CHS 24

1.3K 50 0
                                    

Amira pov...

  Doktor melangkah keluar dari bilik kecemasan. Kami semua mendapatkan doktor.

  "doktor macam mana keadaan anak saya?" soal papa. Jelas riak risau terpamer di wajahnya.

  "Fatin dah tak boleh bertahan dah. Dia perlukan penderma. Saya masih mencari penderma untuk dia. Pihak hospital masih tak dapat mana mana penderma buat masa sekarang." balas doktor.

  "doktor tak ada cara lain ke?" soal abang pula. Doktor Intan hanya menggeleng.

  "saya dah jumpe penderma." kata satu suara. Kami semua terdiam. Papa dengan abang paling terkedu. Aku melihat dia. Ye dia!

  "er.. Atiyyah? Awak betul ke ni?" soal doktor Intan.

  "benda ni bukan main main pun. Cepat sediakan bilik pembedahan. Saya doktor dari Singapore. Saya akan turut terlibat." balas perempuan yang bernama Atiyyah itu. Kami masih terdiam.

  "eh kau jangan nak sakitkan Fatin eh. Kalau a-"

  "dia tu adik aku jugak. Aku tahu la." balas Atiyyah. Lama sangat susuk tubuh dia tidak kami lihat. Malah khabar berita dari dia pun kami tak dapat. 6 tahun kau pergi. Hari ni kau balik?

  Flasback...

   Atiyyah mengemas barang barangnya. Ye dia nak keluar dari rumah ni.

" kau jangan pernah jejak kaki dalam rumah ni dah! Kalau kau nak teruskan kerja kotor kau kat luar tu kau teruskan. Tapi jangan ingat keluarga ni terima kau dah." suara abang jelas marah. Mana tidaknya. Atiyyah baru sahaja berumur 16 tahun masa ni. Tapi sudah terlibat dalam geng kongsi gelap.

" angah. Please jangan pergi. Angah stop la buat kerja tu semua. Lupakan semua kita mulakan hidup baru tau angah? " suara Fatin serak menahan sebak. Mana tidaknya kakak yang paling dia sayang mahu tinggalkan rumah.

  "Fatin. Jaga diri. Jaga adik, abang dengan papa. Buat diorang bangga dan happy dengan Fatin tau." balas Atiyyah. Fatin menarik tangan Atiyyah.

  "aku tak kesah abang buang kau dari family ni. Tapi aku tak pernah buang kau. Ingat tu sampai bila bila angah." balas Fatin. Sebenarnya Atiyyah dengan Fatin ni twin. Mereka sangat rapat. Tapi personaliti diorang ni berbeza. Atiyyah tetap keluar dari rumah dan menaiki kereta hitam yang menunggunya di luar. Fatin menangis teresak esak.

  Amira hanya terdiam. Dia masih tak faham. Tapi dia dapat rasakan kesedihan juga. Fatin pantas memeluk Amira.

  "tak payah nak sedih sangat la Fatin. Kakak kau tu dia tak sedar lagi apa dia buat." kata abang. Papa pun hanya berdiam diri. Kami semua terkesan dengan apa yang berlaku pada Atiyyah.

  End flashback...

  Kami masih menunggu di luar. Aku masih tertanya tanya. Atiyyah? Doktor?? Tpi macam mana. Sejak dia tinggalkan keluarga kami dia tak pernah kembali. Kenapa hari ni baru dia muncul?

  "hish abang tak percaya la Atiyyah tu!" abang dah tak sabar. Dia bangun dari duduk. Pantas aku menarik tangan abang sebelum dia buat tindakan yang bukan bukan.

  "suda la abang. Ada hikmah kenapa kak Ngah datang balik. Sabar la. Benda dah lama lepas. Lupakan la sekejap." kata aku. Kalau ikutkan hati aku. Aku oun bengang dengan apa yang kak ngah buat dulu. Tapi tu semua cerita dulu. Semuanya boleh berubah sekelip mata. Abang melepaskan nafas berat. Dia kembali duduk. 2 jam kami menunggu di luar. Dan akhirnya Atiyyah dan doktor Intan keluar. Dah memang confirm la kak Intan dengan Atiyyah ni kenal. Satu sekolah menengah dulu.

Cinta Hanya Sementara✅Where stories live. Discover now