KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

202K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 36

4.1K 420 99
By KhaiShif

Riuh rendah di kawasan sekitar tanah lapang di Asteria apabila seluruh rakyatnya berkumpul sama. Namun, keadaan itu tidak berpanjangan apabila tanpa di perintah, askar Asteria yang berada di bawah pemerintahan Raja Takabuki segera mengepung rakyat Asteria tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling mereka.

Kekejaman mula terserlah semula.

Pedang dan tombak di hunus tinggi menghadap rakyat Asteria yang menandakan sebagai sebuah ancaman. Ancaman bunuh pada mereka yang melawan.

"Semua, berundur!" Jerkah Zen. Dia mengambil tempat di bahagian paling hadapan, sekali gus menghadap General Shin. Lelaki yang tampaknya ketua di dalam medan perang ini.

"Kami berterima kasih kepada pemilik kuasa yang telah mengumpulkan semua pemberontak ini." Ujar General Shin angkuh.

"Azraa!" Panggilnya kemudian. General Azraa yang sudah terlepas dari pengaruh kuasa Noaki menyahut lantang.

"Yes, General!"

"Bunuh mereka semua!" Arah General Shin tanpa sedikit pun belas kasihan.

Kotaro berdecit perlahan. Sebagai salah seorang yang berdarah diraja, dia murka dengan tindakan semberono General Shin. Ingin saja dia berjuang habis-habisan menentang lelaki itu, namun keadaannya tidak mengizinkan. Hampir separuh staminanya terkuras kerana pertarungan di istana tadi. Dia penat. General Shin memang mahukan rakyat Asteria musnah. Sikit pun tidak memikirkan belas kasihan terhadap rakyat yang tertindas ini.

"Sekarang apa pulak?" Soal Noaki.

Melihat situasi yang telah berubah, Shiki maju membelakangi penduduk Asteria. Siap siaga sekiranya ada serangan mengejut dari pihak musuh.

"General!" Panggil General Azraa lantang apabila melihat Shiki yang menjadi benteng di antara rakyat Asteria dan askar mereka.

"Abaikan yang menghalang! Bunuh saja jika perlu, " Balas General Shin sambil tersenyum sinis.

"Jangan cuba-cuba dekat. Kalau tak nak di bakar." Ujar Shiki keras, sekaligus melindungi penduduk asal Asteria di dalam apinya yang marak menjulang dalam bentuk bulatan.

Kuasa yang di keluarkan Shiki buatkan Zen tersentak kaget. Bulat matanya memerhati api biru yang menjulang tinggi memagari mereka. Melindungi dengan kehangatan yang tidak pernah di rasai dan merawat segala luka yang pernah ada di tubuh mereka.

"Shiki," Bisik Zen. Teringat dia pada naga lagenda yang pernah melindungi Asteria beribu tahun yang lalu.

"Wow, jarang nampak kau sanggup lindungi 'manusia'." Ujar Asmodeus kagum. Setahunya, Shikilah antara naga yang angkuh dan tidak mahu berkomunikasi dengan manusia. Dan kini, segalanya telah berubah. Shiki buka lagi susuk naga seperti itu.

Shiki, manusia naga yang mahukan perdamaian setelah di kurung berpuluh tahun di dalam tubuh Kirito

"Zaman keangkuhan aku dah berlalu." Balas Shiki tenang.

"Oh, ya? Aku teringin mendalami kau yang baru ni," Balas Asmodeus.

Shiki tersengih. New Shiki New life.

"Sudah!" Ujar seseorang. Mencelah antara kehangatan yang di timbulkan oleh General Shin.

"Kirito!" Desis Yosuke. Dia agak terkejut dengan kemampuan Kirito yang mampu memindahkan kesemua rakyat Asteria untuk bersemuka dengan para askar mereka.

"Apa lagi budak mentah?" Bidas General Shin.

"Sampai bila kau nak timbulkan perang? Sampai bumi Asteria rata?" Soal Kirito. Dia berjalan perlahan mendekati teman-temannya.

"Kalau ya?" Soal General Shin.

"Cuma nak kata maaf, Asteria bukan tempat untuk berperang. Asteria negara yang damai bebas daripada perkara yang menyakitkan. Dan kau, kenapa musnahkan kedamaian tu? Setahu aku kau juga rakyat negara ini." Anak mata merah Kirito bersinar garang. Membalas renungan tajam General Asteria itu. Tanpa segan, dia akan membunuh general itu sekiranya berkeras mahukan bumi Asteria rata.

"Tsk, kalau betul aku rakyat Asteria, tak ada hubungannya dengan kau. Biarlah bumi Asteria rata sekalipun, tak ada kaitannya dengan aku."

Kirito menggeleng perlahan kepalanya. Dasar general yang tak sedar diri! Sewenangnya dia menuturkan perkara yang boleh mendatangkan kemarahan dari dalam dirinya.

"Berdamailah," Ujar Kirito sepatah.

"Jangan harap!" Bidas General Shin.

"Masih mahu berkeras?" Soal Kirito. Tidak menghiraukan balasan General Shin.

Buat seketika, General Shin diam tanpa membidas.

"Kalau itu pilihan kau. Aku terima." Kirito tersenyum sinis. Tangannya di genggam erat, akan tetapi dari dalam tanah, terlihat sudah tercipta sebuah pusara pasir yang siap mengisar dan membaham manusia terutamanya askar Asteria.

Daripada impak kuasa Kirito itu, tanah di sekitar General Shin tiba bergegar hebat. Satu persatu askarnya tumbang di telan tanah yang sudah bertukar menjadi pusara.

"Satu,"

"Dua,"

"Kau ada sepuluh saat untuk minta maaf dan aku akan kembalikan askar kau," Tawar Kirito.

"Tiga," Anak mata merah Kirito merenung dalam reaksi General Shin yang seakan simpati dengan askarnya.

KRAK!

General Shin pejamkan matanya rapat.  Walaupun tidak pernah bergaul dengan askar Asteria, General Shin seakan terhubung dengan mereka. Sekali gus, dapat merasakan rasa sakit yang askar Asteria rasakan pada ketika itu.

ARGHH!

Raungan kesakitan kerana tulang yang di patahkan kedengaran jelas menyelimuti suasana. Satu persatu askar Asteria tidak kelihatan lagi. Di telan dengan tanah yang seakan rahang manusia. Malah tidak ketinggalan mengunyah tulang-tulang mereka. Dan akhir sekali meninggalkan pancuran darah mencurah ke angkasa sebagai tanda kematian mereka.

"Li—"

"Aku menyerah! Aku minta maaf! " Celah General Shin pantas. Bibir di ketap rapat bersama kepala yang menunduk.

"General!" Bantah General Azria pula. Matanya tajam menjeling General Shin yang inginkan perdamaian secara tiba-tiba.

"Kita menyerah Azraa," Bidas General Shin.

"Tapi..."

"Cukup! Aku tak nak askar kita mati lagi untuk kali ini. Dah banyak mereka berkorban untuk kita. Aku tak nak pemergian mereka macam ni," Sambung General Shin apabila General Azraa seakan membantah kerana tindakannya yang serupa pengecut.

"Huh? Aku tak salah dengan ke? " Celah Kirito pula. Bersahaja saja gayanya. Manakala mata merahnya menatap General Shin.

"Hmm..." General Shin mengangguk laju.

"Kalau itu pilihan kau..." Balas Kirito namun terhenti apabila Zen memegang bahunya.

"Kenapa?" Soal dia.

"Bunuh mereka," Gumam Zen. Tubuhnya terlihat menggigil kerana menahan amarah.

"Kau nak aku bunuh mereka.... semua?"

Zen mengangguk perlahan.

"Are you sure boy?"

"Ya... aku pasti,"

"Aku mohon... jangan bunuh mereka semua! Aku minta maaf! Tuanku boleh hukum aku atas segala kesalahan aku! Tapi biarkan mereka hidup." Potong General Shin yang sudah bersujud di hadapan Kirito dan juga Zen.

"General..." Bisik General Azraa perlahan. Terlihat gadis berperisa itu menundukkan kepalanya. Simpati dengan kelakuan General Shin.

"Hmm... dulu pernah seorang pahlawan bersujud di kaki Permaisuri Asteria semata-mata inginkan seluruh askarnya hidup kembali. Tak sangka aku kena hadap situasi yang sama dalam zaman ini. Terasa deja vu, " Tawa Kirito terletus perlahan. Entah di mana yang lawaknya, tiada siapa yang tahu.

"Apa maksud kau?" Soal Zen.

"Tak ada apa. By the way, permaisuri pertama korang pernah berpesan. Sejahat-jahat musuh masih ada sinar kebaikan dalam hati mereka. Jangan pernah melihat dalam satu sisi saja kerana manusia punya banyak sisi yang hanya mereka saja yang tahu,"

"Maafkan dia Zen kerana raja yang baik itu seorang yang pemaaf," Sambung Kirito. Bahu Zen di tepuk perlahan lalu kepala lelaki itu di usap kasar.

"Sejak bila Kirito tu hafal sejarah kerajaan Asteria?" Bisik Noaki.

"Entahlah... tapi tak hairan pun dia kan anak pengetua?" Balas Kotaro pula. Seketika kemudian dia mengerutkan dahinya. Anak pengetua? Tapi Kirito kata dia abang Kotaro?

Kotaro berdehem perlahan. Di usir segala apa yang bermain di minda dan cuba untuk fokus pada Kirito yang sedang menyelesaikan masalah di hadapan.

"Mana kau tahu sejarah tu?" Zen mendongak. Sekaligus membiarkan matanya menatap terus anak mata merah milik Kirito.

"Kau nampak tadi bukan? Aku agak tu dah boleh dijadikan jawapan." Jawab Kirito sambil tersenyum lalu matanya di larikan kepada General Shin yang masih bersujud.

"Aku kembalikan seluruh askar kau, tapi ingat, kau tak boleh mungkiri janji kau tadi. Andai kata kau berniat nak mungkiri. Say bye bye jelah eh?" Ujar Kirito dingin. Matanya sengaja ditajamkan ketika bertentangan mata dengan General Shin. Mahu melihat kejujuran lelaki itu sebagai seorang pahlawan.

"Ya... aku janji."

"Baiklah..." Kirito berundur setapak ke belakang lalu dia duduk mencangkung sambil ibu jari di gigit kuat hinggalah mengeluarkan darah. Darah di titikkan ke atas tanah lantas tak semena sebuah lingkaran sihir terbentuk berwarna hitam.

"Sebelum apa-apa jadi aku nak bagi tahu jangan tiru sihir ni." Pesan Kirito apabila menyedari Zen gigih memerhati perbuatannya itu.

"Kenapa?" Soal Zen hairan.

"Ini sihir terlarang, kalau tak cukup pengalaman kau boleh mati dan bukannya menghidupkan orang." Jawab Kirito tenang.

"Apa? Jadi sihir ni mematikan lah?" Sampuk Kotaro cuak. Matanya menatap wajah Kirito yang tersenyum memandang ke arahnya.

"Yup, kenapa? Kau risaukan aku ke?" Ujar Kirito sambil tertawa di hujung ayatnya.

"Tak! Aku... tak... er," Gagap Kotaro.

"Kalau kau tahu sihir ni mematikan kenapa kau guna juga?" Yosuke yang sedari tadi memerhati menyoal pula.

"Sebab aku abadi," Gumam Kirito yang di sertakan mantra sihir yang hanya dia mendengarnya.

"Tunggu!" Jerkah Yosuke namun, terbantut apabila sebuah sinar cahaya yang terang menerobos masuk ke dalam retinanya. Cahaya yang asalnya dari lingkaran sihir Kirito tadi, terlihat telah menghidupkan semula satu per satu askar Asteria. Askar yang terkorban dalam keganasan kuasanya tadi.

Continue Reading

You'll Also Like

514K 1.2K 17
Mula mula
140K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...