Jodoh Si TAEHYUNG (✔)

By TaeTzukims

7.3K 1.5K 709

Kim Taehyung merupakan pengurus bagi sebuah Kelab Mencari Jodoh. Namun dalam masa yang sama, dia cuba untuk m... More

1|Lelaki Hangat Di Pasaran
2| Gadis Misteri?
3|Pertemuan Pertama
4|Yeoja TOMBOY?
5|Dia Dating Dengan Hantu
6|Happy VIRUS
7|Tinggal Lama Dalam Dakapan
8|Partner Baru
9| Di Bawah Katil
10|Setan Kene Ikat
11| Semua Yeoja Layak Bahagia
12|Jealousy
13|Kejadian Di ChimChim Mall
14| Saat Kau Bahagia, Ada Yang Terluka
15|Kita Buntu Dengan Perasaan
16|Orang Baru
17|Bekas Kekasih
18|Kita Cuma Kawan
19|Hubungan Kita Di Benci
20|Pergaduhan Demi Kebaikan
21|Masuk Ke Dalam Perangkap
22|Hanya Aku Jaga Hati Kau
23|Ambil Kesempatan Dalam Kehilangan
24|Penculikan Demi Kepuasan
25|Doktor Peribadi
26|Kata Hati
27| The Boyz
28| Kerana Suka
29|Bukan Macam Kawan
30| Salah Jodoh
31| Nasi Goreng
32|Bertenang
34|Kongsi Cerita
35|Ujian Untuk Setan
36| Tak Ada Guna Menyorok
37| Proses Kebahagiaan Menjadi Musnah
38| Melawan Takdir
39|Tidur Rumah TBoyz
40|Menerima Lamaran Hantu
41|Pengunguman! Perkahwinan?
42|Break!
43|Married 𝐘𝐨𝐮𝐧𝐠𝐂𝐨𝐮𝐩𝐥𝐞
44|Dendam Akan Bermula
45|Tiada Guna Merayu
46| Pertemuan Terakhir
47|Tentang Perkahwinan Kita
48|Jodoh Si Taehyung
49|Dia Pilih Untuk Pergi
50|Happen 𝗘𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴
51| Hilangnya Ke Mana?
52|Surprised! [GOT7]
53|Hari Ni Last
54|GOTBYE devil!
55|Kids
56 [Ending]

33|Rahsia Yang Akan Terbongkar

126 28 8
By TaeTzukims

"Omma janganla risau. Tzuyu dengann.... Lelaki hensem ni.. Dia jaga Tzuyu baik.. Sangat..." Balas Tzuyu teruja.

Taehyung tertawa kecil setelah Tzuyu memujinya "Lelaki hensem? Jungkook ke? Omma nak cakap dengan dia" Pinta omma teruja

Tzuyu menjeling dengan riak wajah bengang "Ishhh... Bukan Jungkooklah Omma..lelaki tak guna tu tak baik.. Jahat! Dah la dia hantar 7 ekor--"

Taehyung segera merampas telefon Tzuyu agar dia tak kantoi tentang Got7 pada ommanya

"Pshhh pshhh... Zzzz.. Zz.. tuuuuuuttttttt" Taehyung membuat bunyi kononnya tiada signal sebelum menutup panggilan

Dia bernafas lega. "Aduhhh..." Tzuyu menepuk kepalanya "Kenapa awak tutup pulak call tu.. Kan saya tengah gossip dengan omma. Nak mengumpat pasal Jungkook Jahat tuuu" Tzuyu membebel geram

Taehyung menjelingnya tajam "Kau dah mabuk sangat ni. Jom balik" Ajak Taehyung tegas. Dia berdiri dari kerusinya. Tzuyu tersandar di kerusi "Tak nak" Dia berdegil

Tzuyu memeluk tubuh. Taehyung menghela nafas berat "Aigoo.. Jomla Tzuyu. Kau nak aku angkat kau?" Taehyung menghampirinya

"Ehh!!" Tzuyu menahan Taehyung dengan tangannya. Taehyung mengundur semula. "larat ke awak nak angkat? Saya berat tau.." Tzuyu mencabarnya lalu tertawa kecil

Taehyung mengerutkan dahi
"Kau fikir aku lemah?" dia menyoal

"Awak tak sado macam Wonho" Tzuyu mengejeknya. Taehyung tersengih "Walaupun Wonho sado, dia tak pernah angkat kau" Taehyung memerlinya

Tzuyu mencebik
"Kalau macamtu panggil lah Wonho datang sini, angkat saya!" Tzuyu masih nak menang

"Panggil dia? Tch... Entah-entah dia tengah dating dengan awek lama dia" Perli Taehyung dengan sinis

Tzuyu daripada marah terus cembeng mukanya "Wonho.. Dating dengan awek lama dia? Hiks.. Hiks" dia mula menangis

"Ahhh sudahh" Taehyung segera mengangkatnya masuk ke dalam kereta.

****


Youngjae dan Chaeyoung minum di Starbucks Chim Chim Mall. Youngjae merenung pentas di hadapan mereka. Kelihatan ramai orang sedang berkerumun di situ sedangkan pentas kosong

"Ada penyanyi nak datang ke?" Soal Youngjae pada Chaeyoung. Chaeyoung menggelengkan kepala

"Itulah tujuan aku bawak kau datang sini. Kan aku dah bagitau, Billie Eileish nak datang.." Chaeyoung membebel. "Yelah.. Kau tak payahla nak marah aku. Aku terlupa" Youngjae menengkingnya

"Bila masa pulak aku marah kau. Kau yang terasa apahal? Gelabah teruklah kau" Chaeyoung menepuk meja "Bila masa pulak aku terasa? Kau yang tetiba nak tinggikan suara. Aku tanya slow je kan?" Youngjae turut menepuk meja

"Urmmm maaf ye.. Kalau ada kerosakan, cik terpaksa ganti rugi ye. Fikir meja ni bapak korang punya ke nak hentak-hentak. Hentak ke bumi lah" Tegur seorang pelayan di situ

"Kau tak payahla nak masuk campur. Setakat meja murah ni, aku boleh beli 1000 lah" Youngjae berkata dengan sinis

Pelayan itu menyinsing lengan bajunya "Ewah ewah.. Awak ingat awak kaya sangat? Setakat seribu? Eleh.. Cawangan kami pun lebih dari 1000 nak darab dengan 20 meja haa.. Cermin diri tu bang. Awak miskin" Pelayan itu mengutuk Youngjae. Youngjae bangun dari duduknya

"Suka Hati kau je kutuk aku miskin. Cawangan ni pun bukan milik kau, ada hati nak claim" Youngjae menolak bahu pelayan itu

Orang di sekeliling mula berkerumun pada mereka pula

"Weh dah lah" Chaeyoung memegang tangan Youngjae "Auch!!" Dia menarik semula tangannya kerana dia dapat rasakan kepanasan yang amat pada tangan Youngjae

Pelik

Youngjae menoleh padanya "Kau okey tak?" Soalnya sambil memegang bahu Chaeyoung. Chaeyoung menepis tangannya "Youngjae.. Kau panas. Kau demam ke? Jom pergi hospital" Ajak Chaeyoung risau

"Kejap..sebelum korang pergi, baik korang ganti dulu meja ni. Dah retak ni.. Korang punya pasal" pelayan itu memeriksa meja itu dengan teliti. Youngjae mengeluh

"Iye ke dah retak?" Youngjae turut memeriksanya "Ya! Bayar cepat! Kata kaya sangat" Arah pelayan itu tegas sambil menghulurkan tangan

"Nah!"

'PAKKKK!!!' Youngjae menumbuk meja retak itu sehinnga patah. "Waaahhh" yang lain tercengang termasuk pelayan tadi

"Jomm" Chaeyoung terus menarik lengan baju Youngjae pergi.

****

Tzuyu terjaga dari tidur. Dia sedar, dia sedang terbaring atas katilnya "Ahhh!! Apa jadi semalam??" dia menjerit cemas. Fikirannya cuba untuk memutarkan balik kejadian semalam

"Ahhh tidakk!!!" dia menjerit lagi bila teringat yang dia hampir kantoi dengan ommanya

"Malunya!!" Dia menarik rambut bila teringat balik dia berdebat dengan Taehyung pasal Wonho lalu Taehyung mengangkatnya

'PIN PINN!!'

Bunyi Pos laju di luar rumah menggerakkan langkahnya. Dia keluar dan ambil barang yang di hantar. Posmen itu terkejut melihat Tzuyu yang baru bangun tidur

"First time saya jumpa yang selekeh macamni....tapi lawa" katanya dengan malu sambil menghulurkan barang. Tzuyu tersengih "Hehe.. Saya baru bangun tidur. Terima kasih ehh" ucapnya lembut

"Tak ada masalah. Hmm tolong tanda tangan ni. Alang-alang tu, bagi nombor telefon sekali" Sempat posmen tu tackle dia

Tzuyu tersenyum janggal. Dia segera menanda tangan "dah" jawabnya. Posmen itu memeriksa "Nombor phone?" Soalnya

Tzuyu menggaru kepala "Dia dah ada boyfriend" Taehyung muncul sambil meletakkan lengan di bahu Tzuyu. Wajahnya tegas

Posmen itu kecut "Oh.. Mianhae. Annyeong" dia segera berlalu.

Tzuyu memandang Taehyung "Lupakan pasal semalam" Pintanya dan segera bergegas masuk ke dalam rumah

Taehyung tersengih. Dia mengekori Tzuyu dari belakang "Barang tu dari siapa?" soalnya

Tzuyu membaca nama pemilik "Untuk Tzuyu, dari Younghoon" katanya. "Oh" Taehyung menyeluk tangan dalam poket hoodie

"Sayang betul Younghoon dekat aku. Ni yang makin sayang ni. Hihi!" Dia terus membawa barang tu naik ke atas. Meninggalkan Taehyung di bawah

Taehyung mengeluh. "Kau takkan ada peluang, Taehyung" Katanya sendiri dengan pasrah. "Macamni rupanya perasaan Jisoo bila orang yang dia suka, tak suka dia" Kata Taehyung sendiri lagi

Dia mengeluarkan telefon dari poket. Nama Jisoo di tekan

"Hello..ada apa awak call saya? Awak marahkan saya lagi ke? Mianhae.." Ucap Jisoo dengan pasrah

"Betul kau suka aku?" Tanya Taehyung malas "Hm.. Sukalah. Saya sanggup buat apa je untuk awak tau. Sumpah" kata Jisoo dengan bersemangat

Taehyung tersengih "Jangan nak bersumpah. Nanti termakan sumpah. Kalini aku bagi kau peluang untuk buat aku suka kau tapi, jawab satu soalan dulu, baru aku terima kau" Taehyung tersenyum sinis

"Soalan apa?" Soal Jisoo "Datang kedai Kelab Jodoh aku esok. Aku tanya kau dekat situ" Taehyung memutuskan talian
-
Tzuyu membuka bungkusan dari Younghoon "Dia boleh je hantar sendiri." bebel Tzuyu.

Kelihatan ada sebentuk cincin di dalam bersama patung eevee

"So sweet" katanya sambil memeluk patung itu lalu menyarungkan cincin di jarinya. Dia membaca surat dari Younghoon

"Selfie dan post dekat saya. Saranghaeyo Chou Tzuyu!! Nanti bila saya free, kita keluar lagi yee." tulisnya. Tzuyu tersenyum gembira lalu selfie bersama patung dan cincin. Dia hantar pada Younghoon

Tapi Younghoon takkan baca sekarang. Dia sibuk. Kini dia membuka instagram pula. Kelihatan banyak posting tentang The Boyz, group yang akan debut

Pada gambar Younghoon pula, ramai memberi komen memuji tentang visualnya. Ada juga yang mula katakan, Younghoon ialah miliknya dan sebagainya

"Dia milik akulah pandai" kata Tzuyu sendiri dengan berlagak. Dia menutup telefonnya

Kurang yakin pula dalam dirinya untuk mengatakan begitu. Kekal ke hubungan dia dengan Younghoon?

****

Jimin stress mendengar pelayan starbucks ni mengadukan masalah kedainya

"Lepastu saya suruhlah dia ganti, dia tak nak ganti. Dia kata NAH tau tau, dia lagi kopakkan meja tu.
Geram saya. Encik patut laporkan kejadian ni. Ni masalah besar melibatkan maruah saya.
Ramai yang dah viral kan muka saya dekat sosial media.
Ishh lelaki tu memang setan betul!" Jerit pelayan itu geram

Jimin merenungnya malas"Apa nama dia?" Soal Jimin "mana la saya tau. Takkanlah dia nak intro dulu sebelum gaduh dengan saya" Jawab pelayan itu selamba

"Hoi.. Jaga-jaga dengan ayat kau. Kau bercakap dengan CEO ni.. Nanti tak pasal-pasal, kau yang aku cekup" tegas Namjoon iaitu P.A Jimin

"Its okay. Awak cakap viral kan tadi? Saya nak tengok muka dia" minta Jimin. "Kejap" pelayan iti mengeluarkan telefon dan mencari di media sosial "Nah" dia menghulurkan telefon pada Jimin

Jimin melihat video tersebut. Dia terkejut. Dia kenal sangat tu kawan setannya iaitu Youngjae. Dia dan Namjoon saling merenung

****

Youngjae cuak setelah Doktor memeriksa keadaanya. Dia dan Chaeyoung duduk berhadapan doktor tersebut yang bernama Jamie. Ya...Doktor peribadi Jaebum AKA Crush si Jaebum

Dr Jamie tahu sangat yang Youngjae ialah seekor setan. Dia merenung Chaeyoung dan Youngjae dengan malas

"Menurut pemeriksaan saya tadi, Youngjae tak menghidap sebarang penyakit ye.." Kata Dr Jamie sambil tekun melihat filenya. Dia membetulkan cermin mata yang jatuh di pangkal hidung

"Tak mungkinlah Doktor..Dia panas sangat tadi, sampai nak terbakar tangan saya ni tau" Chaeyoung menunjukkan tangannya

Dr Jamie tersenyum palsu "Ye.. Masalahnya data saya menunjukkan dia tak sakit ye.. Cik Chaeyoung" kata Dr Jamie sambil merenung Youngjae yang sedang cuak

Chaeyoung mengeluh "Dia kene buatan orang ke doktor?" Soalnya risau. Youngjae membulatkan mata "Heh..." Dr Jamie tertawa sinis

"Kenapa Dr ketawa? Hal ni serius tau!" marah Chaeyoung membuatkan Jamie terkejut. "Eh.. Nak marah aku pulak" Dia mengerutkan dahi

Chaeyoung memeluk tubuh dan mencebik "Tak apalah. Chaeyoung.. Jomlah" Youngjae memegang tangan Chaeyoung

"Kejap.. Saya nak jumpa awak sorang Youngjae" minta Dr Jamie dengan tegas

****

AKU TUKAR JAEMIN KEPADA DR JAMIE

sebab nama Jaemin macam nama lelaki pulak🤣

Matilah Youngjae akan kantoi dengan Chaeyoung nanti 👀
Thank you yang vote dan komen. Nah💕💓❤️💟
#HappyTzuyuDay

Continue Reading

You'll Also Like

3.2K 460 26
Leftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Di malam gelap yang penuh misteri, Bunga Sofea nekad keluar dari rumah untuk mengintai dunia luar, namun hampir t...
44.7K 3.2K 30
Sekumpulan namja iaitu member Bts ingin memiliki sekumpulan yeoja iaitu member blackpink..... Mulanya memang mereka sangt bencikan BTS tetapi takdir...
3.7K 294 61
- Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang...
5.3K 152 27
BLURB : MILIK TUAN LUTH ISKANDAR PENULIS : KENSHIN SUGAWA Ditinggalkan si kekasih hati yang berjanji untuk berkahwin dan mencipta bahagia bersama-s...