DIA...Encik Mata Biru (✅)

By mrsmeandyou17

480K 28K 3.2K

(2nd book of 'DIA ENCIK ' series.) "My blue eyes always and only follow the right person. Or I can say only... More

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
Finale~
Finale 2~
HSHSHS

31

7.3K 430 62
By mrsmeandyou17

"Dan sekarang tibalah masa untuk para pengantin tiba." Akhirnya berkumandang sudah pengumuman itu menandakan para pengantin harus melangkah masuk ke dewan.

"Ready?" Tanya ethan sambil memandang raisya di sebelah.

"Nervous la awak."raisya menelan air liur gementar.

Ethan senyum kecil.
"Tak de apa perlu dirisaukan kalau saya ada bersama awak." Ujar ethan lembut sambil mengusap tangan raisya yang sedang memeluk lengannya.

Raisya memandang wajah suaminya dan tersenyum. Nasib baiklah si penenang jiwa ada kat sini.

"By the way you look so gorgeous like a princess "ethan membawa bibirnya ke telinga raisya dan membisik.

Raisya tergelak kecil.
"Awak pun nampak handsome sangat! Like a prince. "

"Oh yeah? Kalau macam tu give me one kiss ." Ethan menunjukkan pipi kanannya kepada raisya.

Raisya menggelengkan kepala perlahan. Pantang nampak can.
"Ish tak naklah. Nanti lipstick saya ni melekat pada pipi awak ha nanti mulalah semua orang tanya. Malula saya."

"Ala biarlah. Diorang jeles kut sebab bini diorang tak cium. "

Baru sahaja raisya ingin membalas kecaman ethan pintu dewan sudah terbuka.

"Pasangan pengantin kedua dipersilakan melangkah masuk ke dalam dewan majlis!"

Raisya mengetatkan pegangan pelukan di lengan ethan.

"Chill relax." Sempat ethan memberi nasihat sebelum kaki mereka melangkah berjalan. 

Mereka perlu berjalan laluan lurus iaitu di atas laluan berkarpet merah hingga ke pelamin di atas pentas.

"Cantiknya pengantin perempuan!"

"Ini kalau anak aku bujang dah lama aku recommendkan anak si izzah ni!"

Perlahan lahan bibir raisya mengukir senyuman manis apabila pujian dari mulut para makcik bawang berjaya membina keyakinan di dalam diri.

Ethan hanya tersenyum kecil dan matanya menghala ke depan sahaja.

"Uish first time aku tengok orang mata biru!"

"Mama, pakcik ni alien eh? Kenapa mata dia biru?"

Ethan menahan rasa lucu. Haih ni mesti kes tak tengok cerita inggeris ni. Ada ke patut dikatanya aku alien.

Akhirnya raisya dan ethan berjaya melabuhkan punggung di atas pelamin. Ditemani husna dan eric di sisi mereka.

Husna menunduk dan berkata perlahan di telinga raisya.
"Cun melecun kau hari ni! Tak sia sia aku tolong make up kan kau."

"Ala kau setakat tolong tengok mak andam aku buat kerja je. Tak de nye kau tolong tadi. Pirah!" Sempat raisya membalas sambil bibirnya masih tersenyum.

Husna mencebik. Tolong juga tu. Tolong tengok!

"Ya tuan tuan dan puan puan harini kita mempunyai dua pasangan pengantin.  Yang di pelamin kiri ada Haziq Farhan dan Amirah Syahidah. Manakala di sebelah kiri Daniel Ethan dan Maysarah Raisya. Ha kome semua jangan konfius pulak! "

Semua tetamu mengangguk sambil melihat wajah berseri pengantin.

Ethan yang mencadangkan supaya amirah dan farhan bersanding hari ini juga. Baru lebih meriah majlis dan semua ahli keluarganya turut bersetuju. Banyak kali juga farhan menolak kerana tidak mahu menyusahkan ethan tetapi ethan tidak kisah. Bak kata ethan
" It's okay bro. Kita family sekarang. Susah senang sama sama."

Dan raisya pula makin jatuh sayang melihat sifat pemurah ethan.

Raisya tersenyum suka melihat farhan sedang mengelap peluh di dahi amirah menggunakan tisu. Sweetnya abang ipar aku!

"Dah lah you. Orang nampak malulah. Nanti diorang kata I ni mengada pula sampai orang lain lapkan peluh sendiri." Perlahan amirah cuba mengambil tisu di tangan suaminya.

"Apa pula nak malu. Memang kita akan diperhatikan pun hari ni. Kita kan raja sehari. I kesian tengok you berpeluh." Lembut farhan berkata sambil tangannya kembali cuba mengelap peluh amirah.

Amirah akhirnya tersenyum kecil. Tangannya mengambil sehelai tisu di tangan pengapitnya iaitu kawan baiknya ain. Lalu tangannya pula bergerak menekap tisu lembut di dahi farhan.
"I pun nak tolong you jugak."

Farhan tergelak kecil dan pantas mencubit pipi amirah yang sudah turut ketawa.

Raisya di pelamin sebelah sudah tergelak melihat aksi romantik farhan.

"Tengok apa?" Raisya mengalihkan mata memandang wajah suaminya.

"Tu ha abang farhan tu. Sweetnya ya ampun! Untung mirah." Ujar raisya teruja dengan senyuman di bibir sambil melihat farhan dan amirah.Rasa macam tengok drama live!

"Ala saya pun boleh jadi sweetla!" Ethan berkata dengan riak wajah bangga.

Raisya memandang wajah ethan hairan.
"Macam yeye je awak ni."

"Kenapa? Tak percaya?" Bisik ethan di telinga raisya.

Raisya menolak dada ethan.
"Ish awak ni. Bisik bisik pula. Kata jela."

Ethan gelak sebelum bibirnya cepat cepat bergerak ke pipi gebu raisya dan dikucupnya sekilas.

"Aduh pengantin kita ni sweet sangatlah!" Sempat pengacara majlis memberi reaksi dengan adegan ciuman ethan.

Tersentak raisya dibuatnya. Terus merah wajahnya apabila semua tetamu sudah tersenyum melihat mereka.

"Malu pula. Tadi kata nak tengok saya jadi sweet."

Raisya menjeling rayyan.
"Ini bukan sweet tapi buat terkejut saya je awak ni."

Terkeluar gelak rayyan melihat wajah geram raisya.
"Okayla lepas ni saya tanya awak dulu. Em my sarah sayang...nak kiss pipi awak lagi boleh?" Ethan mengusap tangan raisya dan mengenggam nya lembut.

Raisya memandang wajah ethan garang . Tetapi terus raisya senyum.
"Ha macam ni kan baru betul."

"Okay." Ethan terus mencium pipi raisya sekali lagi.

Raisya pantas menepuk paha ethan.
"Eish saya tak kata apa apa lagila ethan!" 

Ethan gelak riang kerana dapat mengenakan isterinya.
"Whatever.  Awak milik saya juga. Sukahati lah saya nak buat apa."

**************************************

Kakinya melangkah turun dari teksi. Begnya berat diangkat mudah dengan menggunakan otot di lengan.

Bibirnya menguntum senyum. Bertahun dia meninggalkan rumah ini. Kelihatan berbeza berbanding semasa dia meninggalkan rumah ini dahulu.

Dia menekan loceng di dinding luar. Berkali kali dia menekan tetapi tiada sahutan dari dalam.

"Assalammualaikum ibu!"

"Assalammualaikum  ayah!" Suaranya dikuatkan supaya orang di dalam rumah mampu dengar.

Tiada tindak balas. Aik pelik. Mana semua orang pergi? Keningnya berkerut sambil menahan sinatan matahari.

"Assalammualaikum haris! Amirah!"

"Isya? Abang dah balik ni!" Masih tiada sahutan.

"Er Assalammualaikum adik ni cari siapa?" Tiba tiba muncul seorang wanita dari dalam rumah jirannya.  Luth terus menghulurkan senyuman kecil kepada wanita yang tidak pernah dia nampak. Agaknya mereka pindah masa aku tiada kut.

"Waalaikumussalam. Saya cari keluarga saya. Tapi nampak macam tiada orang kat rumah. Tak tahula mana mereka merayau." Sempat luth mikail tergelak kecil.

"Oh nama akak halida. Akak tak pernah nampak pun muka kamu sebelum ni." Mata halida memandang tubuh luth dari bawah ke atas. Memang tidak dinafikan wajah luth sangat kacak dihiasi gigi yang cantik. Matanya dihalang kaca mata hitam.Tinggi lampai dan badan tegap. Sure anak gadis beratur inginkan pemuda ini.

"Saya sebebarnya baru balik dari belajar di overseas kak. Baru balik Malaysia ni tapi nasib tak baik pula keluarga takde di rumah. Terpaksalah saya pergi tempat lain dulu sementara nak tunggu mereka ni balik. Ingatkan balik nak buat suprise tapi diri sendiri di suprisenya."  Luth membuka kaca mata hitam dan memerhatikan keadaan rumahnya. Aku sure ni rumah aku. Aku masih ingat alamat !

Halida tertawa kecil.
"Takkan kamu tak tahu?"

Luth memandang halida dengan wajah keliru.
"Tak tahu apa kak?"

"Keluarga kamu tak ada di rumah sebab semua orang tengah berada di dewan hotel!"

"Kenapa diorang semua berada di dewan kak? Ada majlis apa apa ke?" Tanya luth dengan senyuman kecil.

"La kamu tak tahu ke? Adik perempuan kamu tu ha tengah kahwin sekarang ni!"

BOOM!

Terkelu sekejap luth dibuatnya. Kah...kahwin? Adik..perempuan? Mirah...atau...raisya?

"A..adik saya yang mana kak?" Takut pula dia menunggu jawapan dari mulut halida

Halida membuat wajah berfikir.
"Akak tak ingatlah dik. Akak pun ingat nak pergi lepas anak akak jemput akak kejap lagi. Kamu nak tumpang kami ke? Akak tak kisah." Lembut halida mengajak luth.

Luth menggeleng kepala perlahan. Terasa suaranya hilang kerana perasaan gemuruh dan risau.
"Tak..takpe kak. Saya nak cepat ni. Terima kasih." Terus luth mengeluarkan telefonnya dan membuka aplikasi Grab.

Ya allah...tolonglah jangan dia yang kahwin..aku tak sanggup..bertahun aku tunggu ya allah...

Ergh! Dia dah balik geng! Lencai sudah mari. Sorry typo!tekan bintang kecil! Enjoy! Muah muah muah!

Continue Reading

You'll Also Like

252K 8.9K 68
Rose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan anta...
34.5K 3.4K 46
Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar agama tapi makin lama makin terpesong dan...
583K 24.2K 75
[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang dokt...
86.4K 3.1K 47
Arrangements married? Seawal umur 17 tahun? Hani sofeya seorang gadis yang tidak pernah bercinta,dan mempunyai angan-angan untuk berkahwin dan bercin...