The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

882K 55.8K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

45

10.4K 994 217
By izkhai

-Appreciate hard times,
Someday they'll just be
another chapter in your
success story-

"Wow!" Theo menayang wajah kagum. Ditutup mulutnya dengan tangannya.

"Aku rasa macam tengok movie." kata Lucas kepada sahabat-sahabatnya.

"Betul itu." sokong Theo.

"Diamlah." celah Ethan. Sejak tadi bising sahaja mulut Lucas dan Theo. Tidak reti hendak tutup, ke?

"Tengok ini." Jayden menunjuk ke arah skrin macbook Ethan itu. Kelihatam Lucy sedang menoreh tangan Antalya.

Ya, mereka berempat sedang marathon video-video yang dirakam oleh Natalie. Boleh tahan dahsyat juga.

"Weyh! Sakit itu!" ujar Theo kuat apabila melihat Lucy merendamkan tangan Antalya ke dalam air yang bertakung di dalam singki itu.

"Aku rasa dia psycho." kata Ethan. Lucas, Theo dan Jayden mengangguk setuju.

"Aku dengar cerita yang Lucy ini dia tak boleh orang lebih sikit dari dia." kata Lucas. Theo menayang reaksi menyampah.

"Gila. Habis itu apa yang Hazel buat sampai dia benci sangat dengan Hazel?" tanya Theo.

"Tak silap aku sebab ramai yang dalam sekolah ini kenal Hazel sebab title sombong itu. So Lucy ini dia jeleslah." balas Lucas.

Theo menahan tawanya. Gila. Perkataan itu yang sesuai untuk Lucy.

"Aku tak tau nak gelak ke kesian." kata Jayden.

"Kau reti gelak ke, Jay?" Lucas dan Theo mentertawakan Jayden. Ethan tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"Diamlah." Jayden menjeling sahabat-sahabatnya itu. Riak dinginnya dipaparkan lalu dia memandang macbook Ethan semula.

"Kau orang rasa apa jadi dekat Lucy?" tanya Lucas. Kini macbook Ethan memaparkan Lucy membuli seorang pelajar perempuan yang tidak mereka kenali.

"Entahlah. Mungkin kena buang." balas Ethan.

Tangannya mengeluarkan telefonnya. Dia ingin mengulangkaji. Biarlah Lucas, Theo dan Jayden sahaja yang menonton video-video tersebut.

"Study ke itu?" tanya Theo.

Ethan mengangguk. Masing-masing memandang Ethan.

"Tak bosan ke kau ini? Aku yang tengok naik bosan." tanya Lucas pelik. Mana tidaknya, sikit-sikit ulangkaji.

Ethan menggelengkan kepalanya sebagai jawapan.

Rasanya kalau Ethan ponteng sepanjang tahun ini pun, dia tidak akan gagal kerana walaupun Ethan ponteng tetap sahaja dia mengulangkaji.

"Kau pandai-pandai ini nak pergi mana saja?" tanya Theo pula.

"Kau orang pun tahu parents aku jenis yang strict. Dia orang nak result aku semua gempak. So aku belajarlah."

"Kau ini dah dikira genius tahu, tak?" kata Theo. Lucas mengangguk setuju. Jayden pula sekadar memerhati.

"674 tambah 78." Theo menunjuk ke arah Ethan.

"752."

"48 darab 36." Ethan berfikir sejenak.

"1, 536."

"83 kuasa 2."

"6, 889."

"Apa kau ini? Tanya soalan macam itu. Budak sekolah rendah pun boleh jawab. Malas aku layan kau." kata Ethan. Ethan memandang skrin telefonnya semula.

"Budak sekolah rendah pun boleh jawab." gumam Theo perlahan mengulang ayat Ethan itu.

"12 kuasa 2." Theo menunjuk ke arah Jayden.

"Kira lah sendiri." Jayden mencapai macbook Ethan lalu dia memuat turun aplikasi permainan. Dia bermain game menggunakan macbook Ethan.

"12 kuasa 2." Theo menunjuk ke arah Lucas.

Lucas mengunyah biskut perlahan. Dia berfikir sejenak.

"Kita ada belajar, ke?" tanya Lucas. Digigit sedikit biskut tiger berperisa coklat itu lalu dikunyah.

"Sila mati awal." kata Theo.

"Eh kenapa pula? Apa salah aku? Aku buat apa?" tanya Lucas.

Theo malas hendam melayan. Zip jaket sejuknya ditarik ke atas. Dia bersandar ke kerusi lalu bermain telefon. Lucas mencebik.

Masing-masing hanya senyap. Hanya bunyi game dari macbook Ethan dan lagu doraemon yang dibuka oleh Theo sejak tadi.

"Doraemon!" Lucas ikut menyanyi. Tiga pasang mata memandang ke arah Lucas. Lucas tersengih.

"Bila aku tengok Ethan study aku teringin nak tahu. Nanti kau orang nak sambung belajar dekat mana?" ujar Theo. Dia memandang tiga orang sahabatnya.

Sudah lama mereka bersahabat. Sejak dari kecil lagi. Mereka terlalu rapat sehinggakan setiap kebaikan dan keburukan masing-masing juga sudah tahu.

"Ethan?"

"University Of Cambridge." balas Ethan. Ya, dia sudah bercadang sambung belajar tidak jauh dari situ.

"Course? Medic? Business?" tanya Theo ingin tahu. Ethan hanya ada dua pilihan. Antara menjadi doktor seperti ayahnya ataupun ahli bisnes seperti ibunya.

"Business. Kakak aku dah ikut ayah aku. Aku follow mak aku. Siapa lagi yang nak handle hotel-hotel itu semua kalau bukan aku."

Theo tersenyum mendengar jawapan Ethan. Ethan Einsteirn. Si manusia yang selalunya merancang sesuatu lebih awal. Lelaki itu sudah ada targetnya sendiri.

"Jay?"

"Entah. Aku tak fikir lagi." balas Jayden ringkas. Matanya masih lagi memandang skrin macbook Ethan. Tangan lelaki itu bergerak di atas papan kekunci dan tetikus.

"Kau, Theo?" tanya Ethan kepada Theo. Theo berfikir sejenak.

"Aku pun tak fikir lagi tapi aku ada impian."

"Apa dia?"

"Aku nak jadi model. Jadi duta brand family Jay. Selepas itu, aku jadi duta hotel mak Ethan. Then, aku berlakon dalam music video Lucas." balas Theo sambil mendongak memandang atas. Dia tersenyum sendiri.

"Tinggi angan-angan kau." kata Ethan. Dia tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. Skrin telefonnya dipandang semula.

"Biarlah." Theo tersengih sendiri. Telefonnya dipandang.

"Apa ini? Tak tanya aku pun!" rengek Lucas. Disumbat biskut ke dalam mulutnya lalu dikunyah. Riak masam dipaparkan.

"Tak payah tanya pun dah tahu jawapannya. Kau nak jadi penyanyi. Belajar dekat kolej yang tak jauh dari rumah kau itu sebab parents kau dulu belajar dekat situ. Tak payah tanya Lucas. Kita orang dah tahu dulu." kata Theo panjang lebar. Skrin telefonnya dipandang.

Lucas mencebik.

"Kau orang!" Theo memandang tiga sahabatnya itu dengan wajah ceria.

"Apa hal?" tanya Ethan. Theo dipandang.

Theo menunjukkan skrin telefonnya dengan senyuman lebar. Ethan turut menarik senyuman. Sinis.

"Hai Lucy!" Theo melambai ke arah Lucy yang baru sahaja keluar dari bilik pengetua. Matanya kelihatan sembab.

Di belakangnya pula terdapat Sabrina dan Victoria. Sama seperti Lucy. Mata kedua-duanya sembab. Sabrina dan Victoria berlalu pergi. Tinggal Lucy sahaja bersama empat jejaka itu.

"Kau orang nak apa lagi?" tanya Lucy. Matanya mencerlung tajam ke arah Theo. Dijeling Lucas, Ethan dan Jayden yang turut ada di situ.

"Lucy Rolando. Kelas 5 Silver 1 telah dibuang sekolah akibat membuat beberapa kesalahan berat yang melanggar peraturan sekolah. Sabrina Martins dan Victoria Furry pula digantung sekolah selama seminggu kerana bersubahat meletak barang terlarang di dalam locker milik Hazelizz Zachary iaitu rakan sekelas mereka, 5 Silver 1."

Theo menggoyangkan telefon di tangannya. Skrin telefon Theo memaparkan laman web sekolah.

"Kau memang tak guna!" jerkah Lucy geram.

"Ya? Kisah pula aku." ejek Theo. Dia tersenyum sinis.

"Kau orang nak apa lagi? Tak puas lagi ke!" tanya Lucy dengan kasar.

"Puas. Kau buat Hazel pindah tapi kita orang balas kau dua kali ganda. Kau kena buang sekolah." balas Lucas. Bibirnya mengukirkan sengihan lebar.

"Tapi aku tak puas lagi." celah Ethan. Dia memandang Lucy tanpa riak di muka.

"Setakat ini video kau baru sampai dekat mister saja. Selepas ini, video kau aku akan viralkan dekat laman web sekolah." sambung Ethan. Dia menarik senyuman sinis apabila melihat Lucy mengalirkan air mata.

"Oh ya. Kita orang dah tahu yang kau sebenarnya buli Antalya. Kejam juga kau ini kan. Apa perkataan yang sesuai, eh? Oh ya. Psycho."

Lucy mengetap giginya. Dia memandang tajam Ethan.

"Kau kalah Lucy. Sekarang kita dah tahu siapa yang pemenang sebenarnya. Kita orang. Congrats." kata Jayden. Tangannya disilangkan ke dada.

Air mata Lucy laju mengalir ke pipi. Dia mengetap kuat giginya. Wajahnya kelihatan marah.

"Bye Lucy. Take care." Theo sempat melambai ke arah Lucy sebelum mereka berempat melangkah pergi.

Continue Reading

You'll Also Like

14.9K 747 11
2021 "I'm stronger than all of you." [Lovedestroyer.co, syarikat yang menyediakan khidmat memusnahkan hubungan. Keahliannya dirahsiakan dan kesemuany...
235K 12K 68
Bosan? Tak tahu nak buat apa? Wattpad sunyi? Jangan risau saya ada jalan penyelesaiannya Hanya tekan button READ dan masalah-masalah anda akan hilan...
32.7K 2.6K 7
FudinguFamiliaChallenge Tema:Buku Dia dipulau oleh orang kampung hanya disebabkan ibu bapanya... Dari kecil hingga dewasa tomahan, hinaan, dan makian...
166K 6.2K 31
Start : 20 Dec 2019 End : 7 Jun 2020 Status : Completed PUTERI ALICE ERYNN DANIELLE, Seorang Yang Tegas, Pendiam Dan Tidak Suka Berkawan. Memang Dari...