Bidadari Yang Tersingkir โœ“[C]

By samperitmilo

76.9K 9.1K 3.4K

BOOK #3 of ๐•ณ๐–Ž๐–๐–—๐–†๐– ๐•ฐ๐–‰๐–Ž๐–™๐–Ž๐–”๐–“ AWARD #1 ๐“ฃ๐“‘๐“ข ๐“๐“ฆ๐“๐“ก๐““ 2020~ ๐“‘๐“ฎ๐“ผ๐“ฝ ๐“ก๐“ธ๐“ถ๐“ช๐“ท๐“ฌ๐“ฎ AWARD #1 ROMA... More

1: Pertemuan Pertama
2: Solat yang Ditinggalkan
3: Tutup Aurat dan Neraka
4: Bukan Maksum
5: Lelaki Sampah
6: Akma Buat Amin
7 : Solat yang Perlu Diganti
Nota Haid Nafisah (Spesial)
8: Dari Mata Rosaknya Hati
9 : Mudah Meminta Maaf
10: Benci Rindu Untuk Dia
11: Cemburu
12: Gores Hati
13 : Isteri Halalnya
14 : Keluar Malam
15 : Akma dan Kebenaran Pahitnya
16: Berkhemah bersama Badrul
17 : Mana Badrul?
18 : Berdua di dalam Hutan
19 : Berhenti Kolej
20 : Kakak Ipar Akma
21 : Jatuh Hati
22 : Rezeki untuk Orang Lain
23 : Pembenci dalam Diam
24 : Hati yang Gelap
25 : Dari Mata Jatuh ke Hati
26 : Misi Akma
27: Dia Kan Kawan?
28 : Apa itu ikhtilat?
29 : Bantuan seorang Kawan
30 : Aurat, bolehkah?
31 : Berfatwakan Nafsu
32 : Ke Usrah
33 : Muslimahkah aku?
34 : Cik Tunang
35: Akma yang Asal
36 : Apa beza dengan berzina?
37 : Diuji kembali
38 : Pendosa dan Syurga
39 : Bertemu Atikah
40 : Jodoh, Rezeki dan Ajal
BAKAL TERBIT
OPEN PRE-ORDER
CONTEST [CLOSED]
2 ORANG PEMENANG
PEMBELI

41 [Bab special]

3.2K 229 154
By samperitmilo

Dalam kesesakan para graduan, Akma berjaya jua meloloskan dirinya ke seberang sana. Baju jubah yang besar gedabak dijinjing sedikit untuk memudahkan langkah. Kepalanya habis berbekas kesan pemakaian topi mortar board.

Nampak sahaja sosok tubuh Badrul di koridor luar, berlarilah gadis itu mendapatkan abang susuannya. Dia mendakap tubuh Badrul dengan erat hingga lelaki itu mengaduh kesakitan. "Penatlah tunggu lama-lama dekat dalam," adu Akma. Dia mendongak memandang wajah Badrul.

"Mana topi?" soal Badrul. Kesan garisan topi pada dahi Akma diusapnya.

"Ada ni. Abang nampak tak mak dengan ayah?" Akma meleraikan pelukan. Matanya meliar ke sekeliling kawasan koridor yang dibanjiri graduan usai majlis konvokasyen pada hari itu. Masing-masing sedang berswafoto bersama-sama keluarga.

"Ada dalam dewan lagi. Abang nampak juga tadi. Kita tunggu dekat khemah luar, ya?" ujar Badrul. Bahu Akma dilingkar tangan lelaki itu berserta segaris senyuman manis. Topi pada tangan Akma diambilnya lalu dipakai. Adik susuannya sudah menerima segulung ijazah sarjana muda di usia 25 tahun.

" Tahniah, adik abang," ucap Badrul. Sebuah kucupan berlabuh di kepala Akma yang bertudung litup.

"Akma nak tuntut janji ayah," gumam Akma. Vermilionnya terjongket lalu mengoyak senyuman kepuasan. Ciuman Badrul tidak diendahkannya. Dia telah melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, maka satu perkara lagi perlu diuruskan hari ini.

"Janji apa pula ni?" Hairan Badrul.

"Ada lah. Hm..." Ada sesuatu yang tidak kena di sini. Dua beradik itu berjalan seiring ke kawasan berturapkan tar di pekarangan luar. "Mana Shah?" soal Akma polos.

"Dia sibuk kerja."

"Kerja?" Mata Akma membulat. "Wah... Ini ciri-ciri penipu. Dulu punya tabur janji-janji manis nak tunggu aku depan dewan." Mulalah bibir Akma terkumat kamit melepaskan geram terhadap Shahrul Ridzwan. Kakinya terhentak di luar kesedarannya.

"Akma, Shahrul kan baru naik pangkat jadi supervisor dekat kedai tu. Janganlah marah dia."

"Ah, takde-takde. Dia tu dasar penipu. Lupa diri. Mesti dia tengah seronok makan tengah hari dengan pekerja perempuan dia macam minggu lepas. Sampai lupakan Akma ni... Sampai hati..." Hati gadis itu merundum sayu. Dia memandang Badrul di sebelahnya. "Abang, betul ke Shah suka Akma?"

Akma dan overthinking tak dapat dipisahkan. Dia amat takut jika hanya dirinya seorang yang masih memegang janji dua tahun lalu. Tubir mata yang berair segera dikesat.

"Akma..." Kepala adiknya disandarkan pada bahu. Bahu Akma diusap lembut bagi memejuk hati yang sedang mendung itu.

"Shah tak sayang Akma, kan? Sebab tu dia sibuk dengan kerja... Padahal dia dah janji macam-macam dulu," bisik Akma. Matanya masih menanti Shahrul tiba di hadapannya, di bawah teduhan khemah kanopi putih ini.

"Jangan cakap macam tu, sayang. Shahrul tu cuma sibuk kerja," balas Badrul.

Getaran di jiwa ditahan si dara. Bibirnya diketap erat. Shahrul selalu begitu. Ada sahaja alasan jika diminta untuk buat apa-apa. Lama-lama, hati Akma banyak terasa membentuk satu kawah di hati. Kawah yang menyimpan kesemua tawar hatinya berkumpul.

Raut wajah bersih seorang kanak-kanak tersengih-sengih memandang Akma. Tangannya didepakan ingin bersama Akma. Keberadaan Badrul dan Akma di sudut khemah berjaya dikesan Nafisah akhirnya.

"Adam..." Tersebek-sebek Akma mengambil si cilik itu. "Adam... Shahrul tak nak datang sini..." adu Akma. Tubuh montel adam dipeluk erat.

"Abang, mana mak dan ayah Akma?" Nafisah berdiri di sebelah suaminya.

"Dalam dewan lagi kot," teka Badrul.

"Dia dah janji nak datang." Berkaca-kaca mata Akma di hadapan Adam. Tak tahu mahu meminta simpati siapa. Kalau Shahrul tak mahu berkahwin dengannya, jadi anak dara tualah Akma nanti. Dia sudah khuatir jika memang tiada jodoh di usia 25 tahun itu.

"Nak elon (belon)," pinta Adam setelah mendengar luahan hati Akma. Ibu saudaranya itu terus mengeluh kecil. Kucupan bibir Adam di pipi Akma melegakan hati. Akma membalas pula dengan cuitan hidung. Pucuk hidung Adam ditolak ke bawah biar terpenyek.

"Makcu..." Adam menggeleng berkali-kali. Akma memang suka membuat macam-macam kepada Adam.

"Adam yang kena beli belon dekat maksu, okay? Hari ni maksu graduate."

Sepatah habuk pun anak itu tidak mengerti. "Nanak..." Jari telunjuknya menunding ke arah kiosk belon dan jambangan bunga di kawasan parkir kereta. Betapa meriahnya apabila kesemua orang sedang memegang belon yang terapung-apung.

"Yelah. Tapi satu je tau," akur Akma.

Kanak-kanak yang hendak menginjak usia dua tahun itu tersenyum riang. Pipinya digeselkan pada wajah Akma tanda sayang.

Akma tertawa halus. Sikap Adam yang lemah lembut begini adalah hasil didikan Nafisah. Bertemu pula dengan perangai Akma yang agak kasar, Adam sering bertempik menangis.

"Adam nak belon yang mana?" soal Akma. Dia sendiri jadi rambang mata. Langkah dibawa lebih dekat ke arah kiosk itu. Keadaannya tidak sesesak pagi tadi kerana setiap graduan telah memiliki bunga kecuali dirinya.

"Nak yang besar," pinta Adam.

"Tak boleh... Ambil yang kecil je ya?" Anak-anak elok diajar untuk bersederhana dan tidak dimanjakan dengan kemewahan. Supaya mereka tidak bermegah-megah apabila dewasa.

Sebiji belon sekecil bola sepak dihulurkan pada Adam oleh peniaga.

"Tolong ikat dekat tangan dia. Takut terbang pula belon ni," ujar Akma. Senyuman gembira Adam turut mengubat hatinya yang lara. Nak merajuk dengan Shahrul!

Tidak berkelip Adam melihat tangannya disimpulkan dengan satu ikatan longgar. Apabila terkapai-kapai tangannya, belon itu turut bergerak sekali.

"Adam cayang makcu," ucap Adam. Batang leher ibu saudaranya didakap erat. Gembiralah dia dengan belon berwarna merah hati. Tak lekang dengan senyuman. Sepanjang mereka kembali ke khemah putih, mata Adam tidak berkelip melihat belon yang mengikut sekali langkah mereka.

"Adam minta dekat maksu, ya?" Nafisah menggeleng lalu tersenyum.

Kepala Adam dijatuhkan beberapa kali. Tubuh anak kecil itu diserahkan pada Nafisah kembali kerana Akma disapa dengan kedua orang tuanya.

Tanpa berlengah sesaat, tubuh ibu dan ayahnya didakap erat pula. Hari ini memang hari peluk sedunia. "Mana mak dan ayah pergi?"

Air mata gadis itu menitis tanpa diduga. Dia tersenyum gembira apabila dicium mereka berdua. Tangan bersulaman dengan Encik Mukhriz dan Puan Khadijah.

"Terima kasih sebab datang," ujar Akma. Mati-mati dia ingatkan ayahnya akan sibuk dengan kerja syarikat.

"Sama-sama, sayang. Cantik anak ayah hari ni." Encik Mukhriz mengelus rahang anak perempuannya.

"Bukan ayah ke yang paling cantik?" balas Akma dengan jongketan kening.

Terus lelaki tua itu menggeleng. Dia melihat ke sekeliling. Terlupa satu benda. Jambangan bunga seperti mereka yang lain. "Akma nak bunga?"

"Tak nak. Akma nak benda lain."

"Apa?" Dahi Encik Mukhriz berkerut. Pandangannya ditoleh ke arah Puan Khadijah.

"Nak kahwin," jawab Akma.

"Kan ayah suruh buat master pula..."

Mata Akma membulat luas. "Janji tetap janji tau. Akma pegang pada janji tu. Akma dah dapat pointer bagus-bagus. Akma tak bercinta pun dengan sesiapa. Sekarang giliran ayah pula untuk tunaikan janji. Tapi kalau ayah tak bagi, Akma nak kahwin juga," ujar Akma tidak puas hati. Setidak-tidaknya, dia tak mahu memyambung pelajaran lagi jika Encik Muhkriz tidak mengizinkannya berkahwin.

" Cakap dekat ayah. Nak kahwin dengan siapa? Biar ayah jumpa lelaki tu. " Muncungan bibir itik Akma begitu jelas pada pandangan mata.

"Shahrul," suara Akma sengaja diperlahankan.

"Okay, boleh. Janji tetap janji. Ayah izinkan Akma kahwin. Tapi mana Shahrulnya?" Nak tak nak, Encik Mukhriz perlu tunaikan janjinya. Berat juga hati untuk melepaskan puteri kesayangan ini.

"Kerja. Ta-tapi nanti Akma beritahu dia untuk masuk meminang Akma. Ayah tunggu tau..." sengih Akma. Betapa gembiranya dia beroleh keizinan begini. Pipi Encik Mukhriz dikucup lama.

***

9 Oktober
Setelah beberapa bulan aku menternak lemak dalam rumah, hari graduasi tiba juga . Tapi sayang, Shahrul tak ada. Dia sibuk katanya. Whats app pun tak balas. Entahlah Shahrul ni kenapa. Geram je rasa... Eee....

Pen putihnya diketuk-ketuk pada skrin Ipad. Geram sungguh sampaikan dia mahu menggigit Ipadnya. Namun, hasrat dimatikan kerana di dalam Ipad ini jugalah terkandung segala risalah harian Saidatul Akma. Daripada seorang gadis yang mengambil mudah soal agama, hingga saat ini dia terbina kukuh dengan didikan yang diberi.

Terdetik di hati untuk menyelak ke halaman tahun-tahun lalu. Matanya disajikan dengan wajah-wajah cerianya bersama Shahrul. Sebutir mutiara menitis di atas skrin. Lain sungguh rupa paras Shahrul. Dalam gambar itu, figuranya berbadan gempal dan tidak berpenampilan semenarik sekarang. Comel sahaja mukanya.

Rasa rindu untuk menaiki kereta dengan lelaki itu menyucuk sanubari.

"Shahrul, kau dah tak nak dekat aku ke?" Akma menahan tangisannya.

"Balaslah mesej aku."

"Aku sentiasa tunggu kau..."

Sedihnya hati. Shahrul tipu. Dia kata nak tunggu depan dewan dan lihat dirinya memakai mortar board.

"Sampai hati kau." Akma menarik nafas dalam.

Tok tok

"Akma, kawan Akma datang ni." Suara pembantu rumahnya di luar bilik disahut sekadar. Hingus disedut, air mata pula ditenyeh dengan lengan baju tidur bergambar kartun Hello Kitty.

Gadis itu melangkah lemah ke muka pintu. Sempat sehelai tudung hitam disarungkan pada kepala. Pintu dibukanya sambil membawa Ipad bersama. Tak habis lagi sebenarnya nak tulis coretan diari hari ini.

" Siapa datang?" soal Akma tidak berminat.

"Lelaki."

"Hm?"

Gadis itu mempercepatkan langkahnya ke pintu utama rumah dua tingkat itu. Hati mula memasang harapan agar itu Shahrul.

Daun pintu ditolaknya kuat. Dada berombak selaju pecutan kereta Ferrari. Hatinya hangat menahan perasaan yang berbaur. Sosok tubuh seorang lelaki tinggi lampai yang sedang membelakanginya menjadi sasaran.

"Kau datang sini kenapa? Nak minta maaf? Penipu!" Punyalah Akma geram.

"Pergi balik tu. Aku tak nak jumpa kau. Kau mengatal dengan pekerja kau, kan?" tambah Akma.

Lelaki itu pula menoleh tenang. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket. Kawasan hadapan rumah yang dipenuhi dengan kereta mewah diterangi cahaya lampu dan bulan.

Air mata Akma jatuh berguguran.

10 malam.

"Akma, aku pergi kerja je. Tak pernah langsung aku melayan mana-mana perempuan." Suara serak basah menyapa telinga.

"Kau janji dengan aku... Nak tunggu luar dewan..." Teresak-esak Akma di hadapan Shahrul. Dia sudah tidak kisah jika Shahrul mahu menghinanya buruk atau apa. Dengan hingus dan air mata, semua gara-gara lelaki itu.

"Aku ada datang siang tadi. Tapi shift aku kan tengah hari. Maaflah..." Shahrul Ridzwan tersenyum nipis melihat wajah Akma. Wajah lesunya memandu dari Selangor ke Melaka disorok baik. Pandangannya menembusi lantai marmar pijakan kaki sementara Akma menikam tak mahu lepas.

"Aku... Datang sini sebab benda lain," ujar Shahrul. Matanya kekal memandang bawah.

"Apa?" jawab Akma acuh tidak acuh. "Kau langsung tak ucap tahniah dekat aku. Kau dah lupakan aku ke? Kalau tak suka aku, cakap awal-awal. Tak payah lah buat aku jadi dinding."

"Kau free dalam bulan ni? 40 hari dari sekarang macam tu."

Soalan Shahrul menunjukkan dia tidak berminat bagi melayan perangai kebudak-budakan Akma. Dengan baju tidur kartunnya, muka pula memuncung sedepa. Tidak ditambah lagi dengan tabiatnya yang suka menghentak kaki.

"Kau ada nampak aku dapat kerja sekarang ni? Tak, kan? Aku dah berapa bulan menanggur," omel Akma. Tangannya disilang ke dada.

"Baguslah kalau free. Sebab aku ada nak minta tolong sikit dalam 40 hari ni."

"Then?" Hati Akma jadi panasaran.

"Kau tahu, kan? Orang kata kalau nak istiqomah kena buat sesuatu dalam 40 hari berturut-turut. Barulah jadi tabiat kita."

Rasa berdebar setiap kali Shahrul membalas pandangan hadir. Ipadnya digenggam erat. Tipulah kalau Akma tidak jatuh hati dengan raut wajah Shahrul. Biasa sahaja gayanya namun kekemasan seseorang menjadi add on value.

"Jadi..."

"Cakaplah cepat." Akma menarik wajah.

"Jadi dalam 40 hari ni kau sudi tak tolong aku?"

"Tolong apa?"

"Tolong aku untuk belajar mengenali kau. Aku dah sediakan ruang dalam hati aku untuk kau isi. Harapnya dengan 40 hari yang akan datang ni, kita dapat semai cinta dan tak dikotori dengan apa-apa. Lepas cukup 40 hari, kita sudahkan dengan akad dan macam tu lah... Kau nak tolong aku?" Belakang batang leher diusap Shahrul yang turut segan bagi menyatakan hasrat hati.

" Ma-maksudnya kau tengah melamar aku ke ni?" Akma jadi takut.

"Ya. Aku ada bawa juga cincin. Tak tahulah muat ke tak." Tangan yang dari tadi kekal di dalam poket dibawa keluar. Sebuah kotak cincin merah baldu berada di atas telapak tangan Shahrul.

Balasan suara serak basah itu memang menambahkan lagi debaran di dada. Air mata Akma kering disapu atmosfera malam.

"Ayah kau ada? Kalau kau okay, aku nak jumpa ayah kau sebelum balik Selangor. Hari pertama akan bermula esok." Senyum Shahrul.

"Aku okay je. Kau kawan aku? Boleh je nak minta tolong ke apa." Gelodak jiwa dikawal di hadapan lelaki itu. Akma mengangkat bahunya dengan mata yang melilau. Tak tahu nak pandang mana masalahnya. Habislah malam ni dia tidur tak tenang.

"Boleh aku masuk?" minta Shahrul. Terkebil-kebil Akma mempersilakan lelaki itu.

Tetamunya dibiarkan berlabuh di atas sofa empuk di ruang tamu. Hujung jemari Akma dihuni kesejukan yang melampau. Dia hampir terlupa di mana bilik ayahnya. Melelong sahaja di aras satu itu.

"Ayah..." Gadis itu mengetuk pintu bilik bacaan.

"Masuklah," sahut Encik Mukhriz. "Kenapa, sayang?"

Wajah pucat anak gadisnya dipandang hairan. Lelaki tua itu menarik tangan Akma lalu mendudukkan Akma di kerusi bersebelahan. "Sejuknya tangan. Anak ayah tak sihat ke ni?"

"Shahrul datang. Dia tunggu ayah dekat depan. Ada hal nak bincang." Akma menundukkan wajah.

"Amboi... Baru siang tadi ayah bagi izin nak kahwin, malam ni juganya bakal menantu ayah datang. Tak menyabar betul."

"Ma-mana ada. Akma tak cakap apa-apa pun dekat dia lagi. Dia yang tiba-tiba terjah orang," geleng Akma. Akma sendiri tak tahu bagaimana nak sampaikan khabaran kepada Shahrul mengenai keizinan untuk berkahwin. Akma takut jika dia cuma bertepuk sebelah tangan.

Encik Mukhriz tertawa halus. Buku bacaannya diletakkan ke atas meja. Dia bingkas berdiri sambil menarik tangan Akma. Lengannya melingkar di pinggang anak gadisnya.

"Iya lah. Ayah bincang dengan dia ya? Nanti merajuk pula orang tu."

"Ayah jangan cakap bukan-bukan depan Shah. Akma malu..."

"Okay." Dua beranak itu melangkah ke ruang tamu untuk berjumpa dengan lelaki yang dimaksudkan Akma. Seraya dengan itu, pembantu rumah mereka menghidangkan seteko air teh panas.

Akma berlari anak mendapatkan ibunya yang baru keluar dari kamar tidur. Bagaikan cacing kepanasan Akma malam itu. Semuanya serba tidak kena. Nak duduk, rasa segan. Nak berdiri terpacak lagilah segan.

"Siapa tu?" Puan Khadijah mengusap wajah Akma yang hampir hilang darah.

"Shahrul," jawab Akma. "Dia nak bincang dengan ayah pasal nikah..."

"Jomlah duduk dekat sana." Tangan anak gadisnya dirangkul. Puan Khadijah menyimpulkan senyuman untuk Shahrul. Dia dan Akma berlabuh di sebuah sofa berangkai tiga.

"Akma kata Shah ada hal nak bincang. Ya?" Encik Mukhriz bersuara.

"Em, ya." Shahrul mengangkat wajah. "Saya nak ambil Akma jadi isteri saya. Akma pun dah setuju. Jadi tak kenalah kalau mak ayah Akma tak tahu pasal ni. Saya dah lama ada hasrat nak petik bunga, cuma masanya tak sesuai."

"Kalau Shahrul betul-betul nak kan anak pak cik, boleh. Akma pun memang ada buat perjanjian dengan pak cik untuk kahwin lepas grad. Kalau hati dua-dua dah sama-sama suka ni, eloklah satukan. Akma pun dah besar dan pandai bawa diri." Encik Mukhriz tersenyum nipis. Sudah tiba masanya untuk dilepaskan anak manjanya itu.

"Dalam perancangan saya... Nak akad nikah 40 hari dari sekarang. Atau pak cik ada pelan lain?" sambung Shahrul.

"40 hari? Boleh. Cukup masa tu untuk Akma dan Shahrul kenal hati budi masing-masing secara serius."

"Insya Allah, pasal akad nikah semuanya saya boleh uruskan. Cuma majlis persandingan nak buat terus ke belah perempuan je..."

"Esoknya selepas akad nikah, kita buat persandingan terus. Hantaran kahwin, terserahlah pada Akma dia nak berapa. Kalau dia minta berpuluh-puluh ribu tu, Shah berundinglah dengan dia." Lelaki tua itu tertawa halus kerana dijeling Akma.

Shahrul Ridzwan menggulum senyuman manis. Sekotak cincin baldu merah diletakkan berdekatan Puan Khadijah. "Mak saya kirim salam. Maaflah dia tak dapat datang sebab dah malam, kan? Niatnya nak sarungkan cincin hari ni tapi saya pula kerja sampai petang. Anggaplah ni cincin tunang dari saya untuk ikat Akma."

Kian laju degupan jantung si dara. Melihat sebentuk cincin emas belah rotan di hadapan mata menjentiknya untuk kembali ke realiti. Dia mengangkat wajah melihat Shahrul yang sedang memandangnya.

"Janji juga walaupun aku berubah macam mana nanti, kau tetap akan tunggu aku. Kau takkan jatuh hati dekat perempuan lain, janji?"

Tubir mata Akma dibanjiri air. Tidak sangka Shahrul benar-benar menunaikan janji.

"Kisah pula aku? Aku pun tak ingin dekat perempuan. Nak-nak lagi perempuan macam kau. Kalau kau je perempuan yang tinggal dekat dunia ni, aku rela jadi teruna tua."

Lelaki itu sedang bersalaman dengan ayahnya. Akma menarik nafas dalam buat membentuk senyuman.

***

Wedding planner, please!
Ni bab paling panjang tau, haha. Atas permintaan reader semuanya.

Continue Reading

You'll Also Like

191K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
656K 4.2K 7
Hidup Ilham Wazir hanya berkisar tentang anak, umi dan babahnya. Cukuplah keluarga kecil mereka bahagia. Baginya, keluarga kecil itu sudah lengkap wa...
1.8M 61.7K 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun b...
10.3K 1.8K 18
Che Puan Elizabeth John Abdullah dibunuh kerana harta peninggalan Tengku Rahmat. Demi menuntut bela kematian mamanya, Carl Dylan pulang ke Malaysia. ...