The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

882K 55.8K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
40
41
42
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

39

9.1K 934 61
By izkhai

-It is sad when you get
hurt so much, and people say
'i'm deserve it'-

Langkah Hazel terhenti melihat Lucas, Theo, Ethan dan Jayden. Pasti keempat-empat jejaka itu hendak pergi rehat. Dia pula hendak ke kelas.

Dia memejamkan matanya lalu menarik nafas perlahan. Dia boleh hadapi semua ini. Bukunya dipeluk erat.

Buka sahaja mata, matanya bertembung dengan empat jejaka itu. Sebentar sahaja sebelum mereka mengalihkan pandangan. Mereka sudah kembali ke sekolah hari ini selepas di gantung sekolah.

'Kau yang nak semua ini Hazel. Kenapa kau nak terasa hati?' detik hatinya.

Mereka berlima berselisih ketika berjalan. Hazel menunduk. Rasanya lain apabila sahabat sendiri telah menjadi orang asing.

Hazel jatuh terduduk di atas lantai apabila seseorang menolaknya dari belakang. Victoria menuang sampah di dalam bakul sampah ke atas kepala Hazel. Sabrina dan Natalie mentertawakan Hazel.

"Woo!" Riuh rendah lorong yang terletak locker pelajar itu dengan sorakan pelajar.

"Rasakan!"

"Memang layak pun kau mandi sampah. Tak ada beza pun dengan sampah."

Beberapa pelajar mengambil peluang membaling gumpalan kertas dan botol kosong ke arahnya. Hazel memejam matanya.

Ramai yang mentertawakannya termasuk Lucy.

Lucas, Theo, Ethan dan Jayden berpaling memandang ke arah Hazel.

"Jom." ajak Lucas. Lucas berjalan mendahului yang lain berlalu pergi dari lorong itu.

Theo dan Jayden mengikuti langkah Lucas. Ethan memandang Hazel buat kali terakhir sebelum mengejar langkah sahabat-sahabatnya.

Hazel bangkit berdiri. Bukunya yang berada di atas lantai itu dicapai. Dia memeluk bukunya sebelum berlalu pergi.

"Loser!"

Hazel hanya membiarkan sahaja. Dia sudah lali dengan nama panggilannya itu. Dulunya 'sombong', sekarang sudah bertukar kepada 'loser'.

Lucy memandang langkah Hazel. Dia juga memandang figura empat jejaka itu yang sudah hilang. Dia berpeluk tubuh lalu tersenyum sinis.

Nampaknya ganjaran untuknya apabila Hazel sudah tidak bersapa lagi dengan Lucas, Theo, Ethan dan Jayden. Bertambah mudah untuknya membuat Hazel keluar dari sekolah ini.

Hazel menyembur sedikit minyak wangi ke uniform sekolahnya. Nasib sahaja tidak busuk kerana mandi sampah.

Dia menggosok telapak tangannya antara satu sama lain. Sambil menggosok, dia meniup telapak tangannya itu.

Musim luruh sudah berakhir dan kini diganti dengan musim sejuk atau dipanggil musim salji. Cuaca sudah mulai sejuk. Sampai terasa hingga ke tulangnya.

Tangannya diseluk ke dalam poket jaketnya. Hazel memandang ke arah kolam ikan lama Mr. Freddie itu. Teringat pula dia ketika empat jejaka itu didenda membersihkan kolam ikan itu.

"Nah." Hazel mendongak. Terlihat figura Brandon yang berdiri di hadapannya sambil menghulur secawan plastik teh panas.

"Ambillah." Brandon tersenyum ke arah Hazel. Hazel mengambil dengan teragak-agak.

"Terima kasih." Hazel menundukkan kepalanya tanda terima kasih.

"Sama-sama, honey." Brandon mengambil tempat duduk di sebelah Hazel di atas bangku kayu itu.

"You buat apa dekat luar ini? Cuaca kan tengah sejuk ini." tanya Brandon. Brandon menyisip sedikit teh panas di tangannya.

"Saja." balas Hazel. Dia tidak pernah berbual dengan Brandon. Terasa sedikit janggal.

"I nampak." Hazel memandang Brandon. Dia tidak faham apa yang dikatakan lelaki itu. Brandon memandang Hazel. Mata mereka bertembung.

"I nampak setiap kali you kena buli tapi I tak tahu kenapa I tak tolong you, honey."

Hazel tersenyum. Dia memandang semula ke arah kolam ikan di hadapannya. Brandon masih merenung Hazel.

"Why?" tanya Hazel apabila Brandon merenungnya.

"Kenapa you still boleh senyum walaupun you kena buli, honey?" tanya Brandon.

"You nak I bagi ayat cliche tak?" Hazel menarik senyuman.

"Sometimes, you have to smile to hide your pains and laugh to hide your tears. Everything that happens must have a reason."

"You are strong enough." puji Brandon. Giliran Hazel yang merenung Brandon. Brandon tersenyum lebar.

"Malu I bila you renung I macam itu." Brandon tersenyum malu. Gedik betul reaksi jejaka itu.

Hazel tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya. Air teh panas di tangannya itu disisip sedikit.

"Kakak. Aku datang ini." Hazel mengambil tempat duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil. Tangan Hailey digenggam.

Hailey mencelikkan matanya. Dia memandang ke arah kanannya iaitu tempat Hazel berada. Baru sahaja dia ingin membuka alat bantuan pernafasan itu, Hazel menggenggam tangannya.

"Jangan. Jantung kau masih lemah. Jangan buka." halang Hazel. Hazel menggelengkan kepalanya.

Hailey masih ditahan di wad walaupun sudah beberapa hari dia sedar kerana jantungnya yang lemah. Hailey perlukan sokongan alat bantuan pernafasan untuk bernafas.

Gadis itu menggelengkan kepalanya. Wajahnya kelihatan pucat seperti hari pertama dia sedar dari komanya. Wajah itu kelihatan tidak bermaya sahaja.

Hailey tetap menanggalkan alat bantuan pernafasan tersebut. Dia tidak selesa hendak berbual jika memakai alat tersebut.

"Hailey." Hazel memandang Hailey risau. Dia risau jika apa-apa terjadi kepada kakaknya.

Gadis itu menggelengkan kepalanya. Dia menarik senyuman untuk Hazel. Dia membalas genggaman tangan Hazel.

"Kenapa kau risau sangat ini?" Suara itu kedengaran perlahan sahaja.

"Macam mana aku tak risau. Jantung kau masih lemah." Air mata bertakung di tubir mata Hazel.

"Semua orang akan mati, Hazel. Kalau tiba masa aku pergi, aku tetap akan pergi juga." ujar Hailey. Senyuman masih terhias di bibir yang pucat itu.

"Jangan cakap macam itu. Takkan kau nak tinggalkan aku macam Antalya tinggalkan aku."

Hazel mula menangis. Hari-harinya asyik ditemani dengan air mata sahaja. Walaupun Hailey sudah sedar, dia tetap merasa sedih kerana Hailey yang masih lemah dan perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan itu.

"Jangan menangis, Hazel. Hari-hari kau menangis." Hailey menyeka air mata Hazel dengan ibu jarinya.

"How's your school?" tanya Hailey.

"Sekolah aku okey saja. Stay saja dekat situ. Tak ada pula gerak ke mana-mana." seloroh Hazel.

Hailey mencubit Hazel. Hazel tergelak kecil. Air matanya diseka.

"Cerita dekat aku apa yang jadi hari ini."

"Ada seorang lelaki ini nama dia Brandon. Brandon ini cousin Lucas. Dia selalu panggil aku honey. Hari ini dia tegur aku dan bagi aku teh. Kita orang berbual. Itu saja tak ada yang menarik pun." cerita Hazel. Dia menopang dagunya.

"Gaya macam playboy. Panggil kau honey, eh? Ada apa-apa, ke?"

Hazel tergelak kecil lalu menggeleng kepalanya laju. Menafikan bicara kakaknya itu.

"Tak adanya. Kind of like that. Bukan kind of tapi memang playboy pun." Hazel tergelak kecil. Hailey tersenyum. Suka dia melihat adiknya yang gembira semula.

Hailey merasakan Hazel sudah semakin matang. Bukan seperti dulu yang sering menunjukkan sifat keanak-anakannya.

Dia mengagumi adiknya sendiri kerana masih boleh bertahan walaupun sering dibuli. Malah Hazel tidak pernah kisah dia dibuli.

Cuma gadis itu sering menangis apabila terkenangkan sahabat-sahabatnya dan dirinya. Hazel itu lebih peduli tentang sahabat-sahabatnya dan dirinya berbanding diri gadis itu sendiri.

Ya, dia tahu Hazel sering menangis ketika dia tidur. Sering katakan perkara yang sama, iaitu takut kehilangannya seperti kehilangan Antalya.

Dia juga sedih jika dia pergi, Hazel pasti bertambah sedih. Dia ingin pastikan dia dapat meluangkan masa dengan Hazel dan membuat gadis itu tersenyum dengannya. Biarlah Hazel lupakan sebentar masalahnya. Dia tahu adiknya itu cukup kuat.

Hailey mengusap kepala Hazel yang dilentokkan di atas lengannya sendiri yang terletak di atas katil. Malam ini giliran Hazel yang akan menemaninya di hospital.

"Hailey." panggil Hazel.

"Hm."

"Nyanyikan aku lagu. Aku rindu nak dengar kau nyanyikan aku lagu."

"Okey."

You gave me shoulder
When I needed it
You showed me love
When I wasn't feeling it
You helped me fight
When I was giving in
And you made me laugh
When I losing it

'Cause you are, you are
The reason why
I'm still hanging on
'Cause you are, you are
The reason why
My head is still
Above the water
And if I could
I get you to the moon

Hailey tersenyum melihat Hazel yang sudah terlena. Lampu dimatikan lalu dia memakai semula alat bantuan pernafasan apabila dia terasa seperti hendak sesak nafas.

Hailey menyentuh dadanya. Dia memandang Hazel. Matanya dipejam rapat.


Continue Reading

You'll Also Like

14.9K 747 11
2021 "I'm stronger than all of you." [Lovedestroyer.co, syarikat yang menyediakan khidmat memusnahkan hubungan. Keahliannya dirahsiakan dan kesemuany...
3K 756 22
Semuanya bermula bila anak makcik Sobehah nak sangat patung dinosaur yang Tadika Semerak bagi untuk budak lima tahun yang baru masuk tadika sebagai h...
2.4K 481 14
FANTASY/ ROMANCE/ MANWHA Sebuah kerajaan haruslah mempunyai seorang pemimpin yang berkuasa, bukan itu sahaja dia juga haruslah berfikiran terbuka, me...
174K 6.9K 12
The FairyTale Retelling Series : A Cinderella Retelling [ Book 1] بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ In the name of Allah, the Most Gracious, the...