You deserve love deeper then the ocean . '
______________
I'm gonna to kill you guys but I can't because I love you. ❤️ Enjoy your reading !
______________
Lelaki yang setia lagi berdiri di sisinya dikerling sekilas . Semua pelajar masih kekal berada di kawasan yang sama . Apa yang terjadi beberapa minit lepas terngiang-ngiang di dalam fikiran .
Aisha bingung .
Lekas hujung baju Kizz Calvien yang terkeluar daripada seluar ditarik dengan jarinya . Kizz Calvien tersentak dan memaling ke tepi.
Badan disengetkan sedikit .
" Awak serius ke tentang hal tadi? "
Kizz Calvien menegakkan badan dan memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket . Mata melurus tegak ke depan .
Pertanyaan Aisha tidak diendah . Membiarkan tidak berjawab . Lama Aisha menunggu. Dan Kizz Calvien bersuara.
" Lupakan . "
Kening Aisha berkerut seribu . Bibir diketap geram . Mana boleh dia lupakan . Ini soal perasaan . Baru Aisha membuka mulut , ada satu suara menerpa masuk ke telinga mereka .
Pelajar-pelajar mulai ambil perhatian . Itu suara ketua kumpulan Ice Royale . Aisha menjungkit kening .
Ada apa tiba-tiba buat announcement ni ?
" Perhatian kepada pelajar tingkatan lima dan enam atas , anda dikehendaki ke padang pada pukul 11.45 pagi dengan berpakaian baju sukan . Sekian terima kasih . "
" Apahal weh kita kena pergi padang ? Kita ada buat salah ke ? "
" Kita kena denda ke ? "
" Ala kenapa tingkatan empat tak tersenarai . Tak dapat aku nak tengok senior Hafine . "
" Kalau denda , aku tak nak pergi. Aku rela cabut lari . "
" Bangang apa tengah-tengah panas pergi padang . "
Suara-suara sumbang sangat kecoh , memenuhi ruang . Ada yang tertanya-tanya . Ada yang tidak puas hati . Aisha tidak ambil tahu .
Jam yang melilit di tangan ditilik . Masih ada 30 minit dari sekarang . Sempatlah dia nak tukar pakaian . Ramai pelajar sudah beransur-ansur meninggalkan tempat itu .
Kaki Aisha mengatur langkah . Dalam tiga langkah dia berjalan , badannya seperti ditarik ke belakang . Sekelip mata, pinggang dipaut selamba dengan satu tangan kekar .
Gadis itu membulatkan mata. Tidak menoleh ke belakang kerana dia tahu lelaki itu ialah Kizz Calvien cuma dia terkejut dengan tindakan berani lelaki itu . Haruman dari tubuh Kizz Calvien menusuk ke dalam hidung .
Wangi. Dan dia suka bauan ini .
Bibir Kizz Calvien merapat ke sisi pendengaran telinga Aisha . Sambil menilik sudut wajah Aisha dari tepi . Dia tersenyum suka . Raut wajah Aisha mulai merah . Mungkin sebab tindakan selambanya .
" Lupakan hal tadi sebab aku tak nak kepala kau serabut . " Bisikan Kizz Calvien sangat sensual di telinga Aisha membuatkan gadis itu lagi malu .
Lalu Kizz Calvien melepaskan pautan di pinggang Aisha kemudian melangkah meninggalkan gadis itu . Hujung bibir ternaik .
Dan tergelak kecil .
Terhibur dengan kepolosan gadis itu . My type .
" A.. Ap.. Apa ? "
Berkelip-kelip mata Aisha memandang belakang badan Kizz Calvien. Kedua-dua telinga dipegang . Spontan dia memejam mata .
HUARGH ! AYAH TOLONG ! AISHA MALU .
•♕•♕•
Tepat 11.45 pagi semua pelajar tingkatan lima dan enam atas berdiri di tengah-tengah padang . Kaum hawa mengipas diri mereka dengan tangan manakala lelaki lebih santai . Tidak kisah dengan cuaca panas .
Tingkatan enam dan tingkatan lima telah dibahagi kepada beberapa bahagian supaya jumlahnya menjadi kecil . Dan setiap bahagian dijaga oleh 5 orang ahli Ice Royale .
Empat tikar segi empat tepat yang bersaiz sederhana besar , berwarna hitam menarik perhatian mereka untuk kekal memandang . Tertanya -tanya apa kegunaan empat tikar itu .
Kizz Calvien berdiri di belakang . Aisha pula di hadapan , jauh sedikit dengan dia . Khai dan Ejaz di belakang Aisha . Black Rose di sebelah Kizz Calvien . Abangnya melihat Kizz Calvien dan Aisha silih berganti . Dan melihat ke depan semula . Fire Beast di sisi Aisha .
Firash Xayyen tersenyum senget . Sesekali dia mengerling ke arah Hafine. Cuma Hafine yang tidak perasan , ralit memerhati Kizz Calvien dan Aisha.
Suara lantang kumpulan Ice Royale memecahkan suasana . Suara-suara yang tadi riuh rendah lenyap terus . Hanya satu ayat daripada Ice Royale mampu buatkan mereka semua terdiam .
Ya, Ice Royale salah satu kumpulan yang memegang jawatan pengawas akan mengambil alih tugasan guru -guru mereka sekiranya mereka terlalu sibuk dengan urusan luar .
" Good . Kita akan bermain beberapa game —– "
" Weh gila ke nak main game tengah-tengah panas . " Ucap salah seorang pelajar lelaki tidak puas hati . Dia mengipas bajunya .
" Aku out . Aku tak nak main . Nanti jadi gelap . " Salah seorang perempuan mengada , bersuara . Sesetengah pelajar riuh semula , membidas perempuan dan lelaki itu selamba .
" Ada aku suruh kau orang bersuara ke ? Kalau rasa tak nak main , kau orang boleh pergi . Tapi —– jangan menyesal nama kau orang naik di papan kenyataan ."
Sekali lagi , automatik hilang suara-suara riuh rendah . Aura jejaka itu sungguh dasyat . Nada suara ketua Ice Royale , Rill mendatar . Bermakna dia tiada mood untuk mendenda orang . Dua orang pelajar itu meninggalkan padang dengan berani. Tidak kisah jika mereka didenda .
Rill menyinis .
Mata dia menumpu ke setiap pelajar di hadapan dia . Dia menepuk tangan satu kali . " Before I explain the rules , you will decide your teams . Now , look at the mats there . "
Semua mata melihat ke arah tikar yang ditunjuk oleh Rill . " Okay. Guys , Akan ada 4 kumpulan yang terdiri daripada tiga orang ahli . Dalam senarai nama yang aku pegang ni , ada 12 orang yang nama dia terpilih . Tetapi untuk bahagi kepada empat kumpulan , mereka sendiri yang akan buat pilihan . "
Pelajar - pelajar seramai 16 orang dalam kumpulan Rill mengangguk faham dengan penjelasan ketua mereka .
" Empat daripada 12 orang akan tunggu di dalam petak yang dah dilukis pada tikar dan kau orang akan melompat ke petak yang mereka mahukan . Setelah anda bertiga bersama-sama , you're a team . "
Secara tiba-tiba Yeff mengangkat tangan . " Macam mana kalau kita orang ditolak ? "
" Kalau kau orang ditolak, you guys will have to try again at the end . "
" At the end ? " Keluh Yeff.
" Okay, nama yang aku sebut , berdiri dalam petak . "
" Ejaz Naim. "
Saat namanya dipanggil , lekas dia bangkit menuju ke petak di dalam tikar .
" Z Dazrey . "
" Aisha Kim . "
Terkeluar keluh kecil dari bibir gadis itu . Mahu tidak mahu , dia bergerak jua ke dalam petak . Kizz Calvien menggeleng kepala melihat gadis itu sengaja berjalan macam zombie .
" Qiz Hafine . "
Dengan riak gembira , Hafine bangkit daripada duduk dan mengorak langkah masuk ke dalam petak . Suka dia berada di sebelah tikar Aisha .
Kizz Calvien menyepetkan mata . Terkumat-kamit menyumpah abangnya . Gatal . Dia pandang Hafine ibarat Hafine sebuku roti . Dan roti itu dicincang halus . Kemudian , bagi ayam makan .
Imaginasi sahaja lebih .
" Yeff Aziq,, Kizz Calvien , Haz Jazrin , Amrel , Firash Xayyen , Eryfkal , Rayshen Darl , Rayqal Shen . Korang boleh ambil tempat sekarang. "
Haz Jazrin melangkah dahulu . Dia ke hulu ke hilir di hadapan empat tikar . Dan berhenti di depan Aisha . Jazrin mengukir senyum dan pantas dia melompat ke dalam . Mujur Aisha tidak menolaknya keluar . Beberapa pasang mata terbeliak . Cekap mamat ni .
Kemudian giliran Yeff Aziq . Sehinggalah giliran Rayshen Darl . Dia mengusap tangan dia lalu meniup . Rayqal Shen menyimpan senyum . Dia nak ketawa , tetapi tidak sampai hati .
Rayshen Darl melompat masuk ke dalam petak Hafine . Saat tubuh badan dia stabil , dia menghela nafas lega . Sebab tidak ditolak .
" I don't like you . "
Namun , tanggapannya salah . Amrel menendang dia keluar membuatkan Rayqal Shen yang melihat tertawa kepada adiknya . Riak wajah Amrel memang selamba . Hafine pula buat muka tidak bersalah .
" Fine . I don't like you too . "
" Tak kisah pun. Bluerk ! "
Rayshen mengetap bibir . Dia bangun ke tempatnya semula . Mata datar melihat ke arah Rayqal Shen yang tidak henti-henti ketawa . Siaplah kau nanti .
Kini giliran Rayqal Shen pula . Memilih kumpulan Hafine . Dia melangkah ke depan . Bersiap sedia. Tanpa sedar, Rayshen Darl di belakangnya .
" Korang tak nampak happy pun . " Ujar Rayqal Shen melihat riak Amrel dan Hafine tidak ada senyum . Yeff yang berada dalam kumpulan Aisha menghamburkan ketawa kecil .
Bukan sebab Rayqal Shen , tetapi Rayshen Darl . Dekat dengan abangnya yang mahu melompat . Tangan sudah bersedia memegang hujung baju Rayqal Shen .
" It's not like that . " Ujar Hafine pula . Mata melihat ke arah lain . Dia turut mahu mengeluarkan tawa . Tetapi mulutnya seakan terkunci .
Semua mata tertumpu ke arah Rayqal Shen . Tatkala lelaki itu melompat , tarikan pada baju sangat kuat membuatkan Rayqal Shen ke belakang semula .
" Yaish! "
Bersama perasaan bengang dan hampir tercarut , badan memusing ke belakang . Refleks , Rayshen Darl melepaskan pegangan , dia berlari apabila Rayqal Shen mengejarnya laju .
" That's was hilarous . "
" Tapi serious weh , situasi tadi memang kelakar . "
Ucap Jazrin dan Ejaz serentak .
" Yang aku tak boleh tahan gelak , kenapa dia lompat macam ni ? " Kizz Calvien meniru semula gaya Rayqal Shen yang melompat hanya satu kali dan tangan ke sisi .
Melihat gaya Rayqal Shen tadi , hilang terus marah dan cemburu yang bercampur baur . Dia geli hati dengan telatah Rayqal Shen dan Rayshen Darl .
Ketawa besar dan tepukan tangan meriuhkan lagi suasana . Drama adik beradik yang menghiburkan hati .
" Itu memang kelakar. "
" Dia melompat setakat 3 cm baru . " Balas Khai pula . Membuatkan mereka tidak henti-henti ketawa . Rill turut menyertai sekali . Siap berguling - guling di atas rumput . Dari jauh rakan-rakannya dapat memandang aksi dia .
Setelah adik beradik menghampiri, Rill bangun . " Pergi tempat korang balik, kita akan buat sekali lagi . "
" I'm failed ? "
" Yes . You failed . "
Pantas tangan Rayqal Shen mahu menampar lengan Rayshen Darl namun lelaki itu menjauhkan diri dulu daripada abangnya .
10 minit kemudian , baru selesai menyempurnakan empat bahagian kumpulan .
Kumpulan Aisha ialah Yeff Aziq dan Jazrin . Kumpulan Hafine , Amrel dan Rayshen Darl . Kumpulan Ejaz Naim pula ialah Kizz Calvien dan Rayqal Shen manakala kumpulan D Darzey ialah Firash Xayyen dan Eryfkal .
Khai dan Darfien secara langsung menjadi penolong dalam permainan ini kerana mereka berdua tiada kumpulan . Had sudah .
Sekarang , mereka bergerak ke dataran depan dewan pula . Redup sedikit sebab dihalang cahaya matahari .
" Okay, untuk game seterusnya , setiap kumpulan akan menyanyi sekali . Kita akan bermula dalam masa lima minit lagi. Manakala baki tiga pasukan lagi , akan bersembunyi selama lima minit . Kau orang kena sembunyi sebelum lagu bermula. And —– "
" And ? " potong Rayshen Darl laju .
" You're allowed to hide anywhere . This is hide and seek . "
" Di mana kita nak menyorok ? " Rungut Ejaz pula . Mata mereka melilau sekeliling .
" Aku tak habis cakap lagi . Dua orang ahli daripada kumpulan menyanyi harus mencari ahli kumpulan lain yang tengah bersembunyi . Hanya sekali sentuh pada baju mereka ke , kulit mereka ke . Automatik mereka terkeluar . "
Semua mengumam kecil .
Dalam diam , Kizz Calvien melihat ke arah Aisha . Di fikirannya , pelbagai stategi mahu digunakan dalam game ini . Hujung bibir ternaik membentuk senyum senget .
" Hide and seek ha ? I really love this game . "
Tbc .
Votes and comments as always .
Next scene ; anda pasti suka dengan scene ni . HAHAKSS ') Sila ke dunia Korea sekarang . Hahaha.
Nah , ❤️
— PUBG or Wattpad ?
— Fake love or True Love?
— Sushi or Pizza ?
— Cuba untuk tarik perhatian Crush or just perhatikan crush dalam diam?
Unlock new chapter; 100 stars & 150 comments ❤️