The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

887K 56K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

35

9K 956 107
By izkhai

-The worst feeling is saying
goodbye to someone you want
to spend every minute with-

Lucas, Theo, Ethan dan Jayden melangkah keluar dari bilik pengetua. Begitu juga enam orang pelajar lelaki semalam. Enam orang pelajar itu berlalu pergi.

"Kau orang." Hazel mendapatkan sahabat-sahabatnya itu. Lucas dan Theo menarik senyuman.

"Hai, Hazel. Dah balik sekolah baru jumpa." ujar Lucas. Ditarik pipi Hazel perlahan.

"Kau dah okey, ke? Tak demam, kan?" tanya Theo.

Hazel mengangguk.

"Dah okey. Tak demam pun." Hazel memandang Ethan dan Jayden. Ethan hanya diam. Jayden juga begitu.

"Kenapa kau orang kena panggil masuk bilik Mr. Freddie?" tanya Hazel ingin tahu. Dipandang satu persatu wajah empat jejaka itu.

"Err kita orang..." Theo hilang kata. Hazel memandang Theo.

"Sebab semalam, ke? Kau orang kena gantung, ke?" tanya Hazel.

Lucas mengeluh lalu mengangguk kepala.

"Semuanya salah aku. Kalaulah aku pandai berenang."

"Tak, Hazel! Bukan salah kau!" Theo memegang bahu Hazel. Hazel menunduk. Disebabkan dia, empat jejaka itu bergaduh demi menyelamatkannya.

"Hazel jangan salahkan diri kau. Kau tak salah." ujar Jayden.

Hazel mengangkat wajahnya. Dia rasa serba salah. Semuanya salahnya.

"Aku nak balik." kata Hazel perlahan.

"Kita orang hantar." ujar Lucas. Hazel menggelengkan kepalanya.

"Aku nak balik jalan kaki."

"Kita orang teman." ujar Theo pula. Hazel menggelengkan kepalanya.

"Kau orang balik saja. Aku nak sseorang-seorang." balas Hazel.

Empat jejaka itu memandang Hazel. Mereka tahu Hazel pasti menyalahkan diri sendiri.

"Balik saja." Hazel berpaling memandang lain.

"Bye, Hazel." Lucas dan Theo berlalu pergi.

"Take care, Hazel. Jangan salahkan diri kau. Kau tak salah pun." pesan Jayden. Diusap kepala Hazel sebelum berlalu pergi.

Hazel memandang Ethan. Ethan mengangkat tangan melambai sahaja. Hazel membalas lambaian. Dia memandang figura empat jejaka itu berlalu pergi.

"Dah lama tak jumpa Lya." gumam Hazel perlahan. Telefonnya dikeluarkan. Sejak semalam dia tidak bermain dengan telefonnya.

Dia menekan lama sedikit punat on. Ambil masa beberapa saat barulah terpacul skrin kunci di skrin telefonnya.

Terdapat panggilan terlepas daripada Antalya sebanyak dua kali. Beberapa mesej juga dihantar dari semalam. Semuanya mengatakan Antalya ingin berjumpa dengannya.

"Lya. Kenapa ini?" tanya Hazel kepada diri sendiri. Dia cuba membuat panggilan tetapi telefon Antalya mati.

Hazel berjalan menuju ke perkarangan sekolah. Sempat dia melihat ke tempat letak motor. Motor berkuasa tinggi milik sahabat-sahabatnya itu sudah tiada. Mereka sudah pulang.

Hazel berlari menuju ke rumah Antalya. Dia risaukan Antalya. Mereka sudah jarang berjumpa. Dia pasti ada sesuatu yang disorokkan Antalya. Dia pasti Antalya ingin berkongsi sesuatu dengannya.

"Aunty." tegur Hazel apabila dia terserempak dengan Puan Amy di hadapan rumah Antalya.

"Hazel nak jumpa Lya, ke?" tanya Puan Amy.

Hazel mengangguk. Puan Amy memandang tingkat atas rumah teres itu. Hazel turut memandang. Bilik Antalya gelap.

"Dari semalam sejak balik sekolah dia tak keluar bilik. Dia tak kasih aunty masuk bilik dia. Aunty ada juga dengar dia menjerit tapi bila aunty suruh Lya buka pintu dia tak buka." ujar Puan Amy dengan sayu.

"Aunty jangan risau, okey? Biar Hazel cakap dengan Lya." Tangan Puan Amy diusap. Puan Amy mengangguk lalu tersenyum nipis.

"Aunty nak pergi kedai sekejap. Nak beli barang dapur." Hazel mengangguk.

"Hati-hati" pesan Hazel. Dia memandang figura Puan Amy. Hazel masuk ke dalam rumah Antalya.

Dia menuju ke tingkat atas. Gelap sahaja tingkat atas itu. Pasti Puan Amy terlupa untuk menyelak langsir di tingkat 2 itu.

Diselak langsir agar cahaya menerjah masuk ke dalam rumah itu. Hazel berjalan ke pintu bilik Antalya.

"Lya." Diketuk beberapa kali tetapi tiada jawapan.

"Lya." Masih tiada jawapan. Dia teringat kata-kata Puan Amy. Antalya tidak keluar dari bilik sejak semalam.

"Kau okey tak, Lya?" tanya Hazel. Sunyi. Tiada jawapan. Hazel sudah risau.

"Jawab, Lya. Jangan buat aku risau." kata Hazel lagi. Tetap tiada jawapan. Hanya terdengar bunyi burung yang berkicauan di luar rumah sahaja.

Hazel teringat sesuatu. Begnya disandarkan di dinding. Dia menunduk lalu tikar getah di bahagian tepi pintu berdekatan dinding diselak. Terdapat satu kunci di situ.

Itu adalah kunci bilik Antalya. Tidak ada sesiapa tahu termasuk Puan Amy. Antalya juga tidak tahu bahawa Hazel tahu dia menyorokkan kunci di situ.

Dimasukkan kunci di tombol pintu lalu diputar ke kanan. Bunyi pintu yang terkunci terbuka. Dia memulas tombol pintu.

"Lya." Hazel tergamam. Tangannya menggigil perlahan. Kunci jatuh dari dalam pegangannya.

"Lya! No!" Air matanya laju mengalir memandang Antalya.

Puan Amy sedang memilih barang tetapi satu apa pun tidak diambilnya. Fikirannya melayang mengenangkan Antalya. Dia risau.

Puan Amy memegang dadanya. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati. Dia teringat anak gadisnya itu.

Telefonnya berbunyi nyaring. Nama Hazel terpapar di skrin. Bertambah rasa tidak sedap hatinya. Panggilan Hazel di jawab.

"Aunty."

"Hazel kenapa ini? Jangan buat aunty risau." Risau Puan Amy apabila mendengar esakan Hazel di hujung talian.

"Aunty. Lya, aunty."

Berdegup kencang jantung Puan Amy. Peluh mengalir di dahinya. Dia jadi bertambah risau.

"Kenapa dengan Lya, Hazel? Bagitahu aunty. Kenapa Hazel menangis macam ini?"

"Lya bunuh diri."

Puan Amy tergamam. Panggilan dimatikan. Matanya mengalirkan air mata. Dunia bagai berpusing hebat. Lututnya menjadi lemah. Dia cuba mengimbangkan dirinya. Cepat-cepat dia berlari menuju ke rumahnya.

Hazel meletakkan kepala Antalya di atas pehanya. Terlihat jelas bekas jerutan tali di leher Antalya.

Dengan susah payah tadi dia menurunkan Antalya yang menggantungkan diri.

"Antalya, please. Jangan tinggalkan aku. Aku minta maaf sebab tak jawab call kau. Aku minta maaf." Hazel menangis teresak-esak. Dia memeluk Antalya.

"Aku ada masalah. Aku nak cerita dengan kau tapi aku tak sempat. Antalya tolonglah sedar."

"Kenapa kau bunuh diri, Lya? Kau tak sayang aku, ke? Kita kawan, kan?"

"Lya kenapa? Kenapa kau pilih nak bunuh diri? Kenapa kau tak bagitahu masalah kau dekat aku?"

"Lya. Kenapa, Lya?"

"Aku perlukan kau, Lya. Kau dah janji dengan aku setiap tahun kita akan sambut birthday sama-sama."

"Kau dah janji dengan aku, Antalya. Takkan kau nak mungkir janji." Hazel menangis teresak-esak.

"Semua salah aku, Lya. Aku tak tengok langsung phone aku. Kalau tak mesti aku sempat jumpa kau. Kalau tak mesti aku sempat tahu masalah kau. Kalau tak mesti kau hidup lagi. Semua salah aku, Lya"

"Kenapa Lya? Kenapa kau tinggalkan aku, Lya?"

"Lya!" Puan Amy memeluk tubuh kaku Antalya. Tiada lagi rombakan di dada itu. Kaku tidak bernyawa.

"Lya. Kenapa buat ibu macam ini, Lya? Kenapa Lya? Lya tak sayang ibu, ke?" Puan Amy menangis teresak-esak. Terduduk dia di atas lantai.

Sayu. Cukup sayu. Mereka sudah kehilangan seorang gadis yang begitu berharga di dalam hidup mereka.

"Aunty." Hazel memeluk tubuh Puan Amy. Puan Amy menangis di dalam pelukan Hazel.

"Anak aunty, Hazel. Lya, Hazel. Lya dah tak ada. Lya. Kenapa buat ibu macam ini?" Hazel menangis mendengar kata-kata Puan Amy.

Lucas, Theo, Ethan dan Jayden mendiamkan diri sahaja sejak sampai di rumah Ethan tadi. Masing-masing memikirkan tentang Hazel.

Mereka sekarang digantung sekolah selama seminggu. Apa yang akan jadi dengan Hazel apabila mereka tiada bersamanya selama seminggu ini?

Telefon Jayden berdering. Dia mencapai telefonnya. Terpapar nama Hazel di skrin telefonnya. Segera dia menjawab panggilan.

"Jay."

"Hazel. Kenapa ini?" tanya Jayden risau apabila mendengar esakan Hazel. Tiga pasang mata tertumpu ke arah Jayden apabila jejaka itu menyebut nama Hazel.

"Lya dah tak ada."

"Kau dekat mana ini?"

"Hospital."

"Tunggu situ. Kita orang datang." Jayden bangkit berdiri.

"Kita pergi hospital. Hazel dekat sana.
Antalya dah tak ada."

"What?" Theo terkejut. Empat jejaka itu bangkit berdiri. Masing-masing tergesa-gesa menuju ke pintu rumah.

"Bawa helmet lebih." pesan Jayden kepada Ethan.

Ethan mengangguk. Sempat dia mencapai helmetnya yang lagi satu. Semua memecut laju menuju ke hospital. Mereka masuk ke dalam hospital.

"Ethan kau ada pasang GPS dekat phone Hazel, kan?" tanya Jayden. Ethan mengangguk. Ethan membuka telefonnya untuk melihat keberadaan Hazel.

Terlihat di skrin telefon itu gambar Lucas, Theo dan Jayden yang berada bersamanya iaitu titik merah. Gambar Hazel sahaja yang jauh dari mereka. Gambar kedua ibu bapanya turut ada.

Mereka berempat menuju ke bilik mayat kerana Hazel berada di situ. Terlihat Hazel yang duduk menunduk menekup wajahnya.

Jayden melutut di hadapan Hazel. Dia risau. Ethan dan Theo mengambil tempat duduk di kiri dan kanan Hazel. Hanya Lucas yang berdiri.

"Hazel." Pergelangan tangan Hazel dipegang.

"Jay." Hazel menangis teresak-esak.

Jayden mengambil tindakan memeluk Hazel. Ingin menenangkan gadis itu. Ditepuk belakang badan Hazel.

"Don't cry." bisik Jayden perlahan.

Ethan pula mengusap rambut Hazel. Lucas dan Theo memandang sayu Hazel.

"Semuanya salah aku." rintih Hazel.

"Kalau...kalau aku aku jawab call Lya mesti dia tak bunuh diri. Semua salah aku."

"Semuanya salah aku." rintih Hazel.

"Bukan salah kau."

Hazel memandang gambar Antalya yang terdapat di pusara Antalya itu. Sekuntum bunga daisy putih diletakkan di atas pusara itu.

Dia teringat Antalya pernah mengatakan bahawa di menyukai bunga daisy berwarna putih. Mereka menyukai bunga yang sama.

"Aku minta maaf, Lya." ucap Hazel perlahan. Air matanya mengalir di pipi.

"Hazel." Hazel memandang punca suara
itu. Dia bertindak memeluk tubuh itu.

"Hazel minta maaf, aunty. Kalau lah Hazel jawab call Lya. Kalau lah Hazel cepat."

"Tak. Bukan salah Hazel. Hazel tak salah sayang. Jangan salahkan diri Hazel. Ini pilihan Lya. Kita kena hormat pilihan dia." pujuk Puan Amy.

Pelukan dilepaskan. Diseka air mata Hazel.

"Hazel balik dulu." pamit Hazel. Puan Amy mengangguk dengan senyuman nipis.

Hazel melangkah pergi. Matanya tidak henti mengalirkan air mata. Satu-satunya kawan perempuannya itu sudah pergi.

Dia mengambil tempat duduk di kerusi batu di taman berdekatan. Dia menangis teresak-esak. Empat jejaka itu memandang Hazel sayu. Sejak tadi mereka berempat mengekori gadis itu.

"Aku dah kena balik." kata Lucas. Peraturan di rumahnya itu, semua perlu pulang sebelum menginjak ke angka 8 malam iaitu waktu makan malam di rumah itu.

Lucas pasti dia akan dimarahi kedua ibu bapanya kerana sekarang sudah menginjak ke angka 9 malam.

"Okey."

"Aku pun dah kena balik. Mommy dah bising. Dia dah tahu aku kena gantung sekolah." Theo turut berlalu pergi.

"Kau, Jay?" tanya Ethan. Bibirnya pecah akibat pergaduhan semalam sebab itu hari ini dia tidak banyak bercakap. Pedih setiap kali dia membuka mulut.

Jayden mengangguk lemah. Dia ingin menemani Hazel waktu ini tetapi adiknya sedang demam di rumah dan tiada sesiapa yang menjaganya.

"Kau stay dengan Hazel. Apa-apa call aku."

Ethan mengangguk. Nasib sahaja kedua ibu bapanya outstation.

Bahu Ethan ditepuk sebelum Jayden berlalu pergi. Dia memandang Hazel buat kali terakhir sebelum melangkah pergi.

Ethan memandang Hazel. Dia mengeluh perlahan melihat Hazel yang masih menangis.

Dia mengambil tempat duduk di kerusi batu betul-betul di belakang kerusi batu Hazel. Dia duduk betul-betul di belakang Hazel. Cuma dia membelakangi sahabatnya itu.

Jejaka itu hanya diam sahaja mendengar esakan Hazel. Dia ingin memberi gadis itu ruang melepaskan kesedihannya. Kepala didongak memandang langit yang sudah gelap.

Segala urusan mayat untuk ditanam dibuat awal. Segalanya dipercepatkan oleh Puan Amy. Sekarang sudah menginjak malam.

Haaa siapa menangis? Baik mengaku😂 Terlebih emotional part ini. Confirm ada yang menangis ini.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 79.8K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
SELINDUNG✔ By Aîm

Mystery / Thriller

191K 20.2K 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pad...
12.5K 1.7K 16
Teen Fiction ' Humor | on going Season 2 || The Stupidos Series ••• Luke Harvey - Dia seorang lelaki yang mempunyai gaya hidup bebas. Merokok, pergi...
167K 6.2K 31
Start : 20 Dec 2019 End : 7 Jun 2020 Status : Completed PUTERI ALICE ERYNN DANIELLE, Seorang Yang Tegas, Pendiam Dan Tidak Suka Berkawan. Memang Dari...