The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

882K 55.8K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

42

10.1K 1K 136
By izkhai

-I truly miss you and it's sad
that all I can do every time
I feeling the loneliness is to stare
at your photos and then smile at
the funny memories we share-

Lucas, Theo, Ethan dan Jayden duduk di atas bangku berdekatan kolam ikan lama Mr. Freddie. Masing-masing termenung teringatkan Hazel.

"Eh?" Brandon yang menyedut air kotak laici memandang pelik ke arah Lucas, Theo, Ethan dan Jayden.

"Kau kenapa?" tanya Lucas. Dijeling Brandon. Kacau betul orang tengah nak melayan perasaan.

"Eh tak suka aku pun cover lah sikit. Terasa tahu tak aku. Kecil hati aku." Brandon memegang dadanya. Lucas menayang reaksi menyampah.

"Malas aku melayan kau. Macam mana lah aku boleh ada cousin annoying macam kau." Lucas sekali lagi menjeling Brandon. Membulat mata Brandon.

"Kau kata aku annoying?"

Lucas menjelirkan lidahnya.

"Eh sudahlah." ujar Jayden. Sakit pula telinga dia mendengar dua sepupu itu bertikam lidah.

"Kau kenapa ke sini, Brandon? Itu air kotak lagi satu itu nak bagi aku, ke? Meh lah. Aku pun haus ini,"

Theo ingin mencapai air kotak yang belum dibuka di tangan Brandon tetapi Brandon melarikan tangannya.

"Ini untuk Hazel lah. Aku datang sini nak lepak dengan Hazel tapi muka kau orang pula yang aku nampak." Brandon menayang wajah menyampah. Disedut air kotaknya.

"Kau lepak dengan Hazel dekat sini?" tanya Ethan.

Brandon mengangguk sambil menyedut air kotaknya itu.

"Selalu, ke?" tanya Ethan lagi.

"Selalu? Tak ada lah selalu. Sejak bulan lepas? Eh macam lama sangat. Tak ingat pula sejak bila. Bila rehat dia selalu duduk sini. Aku rasa mungkin sebab dia nak release tension. Dia kan selalu kena buli. Sini kan jarang orang lalu. Kira selalu jugalah." balas Brandon panjang lebar. Siap dengan huraiannya lagi. Disedut lagi air kotaknya.

Inilah sejenis manusia apabila ditanya pendek saja suruh jawab ya atau tidak tetapi jawapan diberi cukup panjang lebar.

"Hazel ada bagitahu kau apa-apa, tak?"

Brandon menggelengkan kepalanya. Kemudian, dia berfikir sejenak.

"Oh ada! Baru aku ingat kenapa dia suka duduk sini. Dia kata sebab dekat sini kau orang pernah kena denda. Selepas itu, dia jadi stalker mengendap kau orang. Itu sajalah." balas Brandon.

"Banyak betul kau tanya Ethan. Rasa famous sekejap aku. Macam kena interview dengan wartawan." Brandon tergelak kecil.

Ethan tersenyum nipis.

"Eh aku sampai lupa kenapa aku datang sini. Hazel mana?" tanya Brandon pelik. Berkerut dahinya.

"Hazel dah pindah."

"Ha? Cis! Pindah tak bagitahu aku." Brandon membuat muka tidak puas hati. Dia teringat sesuatu.

"Pegang sekejap." Brandon menyuruh Theo memegang air kotak yang belum di bukanya.

"Jangan minumlah!" marah Brandon apabila melihat Theo ingin membuka plastik straw itu. Theo mencebik.

Brandon menyeluk tangannya ke dalam poket jaket labuh yang tersarung di badannya.Telefonnya dikeluarkan lalu tangannya bergerak-gerak di atas skrin telefon.

"Hazel pindah sebab ini, ke? Aku ingat dia kena gantung sejak tiga hari lepas." Brandon menunjukkan laman web sekolah yang tertulis tentang isu Hazel yang membawa barang larangan ke sekolah dan digantung sekolah.

"Sini." Jayden mengambil telefon Brandon. Keempat-empat jejaka itu membaca artikel yang terdapat di skrin telefon itu. Kenapa mereka tidak tahu tentang ini? Sudah tiga hari berlalu!

"Eh? Baru aku perasan. Aku tahu dia kena gantung tapi kenapa aku cari dia nak lepak bersama-sama?" Brandon menepuk dahinya.

Dia mencapai telefonnya apabila Jayden memulangkan semula telefonnya. Di simpan ke dalam poket jaketnya sejuknya itu.

"Asal kita orang tak tahu?" tanya Lucas pelik. Masing-masing terkejut tentang berita itu. Bermakna murid lain berfikir Hazel kini digantung sekolah tetapi hakikatnya dia sudah berpindah.

"Kau kan duduk zaman batu. Telefon mahal-mahal tapi tak nak buka website sekolah. Baik campak dalam lubang jamban terus flush." kutuk Brandon.

"Kau ini kan!" Lucas bangkit berdiri tetapi dia terduduk semula apabila Ethan menariknya duduk.

"Betul ke benda itu Hazel yang bawa?" tanya Ethan kepada Brandon.

Brandon menggelengkan kepala.

"Tak tahu." Jejaka itu menyedut lagi air kotaknya walaupun sudah habis. Entahlah. Mereka berempat pun tidak faham dengan sikap Brandon yang boleh dikatakan pelik itu.

"Oh ya!" Brandon menyeluk tangan kirinya ke dalam poket jaketnya. Plastik beg kecil berwarna putih dihulur ke arah Ethan yang berada di hadapannya.

"Ini Hazel pesan dekat aku suruh bagi. Tiga hari lepas dia bagi aku. Patutlah dia beria suruh aku bagi kau orang. Dia pindah rupanya."

Ethan menyambut plastik tersebut. Dia melihat isi dalam plastik tersebut. Tangannya mengeluarkan isi plastik tersebut. Ada empat utas gelang Bob Marley jenis tali berwarna hitam. Ada juga empat keping polaroid gambar mereka berlima ketika hari jadi Hazel.

"Sepatutnya aku bagi tiga hari lepas masa first day Hazel kena gantung tapi itulah aku lupa. Hish! Jealous aku dengan friendship kau orang." ujar Brandon apabila melihat barang-barang tersebut.

"Brandon!" Brandon memandang ke arah Luke yang tidak jauh dari mereka. Wajah Luke terhias dengan riak dinginnya. Ini lagi seorang manusia dari kutub ais.

"Aku pergi dululah. Luke dah bising. Nah Theo tadi kau nak kan air ini?" Brandon memberikan air kotak yang sudah kosong itu kepada Theo. Dia membuka air kotak yang sepatutnya ingin diberikan kepada Hazel itu lalu disedut.

"Tak guna kau!" marah Theo.

Brandon berlalu pergi sambil tergelak. Puas hatinya apabila dapat mengenakan lelaki itu.

Ethan memberikan seorang satu gelang dan polaroid. Masing-masing memakai di tangan mereka. Sekurang-kurangnya walaupun Hazel sudah pergi jauh dari bumi England itu, Hazel tidak melupakan mereka berempat.

Jayden memusingkan polaroid tersebut ingin melihat belakang polaroid tersebut. Ada tulisan yang ditulis menggunakan marker permanent.

Our last memory as a bestfriends

Jayden mengemam bibirnya. Dia merenung tulisan tersebut. Matanya berkaca dalam diam.

"Jay?" Lucas memandang Jayden yang menunduk. Mata Lucas memandang ke arah mata Jayden memandang.

Lucas memusingkan polaroidnya. Ayat yang sama tertulis di belakang polaroidnya. Lucas tersentuh. Rasa seperti kehilangan.

"Aku masuk kelas dulu." Jayden bangkit berdiri dan berlalu pergi. Masing-masing memandang langkah Jayden.

"Eh Jay! Err aku pun masuk kelas dulu." Theo berlari mengejar langkah Jayden.

"Aku blah dululah." Lucas bangkit berdiri. Bahu Ethan ditepuk. Dia hendak ponteng sekolah. Dia ingin cuba menghilangkan rasa sedih yang bertapak di hatinya. Lucas berlalu pergi.

Ethan merenung polaroid tersebut. Dia tersenyum melihat senyuman mereka berlima. Betul. Itu adalah memori terakhir mereka sebelum semuanya hancur.

Ditenung dalam wajah Hazel di dalam gambar itu yang tergelak memandang Theo yang berura-ura ingin mencium Lucas. Lucas pula menayang reaksi jijik.

Dia pula tersenyum manis memandang kamera. Jayden hanya tersenyum nipis. Kelihatan comel saja mereka di dalam gambar itu.

"Gonna miss our moments when we were together."


Continue Reading

You'll Also Like

105K 11.9K 121
Hidup aku. Dari dulu tak pernah normal. Aku yang dulunya dijulung sebagai anak jenius dalam bermain piano. Namun semua itu mula hancur apabila aku...
32.7K 2.6K 7
FudinguFamiliaChallenge Tema:Buku Dia dipulau oleh orang kampung hanya disebabkan ibu bapanya... Dari kecil hingga dewasa tomahan, hinaan, dan makian...
EVERISA By liz

Teen Fiction

114K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
25.1K 1.4K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...