesa belajar berkumpulan dari belajar berseorangan.

Mata Raisya mengiringi kepergian Zara sampai kelibat Zara tak kelihatan lagi. Dia kemudian masuk dan mengemas buku dan nota berselerakan dia atas lantai. Jam dah menunjukkan jam 12:30 pagi. Jadi lebih elok dia pergi tidur sekarang. Badan pun sudah penat study seharian bersama Zara tadi.

*****************************************
Esoknya, pagi - pagi lagi Raisya dah bersiap. Nak ke library untuk study bersama Amzar dan kawannya itu. Janjinya jam 9 tapi jam 7 lebih Raisya dah mula hendak bersiap. Biasalah perempuan.

Nasib baik Raisya ni jenis yang menepati masa dan janji. Lebih baik dia bersiap awal dari membuat orang tertunggu. Dia sempat WhatsApp Zara. Berkenaan masa dan tanya keberadaan Zara.

Kata Zara dia dah keluar dari blok. Menuju ke arah library. Dia sempat kerling ke arah jam tangannya. Sudah 8:45 pagi rupanya. Patutlah Zara dah siap. Dia bergegas keluar dari bilik dan bergerak ke library

Bila sampai di kawasan perkarangan library, dari jauh dia dah nampak kelibat Zara. Jadi dia pon mempercepatkan langkah dia. Mahu segera tiba ke library. Taknak membuang masa dengan berjalan je.

"Oit" tegur Raisya bila nampak Zara ralit memandang telefonnya. Zara pantas mendongak dan sedar akan kehadiran Raisya. "Ha sampai pon kau. Lambat" kata Zara.

"Lambat apanya? Tengok jam tu. Baru pukul 8:56. Belum pukul 9 lagi okay. Baik sikit cakap" balas Raisya. Zara tersengih kerana tersedar kesilapannya itu. Dia saje je nak mengusik Raisya.

Mereka kemudian bergerak ke dalam library dan mencari meja kosong untuk study. Mereka memilih meja berempat kerusi nak memudahkan mereka berbincang nanti.

Mereka pon mengeluarkan buku dan nota serta kertas soalan. Mereka memulakan perbincangan. Nak tunggu lelaki dua ketul tu, lambat lagi lah jawabnya. Lelaki kan. Mana pernah cepat. Pukul 9 baru bangun agaknya.

Dalam jam 9:20 pagi, kelibat Amzar dan kawan dia sampai. Mereka segera mencari meja yang diduduki oleh Raisya dan Zara. Raisya dah WhatsApp Amzar tadi berkenaan keberadaan mereka.

"Assalamualaikum. Maaf lambat. Si Faridz ni. Lambat bangun pulak" ucap Amzar. Raisya tersenyum je sambil berkata, "Waalaikumussalam. Eh takpe. Sokay bukan lambat sangat pon. Eh duduklah" pelawa Raisya.

Muka Faridz kelihatan agak cemberut dan bengang. Marah agaknya kawan dia malukan dia depan perempuan. Dia cepat - cepat duduk di kerusi berhadapan dengan kawan si Raisya ni. Taktau lah nama sape.

"Hurm, awak sape nama? Raisya saya kenal lah. Awak saya tak kenal pulak" kata Faridz, memulakan perbualan dengan gadis genit itu. Zara mengangkat mukanya bila dirasakan ada yang bercakap dengannya tadi.

"Saya ke? Saya Zaahirah. Panggil Zara je" balas Zara. Dia terpegun kejap tengok muka lelaki kacak sebelah Amzar ni. 'Haih Am ni. Bawak member hensem pulak tu. Tak study lah aku camni' bisik hati kecil Zara.

"Awak cakap semalam ada soalan yang nak kita jawab sama-sama. Mana soalannya? Saya nak tengok dulu" tanya Amzar memulakan perbincangan mereka. Raisya pantas memberikan kertas yang mempunyai soalan itu.

Faridz disebelahnya juga dan mengeluarkan buku dan segala perkakasannya. Sesekali dia menjeling ke arah kertas soalan tersebut. Ingin menjenguk soalan tu agaknya.

Mereka kemudian mula berbincang tentang soalan demi soalan. Mereka saling membantu dalam menjawab soalan. Mana yang mereka tak faham, yang lain akan menjelaskan dan mengajarnya

Perbincangan itu juga diselang selikan dengan pergaduhan antara Faridz dan Zara. Haih taktau lah kenapa mereka ini tidak boleh sebulu. Ada je nak dijadikan bahan pertengkaran. Tapi semuanya berkisar dengan subjek tu je.

Perbincangan tu berlalu sehinggalah waktu makan tengah hari menjelma. Jam sudah menunjukkan jam 1 petang. Sudah nak masuk waktu zohor. Perut pun dah lapar. Mereka bergerak ke cafe untuk menikmati makan tengah hari mereka.

*****************************************

Continue Reading

You'll Also Like

3.8M 160K 62
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
28.1K 967 24
✧ο½₯゚:*ο½₯✧ azalea monroe just wanted a normal, relaxing summer. robin buckley just wanted to save money at her $3 an hour job. and they were both about...
1.1M 29K 41
While moonlighting as a stripper, Emery Jones' mundane life takes a twisted and seductive turn when she finds herself relentlessly pursued by reclusi...
11.6K 162 22
(I don't own helluva boss, all that goes to the right full owner) This is an AU where Blitzo, Millie, and Moxie all were married and ran the I.M.P bu...