[OG] Seindah Takdir Cinta

By Sya_Qierah

12.4K 683 257

Seorang jejaka berjaya mematahkan hati setiap perempuan yang menjadi mainannya, ia digelar 'PLAYBOY'. Gelaran... More

BAB || 01
BAB || 02
BAB || 03
BAB || 04
BAB || 05
BAB || 06
ANNOUNCEMENT
BAB || 07
BAB || 08
BAB || 10

BAB || 09

888 36 18
By Sya_Qierah

-•-•-•-

Sudah tiba waktu makan tengah hari bagi semua pekerja di RD's Holdings termasuklah Ryan Dilan sendiri. Kaki diatur menuju ke arah lif. Dia ingin masuk, namun lif tersebut terlalu padat. Jadi, dia menunggu lif yang kedua.

Ryan bersiul-siul halus sambil bersandar pada dinding. Jam yang terletak kemas pada pergelangan tangannya dilihat kejap. Jam baru menunjukkan pukul 1:05 tengah hari. Masih banyak lagi masa rehat yang dia ada.

"Hei, Di!" kedengaran satu suara memanggil Ryan dari jauh. Jejaka itu pantas menoleh dan susuk tubuh Danial yang sedang berlari-lari anak menghampiri Ryan.

Danial yang masih memakai kot pada tubuhnya itu membuatkan Ryan naik rimas melihat kawannya itu. Sementara dirinya hanya berkemeja lengan panjang saja. Tak sanggup nak berpanas dengan kot hitam tu!

"Eh, yang kau ni tak panas ke pakai benda tebal ni? Rimas aku tengok." Ryan menjeling lembut kawannya yang disebelah itu. Danial tersengih sambil tangannya melonggarkan tali leher yang dipakainya.

"Ni, kau nak lunch ke?" Mereka berdua mula masuk ke dalam lif setelah pintunya terbuka. Ryan menekan butan 'G' menandakan dia hendak turun ke aras paling bawah sekali.

"Tak lah. Nak dinner." jawapan sinis dari Ryan sedikitpun tidak mengoyakkan hati Danial. Maklumlah, dia sudah terbiasa dengan perangai Ryan yang sememangnya boleh menguji kesabaran.

"Aku join kau lah. Kau drive tau? Hari ni aku terlalu malas nak drive." ujar Danial dengan penuh selamba. Langkahnya dilajukan lagi agar dia berjalan seiring dengan Ryan.

"Amboi! Bukan main! Siapa yang CEO sekarang ni, aku ke kau?" Ryan menayang muka tidak puas hati.

"Takkan dengan member sendiri pun kena berkira? Apa lah bro.." Danial tergelak melihat wajah Ryan yang sedikit keruh itu. Lucu dengan perangai 'gedik' si Ryan.

"Ah, kisah apa aku? Member tak member, ada kereta drive sendiri." semakin laju Ryan berjalan meninggalkan Danial yang sudah terkekeh-kekeh ketawa di belakang.

Pantas saja jejaka itu mengejar Ryan. "Aduh, relax lah. Tak boleh chill lah kau!" kata Danial bersama sisa tawanya.

Payah betul kalau dapat kawan yang berkira ni.

-•-•-•-

Jus oren berserta teh limau ais telah siap dihidangkan di hadapan Ryan dan Danial. Tinggal makanan saja yang belum sampai. Gelas tinggi yang berisi jus oren itu Ryan tarik perlahan agar dekat dengannya.

"Hah, kau pergi mana semalam? Aku nak lepak kat penthouse kau tapi kau tak ada. Kau balik rumah papa kau ke?" Danial mula membuka bicara.

Teh limau ais yang dipesannya tadi dia hirup. Disebabkan dia rasa panas, Danial terpaksa membuka kotnya lalu diletakkan pada kerusi kosong yang ada di sebelahnya.

"Aku kat rumah lain." Ryan menggaru hujung keningnya yang terasa gatal. Terbubtang terus biji mata Danial apabila Ryan menjawab soalannya.

"What? Rumah baru?"

Ryan mengangguk. "Alaa kau ni pun. Aku beli rumah baru je, bukannya beli istana. Tak payahlah tayang muka terkejut beruk kau tu."

Seorang pelayan menghampiri meja mereka lalu memberi makanan yang telah dipesan tadi. Danial dan Ryan terus mengucapkan terima kasih sebelum pelayan itu berlalu pergi.

"Wait...Kenapa kau beli--"

Ryan dengan pantas memotong percakapan Danial. "Aku beli saja-saja. Bosan lah duduk penthouse tu."

"Kat mana, bro? Bawa lah aku. Nak tengok juga rumah baru kau." pinta Danial. Nasi yang berlaukkan sambal ikan sembilang berlada itu disuap masuk ke dalam mulut.

Fuh, nikmat dan kesedapannya memang tak terkata.

"Err.."

Danial memandang Ryan sekilas. Jejaka itu macam teragak-agak untuk memberikan jawapan.

"Laa, takkan tak boleh kut? Kau banyak berkira dengan aku kan sekarang ni?" belum lagi mendapat apa-apa jawapan dari Ryan, Danial pula terus mencelah.

Mahu saja Ryan pukul si Danial tu. Tak habis-habis dengan berkiranya. Memang dah tak ada modal lain ke nak buat dia rasa serba salah?

"Bukan tak boleh lah, bengap! Rumah aku tu tengah renovate. Kau nak tolong sekali ke? Nanti bila dah siap, kau nak tidur kat situ pun aku tak kisah." Ryan mula melancarkan serangan mulut lasernya.

Padahal, ada alasan lain yang tersembunyi. Bukannya dia tak mahu Danial bersidai di rumahnya, tapi Danial tu pantang nampak perempuan lawa. Kalau boleh semua dia nak sapu.

Dah lah perempuan sesat kat rumah tu boleh tahan cantiknya.

Eh, aku cemburu ke? Ryan pantas menidakkan apa yang terbisik di hatinya. Cemburu? Memang tak lah!

"Dah, cepatlah makan! Aku ada banyak report nak kena check tu." gesa Ryan sambil mempercepatkan pergerakannya. Begitu juga Danial.

Tak mahu membuang masa lagi, banyak perkara yang harus diselesaikan kat pejabat.

-•-•-•-

Rambut yang masih basah itu Zahirah keringkannya dengan menggunakan tuala kecil putih. Baju baru yang Ryan belikan untuknya itu selesa dipakai. Kainnya lembut dan memeri.

Jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 9 malam. Tapi, dari pagi sampai sekarang perutnya masih tidak diisi oleh apa-apa makanan. Dirinya seolah-olah berpuasa sepenuh hari.

Nak makan roti, tapi tinggal plastik je. Jadinya, minum je lah susu yang ada dalam peti ais itu. Agak-agaknya kalau lelaki itu tahu yang Zahirah minum sedikit susu segar itu, kena marah kah dia?

"Alaa, susu je. Takkan tu pun kedekut kan?" bibirnya dicebik sambil kedua bahunya terangkat.

Krukk...krukk

Itu bunyi perut Zahirah yang minta diisi. Dengan penuh rasa malas, tudung shawl disarungkan kerana ingin menyelongkar dapur rumah ini. Mana lah tahu ada makanan yang dia terlepas pandang kan?

Jadi lah untuk alas perut. Lapar-lapar mana boleh tidur.

Sebaik saja pintunya dibuka, hampir terlepas jeritan nyaring Zahirah apabila melihat susuk tubuh yang tinggi darinya sedang berdiri di hadapan pintu bilik.

"Encik ni kenapa? Terkejut orang tau." dadanya diurut perlahan. Kalau dia ada penyakit jantung, mungkin arwah dah dia sekarang ni.

Ryan hanya menayang riak wajah garang bagaikan seekor singa yang mahu membaham mangsanya.

"Makanan mana?" soal Ryan dingin. Nada suaranya yang ingin meletup cuba dikawal sehabis baik.

"Makanan apa?" Zahirah yang sedikit blur dengan soalan Ryan hanya tenung saja wajah garang itu.

Makanan apa? Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Aih, ini memang mencabar kesabaran!

Sabar, Ryan. Sabar.

"Kau duduk rumah ni memang membuta 24 jam ke apa?" soal Ryan lagi, dia cuba bersabar.

"Maksud encik?"

"Kau tak masak ke?" Ryan ketap kedua belah bibirnya. Kalau boleh, nak dilambung saja gadis bertubuh kecil itu.

"Nak masak macam mana kalau satu bahan pun tak ada? Encik, dari pagi ni saya minum susu dalam fridge tu je tau. Kat dapur tu langsung tak ada makanan. Dah tu saya nak makan apa?" setelah faham apa yang Ryan tanyakan, kini giliran Zahirah mula menjawab.

Ryan melonggarkan tali lehernya lalu melepaskan dari kolar kemejanya itu. Dua butang kemeja yang teratas dia buka.

"Dah tau tak ada makanan, keluar lah! Beli makanan! Takkan itu pun aku kena suruh?!" Ryan mula meninggikan suaranya. Kesabaran yang ada dalam diri sudah kian menipis.

Zahirah pula yang terkedu. Tanpa angin tanpa ribut, dia dimarah.

"Encik yang tak bagi saya keluar. Jadi saya nak buat apa?" Zahirah cuba mengawal emosinya. Dia adalah jenis orang yang tak boleh diherdik. Kalau tak, dia menangis di situ.

Tapi disebabkan tidak mahu bertindak kebudak-budakan di hadapan seekor singa, Zahirah terpaksa kentalkan hatinya.

"Alahai, bodoh lah! Benda senang macam ni pun nak kena suruh. Lain kali guna otak! Kalau kau mati dalam rumah ni, aku yang kena soal tau! Nak hidup, pandai-pandai lah survive."

Zahirah tidak dapat menahan air matanya. Jadi, mengalir sudah cecair jernih membasahi pipinya dek kerana ditengking buat kali kedua.

Ryan dengan tanpa rasa bersalahnya terus meninggalkan Zahirah di situ. Mulutnya tak sudah-sudah memarahi Zahirah sehinggalah dia masuk ke dalam biliknya.

"Apa nasib aku, Ya Allah? Dah lah lapar, lepas tu kena tengking pula."

Zahirah melepaskan keluhan panjang sebelum masuk semula ke dalam bilik. Terus tak jadi nak geledah dapur cari makanan.

Kini moodnya melayang habis!

Biadap betul lelaki tu!

+ + +
tbc

Assalamualaikum. How are you today? I hope you're fine <3

This chapter paling banyak words yang Sya guna hahaha. Ambil masa 2 jam juga lah nak taip chapter ni aihh. letih nohhh. Hope you enjoy it!

See you in next chapter!❤








Continue Reading

You'll Also Like

36.5K 1.5K 73
Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepa...
8.8M 577K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
204K 8.7K 80
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
53K 3.5K 41
Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semu...