[SU] Special Friends | 16+ |...

By taenight-

89.9K 12.3K 11K

" Not your boyfriend neither your husband. Bestfriend or special friends? " " Nah, you're my love" Pada awaln... More

Fuck Friends
FF01
FF02
FF03
FF04
FF05
FF06
FF07
FF08
FF09
FF10
FF12
FF13
FF14
FF15
FF16
FF17
FF18
FF19
FF20
FF21
FF22
FF23
FF24
FF25
FF26
FF27
FF28
FF29
FF30
FF31
Teaser Season 2
FF32
FF33
FF34
FF35
FF36

FF11

2.3K 365 251
By taenight-

drowned in confusion.

can you help me ?

—(••÷[ — ]÷••—

" HEY hey Rachel ! Come on. Takkan kau nak lari macam tu je ?" Lengan wanita itu ditarik. Automatik tubuh Rachel berpaling menghadap Yeonjun. Tubuh lelaki itu kaku melihat air mata wanita di hadapannya.

" Kau menangis ?"

" Sudahlah ! Aku penat. " Tangannya direntap kasar. Dia mula melangkah meninggalkan Yeonjun. Tapi lelaki itu tidak mengalah. Terus sahaja langkah Rachel dikejar.

" Rachel, please !" Kini Yeonjun berdiri di hadapan Rachel. Tangannya didepakan untuk menghalang wanita itu dari terus bergerak. Tapi lain yang jadinya.

Rachel mengambil tindakan drastik memeluk Yeonjun erat. Wajahnya disembamkan pada dada bidang lelaki itu. Yeonjun kaku. Bibirnya diketap.

Perlahan lahan, dia mula membalas pelukan itu. Bunyi esakan Rachel masih lagi tidak reda. Bersungguh sungguh wanita itu melepaskan rasa yang dipendam pada lelaki itu.

Yeonjun pula buntu. Sungguhpun, dia tidak berpengalaman dalam hal sebegini.

" Rachel ?" Panggil Yeonjun lembut. Rachel mula mengangkat wajahnya perlahan lahan. Air mata yang masih lagi mengalir disapu oleh jejaka itu.

" Hati saya sakit, Yeonjun." Luahan wanita itu cukup meruntun hati. Tidak sangka ini kali kedua Rachel meluahkan rasa hatinya kepada Yeonjun.

Tapi bezanya dalam keadaan sedar tanpa dibawah pengaruh alkohol.

" Aku bawak kau tempat yang lebih tenang, okay ? " Cadangan Yeonjun dibalas dengan gelengan perlahan. Mata mereka bertemu. Tetapi Rachel terlebih dahulu melarikan pandangan.

Dan itu membuatkan Yeonjun sedikit terkesan.

" Saya nak balik. Saya penat. S-saya nak tidur." Pinta Rachel. Tiada balasan dari Yeonjun. Tangan Rachel dicapai dan digenggam.

Mata Rachel ditenung lama. Wanita itu mula berasa gugup dengan pandangan yang diberikan. Yeonjun yang lebih tinggi dipandang.

" Aku rasa sakit tengok kau menangis."

Dan itu membuatkan Rachel tergamam.

—(••÷[ — ]÷••—

" SEKARANG ni kau kenapa, Maria ? Don't you understand ? Aku cintakan kau ! Bukannya Rachel. Tak faham lagi ke ?" Kata kata lelaki itu dihiraukan. Maria hanya diam membisu.

Sungguhpun, air mata Rachel tadi cukup membuatkan diri wanita itu terkesan. Sakit itu, seolah olah dapat dikesan.

" Tuan cintakan Rachel ! Percayalah." Jungkook menggelengkan kepalanya tidak setuju. Dia langsung tidak mengerti apa yang Maria ingin sampaikan.

Sedangkan, di hadapan khalayak ramai lagi dia sudah umumkan bahawa wanita yang dicintainya itu terang terang adalah Maria. Rambutnya diraup kebelakang. Bibir diketap geram.

" Maria, I love you. Trust me, baby" Tangan wanita itu dicapai. Tetapi malangnya ditepis kuat oleh Maria. Tajam sekali wanita itu menikam mata Jungkook.

" Saya tahu perasaan fake hope tu macam mana , tuan. Sakit sangat. Saya tak nak tengok ada perempuan lain kena disebabkan saya. So please. Kejar Cik Rachel"

Sangat mengejutkan apabila Maria mula menitiskan air mata. Terus sahaja Jungkook mulai gelabah.

" Hey , kau janganlah menangis." katanya. Maria mengesat air matanya kasar. Disebabkan kes Jungkook dan Rachel, kenangan yang menyakitkan itu diingati kembali.

Cukup menyeksa.

" Tuan marah bila Beomgyu dan Rachel tak sengaja berpeluk. Tak nampak lagi ke tu cemburu ? Cemburu tandanya sayang, tuan" Mata Jungkook ditenung lama. Tetapi malangnya lelaki itu menggelengkan kepala.

Masih lagi menidakkan kebenaran yang sebenarnya.

" Aku tak cemburu. A-aku hanya menyampah mereka berpeluk masa majlis berlangsung. Itu je" Pandangannya dialihkan dari memandang Maria. Bunyi wanita itu mengeluh mula kedengaran.

" Come on, Jeon Jungkook. Lepaskan ego awak . Yang terseksanya Rachel." Jungkook merengus tidak puas hati.

" Tapi masalahnya aku cintakan kau !" Luahnya lagi. Maria pula menggeleng gelengkan kepala tidak setuju. Dia tahu, Jungkook sedang keliru.

Antara cinta dan suka.

" I'm tired with you, Jeon"

Tangan wanita itu mula membuka pintu kereta. Jungkook terkejut. Lelaki itu turut keluar dari kereta. Tubuh Maria yang mula melangkah pergi dikejar.

Tangan Maria direntap kasar. Wanita itu mengaduh sakit. Kenapa Jeon Jungkook berkasar dengannya ?

" Kau kenapa ?"

" Takde apa. Awak balik. Saya nak balik sendiri. " Ringkas sahaja jawapan yang diberikan. Kakinya mula melangkah kembali meninggalkan Jungkook sendiri.

Lelaki itu melepaskan keluhan. Rambutnya diramas geram. Tali lehernya dilonggarkan secara paksa. Bibirnya diketap.

" Bodohlah semua ni !" Jungkook melepaskan geram. Kayu dihadapannya disepak kuat.

" Argh benci !" Kini dia terduduk di tepi jalan. Wajahnya ditekup menggunakan kedua belah tangan. Terasa dirinya begitu lemah kali ini.

Esakan lelaki itu mula kedengaran. Siapa sangka ? Jeon Jungkook menangis lagi. Dan sekarang, dia inginkan tempat meluahkan perasaan.

Kim Rachel.

—(••÷[ — ]÷••—

RACHEL mengeluh sebaik sahaja matanya mengerling jam yang tergantung elok pada dinding. Jungkook masih lagi tidak pulang ke rumah. Ya, wanita itu tidak patut menunggu tetapi hatinya berasa tidak enak sedari tadi.

Dia takut. Sesuatu yang buruk menimpa Jungkook. Dan dia tidak mahu !

Sebanyak kali pun lelaki itu menyakitkan hati, jantung Rachel masih lagi berdegup kencang ketika bersama dengannya. Memang bodoh.

Cahaya dari luar kelihatan menembusi tingkap. Sah ! Cahaya kereta Jungkook. Dengan gelabah, Rachel mula berlari menuju ke tingkat atas.

Serta merta tubuh dirinya dibaringkan di atas katil. Mata ditutup.

Jungkook membuka pintu rumah. Persekitaran rumah yang gelap tanpa cahaya membuatkan dia melepaskan keluhan berat. Pasti Rachel sudah tidur.

Langkah kaki lelaki itu berhenti di hadapan cermin. Wajahnya yang sembap akibat menangis tadi ditenung. Baginya , dia kelihatan seperti seorang lelaki yang lemah sekali.

Jungkook mengaduh sakit apabila perutnya berasa sakit. Sah, ini kerana perutnya kosong. Iyalah, makanan pada majlis tadi hanya dijamah dengan kuantiti yang sedikit.

Langsung tiada selera untuk makan kerana perasaan yang bercampur baur.

Lelaki itu mula melangkah menaiki tangga menuju ke bilik. Pintu bilik Rachel yang terbuka dipandang.

Jungkook terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam biliknya sendiri.

—(••÷[ — ]÷••—

HAMPA.

Kecewanya hati apabila lelaki itu langsung tidak masuk ke dalam bilik ini untuk menjenguknya. Baru dia sedar, dia sepatutnya berharap lagi.

Berharap mendapat layanan kasih dari lelaki itu. Mungkin dirinya bakal dibuang dan dicampak ke mana mana. Maria pula akan menggantikannya.

Air mata yang mengalir dikesat. Tak mahu menangis lagi demi Jeon Jungkook. Semuanya sia sia. Lelaki itu bukan miliknya. Jungkook dan Rachel tiada jodoh.

Itu yang pasti.

Matanya ditutup kembali. Ingin sahaja dia melelapkan diri terus dari dunia ini dan tidak bangun lagi. Siapa kisah ? Jungkook masih lagi akan gembira tanpanya.

Mata Rachel membulat. Pinggangnya terasa dirangkul oleh sepasang tangan sasa. Sejak bila Jungkook membaringkan diri disebelahnya ? Rangkulan lelaki itu semakin erat.

Tubuhnya begitu rapat dengan Jungkook. Rasa hangat tubuh lelaki itu semakin terasa. Jantung Rachel sudah sepenuhnya kritikal. Laju, itu yang wanita itu dapat rasakan.

" Hmm..." Jungkook mengumam kecil.

" Help me , sayang. Aku buntu. Apa yang Maria maksudkan ? " Rachel langsung tidak membalas.  No ! Dia sedang berpura pura tidur. Matanya ditutup. Sedangkan telinganya dipasang.

" Aku selesa dengan kau. Aku nak luahkan segala segalanya kat kau. Jujur aku katakan, malam ini Maria tidak secantik kau. You make feel crazy, sayang. I swear. Dan aku pula, buat kau menangis."

Bunyi lelaki itu mengeluh mula kedengaran. Kata kata Jungkook semakin tidak dapat difahami. Dia cintakan Maria. Tetapi mengapa kata kata begini diluahkan kepada Rachel ?

" Air mata kau. Buat aku, sakit. Aku tak tahu kenapa. Aku dah banyak kali sakitkan hati kau . Aku, bergembira dan bahagia dengan Maria. Sedangkan kau ? Menangis terseksa. Bestfriend jenis apa aku ni?"

Prang !

Bestfriend.

Diulang.

B. E. S. T. F. R. I. E. N. D.

HAHAHAHAHA again , Rachel Kim has been slayed ! Die, boom ! Mati lagi.

Cukuplah, luahan babi apa ni? Beginikah luahan untuk seorang bestfriend ? Sumpah, Rachel penat ! Jungkook tak pernah nak kalahkan ego dia.

" Tapi satu je aku nak cakap. Aku sayangkan kau . Dan aku nak kau pun sayangkan aku."

Rachel membuka mata. Terus sahaja mata Jungkook membulat. Rachel dengar luahannya itu ?

Rangkulan pada pinggang wanita itu masih lagi tidak dilepaskan.

" Aku dah lama sayangkan kau, bodoh."

Bersambung 💗

RaKook shipper ?

Kata kata untuk Rachel ?

Mwah ciked !

TAGS ❤️

ErieQaElLysa nismilky taesticx- wataeber- kkokksyah multiabah KimGgukkie777 💗

Continue Reading

You'll Also Like

894K 54.8K 119
Kira Kokoa was a completely normal girl... At least that's what she wants you to believe. A brilliant mind-reader that's been masquerading as quirkle...
703K 11.3K 65
ˏˋ°•*⁀➷ 𝗔𝗱𝗱𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗵𝗲 𝘄𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗻𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝘁𝗼 𝗮 𝗴𝗿𝗼𝘂𝗽𝗰𝗵𝗮𝘁 𝗶𝘀 𝗲𝗮𝘀𝗶𝗹𝘆 𝗱𝗼𝗻𝗲 𝗻𝗼 𝗺𝗮𝘁𝘁𝗲𝗿 𝗵𝗼𝘄 𝗳𝗮𝗺𝗼𝘂𝘀 𝘆𝗼�...
588K 21.3K 96
The story is about the little girl who has 7 older brothers, honestly, 7 overprotective brothers!! It's a series by the way!!! 😂💜 my first fanfic...
419K 28.5K 43
♮Idol au ♮"I don't think I can do it." "Of course you can, I believe in you. Don't worry, okay? I'll be right here backstage fo...