C | SUAMI 3 BULAN

由 ftnfzyyy

804K 41.6K 4.1K

ROMANCE SERIES •°. *࿐ «1st story » ©2020• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚ AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA ˚ ༘♡ ·˚ Afiq Raihan d... 更多

𝐓 𝐄 𝐀 𝐒 𝐄 𝐑
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
EPILOG
AUTHOR'S NOTE
𝐍𝐄𝐖 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘!

BAB 29

10.6K 657 33
由 ftnfzyyy

Kriinggggg!

Jam loceng milik Anis Raihanna berbunyi. Seraya itu, dia mencapai jam tersebut. Terpisat pisat dia bangkit dari tidur.

"Huarghhh.." Anis menguap. Dia membetulkan urat urat sendinya. Sesekali dia mengeliat. Jam locengnya direnung sekilas.

Jam menunjukkan 6.15 pagi. Anis Raihanna mengikat rambutnya.  Dia bercadang untuk bangun lewat sikit memandangkan hari ni adalah hari minggu. Jika tidak, dia akan bangun pada pukul 5.50 pagi kebiasaannya.

Anis Raihanna mengatur langkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Tiba-tiba langkahnya terhenti.

"Eh, bukan aku duduk dekat ruang tamu ke semalam? Macam mana aku boleh ada dalam bilik ni?" gumamnya perlahan.

Dia cuba mengingat kembali apa yang berlaku semalam. Tangannya diletakkan didagu seperti sedang berfikir. Akhirnya, dia melepaskan keluhan kecil.

Lalu, dia meneruskan langkahnya bagi membersihkan diri. Nanti-nanti je la dia fikir. Dia masih belum menyiapkan sarapan dan menunaikan solat subuh.

Usai membersihkan diri, Anis menunaikan solat subuh. Dia sentiasa berdoa bagi memohon kebahagiaan dalam rumah tangganya.

Setelah itu, dia melangkah ke dapur. Tangannya lincah mengeluarkan bahan bahan untuk dimasak.

Sesekali dia bernyanyi kecil, sibuk memasak sarapan untuk suaminya. Ada juga dia terlintas nak kenakan Afiq Raihan. Tetapi dia membatalkan niatnya.

Malas nak bergaduh pada pagi yang indah ni. Isteri mithali la katakan. Ehek.

Anis Raihanna mengukir senyuman. Akhirnya, dia sudah selesai memasak. Bau aroma bihun goreng tersebut menusuk hidungnya. Sedapnya bau!

Anis Raihanna menghidangkan makanan tersebut di meja makan. Air milo panas yang telah dibancuh dituang ke dalam cawan. Setelah semua siap terhidang, dia mengatur langkah ke bilik Afiq Raihan.

"Eh minah. Kenapa pergi bilik aku tu? Aku ada kat sini lah." soal Afiq Raihan yang berada dalam gim mininya.

Anis Raihanna menoleh ke arah suaminya. Dia terlopong. Terkedu dalam masa yang sama.
Matanya tidak lepas memerhati lelaki itu atas bawah. Dia mengigit bibir bawahnya.

"Kenapa dia nampak hensem sangat ni. Hati tolong kuat, jangan kalah dengan rupa dia tu. Jantung tolonglah. Jangan berdegup macam tengah lari marathon" bisik hati Anis Raihanna.

Dia mengenggam tangannya dengan kuat. Rambut yang basah terjuntai di dahi Afiq Raihan menambahkan lagi kekacakan lelaki itu. Belum tambah lagi dengan peluh yang menitis dari badan sasa lelaki itu. Ya Allah, suami aku ke ni?

Anis Raihanna terdiam tak berkutik. Dirinya masih tidak percaya bahawa lelaki dihadapannya ini adalah suaminya. Apatah lagi lelaki itu ialah Afiq Raihan!

"Woi, tenung aku sampai nak tembus apahal?" tegur Afiq Raihan sinis. Dia melangkah setapak ke arah isterinya.

Anis Raihanna yang bagai tersedar dari mimpi melangkah ke belakang. Dia terkejut suaminya mendekatinya.

"Woi, aku tanya. Kenapa kau nak masuk bilik aku? Kau nak ceroboh eh? Kau nak kena denda ke sebab langgar syarat aku hah?" balas Afiq Raihan.

Dia makin pelik dengan tingkah isterinya. Selalunya kalau dia tanya satu soalan pasti pelbagai jawapan yang diberikan. Tapi sebaliknya yang terjadi kini. Seraya itu, dia mengambil tuala kecil untuk mengelap peluh yang mengalir dibadannya.

Anis Raihanna menelan air liur. Aduh, jangan lah lap depan aku Afiq oi! Hati aku ni lemah la. Bergetar iman aku sekarang ni.
Dia menundukkan pandangan. Tak mampu melihat suaminya.

"Oi mak cik! Aku tanya ni. Kau dah bisu ke apa." balas Afiq Raihan tak puas hati.

Suruh jawab soalan pun payah sangat. Siap tunduk tunduk bagai. Dah kenapa minah ni. Afiq Raihan mengerutkan dahi.

"Erk..m...ana ada aku nak masuk bilik kau. A..ku nak panggil kau sarapan la. Manalah aku tahu kau dalam bilik ni pulak." balas Anis Raihanna tergagap-gagap.
Dia mengelak daripada bertembung dengan mata suaminya.

"La cakap je la awal-awal. Ini tak, membisu macam tak ada mulut. Aku nak mandi kejap. Melekit dah badan aku ni. Kau pergi la sarapan dulu eh." balas Afiq Raihan.

Dia melangkah pergi ke biliknya. Afiq tersenyum simpul. Nak cakap ajak sarapan pun susah sangat ke. Haihh

Anis Raihanna menghela nafas lega. Dia memegang dadanya. Pernafasannya tidak teratur.

"Haih..dia ni kan. Kalau hari hari macam ni boleh terkeluar jantung aku ni tau. Hati sabarlah ya. Kena kuat!" omel Anis Raihanna sendirian.

Dia melangkah ke dapur. Perasaan yang dirasakan tadi dibuang jauh jauh. Dia sendiri takut dengan perasaannya.

"Hana!" panggil Afiq Raihan dari dalam biliknya tiba-tiba.

"Ha dah kenapa dia ni? Takkan dah siap mandi. Laju gila" bebel Anis Raihanna.

Dia mempercepatkan langkah ke  bilik suaminya. Tombol pintu bilik lelaki itu dipulas. Terjengul kepala Afiq Raihan di sebalik pintu bilik airnya.

"Kau nak apa?" soal Anis Raihanna acuh tak acuh. Dia berpeluk tubuh. Matanya tepat memandang wajah suaminya.

"Aku nak ajak kau mandi sekali ni. Nak tak?" usik Afiq Raihan. Dia mengenyitkan mata ke arah isterinya. Bibirnya mengukir senyuman nakal.

Anis Raihanna membulatkan mata. Mamat tu panggil dia semata-mata nak ajak dia mandi sekali?! Anis mengetap gigi menahan amarah.

"Afiq Raihan!!" jerit Anis Raihanna.

Dia menerpa ke arah suaminya. Namun cepat-cepat, Afiq Raihan menutup pintu bilik air. Dia menghamburkan tawa.

❤❤❤

Anis Raihanna menjeling tajam suaminya yang baru selesai membersihkan diri. Afiq Raihan hanya beriak selamba. Dia berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku.

Anis Raihanna menghulurkan sepinggan bihun goreng kepada Afiq Raihan. Lelaki itu menyambut huluran tersebut dengan lembut. Satu kenyitan mata diberikan kepada isterinya.

"Mata kau dah kenapa? Sakit eh. Terkenyit kenyit. Aku cucuk dengan garfu ni kang. Biar buta terus." perli Anis Raihanna. Dia menjeling tajam suaminya.

"Eh sekurangnya mata aku ni tak sembap tau. Nangis tak tentu pasal. Cengeng." balas Afiq Raihan dengan nada memerli. Dia tersenyum mengejek. Satu suapan dimasukkan ke dalam mulutnya.

Anis Raihana tersentak. Tak sangka lelaki itu tahu yang dia menangis semalam. Dia mengecilkan mata ke arah suaminya.

"Mana ada aku nangis eh. Lagi satu, macam mana aku ada dekat bilik hah? Bukan aku duduk dekat ruang tamu ke semalam." soal Anis Raihanna cuba menukar topik. Lagipun dia memang tertanya tanya.

"Kau yang tidur sambil berjalan semalam. Lepas tu buat buat lupa. Kau tahu tak jin suka kalau perempuan tidur sambil nangis. Nanti dia peluk kau. Nak?" balas Afiq Raihan selamba.

Dia tak mahu mengaku yang dia mengangkat gadis itu semalam. Biarlah dia saja yang tahu. Kalau isterinya tahupun bukan jadi apa apa. Dia kembali menjamu selera.

"Eh sejak bila aku tidur sambil berjalan. Lagi satu aku dah kata kan aku tak menangis pun semalam. Mata aku sembap tak cukup tidurlah" tipu Anis Raihanna. Tak suka apabila topik tersebut masih dibangkitkan.

"Yeyejer. Daripada jin tu peluk kau, baik peluk aku ni. Dapat pahala kan?" usik Afiq Raihan lagi. Dia tersengih nakal.

"Kau nak kena cili ke hah mulut kau tu! Meh sini aku cilikan!" marah Anis Raihanna. Mengada sangat mamat tu hari ni!

Afiq Raihan ketawa. Terhibur dengan telatah isterinya. Ada saja nak buat dia ketawa. Dia selamba badak menikmati bihun goreng isterinya kembali.

Anis Raihanna mencebik. Dia memerhati suaminya dengan pandangan maut. Namun baru dia perasan dengan pemakaian suaminya. Macam nak keluar saja gayanya.

"Kau nak keluar ke hari ni?" soal Anis Raihanna.

"Mestilah. Kau fikir aku nak duduk dalam rumah ni 24 jam dengan kau. Mereput aku" balas Afiq Raihan selamba.

"Ish..kau nak keluar dengan siapa hah? Kau fikir aku ni hamak sangat ke nak duduk serumah dengan kau. Memang tak lah!" balas Anis Raihanna semula. Dia masam mencuka.

"Aku nak lepak dengan Adam la siapa lagi. Dah lama aku tak lepak dengan dia." balas Afiq Raihan. Seraya itu, dia meneguk air milo.

"Nak ikut boleh? Nak lepak jugak dengan Adam. Please..Ada banyak lagi benda kita orang nak sembang" pujuk Anis Raihanna. Dia memegang tangan suaminya.

"Tak boleh. Kau duduk je rumah. Tak payah mengada nak ikut." marah Afiq Raihan tiba-tiba. Dia segera meletakkan pinggan di singki.

Ala itupun nak marah. Takkan aku nak mereput dekat rumah ni sorang-sorang. Bosan! Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Kalau aku nak lepak dengan Aira boleh? Kau hantar la aku dekat rumah dia. Please.. Aku janji akan ikut apa yang kau suruh" pujuk Anis Raihanna meyakinkan suaminya.

"Fine. Cepat siap aku tunggu." balas Afiq Raihan. Dia menayang riak muka tak berperasaan.

" Yeay! Tunggu eh." balas Anis Raihanna teruja. Dia segera melangkah ke biliknya.

"Eh,tunggu jap"

"Apa?"

"Kau kata kau janji akan ikut apa yang aku suruhkan?"

"Ya aku janji. Kau nak suruh aku buat apa?"

"Jangan rapat dengan Adam. And one more, jangan menangis."

"But why?"

Afiq Raihan mendekatkan dirinya ke arah Anis Raihanna. Perlahan-lahan, dia membisikkan sesuatu ke telinga gadis itu sebelum pergi.

"Sebab aku tak suka."

❤❤❤

Afiq Raihan mengenakan kaca mata hitamnya. Lengan kemejanya dilipat hingga ke siku. Rambutnya tersisir rapi. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket. Dia bersandar pada kereta miliknya.

"Oi lain kali lama lagi bersiap tu. Biar berjanggut aku tunggu dekat sini." perli Afiq Raihan.

Dia terus masuk ke dalam kereta.
Anis Raihanna hanya membuat riak muka menyampah. Dia juga turut memboloskan diri ke dalam kereta Afiq Raihan.

"Pakai seatbelt." arah Afiq Raihan senada. Dia mula menghidupkan enjin kereta. Anis Raihanna mengeluh kuat. Namun diturutkan juga permintaan suaminya.

Kata-kata Afiq Raihan kembali ke menjengah fikiran Anis Raihanna. Dia tersenyum senget. Pandangan diluar tingkap menjadi sasarannya.

"Sebab aku tak suka."

Semakin lebar dia tersenyum. Pipinya mula kemerahan. Anis Raihanna bagai di dunianya sendiri. Perasaan asing yang hadir dalam dirinya sukar ditafsirkan.

"Hana!" panggil Afiq Raihanna dengan nada yang agak tinggi.

Anis Raihanna yang tersentak segera menoleh. Mungkin terlalu asyik melayani perasaan. Berkali-kali, dia memarahi dirinya sendiri.

"Apa?" soal Anis Raihanna. Dia memandang Afiq Raihan.

"Kau ni. Termenung jauh sangat dah kenapa? Berbuih dah mulut aku ni panggil kau tau. Aku nak tanya. Mana rumah kawan kau? Kau fikir aku tahu ke rumah dia?" bebel Afiq Raihan. Dijeling sekilas isterinya disebelah.

Anis Raihanna menepuk dahi. Betul jugak kata kata suaminya. Dia tersengih kerang. Seraya itu, dia mula menjadi pemandu arah kepada suaminya.

Akhirnya, mereka tiba di pekarangan rumah Aira. Terpacak sudah Aira di luar rumahnya menunggu sahabat baiknya. Dia melambai ke arah Anis Raihanna. Anis tersenyum nipis.

"Ermm, aku pergi dulu eh. Jangan lupa kirim salam dekat Adam tau! Bye!" kata Anis Raihanna. Dia mula membuka seatbelt kereta.

Afiq Raihan menjeling tajam apabila nama Adam Syahmi disebut.

"Hurmm." Itu saja balasan daripada Afiq Raihan.

"Afiq, nak salam." kata Anis Raihanna menahan malu.

Afiq Raihan menghulurkan tangannya. Anis Raihanna menyambut lembut huluran tersebut. Dicium tangan suaminya penuh kasih.

Afiq Raihan tersenyum. Sungguh tenang dia diperlakukan sebegitu. Lalu, Anis Raihanna melepaskan tangan suaminya. Dia berura ura untuk keluar dari kereta.

"Hana,kejap" panggil Afiq Raihan.

Anis Raihanna menoleh. Riak muka 'apa' ditunjukkan. Dahinya dikerutkan.

Tanpa amaran, Afiq Raihan mengucup dahi isterinya. Lama. Anis Raihanna terdiam.

"Jaga diri elok-elok. Kalau aku tahu kau buat apa apa belakang aku. Siap kau" pesan Afiq Raihan.

Dia kembali ke kedudukannya tadi. Riak mukanya langsung tak menunjukkan apa apa yang berlaku. Namun sebaliknya yang terjadi kepada Anis Raihanna.

Rasa hangat daripada ciuman dari suaminya masih terasa. Jantungnya berdegup laju bagai nak gila. Anis Raihanna cuba menyembunyikan senyumannya.

"Ish aku tahu la nak jaga diri aku. Bye!" kata Anis Raihanna sebelum keluar dari kereta.

Afiq Raihan tersenyum nipis. Keretanya laju meluncur di jalan raya.

❤❤❤

Anis Raihanna melangkah ke rumah Aira. Dia tersenyum lebar. Mereka berpelukan seperti tak berjumpa setahun dua.

"Anis, kau tahu tak. Aku rindu gila dekat kau. Sejak kau lepak dengan aku hari tu, makin rindu aku kat kau" kata Aira. Dia makin mengetatkan pelukan.

"Ya. Aku pun rindu kau jugak." balas Anis Raihanna.

Dia meleraikan pelukan. Bibirnya mengukir senyuman ke arah sahabatnya.

"Amboi, senyum sampai ke telinga! Ada apa apa yang aku tak tahu ke? Hurm." kata Aira ingin tahu.

"Tak ada apa apa lah. Kau je yang suka overthinking. Jom lah lepak. Shopping nak?" kata Anis Raihanna cuba menukar topik.

"Ha saja kan tukar topik. Yelah, jom shopping! " jawab Aira teruja.

Tahu sangat dah sahabatnya akan menukar topik. Mereka kenal bukan setahun dua. Tetapi sudah bertahun-tahun lamanya. Jadi dah hadam sangat perangai masing-masing.

Anis Raihanna tersenyum nipis. Dia berasa lega. Nasib Aira tak perasan perubahan riak mukanya tadi. Dia sendiri tak tahu kenapa dengan dirinya.

Setelah setengah mereka berdua membeli belah, akhirnya mereka berehat sebentar untuk mengisi perut yang lapar. Kaki pun naik lenguh berjalan terlalu lama.

"Wahh, leganya dapat duduk! Kalau tak, macam nak patah dah pinggang aku ni!" rungut Anis Raihanna.

Aira tersengih. Nama pun shopping. Memang berjam-jam la jawabnya. Selagi tak penat, selagi itu juga lah dia pusing satu mall.

"Ala kau ni. Macam tak biasa pulak shopping dengan aku. Kau nak pesan apa?" soal Aira.

"Kau pesan je lah apa apa. Aku tak kisah. Janji aku dapat makan. Naik kebulur dah aku ni." kata Anis Raihanna. Dia mengusap perutnya.

"Ok" balas Aira. Dia mengatur langkah ke kaunter untuk membuat pesanan.

Anis Raihanna bermain dengan telefon pintarnya sementara menunggu. Hatinya mula tidak sedap. Dia rasa seperti sedang diperhatikan. Seraya itu, dia menoleh ke kiri dan kanan. Namun tiada sesiapa yang memerhatinya.

"Oi kau tengok siapa hah?" tegur Aira yang telah siap membuat pesanan. Dia duduk dihadapan Anis Raihanna. Pelik dengan sahabatnya yang seperti risau akan sesuatu.

"Ermm tak ada apa. Aku rasa macam kita kena perhati dengan orang. Maybe, perasaan aku je kot. Ignore je eh" kata Anis Raihanna.

"Tapikan, aku pun rasa macam tu. Dari mula kita shopping tadi pun aku dapat rasa. Cuma aku tak nak bagitau kau. Yelah, aku tak nak lah kau takut ke apa kan." sambung Aira lagi. Dia menyuarakan kebimbangannya.

"Oh mungkin perasaan kita je kot. Boleh jadikan." balas Anis Raihanna. Dia cuba menyedapkan hatinya sendiri.

"Okay biarkan pasal tu. Sekarang aku nak tanya. Ada apa apa jadi eh antara kau dengan Afiq? Jangan tipu aku. Aku kenal kau Anis" soal Aira. Dia cuba mengorek rahsia.

"Entahlah. Dia pernah cakap dia tak cintakan aku. Tapi layanan dia kat aku menunjukkan sebaliknya. Aku sendiri pun tak pasti dengan perasaan aku sekarang ni tau" terang Anis Raihanna. Akhirnya, dia meluahkan jua isi hatinya yang terpendam. Lega.

"Aku dah agak dah! Tak apa Anis. Mungkin ini masanya untuk kau fikir betul-betul perasaan kau dekat dia. Kau layak untuk bahagia wei" balas Aira. Dia memegang tangan Anis.

"Thank you Aira. Tengoklah macam mana nanti eh. Lega sikit hati ni dapat luahkan. " Anis tersenyum nipis.

Akhirnya mereka berdua rancak bersembang tak ingat dunia. Macam macam topik yang dibahaskan. Kejap Adam Syahmi lepastu Afiq Raihan pulak. Perempuan..

❤❤❤

Pin! Pin! Pin!

"Aira aku pergi dulu eh. Afiq dah sampai. Nanti kita jumpa lagi. Bye!" pamit Anis Raihanna.

Aira sekadar menganguk. Dia melambai ke arah sahabatnya. Dalam hatinya, tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan sahabatnya.

"Banyak gila kau beli barang. Kau borong satu kedai ke apa hah?" soal Afiq Raihan sebaik ternampak beberapa buah paper bag diletakkan di dalam kereta.

"Diamlah sibuk je." balas Anis Raihanna tak puas hati.

"Yelahh" balas Afiq Raihan. Malas nak bertikam lidah. Dia memandu keretanya dengan
cermat.

"Wei tadi kan masa aku shopping. Aku rasa macam ada orang ikut tau" kata Anis Raihanna tiba-tiba. Entah kenapa, dia rasa nak cerita kepada Afiq Raihan.

Afiq terdiam. Mungkin Fakhrul yang mengikuti isterinya untuk memastikan keselamatan gadis itu.

"Perasaan kau je kot."

Stay tune! ✨
Don't forget to vomment!❤
Luv you😭

繼續閱讀

You'll Also Like

177K 15.2K 85
"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang la...
17.8K 2K 29
(4th book of 'DIA ENCIK ' series.) "Even it is fake, just keep acting like you're in love with me." CEO OF HATI KERING Taniya Qhalisya speechless. Pe...
438K 5.8K 18
Raja Hayl Hakimi x Nur Haura hanani Nur Haura Hanani gadis cantik dan mempunyai pesona yang mampu membuatkan ramai lelaki terpikat padanya. Namun kas...
40.8K 2.8K 68
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...