Cinta Hanya Sementara✅

By missnothing__

58K 1.8K 80

"Tak sangka hanya dengan 2 bulan perkenalan aku boleh jatuh cinta dengan dia.. Tp dia perempuan!!" Boleh ke j... More

Perkenalan
CHS 1
CHS 2
CHS 3
CHS 4
Sorry!!
CHS 5
CHS 6
CHS 7
CHS 8
CHS 9
CSH 10
CSH 11
CHS 12
CHS 13
CHS 14
CHS 16
CHS 17
CHS 18
CHS 19
CHS 20
CHS 21
CHS 22
CHS 23
CHS 24
CHS 25
CHS 26
Q&A

CHS 15

1.4K 67 0
By missnothing__

  Fatin pov...

  Aku melangkah masuk ke dalam hall. Baju sudah aku tukar dari awal. Warm up pun sudah. Apa nak jadi, jadi la. Asalkan aku akan menang game ni!

  "Fatin. Game kau  dengan aku ni VVIP weh. Masuk tv ni. Satu dunia tengok wehh! Goodluck" kata Rafiq. Malam ni tinggal game kami je. Aku hanya tersenyum. Alang alang dah masuk tv. Baik aku habiskan energy aku puas puas malam ni.

  "Fatin, kamu okay tak? Rafiq bagi tahu kamu demam." soal coach. Aku pandang Rafiq. Rafiq hanya tersenyum.

  "Saya okay coach. Jangan risau. Saya dah warm up dh dekat luar tadi." balas aku. Peluh di dahi mengalir. Semangat aku kali ni lain macam. Rasa macam nak K.O kan je pihak lawan ni. Tengok la nanti!

  "okay la. Pergi ready. Lepas game ni. Game kamu tau." balas coach. Aku mengangguk.

  "aku jadi pelepas kau." kata Nurul. Aku meliarkan mata aku mencari Riana. Ish ni mesti sebab aku salah cakap ni.

  Tu pun dia. Main phone. Tak pandang aku langsung. Tak pe Riana. Aku buktikan dekat kau nanti.

  "kau okay tak ni?" soal Nurul setelah aku hanya membisu.

  "ha? Haa okay. Jom la ready." ajak aku. Aku dah tak sabar. Nama aku dipanggil dan aku bersedia di sudut. Seperti biasa aku membaca beberapa ayat lazim Al-Quran dan melangkah masuk dengan kaki kanan. Aku serahkan semuanya pada Tuhan.

  Aku melangkah masuk dan mula mengambil tempat. Rakan rakan seperjuangan aku setia menyokong aku di luar gelanggang. Aku melihat sekeliling aku. Satu persatu aku perhatikan. Semua kata kata semangat yang pernah diberikan kepada aku semuanya berlegar legar kembali di kotak memori.

  "kau boleh buat weh!" - Nurul.

  "ingat impian kau!" - Rafiq.

  "Mira doakan akak berjaya!! Fighting yaa!"-Amira

  "kakak dah jauh sampai ke sini. Alang alang tu habiskan terus. Papa doakan kakak menang game ni okay! Goodluck!" - papa.

  "adik abang kan kuat! Jadi, pastikan menang!" - abang.

  "buktikan dekat aku yang kau boleh!" - Riana.

  Semua ayat ayat tu bermain kembali. Menjadikan semangat aku menjadi lebih membara.

  "mulai!" Jerit wasit petanda yang kami boleh memulakan perlawanan. Aku menarik nafas sedalamnya. Gerak badannya aku perhati. Setiap langkahnya aku teliti.

  Dia menghampiri aku. Aku dapat rasakan dia ingin memulakan serangan. Front kick kanan dia serang. Pantas aku mengelak ke kiri dan melepaskan layang kaki kiri yang kuat. Terus aku mengambil langkah ke belakang sedikit untuk menjauhinya. Dia terdiam melihat tindakan aku. Kakinya sedikit pun tidak menyentuh body protector aku.

  Dia mengambil nafas. Aku dapat rasakan yang dia tengah bengang dengan aku. Aku mengambil beberapa langkah. Dia menghampiri aku kembali. Kali ini dia hanya menunggu. Jadi aku memilih untuk memulakan serangan dahulu.

  Kaki kanan aku mengacah seperti aku ingin menyepaknya tetapi tangan kanan aku yang mengenai body protectornya. Dia membuat serangan balas dengan melepaskan sepakan kaki kanannya. Pantas aku menangkap dan menjatuhkannya.

  Semua orang menepuk tangan bersorak kepada aku. Screen besar terpampang jelas markah memihak kepada aku. Aku menarik nafas lagi dan mengambil tempat.

  Baru sikit. Sabar kejap. Aku belum lagi nak bagi kau apa yang aku nak bagi. Heh.

  Kali ini dia melangkah laju ke arah aku. Aku yakin yang dia tengah terburu buru nak dapatkan point. Sabar. Baru first round. Tenang.

  Dia datang kepada aku dengan laju dengan niat ingin menumbuk body protector aku. Tapi kaki kiri aku lebih pantas dengan memberikan side kick yang keras. Tangan dia tidak menyentuh sedikit pun body protector aku. Terus jatuh terduduk dia. Sebab kaki aku mengenai bahagian atas dada tetapi masih di body protector.

  Heh. Nak tahu mane aku belajar side kick ni? Heh. Coach ajar la. Hahah.

 
  Dia bangun. Belum sempat dia membuat serangan wisel dibunyikan dan menandakan round pertama kami sudah tamat.

  Aku berjalan laju dan terus duduk untuk minum air.

  "bagus Fatin. Saya nak kamu main tenang je macam tadi. Kalau terlalu penat. Habiskan dengan sapuan ataupun gunting. Jangan bocor okay. Jaga body macam tadi. Kekalkan laju macam tadi." kata coach. Aku hanya mengangguk. Air aku teguk. Mata aku mencari susuk tubuh Riana. Dia pun memandang aku. Tapi kami hanya memandang. Tanpa riak atau berkata apa apa. Aku memandang Nurul dan menghulurkan kembali botol air tadi.

  Wasit memanggil aku untuk masuk ke dalam gelanggang kembali selepas masa rehat tamat. Round 2 bermula.

  Aku menarik nafas dalam. Memerhati langkah dan mencari setiap titik kelemahannya. Yang aku sedar, kaki kirinya tak digunakan pun. Dia melangkah menghampiri aku.

  Aku hanya menunggu serangan darinya. Dia memberikan serangan layang kaki kanannya. Salah anggapan aku. Bukan kaki kanan yang melekat di body protector aku tapi kaki kirinya yang memberikan tekanan pada bahagian perut aku. Aku kebelakang sedikit dan mengambil langkah menjauhinya. Aku tersenyum. Finally. Kaki kau melekat jugak dekat body aku.

  Kini aku memilih untuk melangkah menghampirinya. Niat aku bukan la untuk menyerang tapi untuk menunggu serangan dari dia.

  Seperti yang aku jangka. Dia menyerang aku dengan penumbuknya. Malang bagi dia sebab aku membuat guntingan dan menyebabkan dia jatuh.

  Terdiam terus dia. Tu aku tebus balik sepak yang kau bagi tadi. Heh. Kau ingat aku nak duduk diam je la?

  Suara sorakan jelas kedengaran. Sekarng ni bukan sahaja team aku yang menyokong tetapi satu dewan aku dapat rasakan semangat. Ada yang menyebut nama aku. Aku mengambil tempat kembali. Screen aku pandang sekilas. Markah masih memihak kepada aku.

  Dia kali ini melangkah ke arah aku laju. Aku dah agak dah. Ni mesti bengang la ni dengan aku. Haha. Jangan risau bossku tak lama lagi kau K.O la. Dia melepaskan side kick kirinya. Heh bole gune kaki kiri? Ingat dah lupa ada satu lagi kaki. Laju aku mengelak dan menangkap kaki kirinya. Belum sempat aku ingin menyelak kaki kanannya dia melepaskan tumbukan. Kali ni situasi aku sama macam Riana. Dia tumbuk aku di bahagian muka.

  Aku jatuh. Mata aku sakit. Haish minah Thailand ni la. Aku memegang bahagian mata kanan aku. Dia tumbuk aku dengan tangan kirinya. Tepat mengenai mata aku.

  Aku melihat tangan aku kerana merasakan seperti ada cecair yang mengalir. Darah. Medic pantas mendapatkan aku. Mata kanan aku susah untuk dibuka.

  Riana pov...

  Tangan kiri Thailand tu menumbuk tepat ke muka Fatin. Aku jadi terkedu. Dia dah la demam. Weh. Aku harap tak teruk. Banyaknye darah. Alahai. Macam mana ni. Medic pantas mendapatkan Fatin.

  Dia memegang mata kanannya. Ni la risiko kalau main sukan macam ni. Bahaya tu ada. Aku berjalan laju menuju ke arah Nurul.

  "weh kau tukar dengan aku. Biar aku jadi pelepas Fatin." pinta aku. Nurul hanga mengangguk dan memberikan bengkong oren kepada aku. Aku dah memang pakai baju silat dah. Cuma aku cover dengan sweater sbb aku tak nak jadi pelepas Fatin tadi.

  Aku lihat Fatin masih terbaring tapi dia tak pengsan pun. Medic tengah membantunya untuk memberhentikan darah. Wasit berkumpul untuk memberikan laporan. Screen besar jugak mengulang tayang peristiwa tadi. Memang jelas salahnya pada Thailand. Aku berharap Fatin okay la.

  Medic memberi tahu Fatin yang Fatin boleh meneruskan perlawanan. Fatin melangkah menghampiri kami. Coach melihat mata belah kanan Fatin. Dia juga memandang aku sekilas.

  "kamu bole lagi ke ni?" soal coach. Fatin hanya mengangguk. Air aku suakan ke arah dia. Fatin mengambil dan meneguknya sedikit.

  "jaga bahagian muka." jelas coach. Fatin mengangguk. Botol air tadi diserahkan kembali kepada aku dan memasuki gelanggang semula. Wasit memberikan keputusan bahawa Thailand yang melakukan kesalahan. Wasit menolak markah Thailand atas kesalahan yang di lakukan.

  Fatin pov...

  Aku menarik nafas. Mata kanan aku dah kabur. Susah sikit sebab mnghalang penglihatan aku. Darah aku dapat rasakan yang ia masih mengalir.

  Tak gune kau Thailand. Kau betul nak mintak K.O ni. Kau memang meminta aku main kasar yang sangat sangat kasar.

  Aku melangkah menghampiri dia. Kali ni dia hanya menunggu. Ye la. Menunggu kena pukul dengan aku. Aku memulakan serangan dengan acahan kaki kiri. Dia silap langkah sebab ingin menangkap. Tapi dia tangkap angin. Kaki kiri aku tak di sepakkan terus ke dia. Tapi sebaliknya kaki kanan aku sepak layang direct kena tepat ke bahagian rusuk kirinya. Dia ke belakang sedikit tapi aku tak memberikan peluang untuk dia berehat. Aku melepaskan lagi sepakan front kick kiri aku dengan momentum yang kuat. Dia jatuh tergolek ke belakang sampai terkeluar dari gelanggang.

  Terkejut satu hall tu dengan serangan aku.

  Rafiq pov...

  Aku tersenyum. Heh.

  "perangai setan Fatin dalam gelanggang tu dah keluar dh. Mula la kena rasuk budak ni. Heh. Habis la Thailand. Tak lama lagi K.O la tu." kata aku agak kuat sampai satu teammate aku dengar.

  "er. Maksud kau ape weh?"soal Nurul.

  "aku dah 5 tahun kenal Fatin tu. Haha. Time macam ni jarang berlaku. Tapi kalau dia dah sepak budak Thailand tu sampai macam tu, maksudnya dia btl btl tengah bengang la tu. Kau tengok la nanti. Banyak benda gile lagi dia boleh buat." jelas aku. Satu team terdiam. Lol. Korang tak kenal lagi Fatin tu macam mana. Sekali dia mengamuk dalam gelanggang, tu bukan Fatin dah tu. Tu Qarin dia. Hahah.

  Fatin pov...

  Aku mengambil tempat aku. Screen besar aku dah tak hiraukan. Yang penting sekarang ni aku nak hit budak ni. Main kurang ajar sangat. Ha meh sini aku ajar sikit.

  Suara sorakan di hall semakin kuat. Ape lagi? Membara la semangat aku.

  Thailand tu dah tak berani nak menghampiri aku. Tangan dia sesekali memegang bahagian rusuk kirinya. Aku dah nampak titik kelemahannya. Rusuk kiri dia.

  Banyak idea gila yang aku dah fikir. Wisel ditiup menandakan masa untuk round ke 2 tamat. Aku berjalan laju menuju ke arah coach. Kepala aku agak sakit. Tapi aku gagahkan lagi untuk berlawan.

  Riana mengelap peluh. Sesekali dia pegang di bahagian luka aku.

  "aduh." aku menahan sakit.

  "sorry. Sakit ke?" soal Riana. Aku hanya mengangguk.

  "masih boleh main lagi Fatin?" soal coach. Aku mengangguk. Riana menghulurkan air. Aku meneguknya laju. Fokus aku bukan lagi tertumpu pada Rania. Yang hanya aku fikir adalah untuk tamatkan dengan Thailand tu.

  "Fatin, apa pun jadi. Kawal emosi kamu. Jangan terlalu marah sampaikan buat kesilapan." nasihat coach. Heh. Aku mengangguk. Aku faham. Kadang kadang orang tak dapat nak kawal emosi kalau dalam keadaan macam ni.

  Mata aku jujur tengah sepet sebelah ni. Mata kanan aku memang susah untuk aku buka. Nafas aku dah kembali seperti biasa. Kalau aku cuba bukak pun, mata kanan aku ni kabur. Bahagian bawah mata kanan aku yang berdarah. Luka akibat daripada tumbukan si tak guna tu.

  Wasit memanggil kami untuk masuk kembali ke dalam gelanggang. Aku mengambil tempat aku dan bersedia. Kali ni aku menarik nafas sambil menutup kedua dua belah kata aku. Aku membuka kembali mata aku.

  "Mulai!" kata wasit memulakan perlawanan kami. Aku tenangkan diri dan menarik nafas. Aku tahu rusuk kiri dia tengah sakit. Alang alang dah sakit tu. Biar la sakit terus. Heh. Dia tidak berganjak. Takut agaknya. Jadi aku memilih untuk merapatinya.

  Langkah aku buka satu persatu. Hall masa tu jadi sangat diam. Fokus dengan round terakhir kami. Aku melepaskan direct front kaki kanan aku. Kali ni mengenai dadanya. Dia tidak dapat menangkapnya kerana dia terkebelakang. Hampir terkeluar dari garisan gelanggang. Laju dia mengawal langkahnya. Dia sekali lagi memegang rusuk kirinya.

  Aku dapat idea teruk aku. Heh. Bersedia je la. Kini aku melangkah ke arahnya. Tenang. Tak perlu rushing. Dia pun kali ni berani untuk menghampiri aku.

  Dia memulakan serangan dengan side kick kirinya. Tapi aku lebih pantas dari dia. Aku mengelak. Belum sempat aku ingin membalas serangan, tangan dia sekali lagi hinggap di wajah aku. Terjatuh lagi aku.

  Apehal Thailand ni?!! Sakit tau tak! Macam tak ada tempat lain nak tumbuk. Kali ni kena di bahagian bibir kiri aku. Berdarah lagi. Masa ni aku seakan akan tidak mampu bangun. Medic mendapatkan aku. Kepala aku kembali berpinar.

  Wasit berkumpul untuk memberikan laporan. Aku masih terbaring.

  "boooo!!" bergema satu dewan mengejek Thailand. Apa yang dilakukannya tadi memang salah. Tak patut tangn dia dilepaskan ke muka aku.

  Yang aku nampak masa tu hanyalah cahaya dari lampu dewan. Kepala aku berdenyut kuat sangat. Medic masih membantu aku. Nafas aku cuba aturkan kembali. Aku terus terdiam.

Ape korang rasa kalau korang dekat tempat Fatin? Mesti bengang kan? Okay readers! Teruskan membaca untuk tahu pengakhiran perlawanan Fatin ni!

  Jangan lupa vote and comment 💕

Continue Reading

You'll Also Like

11.3K 696 22
mengisahkan tentang seorang gadis yang bekerja sebagai CEO COMPANY ayahnya iaitu Dato Borhan. Sofea Adriana adalah anak kepada Dato Borhan Sofea ber...
320K 17.2K 49
Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17...
4.6K 162 17
GxG ! Yin - seorang yang baik hati dan lemah lembut tetapi sikapnya yang suka merajuk dan selalu menyalahkan pasangannya itu sangat teruk. ⫘ Rika - s...