The Stupidos | The Hidden Cure

Da izkhai

882K 55.8K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... Altro

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

46

10.6K 1K 192
Da izkhai

-It will take decades to forget
best friend, the person who has
created a big impact in my life-

5 tahun kemudian...

"Hui anak-anak!" jerit Theo kuat sambil berlari anak ke arah Ethan. Beberapa orang di dalam kafe itu memandang ke arah Theo.

"Aku seorang saja tahu dekat sini. Siapa anak kau?" Ethan menggodak jus epal di dalam gelas dengan straw. Theo mengambil tempat duduk dihadapan Ethan.

"Sampai hati kau. Aku dari kecil jaga kau tahu." Theo mengelap air mata palsunya yang sempat dituang sedikit ke pipinya menggunakan air mineral yang dirembat di meja sebelah.

"Kau jangan tiber boleh, tak?" Ethan sudah malas melayan. Lima tahun sudah berlalu tetapi perangai Theo masih tidak berubah.

Salah. Sepuluh tahun sudah berlalu tetapi perangai kanak-kanak Theo masih terbawa-bawa sehingga kini.

"Sampai hati kau. Kecil hati mak tahu." Theo membuat muka sayu.

"Tiber." kata Ethan.

Theo tergelak kecil.

"Lucas dengan Jay mana?" tanya Theo. Gelas Ethan dicapai lalu diteguk jus epal itu sehingga setengah. Ethan menahan sabar sahaja.

"Waiter!" Ethan mengangkat separa tinggi tangannya. Seorang pelayan mendekati meja mereka.

"Yes? Boleh saya bantu?" tanya pelayan tersebut dengan senyuman dibibir.

"Saya nak tiga jus epal." pinta Ethan. Dia menarik senyuman nipis. Pelayan itu mengangguk sebelum berlalu pergi.

"Hoi aku tanya ini!" kata Theo kepada Ethan.

"Sabar, kambing. Sabar." balas Ethan geram. Ada karang yang makan tapak kasut dia nanti.

Theo mencebik.

"Lucas dengan Jay mana?" tanya Theo sekali lagi.

"Entah."

"Stupid betul. Tadi bukan main suruh aku sabar. Bila aku tanya sekali lagi dia jawab entah. Tadi macam tahu sangat." bebel Theo perlahan.

Ethan buat tidak dengar sahaja. Kau orang kena faham istilah perlahan bagi Theo itu sampai meja sebelah boleh dengar apa yang Theo cakap. Kalau kuat pula satu kafe boleh dengar.

"Yow." tegur Lucas yang baru tiba. Kelihatan ada dua orang bodyguard di sisinya.

"Shuh! Duduk jauh-jauh!" Lucas menghalau bodyguardnya. Kurang adab ini anak. Bodyguard tersebut mengambil tempat jarak satu meja dari mereka.

"Hey, sayang!" tegur Theo ceria. Lucas pandang Theo.

"Tiber." Lucas mengambil tempat duduk di sebelah Ethan. Theo membuat muka masam.

"Hey." Kini Jayden pula tiba. Dia mengambil tempat duduk disebelah Theo. Di situ sahaja kosong.

Selalunya Lucas yang duduk di sebelah Theo tetapi hari ini tiba-tiba saja Lucas duduk di sebelah Ethan pula. Kalau boleh Jayden tidak mahu duduk sebelah Theo. Masalah. Fikirlah sendiri kenapa.

"Baby! Lama dah kita tak jumpa!" Jayden memandang Theo. Wajah tanpa riaknya dipaparkan.

"Tiber."

Theo mendengus geram.

"Tak! Apa pasal semua pakat cakap tiber dekat aku? Hari ini dah empat kali tangan aku dengar perkataan yang sama!" Tiga pasang mata memandang ke arah Theo.

"Telinga, Theo. Bukan tangan. Kau dengar pakai tangan?" Ethan membetulkan kesalahan Theo. Lucas melepaskan tawanya. Jayden tersenyum lucu.

"Diamlah! Dengki betul dengan aku!" Theo memaparkan riak masam diwajahnya.

"Masalah betul kawan kau orang ini." kata Lucas dengan tawanya. Dia tertawa lagi.

Ethan melepaskan tawanya.

"Your drinks." Pelayan tersebut meletakkan tiga gelas jus epal di atas meja.

"Thanks." ucap Ethan. Dia menarik senyuman apabila pelayan itu tersenyum manis.

"Welcome. Enjoy your drinks."

Ethan mengangguk. Lucas mencapai segelas jus epal tersebut lalu disedut. Jayden dan Ethan turut mencapai.

"Aku? Aku punya mana?" tanya Theo tidak puas hati.

"Itu. Kau dah lah minum air aku tanpa izin. Selepas itu, ada hati nak lagi." kata Ethan.

Theo tersengih. Diteguk jus epal itu. Lucas tersenyum.

Perkara paling senang apabila mereka melepak bersama-sama adalah memesan minuman. Selalunya mereka akan pesan jus epal sahaja. Mereka menyukai jus epal.

"Kenapa kau tiba-tiba senyap, Lucas?" tanya Theo pelik apabila melihat Lucas yang menunduk memandang gelas.

"Dulu lima jus epal. Sekarang tinggal empat." kata Lucas. Masing-masing menunjuk riak sayu. Mereka faham maksud Lucas. Hazel juga menyukai jus epal seperti mereka.

Lima tahun sudah berlalu tetapi masih tiada khabar berita daripada Hazel. Mereka berempat juga tidak tahu ke mana Hazel berpindah. Semua tentang Hazel sekadar menjadi sebuah kenangan bagi mereka.

Kini mereka sudah dewasa. Bagaikan baru semalam mereka di sekolah menengah. Masih ingat lagi mereka dengan gadis itu.

Masih terngiang-ngiang lagi senyuman dan gelak tawa Hazel. Semuanya masih segar di dalam ingatan mereka.

"Ehem. So sekarang kau orang macam mana?" Lucas menukar topik apabila suasana sudah bertukar sunyi. Kalau dia tidak ingat tentang Hazel pasti mereka tidak sedih seperti ini.

"Kau orang nak tahu, tak?"

"Tak nak!" Lucas, Ethan dan Jayden berkata serentak.

"Hish! Dengarlah! Kau orang kena tahu juga!" rengek Theo. Terlepas tawa Lucas dan Ethan. Jayden seperti biasa hanya tersenyum.

"Mak aku buat blind date untuk aku. Setiap minggu mesti ada blind date. Sepatutnya sekarang ini aku kena pergi tapi aku tak pergi pun. Biarlah sana." cerita Theo.

"Dah kenapa pula?" tanya Lucas pelik. Perempuan dengan dia orang memang tak lekat kecuali Hazel.

"Katanya nak ubah perangai aku yang macam budak-budak. I'm adult, okay. Aku dah matang. I'm freaking 22 years old now. Not 22."

"Apa beza Theo? Kita memang 22 tahun. Apa yang bukan 22 tahun?" tanya Ethan pelik. Makin besar, makin tak faham dia dengan Theo. Makin kuat merepek.

"Eh? Aku ingat umur kita 23 tahun. Aku nak terbalikkan nombor tapi umur kita 22 tahun. Tak boleh nak terbalikkan pula." Theo tergelak kecil.

Masing-masing menggelengkan kepala.

"Kau, Lucas? Siapa yang jadi pelakon untuk music video kau lagu baru ini?" tanya Theo ingin tahu.

"Jaztin Biybear." balas Lucas ringkas.

"That guy? Seriuslah kau? Mamat itu sombong nak mati. Aku senyum tapi dia jeling aku. Kau ingat kau artis, ke? Berlagak nak mampus." Theo mula emosional.

"Dia memang artis, Theo." tegur Ethan lagi.

Theo memandang Ethan tajam.

"Diam, Ethan. Diam. Kau lagi tadi dengki dengan aku."

"What?" Ethan membuat muka tidak percaya. Dia melepaskan nafas kasar lalu disedut jus epalnya. Penat sudah hendak melayan Theo.

"Dasar brokoli." kata Theo.

Ethan memandang Theo. Apa kaitan dengan sayur kegemarannya itu?

"Diam kau, timun." balas Ethan.

Membulat mata Theo.

"Aku tak suka timun lah!" bantah Theo. Dia paling tidak suka sayur yang satu itu.

"Eh dah lah. Karang bukan sayur saja keluar dengan binatang sekali nanti keluar." celah Lucas.

Jayden menggelengkan kepalanya dengan kerenah Theo dan Ethan. Masih tidak berubah.

Sejak mereka menginjak dewasa ini, Ethan sudah kurang bergaduh dengan Lucas seperti zaman persekolahan mereka dahulu tetapi beralih ke Theo pula.

"Oh ya. Aku hampir lupa."

"Kau kan nyanyuk." kutuk Theo. Ethan mengetap giginya. Cukup sabar dengan perangai Theo.

"Air kau bayar sendiri." ugut Ethan.

"Alah! Jangan begini, sayang!" rengek Theo. Sejak dulu sehingga mereka sudah dewasa, Ethan masih lagi menjadi ATM bergerak mereka.

"Jadi diam sebelum aku buat kau telan gelas itu." ugut Ethan lagi.

"Fine."

"Minggu ini aku nak fly pergi Amsterdam. Ada kerja sikit. So aku ambil cuti extra tiga hari nak rehat. Kau orang nak ikut aku, tak? Kita bercuti sekejap." tanya Ethan. Dia bersandar di kerusi.

"Amsterdam bukan ke kampung kau?" tanya Lucas.

Ethan mengangguk.

"Nak join?" tanya Ethan. Theo mengangguk laju.

"Aku nak join!" kata Theo dengan bersemangat. Dia paling suka bercuti. Dapat pula dia sibuk dengan kerja sampai tidak sempat hendak berehat.

"Jay?" tanya Ethan kepada Jayden yang sejak tadi hanya diam sahaja.

"Minggu ini dengan minggu depan aku free. So boleh." balas Jayden. Ethan menarik senyuman.

"Kau, Lucas? Boleh ke pergi? Kau kan baru saja released lagu baru." tanya Ethan.

Lucas menarik senyuman lebar.

"Kisah pula aku. Aku nak join. Mana boleh pergi vacation tanpa aku." balas Lucas. Ethan mengangguk kepala. Dia tersenyum lebar.

"Kau kata minggu ini. So hari apa?" tanya Theo ingin tahu.

"Esok."

"What?" serentak Lucas, Theo dan Jayden bersuara.

Ethan tergelak.

"Seriuslah kau?" tanya Lucas tidak percaya. Ethan mengangguk.

"Aku dah booking tiket dari minggu lepas. Aku confirm kau orang akan ikut aku." Jus epalnya disedut.

"Gila." kutuk Theo.

Ethan sudah malas hendak melayan. Mahunya nanti bergaduh mulut lagi.


Continua a leggere

Ti piacerà anche

57.4K 3.8K 82
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
32.7K 2.6K 7
FudinguFamiliaChallenge Tema:Buku Dia dipulau oleh orang kampung hanya disebabkan ibu bapanya... Dari kecil hingga dewasa tomahan, hinaan, dan makian...
1.7M 93K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
174K 6.9K 12
The FairyTale Retelling Series : A Cinderella Retelling [ Book 1] بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ In the name of Allah, the Most Gracious, the...