KL Sentral

By AshrafOshin

2.8K 14 6

Kadang- kadang bila dicari, cinta datang pada Masa yang salah. Sunyi, Tak berteman. Ini kisah Ayie Dan Nukman... More

KL Sentral 1 (PROLOG)
Kl Sentral 2

KL SENTRAL 3

532 4 3
By AshrafOshin


 Hari hari Ayie macam biasa. Sibuk dekat studio dan dalam pada masa yang sama; Ayie agak sibuk mengejar deadline yang semakin hampir dengan bebanan kerja yang tak pernah surut. Ralit sungguh Ayie dengan painting yang baru dibuatnya. Sesekali fikirannya terimbas kenangan dia di KL Sentral. Nukman. Nama itu sering terbayang-bayang dalam ruang lingkup fikirannya. Keluhan di hembus. Perlahan.

"Ayie, petang ni lepas balik kerja, temankan aku dinner ya?" tiba-tiba suara Irshad menerpa gegendang telinga Ayie.

"Nak makan mana?"

"Kita makan area Shah Alam ke?"

"Gila jauh setan. Kita makan kat OU jelah. Tekak aku teringin nak makan Pan Mee dekat Food Court sanalah. Pastu balik karang, kau tak payah dah nak send-send aku balik rumah. Aku naik MRT aje senang" 

Irsyad diam sambil memikirkan cadangan Ayie. Betul jugak; getus hatinya.

"Okaylah. Dah kau cakap macam tu, kita redah jelah OU tu."

Ayie senyum. Sebenarnya, dia bercadang nak merembat and usya-usya kasut dekat Vans. Uhuu, hatinya bergetus riang.

Petang itu sebaik sahaja mereka habis bekerja, keduanya menuju ke OU. Ayie menumpang kereta Irsyad. Sekali jalan. Senang. Setibanya di OU, kelibat-kelibat manusia sentiasa bersesak-sesak tak pernah surut. Rimas. Setibanya di Food Court OU, Ayie terus beratur di gerai Pan Mee manakala Irsyad mencari meja dan duduk di suatu sudut berdekatan tingkap. Selesai membeli dan mengambil pesanan, Ayie bergegas ke arah Irsyad. Kini giliran Irsyad pula membeli makanan.

sepanjang ketiadaan Irsyad, Ayie ralit memerhatikan kelibat orang ramai yang bersimpang siur berjalan menuju ke kedai makanan pilihan masing-masing. Sesekali, fikirannya menerawang memikirkan Nukman. Keluhan berat dilepaskan.

"Oi, apa mengeluh depan rezeki. Tak elok tau"

Ayie tersentak. tidak sedar Irsyad sudah berada dihadapannya dengan sepinggan nasi ayam dan segelas air soya. 

"Tak ada apalah. Esok kan ada appointment kat area KL Sentral tu. company apa tah. Aku rasa law firm kot" Sesekali pan mee di pintal-pintal dengan garfu. Sebal.

"Nadine tak dapat attend consult session tu besok. Dia suruh aku. Kau kan cuti. Pagi tadi Nadine text. Dia ada urgent meeting dengan klien lain. U know how i hate jumpa orang" Ayie meluah. Air nescafe di sedut rakus.

"Alah, bukan nya kau tak pernah buat benda ni before kan. Chill jelah" laju mulut Irysad mengunyah. ayam di pinggan Irsyad dipandang Ayie penuh minat. Pantas tangn nya menyambar sebahagian ayam. "Sikit" Laju di sua ke mulut.

"Kau ni, order tak nak. apa aku makan semua nya lah nak sikit" Ayie sengih. Usai makan, Irsyad bergerak pulang menaiki kereta manakala Ayie menghabiskan masa berjalan di sekitar OU mencari kasut sambil menenangkan fikiran. 

Alang-alang dah dekat OU, Ayie berniat mencari sehelai kemeja untuk appointmnet esok. Takkanlah nak pakai casually pulak ke law  firm. Kaki laju menuju ke HnM.

NUKMAN

Nukman ralit menyelesaikan kerja di meja. Sesekali wajahnya berkerut serius. Khusyuk.

"Encik Nukman, Encik Azzraie dari Art And Artisan dah sampai" suraya senyum.

Nukman tersentak. "Huh? appointment apa ni?"

"lah, kan Encik Nukman jugak yang beria nak cari a few artwork for our meeting room, lobby and ur working space? u ask me to arrange an appointment for you today kan kalau i dah jumpa company yang sesuai? Encik Nukman dah lupa?"

Nukman sengih. selamba kopi dihirup. "Okay lah Suraya. You boleh panggil si apa naman nya tu? Ajjraie masuk."

Suraya gelak halus. "Encik Azzraie la. Such a unique name kan?"

"Apa-apa jelah Suraya. Send him in"


AYIE.

Di ruang menunggu, Ayie ralit memerhatikan sekeliling pejabat. "Wuuuu,.... besarnya. Ni confirm client jap lagi ni cerewet ya amat" hati Ayie meneka neka sendiri. Rasanya harini dia dah habis kemas. Slack dan kemeja memang bukan forte si Ayie. rimas, panas and Ayie rasa setiap pergerakan dia agak terbatas.

"Encik Azzraie, mari ikut saya" Suara merdu Suraya memecahkan lamunan Ayie. Senyum. Perlahan langkah Suraya di ikut. Setibanya di depan pintu sebuah bilik, nama di pintu di baca sekilas. Nukman Harris Shah. 

Ketukan pintu membawa Ayie ke dunia realiti. Di depan nya kini berdiri satu susuk tubuh yang cukup dikenali dan selalu mengganggu mimpinya. "Nukman...."

"Hai, encik Azzraie. Selamat pagi. Saya Nukman" Nukman memberikan senyuman yang cukup manis buat insan yang selalu difikir dan di ingat selama ini. Salam disambut. Sejuk tapak tangan Ayie di rasa. Sesekali Nukman meramas lembut tangan Ayie. Ayie kabut.

"Suraya, you boleh tinggalkan kami berdua dulu. Apa-apa nanti saya akan panggil awak"

Suraya mengangguk adan berlalu pergi. Untuk menghilangkan rasa gemuruh, Ayie mengeluarkan laptopnya dan diletak di atas meja.

Ayie berdehem. "Encik Nukman, boleh i guna wifi? I nak tunjukkan dekat you a few samples yang i ada. According to my colleagues Nadine, You nak cari tiga painting right? You dah ada measurement dah for the painting?" Ayie ralit membuka beberapa folder untuk ditunjukkan kepada Nukman.

"Kenapa kau hilang hari tu?"

Ayie tersentak dengan pertanyaan Nukman. "Encik maksudkan apa ye?" Ayie pura-pura bangang. 'Adui, mamat ni ingat ke'

"Kau jangan nak acah-acah tak paham Ayie. For sure kau ingat kan our first meeting dekat KL Sentral station hari tu?" 

Ayie bungkam. manakala Nukman mengetap rahang geram. Geram kerana dia yang jaramg ditolak mana-mana lelaki atau perempuan; di ghosted kan oleh lelaki biasa biasa di depan nya ini. Mahu tak tercalar ego dia. 

"Saya....... " Ayie mengeluh

"Saya ada hal masa tu Nukman. Sebab dah janji dengan kawan saya." Sambil itu jari jemari Ayie pantas menekan keyboard laptop membuka beberapa folder lukisan. Pandangan matanya kosong seolah olah ralit dengan kerja.

"Aku paling pantang bila orang bercakap dengan aku, fokus dia dekat tempat lain" Laju tangan Nukman menutup laptop Ayie.

Ayie bengang.

"Apa ni encik Nukman?! Saya datang as your consultant. Atas urusan kerja! Kalau nak bincang pasal hal hari tu, boleh tak tunggu kejap-kejap lagi?" Ayie bersuara keras. Bengang!

"Takkanlah benda macam ni pon Encik Nukman tak boleh nak fikir?" Laptop kembali dibuka sambil Ayie terkumat kamit memaki Nukman.

Nukman sengih. Sedar akan silapnya. Teruja campur geram. Nilah jadinya. Badan Nukman di sandar ke kerusi. Sehelai kertas di tarik keluar dari buku catatan nya.

"Ni, measurement for all wall. I nak beli 5 painting from you. I nak abstract, simple modern and not too loud sangat warna dia" Ayie mengangguk fokus dan mencatat sesuatu di buku notanya. Nukman betul-betul tertarik dengan Ayie hari ni. Dress up formal nya betul-betul buat Ayie nampak cukup segak di hadapannya tika ini. Wangian Gucci Pour Homme di tubuh Ayie cukup seksi. Lembut tapi menarik! ikotkan hati memang lunyai Ayie dikerjakan.

"Ni sample yang saya dah cari based on ur criteria tdi"

Nukman senyum

"I ada satu tawaran nak offer dekat you"

Ayie pelik. Dah ber "I" pulak? Nukman sengih nakal sambil keningnya diangkat. 

"I sanggup beli lagi 5 painting kalau u, sudi temankan i hujung minggu dari jumaat sampai Ahad. You boleh pilih apa aje design, no need for me to approve and i akan setuju tanpa banyak soal. I cuma nak 3 hari weekend you start from Jumaat ni. Boleh?

"Eh, i tak payah tanya sebab i memang nak you ikot. Tu arahan. Bukan soalan" Belum sempat Ayie bertanya dan jawab, kata-katanya telah dipotong. Jeda.

"Encik Nukman tak boleh buat macam ni. You tak boleh suka-suka hati je nak campurkan urusan peribadi dengan kerja" 

Nukman bangun menuju ke arah Ayie. Badannya di bongkok kan dan pipi Ayie dicium laju. Ayie diam! terkejut!

Wajah Nukman di pandang geram.

"Rasanya dah tak de apa-apa lagi. I akan Call NAdine and let her know you berjaya convincekan i beli 10 painting from you. And i want all the comission goes to you. You boleh balik lah. I pon ada meeting lain kejap lagi"

Ayie masih lagi terpaku

"Lepas you da kemas, my secretary will asissts you. i pergi dulu. By the way Jumaat ni bawak kain baju lebih sikit. kalau boleh yang sesuai dengan pantai. I ambil you dekat rumah. Jangan nak buat benda-benda bodoh ya. Kalau tak, you siap"

Nukman pergi meninggalkan Ayie dengan kepala yang makin serabut!


Bersambung......




Continue Reading

You'll Also Like

794K 43.5K 58
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
634K 49.9K 34
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
340K 39.2K 27
"π’šπ’π’– 𝒄𝒐𝒖𝒍𝒅 π’ƒπ’“π’†π’‚π’Œ π’Žπ’š 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕 π’Šπ’ π’•π’˜π’ 𝒃𝒖𝒕 π’˜π’‰π’†π’ π’Šπ’• 𝒉𝒆𝒂𝒍𝒔, π’Šπ’• 𝒃𝒆𝒂𝒕𝒔 𝒇𝒐𝒓 π’šπ’π’–" ...
3.6M 230K 96
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...