The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

882K 55.8K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
41
42
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

40

9.4K 997 186
By izkhai

-Don't ask why someone keep
hurting you. Ask yourself
why you're allowing them-

Tok! Tok! Tok!

Semua mata memandang ke arah pintu kelas yang dikuak oleh seseorang. Terpacul figura Mr. Nolan.

"Yes, Mr. Nolan? What can I help you?" tanya Madam Runi.

"Hazelizz Zachary ada?" tanya Mr. Nolan. Hazel mengangkat tangannya.

"Ikut saya." Hazel bangkit berdiri. Madam Runi mengangguk membenarkan. Hazel berjalan menuju ke arah Mr. Nolan.

Semua mata memandang ke arah Hazel dan mula berbisik antara satu sama lain. Mengumpatlah apa lagi.

"Keep quiet, class! Let's continue our lesson!"

Hazel menutup pintu kelas. Lucy tersenyum sinis dalam diam. Dia memandang Madam Runi lalu mengangkat tangannya.

"Madam!"

"Yes, Miss Lucy?"

"May I go to the toilet?" Lucy meminta izin.

"Okay." balas Madam Runi ringkas. Lucy bangkit berdiri lalu berjalan keluar dari kelas.

Hazel mengikuti langkah Mr. Nolan. Dia mula merasa hairan apabila mereka menuju ke lorong, iaitu tempat terletaknya locker. Di hadapan lockernya terdapat Mr. Freddie dan Madam Caren.

"Saya dapat aduan awak bawa barang terlarang. Buka locker awak." arah Madam Caren.

Hazel kelihatan bingung. Kenapa kena buka locker dia? Barang terlarang apa ini?

"Buka sekarang." Madam Caren mengarah sekali lagi. Hazel mendekati locker miliknya lalu dibuka.

Madam Caren menggeledah locker Hazel. Madam Caren menggeleng kepala lalu menunjuk ke arah dua batang rokok dan dua tin beer. Satu sudah kosong manakala lagi satu masih belum dibuka.

Membulat mata Hazel. Dia terkejut. Dia benar-benar bingung. Bagaimana barang-barang tersebut boleh berada di dalam locker?

"Tak. Saya tak bawa benda ini. Bukan saya punya." Hazel menafikan perkara tersebut.

"Kita selesaikan dekat bilik saya." ujar Mr. Freddie. Dia melangkah pergi diikuti Mr. Nolan.

Hazel mengemam bibirnya.

"Tunggu apa lagi? Jalan." arah Madam Caren. Kelihatan garang wajah guru disiplin itu.

Hazel melangkah menuju ke bilik pengetua. Madam Caren meletakkan rokok dan tin beer itu ke dalam beg kecil. Dia melangkah menuju ke bilik pengetua.

Tanpa disedari sesiapa, Lucy sedang menyorok di sebalik dinding. Dia tersenyum sinis memerhati Hazel.

Manakala situasi di bilik pengetua, Hazel melangkah masuk ke dalam bilik pengetua. Dia menggenggam kedua belah tangannya kerana merasakan gentar.

"Duduk." arah Mr. Freddie. Hazel mengambil tempat duduk di hadapan Mr. Freddie.

"Awak tahu kan merokok itu salah. Lagi-lagi minum alkohol. Awak masih di bawah umur. Bertambah lagi kesalahan awak benda ini barang terlarang untuk di bawa ke sekolah." ujar Mr. Freddie. Wajahnya kelihatan tegas.

Hazel menggelengkan kepalanya. Wajahnya merah menahan tangisan. Dia tidak melakukan semua itu. Dia dianiaya.

"Saya tak bawa semua itu. Itu bukan saya punya."

"Jadi awak nak kata awak dianiaya. Macam itu? Tapi barang-barang itu ada dalam locker awak. Hanya awak seorang sahaja yang tahu kod locker awak." ujar Mr. Nolan. Mr. Nolan seperti biasa dengan wajah tegasnya itu.

"Bukan saya yang buat." Hazel menggelengkan kepalanya lagi. Dia masih cuba menahan tangisan. Dia menggigit bibir bawahnya.

"Disebabkan kesalahan awak ini, awak akan dikenakan hukuman gantung sekolah selama dua minggu." Hazel menunduk.

"Waktu balik nanti, awak datang ke sini semula. Saya akan bagi surat gantung sekolah."

Hazel mengangguk lemah. Dia bangkit berdiri. Namun, dia teringatkan sesuatu.

"Hm, mister." Mr. Freddie menunggu Hazel menyambung bicaranya.

"Saya ada sesuatu nak cakap."

Hazel melepaskan nafas berat. Dia memandang surat di tangannya. Bukan surat gantung sahaja. Ada beberapa surat lain.

"Hai, loser." Hazel mengangkat wajahnya. Lucy tersenyum sinis.

"Kau nak apa lagi? Tak puas hati lagi?" tanya Hazel. Lucy memuncungkan bibirnya lalu menggelengkan kepalanya.

"Tak. Kau kena gantung saja. Tak kena buang pun." Lucy menayang wajah sayu.

Hazel menahan sabar.

"Tapi kau tetap kalah." kata Lucy dengan senyuman sinis di bibirnya.

Ya, dia mengaku yang dia sudah kalah dengan permainan yang diciptakan oleh Lucy. Lucy boleh buat apa-apa sahaja untuk menjatuhkannya.

"Cukup, Lucy." ujar Hazel. Selama ini dia hanya menahan sabar sahaja.

"Kawan kau dah tak ada. Selalu kena buli. Semua student dekat sekolah ini tak suka kau. Kau tak layak lagi dekat sekolah ini. Apa susah-susah? Blah sajalah dari sekolah ini."

Hazel tersenyum sinis. Tidak ada sesiapa yang suka dengannya? Bagaimana pula dengan Brandon? Okey. Apa-apa saja lah.

"Kau bukan sesiapa nak suruh aku blah dari sekolah ini."

"Oh ya? Aku ini student yang sakit mata hari-hari kena pandang muka sombong batak kau itu. Berlagak."

"So?"

"Kau sedarlah diri kau itu yang kau itu dah kalah."

"Oh ya?" Hazel sengaja ingin menyakitkan hati Lucy. Dalam masa yang sama cara itu memberikan kekuatan kepada dirinya.

"Kau akan menyesal."

"Kisah pula aku." Hazel melangkah pergi. Puas hati dia.

"Dasar loser!"

Hazel buat endah tak endah saja. Hakikatnya, dalam hatinya tiada sesiapa yang tahu.

Dia melangkah keluar dari perkarangan sekolah. Sempat juga dia mendengar bisikan dari pelajar-pelajar yang masih belum pulang mengatanya.

"Hazel!" Hazel terkejut melihat Encik Zachary yang ada di situ. Langkah kakinya laju melangkah ke arah papanya itu.

"Papa. Hazel ada nak bagitahu sesuatu."

"Nanti-nanti dulu. Sekarang kita kena pergi hospital."

Encik Zachary menolak perlahan badan anak gadisnya itu masuk ke dalam kereta. Dia berlari ke arah tempat pemandu lalu memboloskan diri ke dalam kereta.

"Kenapa ini?" tanya Hazel apabila dia melihat Encik Zachary seperti tergesa-gesa.

"Hailey is dying." Membulat mata Hazel mendengar kata-kata Hazel.

"No." Hazel menggelengkan kepalanya. Dia menjadi risau. Matanya berkaca.

"Bertahan, please." gumam Hazel perlahan. Sesampai sahaja mereka di hospital, Encik Zachary dan Hazel berlari ke arah wad Hailey.

"Macam mana Hailey, ma?" tanya Hazel apabila melihat Puan Rozy yang sudah basah dengan air mata itu menunggu di hadapan wad.

"Mama tak tahu " Puan Rozy menggelengkan kepalanya. Encik Zachary memeluk bahu isterinya itu. Cuba menyalurkan kekuatan.

Pintu wad terbuka dari dalam. Terlihat figura doktor yang merawat Hailey itu keluar.

"Jantung pesakit terlalu lemah. Pesakit nak jumpa encik sekeluarga sebentar. Saya akan tunggu di luar." kata doktor tersebut. Encik Zachary, Puan Rozy dan Hazel meluru masuk ke dalam wad.

"Hailey." Puan Rozy menangis teresak-esak sambil memeluk Hailey yang terbaring lemah.

"Mama. Jangan menangis." bisik Hailey. Tangannya naik menyeka pipi Puan Rozy yang basah dengan air mata.

"Hailey minta maaf kalau Hailey ada buat salah." Puan Rozy menggelengkan kepalanya laju. Hazel dan Encik Zachary turut sama menangis.

"Sayang, please. Jangan tinggalkan mama."

Hailey turut mengalirkan air matanya.

"Jangan sedih, mama. Hailey sayangkan mama." Hailey menarik senyuman. Puan Rozy menekup wajahnya. Hailey memandang sayu Puan Rozy. Pandangannya dialihkan ke arah Encik Zachary.

"Papa."

"Ya, sayang." Encik Zachary menggenggam tangan Hailey.

"Papa pun jangan sedih." Encik Zachary mengalirkan air matanya buat kesekian kalinya. Dahi Hailey dicium.

"Papa sayangkan Hailey." ujar Encik Zachary. Hailey tersenyum.

"Hailey pun sayangkan papa." Encik Zachary memeluk Hailey. Pelukan dilepaskan.

"Hazel." Hazel terus memeluk Hailey sambil menangis teresak-esak. Puan Rozy dipeluk oleh Encik Zachary.

"Be strong, okay? Jaga mama dengan papa untuk aku. Maafkan aku sebab aku tak dapat bertahan untuk jangka yang lebih lama."

Hazel menggelengkan kepalanya.

"Jangan tinggalkan aku Hailey. Please. Jangan tinggalkan aku macam mana Antalya tinggalkan aku. Aku tak kuat."

Hailey memejam matanya. Air matanya turut sama mengalir. Namun, senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Kau kuat. Aku tahu itu."

"Hailey, please. Aku merayu dekat kau." Hazel menggenggam tangan kakaknya itu dengan cukup erat. Hailey mengusap kepala Hazel.

"Aku sayangkan kau." Perlahan-lahan mata Hailey tertutup. Tangannya yang mengusap kepala Hazel, jatuh dari menyentuh kepala Hazel.

"Hailey!" Hazel menggoyangkan bahu Hailey. Puan Rozy jatuh terduduk. Encik Zachary masih setia memujuk isterinya.

"Doktor! Doktor!" jerit Hazel. Doktor terus melangkah masuk ke dalam wad Hailey. Jururawat turut masuk membawa peralatan yang diperlukan.

Doktor mula menjalankan tugasnya cuba menyelamatkan Hailey. Beberapa kali renjatan menggunakan peralatan khas cuba dilakukan kepada Hailey agar mengembalikan denyutan jantung Hailey.

"Hailey Zachary. Mati pada jam 3.15 petang akibat jantung lemah." ujar doktor tersebut.

"Hailey." Puan Rozy menangis teresak-esak. Encik Zachary turut menangis kesedihan.

Hazel terundur berberapa tapak ke belakang. Dia jatuh terduduk di atas lantai. Air matanya mengalir tanpa esakan. Matanya dipejam rapat.


Maka meroyanlah para readers😂 part sedih lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

105K 11.9K 121
Hidup aku. Dari dulu tak pernah normal. Aku yang dulunya dijulung sebagai anak jenius dalam bermain piano. Namun semua itu mula hancur apabila aku...
174K 6.9K 12
The FairyTale Retelling Series : A Cinderella Retelling [ Book 1] بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ In the name of Allah, the Most Gracious, the...
2.4K 481 14
FANTASY/ ROMANCE/ MANWHA Sebuah kerajaan haruslah mempunyai seorang pemimpin yang berkuasa, bukan itu sahaja dia juga haruslah berfikiran terbuka, me...
60.9K 4.3K 53
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...