Us ✔

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 67

427 34 3
By FaryoonaHana



KERUSI kosong di sebelah Zulfa aku tuju. Berhati-hati aku mencelah ke tempat aku yang terletak di tengah-tengah barisan. Pelajar lain mula mengalihkan kaki mereka memberi laluan untuk memudahkan aku masuk. 

Punggung dilabuhkan seraya menghela nafas panjang. Kejadian di dalam stor belakang pentas tadi masih terbayang-bayang dalam ingatan. Aku tersenyum kecil.

"Dah jumpa dah jubah kau?" Zulfa menoleh ke arahku.

"Tak. Ni aku pakai saiz lain punya."

Anak mataku sibuk meliar mencari si dia. Pandangan dihala ke tempat duduk Eiz dan belakang tubuhnya dicari.

"Saiz apa kau pakai ni?" Soal Zulfa.

"L." Mulut menjawab sambil mata melihat ke hadapan.

"Ohh.. Siapa yang tolong carikan? Budak-budak form 2 tu ke?"

"Haah--" aku terdiam sebentar sebelum otakku kembali mengingat insan sebenar yang memberiku jubah konvo.

"Eh tak Cikgu Aminah."

Mana Eiz ni..

"Kau pergi salin kat mana tadi?" Zulfa menyoal lagi. Haih kacau betul. Orang nak usya Eiz pun tak senang.

Punya lah ralik mencari Eiz sampaikan tak terjawab pertanyaan Zulfa tu.

"Kau ni ralik usya siapa?" Zulfa yang menyedari kelakuan aku turut menoleh ke depan.

Aku berdecit sambil hujung bibir ternaik. "Aku nak usya siapa je?" Kening dijongket ke arah Zulfa.

"Haih, tu la korang. Dulu benci sangat. Konon musuh sejati. Sekarang hm.."

Aku mengguling mata. Zulfa ni suka tau throwback benda lama. Kisah lama usah dikenang ya. Ika yang dulu bukanlah yang sekarang okey.

Aku merenung lagi di tempat yang sama dan-- yeayy Eiz dah datang!

Kelihatan Eiz baru sahaja kembali ke tempat duduknya. Setibanya dia di situ, dia pantas melabuhkan punggung. Dia membetulkan duduk dan postur badan lalu mendongak ke atas melepaskan penat. Kemudian, Eiz menoleh ke tepi lalu berbual-bual dengan orang di sebelahnya. Selepas itu dia ketawa dan dia sembang lagi. Kemudian dia sambung ketawa tapi kali ini lebih besar.

Sakannya gelak. Entah lawak apa lah yang dibualkan.

Lalu dia pun berhenti. Dia menggeleng perlahan lantas tangannya naik mengurut dahi. Dia mengubah kedudukannya ke tepi dan--- omg dia kalih belakang!

Aku pantas melarikan mata dan buat-buat sibuk.

Sesaat kemudian aku kembali menoleh dan

Dia kini merenung tepat ke arah aku.

Alamak. Hm, kan dah kantoi.

Aku mematikan senyum lalu memasamkan muka. Aku menjeling dingin. Dagu dihayun ke hadapan tanda 'kenapa'.

Cover

Eiz senyum senget lalu tertunduk gelak. Wajah diangkat kemudian dia kembali merenungku. Lama kami berbalas pandangan sehinggalah dia  memuncungkan bibir sambil sebelah mata dikenyit gaya menggoda.

Hadehh...

Kalah aku macam ni

Aku memaksa diri untuk tidak senyum tapi pipi ini mengada saja ternaik sendiri. Aku mengigit bibir dalam dan cuba mengubah riak wajah. Pura-pura cool.

Kali ini Eiz tidak buat apa-apa reaksi. Hanya mengecilkan mata sambil merenungku lama. Buat macam tu sahaja pun dah boleh buat aku blushing.

Jangan senyum Ika. Tolonglah.

Mana kau yang sombong sebelum ni? Jangan senyum okey jangan senyum.

You can do it!

Namun akhirnya selepas beberapa saat kemudian..

Bibir aku menarik senyum lebar hingga ke telinga. Maaf saya tak boleh tahan.


***********

"Congrats sayang. Dah besar panjang anak Mama." Mama memelukku erat.

"You grew up so fast." Mata Mama mula berair. Ubun-ubunku yang berlapik tudung dikucup.

"Anak Papa cantik sangat hari ni." Papa memuji sambil mengusap lembut bahuku.

"We both very proud of you Sayang."

Lidahku kelu tak mampu untuk mengungkapkan sebarang kata. Hanya senyum yang dapat kuberikan tika ini. Risau nanti sekali-sekali aku menangis.

Betapa aku bersyukur melihat wajah gembira Mama dan Papa yang sudah lama tidak ku lihat. Biarpun masalah kerja yang tidak henti-henti menyapa, tambah pula dengan masalah aku di sekolah sebelum ini.. Semua itu cuba dibuang jauh.

Walaupun aku tidak menerima apa-apa anugerah, kali ini aku berjaya membuatkan mereka tersenyum bangga apabila melihat aku naik ke pentas. Satu-satunya anak mereka bakal menamatkan zaman sekolah menengah.

Melihat anak membesar di depan mata, bukankah itu perkara yang setiap ibu bapa mahukan?

How fast time flies..

"Eii tak nak la nangis-nangis Mama ni. Emotional betul." Jariku mengesat tubir mata Mama yang berair itu.

"Tengok Papa. Steady je." Aku tersenyum memandang ke arah Papa.

"Entah Mama ni. Hati tisu betul. Anak awak naik pentas tu tunjuklah gembira sikit. Ni tak. Menangis. Macam budak-budak." Ujar Papa.

"Alah, abang ni. Biarlah. Anak saya juga. Saya terharu tau tengok Ika dah besar. Saya yang mengandungkan dia, melahirkan dia, menyusukan dia, jaga dia, basuh berak dia apa semua.. Mestilah sebak." Mama mencebik.

"Eleh. Macam la saya tak jaga Ika kecil-kecil dulu."

"Hmph, jaga apanya. Anak menangis saya juga yang dicarinya." Balas Mama sambil menjeling lembut.

"Apa?" Papa dah membulatkan mata. Tangan dicekak ke pinggang.

Mula dah la tu.

"Dah dah. Eii yang tu pun nak gaduh." Aku menamatkan gaduh-gaduh manja antara Mama dan Papa.

Mama dan Papa hanya mencebik dan berpaling muka. Acah merajuk.

"Ma, Pa.."

Mama dan Papa serentak melihat aku.

"Ika minta maaf tau sebab tak dapat jadi best student.." Bibirku dicebik. Pelukan di pinggang Mama dieratkan.

Bukan aku tak tahu. Sebelum ni, Mama selalu ulang pada aku yang dia nak tengok sangat aku dapat anugerah Pelajar Terbaik  sekali lagi seperti mana sewaktu di sekolah rendah dahulu.

"Tak apa lah Ika. Nak buat macam mana. Saingan Ika kan ramai. Sini banyak budak pandai-pandai. Tak ada rezeki." Mama menepuk-nepuk bahu aku.

"Tak apa. Ika tak dapat, menantu Papa dapat. Terubat la sikit hati ni." Ujar Papa membuatkan mataku sedikit terbuntang.

Papa ni kan

Tak habis-habis dengan menantu kesayangan dia tu.

"Assalamualaikum.." Suara daripada sekumpulan manusia itu menyentak kami bertiga.

"Hey Zain."

"Lah Ucop!" Papa berjabat tangan lalu memeluk Abah a.k.a Encik Yusuf Arqam.

"Aisyah.. Ya allah, lamanya tak nampak. Sihat ke? Tadi Yani duk cari juga korang duduk kat mana." Mama menyapa Umi yang datang menghampiri lalu bersalam-salaman.

"Sihat alhamdulillah. Ada je duduk kat belakang. Aisyah nampak je Yani dengan abang Zain duduk depan tu. Tak dan nak bertegur ha sebab tadi sampai lewat sikit." Cerita Umi panjang lebar.

Mama hanya mengangguk.

"Yani, kenapa Aisyah tengok makin berisi ni? Hmm..?" Perut Mama ditekan-tekan dengan hujung jari. Umi senyum seraya menjongket sebelah kening.

"Ada isi ke?" Tanya Umi lagi. Kali ini perut Mama diusap pula.

Terjegil aku dan Mama serentak. Haih Umi ni! Ada-ada je.

"Ish mana ada. Mengarut lah Aisyah ni!" Lengan Umi ditampar lembut.

"Hum nampaknya memang Mama dah gemuk lah Ika." Mama mencebik memandang aku. Minta simpati.

"Gemuk apanya Ma. Okay lah tu berisi sikit. Sebelum ni kurus macam skeleton. Angin tiup pun boleh melayang."  Balasku bersahaja. Umi di sebelah dah ketawa mengekek.

"Tak ada lah. Bukan gemuk pun. Aisyah tengok Yani berisi sikit ha.. Mana nak tahu kot-kot nak tambah sorang lagi?"

"Emph, tak ada maknanya." Mama berdecit.

"Haah la Ma. Best juga kalau Ika dapat adik baru. Ada la kawan nanti cuti tiga bulan selepas SPM." Aku jongket kening lalu melaga penumbuk dengan umi.

Sepakat.

"Eh korang ni. Ada-ada ja. Dah dah. Stop cakap pasal badan Mama. Shhh.." Mama mengalih topik.

"Eiz, tahniah! Papa bangga dengan Eiz." Papa menepuk bahu Eiz.

"Thank you Pa." Eiz tersenyum.

"Best student wuuu.." Mama mengusik dan mendekati Eiz. Mula beralih dari aku.

Mama, Papa, Umi dan Abah kesemuanya kini menumpu ke arah Eiz yang dah sengih tersipu malu tu. Semua orang sibuk memujinya.

"Terima kasih Mama. Papa." Eiz senyum segaris.

Maka aku pun diabaikan.

Nafas dihela panjang. Aku memeluk tubuh sambil melihat adegan bahagia sebuah keluarga di depan mata.

"Ika anak tiri ke kat sini?" Getusku.

Semua mata beralih pula ke arah aku. Mereka semua ketawa kecil.

"Alololo.. Meh sini anak umi." Umi menghampiri aku dan mendepakan tangan. Aku ditarik ke dalam pelukan.

"Tahniah sayang Umi.." Umi mengelus lenganku.

"Terima kasih Umi." Bibir mengukir senyum.

Apabila pelukan dilepaskan, mataku pantas sahaja bertembung dengan sepasang mata milik Eiz yang berdiri tidak jauh dari aku.

Aku menjeling lembut. Seronoklah tu semua orang puji dia hari ni.

Jealous jealous jealous!

Eiz tersenyum kecil. "Tahniah." Gumamnya perlahan.

Hujung bibirku ternaik. Lama aku berdiam diri sebelum kembali mendongak melihatnya.

"You too. Congrats."  Getusku. Kami berdua tersenyum sesama sendiri.

Sebaik saja kami mengangkat muka, aku dan Eiz menyedari kami telah menjadi tumpuan pelajar lain sejak tadi.

Ramai yang melihat ke arah keluarga kami. Ada pelajar yang mula sibuk berbisik sesama mereka. Ada juga yang seronok kenen-kenen.

Yang tengah duduk dengan keluarga tu pula, siap tunjuk-tunjuk lagi suruh family dia tengok sekali. Kami menjadi perbualan ramai.

Liur ditelan. Mataku memandang ke arah Eiz dengan pandangan 'mampuslah kita,  apa nak buat ni?'

Eiz hanya menggeleng perlahan cuba menenangkan aku. Tapi aku tahu dia pun cuak sebenarnya tu.

"Jomlah kita bergambar." Ajak Abah.

"Jom jom!"

"Urm Abah, Papa.. Semua orang tengok pelik la." Aku berbisik perlahan.

Papa dan Abah yang terjongket kening itu berdecit lalu saling berpandangan.

"Biarlah orang nak tengok. Buat tak tahu dah la." Selamba Papa menjawab.

"Biar je. Diorang jealous tu." Abah menambah.

Tangan naik meraup dahi. Abah dengan Papa senanglah cakap. Yang nak kena hadapnya nanti aku dengan Eiz juga.

Mampuslah kena gosip lagi lepas ni..

"Alah.. Rilek je. Bukan selalu pun Ika." Kata Mama.

Aku tak tahu sama ada Mama tengah menenangkan aku ataupun buat aku lebih serabut.

Bukan selalu?

Hello, Mama tak tahu ke yang anak Mama ni famous gila namati kat sekolah ni?

"Jom jom. Ambil gambar." Tanganku ditarik lalu kami berenam menuju ke photo booth yang disediakan di situ.

Eiz seperti biasa kekal tenang dengan wajah selamba dia.

"Uuuuuu.. Piwittt ! Cayalah Eiz." Terdengar bunyi siul yang tak berapa nak siul dari budak lelaki.

"Dah nampak masa depan dah Head Prefect kita yang seorang tu."

"Tak aci, kenapa Ika dengan Eiz." Teriak seorang gadis yang merupakan peminat setia Eiz.

"Untunglah Mak Bapak dah restu." Ujar kawan sebelah dia pula.

"Eleh, korang takyah nak over  sangatlah. Parents diorang tu kawan rapat je. Bukan ada apa pun." Yang seorang lagi juga turut serta.

"Sakit.. Yang ku rasakan.. Begitu dalam.. Pedih.."

Semua memandang tajam ke arah pelajar yang menyanyi itu. Bukan sebab dia sorang-sorang je menyanyi tapi sebab suara dia tak sedap.

Setelah melintasi beberapa orang manusia, maka kami pun sudah sampai betul-betul di depan photo booth.

"Jom jom cepat, tak ada orang ni. Boleh bergambar banyak-banyak." Mama excited terlebih.

"Kejap kejap tudung senget." Umi sibuk membetulkan tudung bawal labuhnya.

"Ish tak dak cermin la pula kat sini. Yani tengok sat okay dak?" Sekali Umi keluar loghat Kedah dia.

"Ha okay dah tu. Aisyah tengok tudung Yani pula, okay tak lagi?"

Aku dan Eiz tergeleng kepala melihat karenah ibu masing-masing. Aku menunduk malu. Eiz pula tersengih kecil.

Haih la ibu-ibu..

"Okay dah, jom." Mama dan Umi yang sudah bersedia itu serentak menoleh ke arah kami. Laju sahaja mereka bergerak ke photo booth yang berlatar belakangkan warna perak berkilau itu.

"Cepat la."

Mama dan Umi lebih awal lagi mengambil tempat. Papa dan Abah pula berdiri di hujung di sebelah isteri masing-masing. Maka, tempat kosong ditinggalkan di tengah.

Iaitu untuk aku dan Eiz.

Aku mengeluh lagi. Family aku ni dah lupa agaknya kitorang kat sekolah.

"Ma Pa, tak nak lah.." Aku mengerut dahi. Wajah diseriouskan.

"Tak kan lah Eiz dengan Ika nak berdiri sebelah-sebelah kot?" Eiz meraup belakang lehernya.

"Alah mai je lah. Dah halal kan." Umi melambai-lambai menyuruh kami ke mari.

Peluh aku dah merenik dengan kata-kata umi. Mampus la camera man depan aku ni dengar.

Dengan penuh keterpaksaan, aku dan Eiz perlahan-lahan menapak ke arah mereka. Kami berdiri sebelah-sebelah.

Sekali lagi peluh aku merenik maha hebat. Lebih banyak dari tadi dan jantung aku berdebar kencang. Air liur yang ditelan terasa pahit.

Boleh tak aku nak buat-buat pengsan?

Cameraman yang sudah bersedia dengan kameranya tersenyum penuh makna. Bawah bibir dikemam cuba menahan dari ketawa.

"Ready. One two three, Smile! "

Aku senyum aneh. Begitu juga Eiz yang sudah berubah wajah.

Macam mana boleh lupa yang Cikgu Farizz  in charge bahagian photobooth?!!


************

Nafas berat dihela.

Langit hitam pekat itu kupandang sunyi. Kosong. Tiada bintang langsung malam ini.

Tangan yang disilang di atas balkoni itu dibawa naik menopang dagu. Aku kini hanya seorang diri berdiri di kaki lima dorm.

Ahli dorm aku yang lain masih di dalam dorm sedang baca buku, study dan ada juga yang dah tidur.

Lusa dah SPM.

Debaran yang terasa di hati kian bergelumang dalam diri. Dah nak peperiksaan sebenar kot. Berdebar, takut, blur, gabra, tak tenang, semuanya ada.

Semua orang struggle untuk buat yang terbaik kali ni. Siang malam tak berhenti study. Begitu juga aku. Cuma sekarang aku perlu masa untuk bersendiri. Nak cari ketenangan.

"Ika."

Aku menoleh ke arah gerangan yang memanggil aku. Oh, Zulfa.

"Kau tak nak masuk lagi? Semua dah nak tidur tu." Zulfa berdiri di sebelah aku. Turut mendongak memandang langit.

"Korang tidur lah dulu."

"Kau asal ni? Stress?"

Aku berdecit. "Tak ada lah. Saja. Nak cari ketenangan. Takut la nak exam lusa nii.." Bibir dicebik.

Zulfa tergelak kecil. "Alah, tak payah fikir banyak sangat. Everything will be fine. Kau dah usaha habis baik kan, sekarang masa kita untuk tawakkal dan serahkan semuanya pada Allah."

Mulut memuncung mendengar kata Zulfa. Betul tu. "Tapi.."

"Tapi apa?" Kening diangkat.

"Aku nak Eiz."

Hujung bibir Zulfa ternaik. Melebar senyumannya."Patutlah monyok semacam."

Bibirku makin memuncung. Sedih. Aku tak tahu tapi aku sendiri pun perasan aku makin manja pula sekarang. Entah. Kena virus apa tah.

"Kau dah minta maaf belum dengan dia?" Soal Zulfa.

"Itulah, aku memang nak pergi minta maaf pun tapi bila je aku ada masa? Dia sibuk study kot. Dah la ramai yang suka pergi tanya-tanya dia. Aku malas la nak ganggu. Nak cakap dengan dia pun aku kena cari time tak ada orang. Susah lah."

Sejak majlis graduasi tu, aku dan Eiz memang jadi perbualan hangat semua pelajar tingkatan lima. Semuanya sebab parents kitorang lah. Tak cover langsung.

Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, aku dan Eiz memutuskan untuk tidak bertegur melainkan ada perkara yang betul-betul mustahak untuk dibincangkan.

And you know what?

Cikgu Farizz jadi orang ketiga tahu pasal hubungan halal aku dengan Eiz. Hari kelas tusyen Kimia semalam dia paksa aku dengan Eiz mengaku. Siap ugut lagi kalau tak beritahu benda sebenar dia tak kan restu kami berdua. Tak guna betul.

Nak dijadikan cerita, dapat-dapat tahu tu memang terlopong lah cikgu dibuatnya. Cikgu yang dah umur 30 lebih pun belum kahwin lagi. Ini kan aku dengan Eiz?

Hummm..

Umi punya pasal lah ni.

Zulfa ketawa kecil. "Habis tu macam mana?"

"Macam mana apa memang aku kena tahan sabar je lah. Nak balas surat pun aku malas la nak tulis. Banyak benda kot aku nak cakap dengan dia." Balasku sambil mencebik bibir.

Zulfa mengukir senyum. "Comel betullah korang berdua ni." Getusnya perlahan.

Aku pandang Zulfa pelik.

Zulfa hanya menggeleng perlahan sambil tangannya menghulurkan sesuatu kepada aku.

It's a letter!

"Nah. Eiz kirim. Dia kata tak payah balas." Sekeping kertas itu disua.

Bersinar-sinar mata aku menyambutnya. Sengih kemain sampai telinga. 

Zulfa hanya tersenyum dan menggeleng sebelum langkahnya mula menjauh.

"Aku masuk dulu lah. Mengantuk dah ni." Bahu aku ditepuk.

"Okay." Aku angguk.

Mata dihala semula ke arah surat di tangan. Sengih aku kian melebar. Bawah bibir digigit. Excited.

Perlahan-lahan lipatan surat itu dibuka.

Tulisan cantik yang tertera di kertas itu ditenung sepenuh perhatian. Barisan pertama dibaca.

Assalamualaikum and Hi bidadari ♡

Bibirku mengoyak senyum.

Im sorry you had a not so great day because of missing me hohoho. Don't lie or act that you don't care! I know you miss me a lot.

Senyumku melebar. Baris seterusnya dibaca lagi.

Just wanna say .. Best luck for your exam!  Stop worrying and start doing all your best to show everyone that you know everything. You are prepared for this exam, no need to be worried okey?

Aku mula rasa terharu. Tapi aku tak nangis okay.

Tak nak wish panjang2 but just want to remind you that I love you and I'm always here for you. Do your best. Everything gonna be okay, trust me. Don't force yourself to study for a whole day. Just reread all the notes for each subject and refresh them. Relax and don't be stress okay? Oh and also, addmath tu banyakkan buat latihan past year. Lepas ni jangan nak melalak meraung eh after jawab exam Addmath!

Eiii dia ni. Mentang-mentang lah pro. Nak mengata aku lah tu.

Okaylah. That's all for now. All the best bidadari. Jiayou! Allah ada, aku pun ada. Ingat, selawat banyak2 and minta doa pada Allah supaya dipermudahkan. Aku halalkan semuanya. And also, TAHAJJUD JANGAN LUPA EH! Qiamullail tu penting. Okey. Malas berleter panjang. Bye, love. I love you now, soon and forever.

Onlu ur prince charming,
Musuh kamu 💓

Aku tersenyum kecil lalu menghela nafas berat. Surat itu dibawa ke bibir dan dicium.

Eiz..

Nak nanessss!

Kertas di wajah diturunkan. Kali ini aku mencebik. Surat ni buatkan aku lagi nak jumpa dia!













Yeay cepat nak habis dahh! 😝😝

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 93K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
61.4K 4.3K 53
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
30.3K 1.4K 35
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
5.1K 382 37
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...