[C] heart : kook

By mworagano

36.9K 4.2K 5.3K

+ bila kau jadi hantu tapi sebenarnya kau masih koma "She will die, Jungkook." More

HEART
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35 [ final ]
WOIIIII
WEHHHHHH

15

852 108 111
By mworagano

Hyunjin melangkah masuk ke dalam sekolah dengan tenang dan sempoi. Wajah ketat ditayang seperti selalu, manakala Felix mengikut dari tepi dengan wajah yang lebih kurang sama.

" Sumpah aku tak nampak langsung budak nama Rahael tu." Rungut Hyunjin semasa mereka berada di loker masing masing. Felix pula diam sambil mengambil barang barangnya.

" Dia eksiden teruk sangat kot?"
Teka Felix walaupun dia dah lama tahu hakikatnya. Hyunjin mengeluh kecil. Smartphone dikeluarkan, lantas icon Instagram ditekan olehnya. Akaun instagram Rahael dicari, ingin tahu isu semasa sang Rahael.

Hati Hyunjin berdetik.. macam pernah dengar nama tu.

" Macam dah lama tak aktif je."
Komen Hyunjin sambil scroll skrin dia lambat lambat. Gambar gambar yang dipost oleh Rahael dipandang satu persatu.

" Weh, dia rapat dengan Bangtan."
Ujar Hyunjin tatkala melihat satu post yang ada Rahael dan Hoseok dalam gambar tu. Felix menutup pintu lokernya lalu bersandar di sisi Hyunjin. Kepala dijenguk sedikit untuk melihat skrin fon Hyunjin.

" Dia adik salah seorang Bangtan."

" Jinjja? Nugu?"
Soal Hyunjin lagi. Siapa tak kenal Bangtan. Grup paling femes di Yeochul Highschool dulu. Sekarang membernya hanya tinggal tiga orang sahaja yang masih bersekolah di situ. Si maknae line.

" Kim Seokjin."

Hyunjin mengangguk faham. Kemudian dia terhenti pada satu gambar dimana Rahael sedang memejam mata sambil tersenyum lebar, menampakkan lesung pipit yang selamani tak diperasan oleh kebanyakan orang.

Ibu jari Hyunjin kaku di udara sebentar, matanya lama merenung gambar tersebut.

Dahi Hyunjin berkerut seketika.

" Rara.."

" Rara?"

" Dia.. budak perempuan yang aku pernah suka masa kecik dulu." Tutur Hyunjin perlahan sambil menatap taik lalat dan lesung pipit yang nampak familiar di matanya tu.

Tak sangka, selamani dia sama sekolah dengan budak perempuan tu.

Felix pula diam. Taktau nak cakap apa, lagi lagi bila dia nampak Hyunjin tiba tiba tersenyum lebar. Hyunjin terus pergi ke Whatsapp.

" Kau nak buat apa?"

" Nak break dengan semua girlfriend aku. " Balas Hyunjin dengan selamba. Satu persatu chatroom ditekan lalu ayat 'kita putus' dicopy and paste lalu di delete chatroom tersebut. Terbuntang mata Felix jadinya.

" Yah, kenapa?"

" Aku nak Rahael."

Hyunjin senyum senget. Selesai melakukam tugasnya tadi, dia menyimpan fon tersebut dalam poket lalu matanya tertancap ke arah seseorang yang sedang berjalan sendiri melintasi mereka. Kim Jungwoo.

" Yah, Jungwoo."

Jungwoo hentikan langkah dia. Dengan helaan nafas panjang, dia menoleh ke arah sang senior durjana yang suka sangat buli dia kebelakangan ini. Hiks, lama lama dia sudah biasa.

" Ye, sunbae?"
Balas Jungwoo dengan sebuah senyuman hambar. Senyuman dia mati tatkala Hyunjin tiba tiba sahaja merangkul bahu bidang miliknya bersama sebuah senyuman yang jarang nak nampak.

" Nanti rehat dengan kitorang tau."

Whut whut? Jungwoo terpinga pinga. Apakah ini?

Apesal tiba tiba baik ni?

_______________

+kimrahael+

Dah takde lagu nak nyanyi lah nyah. Kodok ngorok udah, how you like that udah, iwak peyek udah, apa lagi sih? Kang aku nyanyi lagu duriYAN kena kecam pulak. Hihihi.

Aku penat mencari anak panah kat sekolah ni. Yang aku jumpa hanyalah anak panah kat papan petunjuk laluan ke tandas dan bilik guru. Nak buat apa dengan anak panah tu nyah?

Dahlah Jungkook busy study. Aku dengar, sekolah tak hantar pasukan memanah tahun ni disebabkan kes aku haritu. Sendu, tapi nasib baik Jungkook ada sport lain sebagai bekap. Dia player football dan basketball. Tamak kan? Ha! Jangan kutuk kerash aku.

Cikgu Kwangsoo pulak hiatus buat beberapa minggu. Dengar dengar, dia hampir murung disebabkan rasa bersalah. Alahai, kesian pulak aku kat cikgu galah tu. Em. Ni yang nak cepat bangun ni.

Sedang aku membebel kat korang ni, aku tak sedar yang aku berjalan sampai ke bangunan gelanggang ais sekolah. Weh, lama sudah tak jejak. Apa khabar kasut luncur ais aku?

Tanpa melengahkan masa, aku masuk ke dalam bangunan tu. Macam yang aku agak, aku nampak Rin dan Huna tengah berlatih dengan beberapa orang atlet yang lain. Jujurlah aku cakap, coach kitorang garang nyah. So, waktu rehat macam ni pun digunakan untuk practice.

" Huna, tolong lentokkan sikit tangan kamu tu."

Suara garang Cikgu Jihyo kedengaran. Aku menghampiri deretan kerusi tempat duduk yang macam kat stadium tu dan duduk di situ. Nyah, rindu nak main ice skate.

Aku bersandar sambil memerhatikan mereka. Baiknya dorang, dorang tak guna lagu yang aku nak guna. Kalau ikut perbincangan kitorang sebelum ni, aku bakal guna lagu Black Swan. Tapi bila aku tengok ni, dorang tak guna langsung lagu tu.

Aww, cayunk kowrangg!

" Atlet luncur ais? Kau biar betul?! Asal aku taktahu?" Suara garau seseorang membuatkan aku menoleh kepala ke belakang. Woah, sejak bila Hyunjin ada kat belakang? Lagi aku terkejut, ada Jungwoo nyah!

Ha, nak buat apa kat Jungwoo ha?!

" M-Mana lah aku tau kenapa sunbae taktau y-yang dia atlet luncur ais." Jungwoo kelihatan tachod tachod di situ. Dia duduk ditengah tengah, kat kiri dia Hyunjin dan kat kanan dia ada Felix. Aku pandang Hyunjin dengan mata mengecil.

Berani dia buat Uwu aku macam tu?!

Cehh. Ni kalau Jungwoo dengar ni mau dia tak ngaku kawan setahun. Hahaha.

Sedang aku tengok mereka, aku terdapat satu idea bernas. Terus aku bangkit dari kerusi aku dan naik tangga sikit untuk pergi ke arah dorang memandangkan tempat duduk dorang tinggi sikit.

Lalu aku berdiri di belakang Jungwoo
Kesian dia. Tertunduk tunduk kepala dia sebab takut. Dalam masa yang sama aku nak padankan muka dia. SIAPA SURUH TAK RINDU AKU?! K, dimaafkan. Kehkehkeh.

" Kau ni kan, kalau bukan sebab aku jatuh suka kat kawan kau tu, dah lama aku tanam kau dalam ais tu. Hish."

wHUTTTT?!

Dia nak tanam Jungwoo dalam ais?!

Aku tak dapat nak tahan amarah aku. Lantas, rambut Hyunjin yang memang panjang tak menepati piawaian rambut sekolah tu aku tarik sedikit. Sikit, tapi dengan sekuat hati. Sebab kalau sikit lagi sakit. Kehkehkeh.

" Aduh!"

Hyunjin berdesis sakit sambil meraba rambut dia. Terus aku tekup mulut, menahan gelak. Hyunjin terus menoleh ke arah Jungwoo.

" Kau apesal nak tarik rambut aku ha?! Tak puas hati?!" Hyunjin tiba tiba tarik kolar baju Jungwoo sambil berdiri dan paksa Jungwoo ikut berdiri. Muka dia tampak berang, membuatkan aku ketap bibir perlahan.

Alamak, this is wrong understandup! Salah faham terbesarrrr!

" B-Bila masa aku tarik rambut sunbae?" Jungwoo tanya kebingungan. Hyunjin tak jawab, sebaliknya dia tarik Jungwoo untuk keluar dari kerusi tu dan turun tangga. Felix sekadar diam dan mengikut. Alahai, bodoh nya. Aku pun ikut sekali.

" Kau mesti tak reti ice skate kan?"

Hyunjin ni sumpah selamba do. Cikgu Jihyo yang dah pandang dari jauh tu pun dia buat bodo je. Memang setanlah dia ni.

Berdasarkan laporan kelab bawang aku dan Junguwu, Hyunjin dah buat lebih 20 orang pindah sekolah dan sekurang kurangnya seorang girlfriend dia mati bunuh diri. 3 orang ada masalah kemurungan, dan bermacam macam hubungan persahabatan atau cintan cintun retak dan putus begitu sahaja. Even cikgu dan staf sekolah pun pernah jadi mangsa kelehnetan dia.

Sekarang baru kau tau kenapa aku panggil dia setan? Dia memang kejam. Sebab tu aku sanggup pindah tadika dulu, tak sanggup nak sama tadika dengan dia. Jahat sangat, kecik kecik dah macamtu. Hiks.

" Sunbae nak buat apa ni?"

Dan aku takkan benarkan Jungwoo jadi mangsa kepada kekejaman dia. Aku turut berhenti tatkala mereka bertiga berhenti di pagar kecil gelanggang ais yang terbuka tu.

" Sebab kau tak reti ice skate, aku nak tengok macam mana kau nak keluar dari sini. Mana mana atlet atau cikgu yang cuba tolong mamat ni keluar dari gelanggang ais ni, aku akan pastikan dia takkan dapat peluang untuk pergi sekolah atau bekerja lagi!! Faham?!"

Jerit Hyunjin dengan lantang. Dari sini, aku nampak Rin dan Huna dah risau semacam, astu Cikgu Jihyo pula nampak stres. Dia hanya mampu urut kepala yang mungkin pening dengan perangai Hyunjin yang memang melampaui batas ni.

Dan tanpa aku sempat menghalang, tubuh Jungwoo ditolak ke dalam gelanggang ais. Kaki Jungwoo pun kelam kabut untuk berdiri dengan stabil sebelum dia jatuh terduduk.

JUNGWOOOOOOOO!!

Hiks. Chinguyaaaaaa!!

" Ish! Setan punya perangai! Kau tu reti sangat ke berluncur ais ha?!" Aku berkata dengan geram. Lagi lagi bila Hyunjin dah gelak setan dengan kuat manakala Felix sekadar diam.

Tanpa aku dapat tahan, aku sepak bontot Hyunjin sampai dia sendiri terjatuh ke dalam gelanggang ais tu. Muka cuak terserlah kat muka hensem dia tu, membuatkan aku gigit bibir menahan gelak.

Rasain elooo!!

" Yah Felix! Apesal kau sepak aku ha?!" Semakin marah lah Hyunjin jadinya. Sebab apa? Sebab semua atlet tu pun dah ada yang buat bunyi nak gelakkan dia.

HAHAHAHAHA! Cikgu Jihyo, I can look your clever phone! Nuckul cikgu ni ya main rakam rakam. Fikir aku tak nampak telefon pintar dia tu? Kehkehkeh.

Felix pun gelak nyah. Dia geleng kepala laju.

" Aku tak buat apa apa do."

" AAAAAAA TIPU! Meh lah tolong aku!"

Sedang Felix buat cubaan untuk keluarkan Hyunjin, aku melangkah dengan berhati hati mendekati Jungwoo yang dari tadi diam sambil memerhati. Aku dah biasa dengan ais ni, jadi takde masalah untuk aku seimbangkan badan aku.

Kemudian aku mencangkung di sisi dia. Sisi wajah Jungwoo yang hensem tu aku pandang lembut.

" Kesian kau. Kena tanggung semua benda ni sebab aku."

Ucapku perlahan. Seharnut harnut Jungwoo ni pun, dia tetap kawan yang baik yang sentiasa ada untuk aku waktu aku susah. Sejak aku kecik lagi.

Ehek. Kau dengar tak aku tengah hargai kau ni Jungwoo? Jangan terharu.

" Dah, semua blah! Blah!"
Hyunjin dan Felix terus menghalau para atlet dan cikgu blah. Nak taknak dorang blah ke bilik persalinan untuk tukar baju dan tak berani nak tolong Jungwoo sebabkan ugutan dia. Dasar HyunJIN.

Meninggalkan Jungwoo keseorangan.

Aku mencebik perlahan bila aku nampak bibir Jungwoo bergetar. Mungkin kesejukan. Terus aku pergi ke belakang badan dia. Aku tiup tapak tangan aku dengan bersungguh.

" Wahai mambang segala bambam, izinkan lah tangan ini untuk menyentuh tubuh Jungwoo tanpa menembusinya! Fuh fuh!"

Dan tatkala aku lekapkan tangan di belakang badan Jungwoo, aku hampir terjerit bila aku dapat rasa baju blazer dia. Weh, aku boleh sentuh dia!

Jungwoo cuba untuk mengesot ke pagar tadi, tapi ais yang licin buatkan tangan dia tergelincir. Tapi dia tetap mencuba buatkan aku rasa nak nangis. I'm soft huhu.

Lalu perlahan lahan, aku tolak badan Jungwoo dari belakang. Jungwoo pulak ingatkan yang dia dapat bergerak disebabkan cubaan dia untuk mengesot tu. Takpelah, better lagi dia taktau yang aku tolong dia dalam diam. Nanti ketakutan pulak dia ni.

" Ish, bangang lah Hyunjin. Tak guna!" Aku dengar Jungwoo membebel sesaat dia dapat keluar. Aku sengih. Baru berani bukak mulut ya? Kehkehkeh.

Tiba tiba Jungwoo berhenti berjalan. Dia alihkan pandangan ke arah gelanggang ais tu dengan senyap dan cuma diam. Aku pun pandsng sekali. Ada apa dengan gelanggang ais?

" Em. Bodo Rahael, aku rindu kau." Jungwoo mula berjalan keluar dari bangunan ni. Aku pulak, dah rasa terharu dengan kata kata dia.

Nyah, kau rindu aku rupanya!

Okay! Sementara jadi hantu sementara ni, aku akan jaga kau, Jungwoo yaa.

Kawan berguna kan aku ni? Hahaha.







tbc💋

ship rahael dengan siapa?

btw, korang pun tau kan sekolah dah nak bukak. dengar cerita, asrama aku hanya boleh balik 3 kali je sampai lah habis tahun 2020 ni. tapi tak sure lah em.

so, heart ni akan sunyi buat sementara waktu. dia akan jadi really slow update, aku harap korang tak lupakan stowy merapu ni hiks. yang nak folobek ke apa, mintak je. tapi lambat lah aku kasi. aku tak bawak fon pergi sekolah, mak aku tak kasi hiks.

thanks korang. papai.

💜💜💜

Continue Reading

You'll Also Like

33.5K 530 15
DELULU & GUILT PLEASURE
41K 1.2K 22
𝐀 𝐠𝐒𝐫π₯ 𝐰𝐑𝐨 𝐑𝐚𝐬 𝐚𝐧 𝐨π₯𝐝𝐞𝐫 π›π«π¨π­π‘πžπ« 𝐭𝐑𝐚𝐭 𝐨𝐧π₯𝐲 𝐑𝐚𝐬 πŸ‘ 𝐲𝐞𝐚𝐫𝐬 π₯𝐞𝐟𝐭 𝐭𝐨 π₯𝐒𝐯𝐞 𝐦𝐞𝐞𝐭𝐬 𝐭𝐑𝐞 𝐜𝐑𝐚𝐫𝐚𝐜...
455K 33.9K 39
When Alec Radacovick becomes the head Queen's guard he feels as if he is on top of the world. For once, everything seem to be coming right in his lif...
2M 99.4K 37
Presenting the story of ISHIKA MEHRA Whose innocence made the king bow down to her AND ABHIRAJ SINGH RATHORE Whose presence is enough to make the per...