NOAH VANESSA (Terbit)

By nroseaisyh

98.1K 3.9K 1.7K

Terbitan, Suara Hati Publication. "Burung memerlukan sayap untuk terbang, dan begitu juga saya. Saya perlukan... More

Prologue
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Jilid 1
Jilid 2

Bab 9

1.8K 291 120
By nroseaisyh

You're the best gift from the God.

"Keputusan pemeriksaan isteri awak menunjukkan perkembangan yang cukup baik. Dia ada masalah pencernaan lagi?" soal Vanessa setelah meneliti ke arah keputusan pemeriksaan yang baru diperolehi itu. Kemudian, dia memandang ke arah pasangan suami isteri di hadapannya itu.

"Masalah pencernaan dia sudah kurang, tapi kadang-kadang jadi lagi," ujar si suami bagi pihak isterinya yang bisu itu.

"Itu kesan biasa bagi mereka yang melakukan pembedahan ileostomosis. Lain orang lain kesannya, bergantung kepada tahap kesihatan seseorang tersebut. Isteri encik antara yang beruntung kerana isteri encik tak ada banyak komplikasi lain selepas pembedahan itu dijalankan," ujar Vanessa dan si suami itu tersenyum saja.

"Hani, berikan saya rekod Puan Gina," ujar Vanessa dan jururawat yang berdiri tidak jauh daripada mereka itu mendekati Vanessa dan menyerahkan dokumen berkaitan rekod kesihatan Puan Gina.

"Setakat ini, encik ada masalah dalam menjaga isteri encik? Mungkin dalam hal bawa isteri ke bilik air, atau menukar ileum bag?" ujar Vanessa dan si suami menggeleng kecil.

"Tak ada. Saya langsung tak terbeban menjaga isteri saya," ujar si suami dan memandang si isteri di sebelahnya.

"Malah, saya gembira dan bersyukur kerana saya masih berpeluang memandang dan bersama dengannya," tambah si suami. Kelihatan Puan Gina tersenyum kecil dan wajahnya berubah riak terharu.

Hani di sebelah mereka sudah tersenyum lebar melihat kemesraan mereka berdua.

Manis sungguh!

"Baiklah, itu sudah cukup melegakan. Preskripsi ubat untuk Puan Gina masih sama, kecuali pada ubat pencernaan seperti yang saya katakan tadi. Walaupun ianya memang berkesan, tapi ianya masih mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Kalau boleh, lazimi pemakanan seimbang dan banyakkan minum air kosong dan air bawang putih. Bawang putih ialah antibiotik semulajadi dan sangat berkesan untuk manusia," ujar Vanessa sambil menitipkan nasihat dan dibalas dengan anggukan si suami.

"Baiklah, terima kasih, doktor dan nurse. Sayang, mari," ujar si suami dan memimpin isterinya keluar daripada bilik konsultansi itu. Kemudian, Vanessa menanggalkan steteskop daripada lehernya dan meregangkan bahu.

"Sweetkan mereka berdua, doktor? Walaupun Puan Gina bisu, sakit dan agak leceh untuk dijaga, tapi Encik Niall masih setia dengan Puan Gina. Susah nak jumpa suami macam Encik Niall itu. Kan, doktor?" soal Hani dan setelah melabuhkan punggung di kerusi yang diduduki oleh pasangan suami isteri itu tadi.

Lalu, Vanessa memandang Hani.

"Ya, memang susah nak jumpa suami macam tu," balas Vanessa selepas itu.

"Kan! Untungnya Puan Gina dapat suami sebegitu. Cemburu pula saya. Doktor tak cemburu ke?" soal Hani dan Vanessa memandangnya lagi.

"Tak, saya tak cemburu."

"Kenapa?" Hani membuntangkan matanya.

"Sebab itu rezeki Puan Gina. Tak perlu cemburukan rezeki orang lain, sebab rezeki setiap manusia berlainan dan sudah ditetapkan," balas Vanessa dan Hani tersenyum dengan jawapan Vanessa itu.

"Sebab inilah saya suka jadi incharge nurse Doktor Vanessa untuk consultancy patient," ujar Hani selepas itu. Senyuman di bibirnya melebar.

"Ada pesakit lain lagi ke?" soal Vanessa dan Hani terus menggeleng.

"Tak, dah habis. Puan Gina ialah pesakit terakhir untuk hari ini. Esok kita sambung yang lain," balas Hani dan Vanessa sekadar mengangguk kecil. Lalu, Hani meregangkan badannya dan kemudian, dia terdiam sebentar.

Kesepian menemani mereka buat seketika.

"Sekejap!" Hani menghentak meja secara mengejut sehungga membuatkan Vanessa tersentak dan terus memandang Hani.

"Awak kenapa?" Vanessa terus menyoal.

"Saya rasa minggu depan kita kena ambil consultancy patient untuk Doktor Xander. Maksudnya, dua minggu lah kita kena penat macam ni," ujar Hani dan meraup wajahnya. Vanessa pula sudah mengerutkan dahinya tanda hairan.

"Kenapa pula kita kena ambil patient Doktor Xander?"

"Sebab minggu depan Doktor Xander akan pergi OCP. Jadi, doktor kena ganti dia selama seminggu untuk minggu depan. Penatnya!" ujar Hani dan merebahkan badannya ke kepala kerusi.

Vanessa pula masih tak faham.

"OCP? Apa itu?"

"Doktor tak tahu?" soal Hani dan terus menarik badannya daripada terus bersandar. Kemudian, Vanessa menggeleng.

"OCP itu ialah medan peperangan paling menakutkan untuk resident doctor dan nurse yang belum capai 3 tahun di hospital ini," ujar Hani bernada suara persis filem hantu. Kelihatan Vanessa mengangkat sebelah keningnya.

"Okey, saya serius. OCP itu ialah singkatan kepada Out-city Programme. Seorang profesor doktor dan fellow doctor akan dipilih secara rawak ikut giliran seksyen, manakala resident doctor dan nurse akan dipilih secara rawak daripada pelbagai seksyen dan mereka akan dihantar ke pedalaman untuk rawat pesakit di sana selama seminggu. Selalunya di New Oride, Levin dan Winse. OCP ini diadakan 2 kali setahun, dan yang latest ni dibuat di Winse. Mungkin kali ini di Levin," terang Hani selepas itu.

"Kenapa awak kata ianya menakutkan?" Vanessa soal.

"Sebab OCP ini ialah tempat di mana profesor boleh melakukan sesuka hati dia nak buat apa-apa sekalipun. Selalunya waktu di OCP inilah profesor doktor nak tunjukkan belang dia, suruh itu, suruh ini, doktor lain buat kerja dan dia duduk terbongkang. Dengan alasan yang sama sejak azali, 'Saya dah penat jadi doktor selama berpuluh-puluh tahun. Tak boleh ke saya nak rehat sekejap?' Ha, begitulah ringkasan tentang OCP" ujar Hani dan mengangkat bahunya.

"Awak pernah kena ke dulu?" soal Vanessa.

"Mestilah pernah, doktor. Waktu tu di Levin, kami disuruh cari kayu api waktu subuh sebab nak mandi di homestay itu, airnya sejuk sangat sebab air bukit. Jadi, profesor itu suruh cari kayu api waktu pukul 6 pagi. Sampai sekarang saya ingat muka profesor itu walaupun dia dah tak kerja di sini sebab dah pencen," ujar Hani dengan riak wajahnya yang jelas berasa tidak puas hati. Vanessa tersenyum kecil saja melihat Hani yang becok berbicara itu.

"Tapi homestay di Levin ialah homestay paling selesa di antara ketiga-tiga tempat yang saya sebut tadi. Dia ada dua homestay, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Homestay double-storey, doktor. Cantik! Klinik pula tak jauh daripada homestay itu, berjalan sikit dah sampai. Lepas itu, sungai pun tak jauh sebab bukit belakang homestay itu saja. Cuma satu saja masalahnya, kat sana tak ada line. Langsung habis, kosong, zero," ujar Hani dan membuat bentuk 'o' dengan tangannya. Vanessa tersenyum nipis melihat kesungguhan gadis ini tatkala bercerita.

Meriah sungguh.

"Tapi, bila ingat balik, OCP itulah yang merapatkan hubungan kami dengan seksyen lain. Doktor nak tahu tak..."

"Tak nak. Saya cuma nak tahu, kenapa awak kata Doktor Xander akan pergi OCP tu? Awak kata profesor dipilih secara rawak." Vanessa terus memotong percakapan Hani. Kalau dia tak potong, sampai esok belum tentu habis cerita si Hani ini.

"Oh, ya! Saya terlupa pula nak beritahu. Memanglah profesor dipilih secara rawak, tapi ikut giliran seksyen. Latest punya OCP, Doktor Ryan daripada Jabatan Neurologi yang dipilih dan sekarang ialah jabatan kita, general surgery. Semua dah dapat target yang Doktor Xander akan dipilih kali ini, sebab Doktor Vanessa baru saja masuk minggu lepas, tak mungkin akan dipilih. Itu tanggapan merekalah, saya tak tahu HR akan pilih siapa," ujar Hani panjang lebar dan Vanessa mengangguk kecil.

OCP? Vanessa tak berminat.

That's not her problem.

#

"Apa?" Xander terkejut besar mendengar kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut Ketua James itu. Vanessa yang duduk di hadapannya turut terkejut dan ternganga sedikit.

Dia harap, dia salah dengar tapi, takkan Xander pun silap dengar?

"Apa maksud doktor? HR kata Vanessa akan pergi ke OCP itu? Jadi, bagaimana dengan saya?" soal Xander dan nada suaranya naik seoktaf. Barangkali terkejut dengan keputusan tersebut.

"Awak nak saya buat apa, Doktor Xander? Keputusan ini Department of Human Resources yang tentukan, bukannya saya. Awak pergilah tanya mereka, mereka akan jawab benda yang sama. Vanessa akan pergi ke OCP itu, bukan awak," ujar Ketua James kepada Xander. Dia dah agak, Xander akan terkejut besar dengan keputusan itu.

Malah, dia sendiri terkejut kerana Vanessa yang baru masuk minggu lepas itu yang dipilih, bukannya Xander yang sudah 4 tahun di sini.

"Tapi, kenapa Vanessa? Dia baru saja masuk sini genap 11 hari yang lepas, kenapa dia yang dipilih? Saya dah 4 tahun di sini, ramai dah kenal saya!" Amarah Xander semakin dirodok emosi.

"Duduk, Doktor Xander. Kita bincang baik-baik."

"Baik-baik apanya? Dia ini, dari awal dia masuk sampailah sekarang, everything about her is suspicious! Maklumat ayah dia tak ada dalam rekod, dia jadi profesor umur 28 tahun, dan dia ada kereta sport dan rumah besar di kondominium mewah sedangkan katanya dia tak balik sini langsung sejak beberapa tahun dan balik sini terus dapat kerja. What happened to this world?" soal Xander dan mempersoalkan kesemuanya tentang kehidupan Vanessa. Vanessa sudah memandang ke arah Xander dan dia turut dibelenggu berang. Giginya diketap dalam diam.

"An anger can't solve a problem, Doctor Xander." Vanessa berkata dengan nada tegang pada suaranya. Berang dalam jiwanya ditahan apabila Xander selamba memperkatakannya walaupun hanya di hadapan Ketua James yang sudah mengetahui semua itu.

"Kau diam. Kau datang sini..."

"Act like who you are, Xander! You're 39 years old and now you're acting worse than your playful junior Milo and Mike!" Ketua James meninggikan suaranya kepada Xander, dan keadaan menyepi buat seketika. Mereka berdua terkejut apabila melihat Ketua James yang ramah selama ini meninggikan suaranya. Kemudian, Xander melabuhkan punggungnya sambil mendengus kasar, masih memprotes.

"Nasib baik bilik saya jauh daripada bilik kamu berdua dan cuma kita di sini. Kamu patut bersyukur Vanessa ni bukan jenis mulut tempayan, tahu? Kalau tidak, dah bising berita gosip tentang kamu." Ketua James berkata lagi kepada Xander. Kelihatan Xander hanya berdiam diri saja namun ekor matanya menjeling tajam ke arah Vanessa.

"Vanessa, what is your opinion? Awak setuju ke benda ini?" soal Ketua James pula kepada Vanessa. Dia kembali menenangkan emosinya.

"Saya rasa HR tersilap. Saya sendiri kurang setuju dengan benda ini. Saya masih baru di sini, jadi saya rasa lebih sesuai kalau Doktor Xander yang dipilih." Vanessa memberikan pendapatnya.

"Kau rapat dengan Tuan Don, cubalah kau cakap dengan dia. Mana tahu sangkut? Kau kan hebat, sampai hari pertama pun presiden hospital yang iringi kau." Xander berkata dengan nada sinis. Terus Ketua James memandang ke arah Xander.

"Kalau kamu tak suka pun dengan dia ini, jangan tunjuk sangat depan saya, boleh?" ujar Ketua James bernada sarkastik dan kemudian, Xander mengalihkan pandangannya sombong. Vanessa hanya menggeleng kecil saja.

Perangainya tak ubah seperti budak kecil!

"Cadangan saya begini, Vanessa, awak fikir dulu tentang benda ini dan kalau awak setuju, awak teruskan. Kalau awak tak setuju, awak sendiri pergi ke HR dan beritahu yang awak tak setuju dengan benda ni," ujar Ketua James dan sekali lagi, Xander mengerutkan dahinya.

"Doktor James, sepatutnya doktor suruh dia pergi ke HR dan terus beritahu yang dia tak setuju. Kenapa nak suruh dia berfikir pula?" Xander terus mencelah.

"Dia ada otak, Xander. Dia ada hak untuk berfikir. Hanya orang bodoh akan buat keputusan tanpa berfikir," ujar Ketua James terus dan Xander menarik wajah meluat. Dia memandang tajam ke arah Vanessa sekali lagi.

"Woi." Setelah mereka keluar dari pejabat Ketua James, Xander memanggil Vanessa dengan kasar. Dengan malas, Vanessa menoleh.

"Kau jangan sesekali terfikir nak setuju dengan keputusan HR tu. Kalau tak..."

"Cuma budak kecil yang main ugut-ugut macam ini. Saya tak ada masa nak bermain dengan budak," ujar Vanessa selamba dan ingin berlalu pergi. Xander mengetap giginya, geram dengan kata-kata Vanessa. Lantas, Xander menarik tangan kiri Vanessa dengan kasar.

Namun, dengan pantas, Vanessa menggunakan ilmu pertahanan dirinya. Dia memusingkan tangannya yang ditarik itu dan membuatkan urat tangan Xander tergeliat. Tak cukup dengan itu, tangan kanan Vanessa memegang jari kelingking Xander dan dipulas 360° pula.

Jeritan Xander bergema di situ.

"Berhenti jadi budak, Xander," ujar Vanessa dan melepaskannya kasar. Dia terus meninggalkan Xander di situ. Kemudian, dia menekan butang lif dan telefonnya berdering. Kelihatan nombor Leon tertera di skrin.

"Vanessa bercakap."

"Doktor Vanessa, ada budak 6 tahun tertelan garfu dalam perjalanan ke sini. Lagi 4 minit sampai," ujar Leon di hujung talian. Vanessa terus memandang jam tangannya.

"Okey," balas Vanessa dan panggilan itu dimatikan. Dia terus memulas tombol pintu pada tangga kecemasan di sebelah lif dan membatalkan niatnya untuk menunggu lif terbuka.

#

"Forceps," ujar Vanessa dan menghulurkan tangannya. Leon selaku second lead surgeon itu menyerahkan alatan khas untuk memegang yang dipanggil forceps itu kepada Vanessa.

Kemudian, Leon menoleh ke arah skrin televisyen yang memaparkan secara jelas bahagian abdomen pesakit 6 tahun yang dibedah itu.

"Garfu itu dah lukakan dinding perut dia," ujar Leon dan menoleh ke arah Vanessa. Wanita itu masih tekun menggarap garfu yang tertanam dalam perut pesakit itu.

Akhirnya, Vanessa berjaya mencapai garfu itu dan perlahan-lahan, dia membawa garfu sepanjang 10 cm daripada perut pesakit. Ketika itu, pendarahan mula terjadi.

"Heart rate meningkat." Doktor anestetik, Doktor Kayla berkata. Bilik pembedahan 2 itu mula bising dengan bunyi vital sign machine dan semua doktor serta jururawat terus memandang ke arah Vanessa.

Dia masih tenang.

"Picit RBC," ujar Vanessa dan seorang jururawat terus memicit red blood cell yang dibekalkan untuk pesakit itu berulang kali untuk mempercepatkan perpindahan darah ke dalam badan pesakit itu.

"Gauze." Vanessa berkata dan meminta fabrik putih untuk menyerap pendarahan yang keluar. Lantas, Leon menghulurkannya dan tak lama kemudian, pendarahan itu berjaya dihentikan. Semua terus melepaskan nafas lega.

Anak orang kenamaan, mereka harus berjaga-jaga kerana air muka hospital terkemuka itu bakal merundum jatuh sekiranya mereka melakukan kesilapan kecil.

"Awak nak habiskannya?" soal Vanessa kepada Leon untuk menjahit semula luka pembedahan.

"Boleh, doktor," ujar Leon dan mengambil tempat Vanessa. Vanessa pula sudah keluar daripada bilik pembedahan itu setelah menanggalkan pakaian khas di bilik pembedahan oleh seorang jururawat.

"Suture," ujar Leon.

Vanessa membasuh tangannya dengan sabun khas di sinki. Dapat dia dengar bunyi derapan kaki yang datang mendekatinya. Kemudian, Vanessa menoleh.

"Macam mana dengan surgery?" soal Tuan Don setelah Vanessa selesai mencuci tangannya. Kemudian, dia berdiri di cermin yang memaparkan suasana di dalam bilik pembedahan itu, memerhatikan Leon dan yang lain dari situ. Meski dia yakin dengan Leon, namun dia selaku ketua di situ tidak patut lepas tangan begitu sahaja.

"Okey saja. Pesakit tak ada banyak komplikasi, mungkin sebab masih muda," ujar Vanessa dan lelaki itu mengangguk faham. Kelihatan Tuan Don mengambil tempat di sebelah Vanessa, turut memerhatikan mereka semua yang berada di dalam bilik pembedahan itu.

"Baguslah kalau begitu. Ayah dia juga pasti lega kalau pembedahan berjalan lancar," ujar Tuan Don selepas itu. Pesakit 6 tahun itu tadi ialah anak kepada pelakon veteran di negara itu, Anthony Wills. Disebabkan oleh permintaan si ayah yang inginkan doktor berpengalaman lebih 5 tahun untuk melakukan pembedahan, jadi Vanessa terpaksa mengambil alih.

"Ketua James kata kamu gaduh dengan Doktor Xander tentang OCP. Kamu juga mesti kamu pelik, kenapa HR pilih kamu, kan?" soal Tuan Don dan Vanessa terus menoleh ke arahnya.

"Saya akan ceritakan kepada kamu kenapa HR pilih kamu. Kita tunggu selepas pembedahan ini selesai," ujar Tuan Don dan Vanessa mengangguk setuju. Akhirnya, Leon selesai menjahit semula luka pembedahan tersebut. Kelihatan lelaki itu meregangkan bahunya dan sempat menunjukkan isyarat thumbs up kepada Vanessa yang masih memerhatikan mereka dari luar itu.

Vanessa tersenyum nipis dan mengangguk kecil, menandakan bahawa lelaki itu sudah buat yang terbaik.

"Boleh kita pergi sekarang?" Tuan Don berkata dan Vanessa bersetuju. Saat pintu di seksyen pembedahan itu dibuka, ibu dan ayah pesakit tadi terus mendekati Vanessa.

"Macam mana Georgia, doktor?" soal Encik Anthony kepadanya.

"Pembedahan berjalan lancar, dan objek itu dah berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang masalah besar terjadi. Anak tuan dan puan dah lakukan yang terbaik," ujar Vanessa kepada Encik Anthony dan isterinya. Wanita di sebelah Encik Anthony itu terus menekup mulutnya kerana terlalu bersyukur.

"Terima kasih banyak-banyak, doktor. Doktor yang dah bersusah-payah selamatkan anak saya," ujar Encik Anthony dan Vanessa tersenyum kecil saja.

"Sebentar lagi, Doktor Leon akan keluar bersama anak tuan dan puan. Selebihnya, Doktor Leon akan terangkan kepada tuan dan puan," ujar Vanessa dan dahi Encik Anthony mengangguk faham.

"Baik, doktor. Terima kasih sekali lagi," ujar Encik Anthony dan menunduk hormat kepada Vanessa. Kemudian, mereka berdua berlalu pergi.

"Kenapa HR pilih saya?" soal Vanessa terus. Dia yakin, lelaki ini mengetahui sesuatu dan asbab yang menjadikan namanya terpilih untuk mengikuti program hospital itu.

"Sebab saya suruh," ujar Tuan Don dan Vanessa terus berhenti melangkah.

"Tuan suruh?"

"Ya, saya suruh."

"Kenapa?" soal Vanessa selepas itu. Dia mula tertanya-tanya akan sebab Tuan Don yang membuat keputusan sesuka hati sebegitu. Disebabkan arahan Tuan Don itu, hubungannya dengan Xander semakin retak beribu.

"Sebab Doktor Xander," balas Tuan Don dan membuatkan Vanessa semakin keliru. Dahinya berkerut seribu memandang Tuan Don. Tatkala itu, Tuan Don yang menyedari akan wajah penuh tanda tanya oleh Vanessa itu hanya tersenyum kecil.

"Xander ada seorang anak berusia 7 tahun, dan anaknya itu sakit, stage 3 in lymphoma. Sekarang, anaknya dirawat di hospital kanser di daerah Olivin. Saya risau, jika ada apa-apa terjadi pada anaknya dan Doktor Xander tak dapat dihubungi. Saya tak nak dia menyesal." Akhirnya, Tuan Don membuka cerita.

Saat mendengar saja cerita Tuan Don itu, Vanessa mula memahami akan asbab Tuan Don mengambil tindakan sebegitu.

Sungguh, lelaki ini sangat prihatin dan bertimbang rasa dengan pekerja-pekerja bawahannya. Sikap yang jarang ada pada seorang lelaki yang berjawatan serta berstatus hebat.

"Isteri Doktor Xander koma selepas melahirkan anak mereka, disebabkan oleh AVM rupture. Doktor Xander ingat isterinya kerap sakit kepala sebab hamil, rupa-rupanya kerana AVM dalam otak. Mereka berdua tak tahu tentang itu sehinggalah isterinya koma pada hari kelahiran anaknya. Selepas 17 hari koma, akhirnya isteri Doktor Xander disahkan brain dead dan Doktor Xander ambil keputusan untuk... melepaskannya pergi." Tuan Don menceritakan lagi serba sedikit tentang kisah lelaki itu.

Saat itu, Vanessa terdiam. AVM yang tidak dirawat memang boleh membahayakan nyawa. Arteriovenous malformation, AVM itu juga memang sangat berisiko tinggi kepada ibu mengandung. Jika tidak dirawat dengan betul, AVM rupture boleh terjadi dan menjejaskan perkembangan otak.

Hati Vanessa mula dijentik simpati.

"Selepas kehilangan isterinya, saya tak nak tengok dia menyesal lagi kerana kehilangan anaknya pula. Waktu diberitahu kepada Doktor Xander yang isterinya disahkan brain dead, dia jatuh terduduk dan... nampak sangat kecewa. Keputusan untuk melepaskan isterinya pergi juga ialah satu keputusan yang terlampau berat untuk dia ambil. Saya tak nak sejarah itu berulang," ujar Tuan Don lagi.

"Apa maksud tuan dengan 'sejarah berulang'?" soal Vanessa dan Tuan Don tersenyum tawar.

"Isteri Doktor Xander melahirkan anak mereka di hospital ini, dan saya doktor incharge untuk AVM isteri Doktor Xander waktu tu. AVM dan brain dead isteri dia, saya yang diagnosis. Saya masih ingat betapa kecewa dan sugulnya wajah dia semasa saya beritahu dia, yang isteri dia brain dead dan peluang untuk sedar daripada koma hanya 0.19%. Selepas kematian isterinya, Doktor Xander bawa anaknya berpindah. Setelah 3 tahun berlalu, dia kembali ke sini dan mohon kerja di sini."

"Sejujurnya, saya terkejut. Dia berani meminta kerja di sini, di tempat isterinya berjuang hingga akhir hayatnya. Dia beritahu saya, dia nak selamatkan ramai orang, dan tak nak orang lain rasa apa yang dia lalui. Perasaan sakit kerana kehilangan orang yang mempunyai tempat istimewa dalam hati kita, tiada sakit yang lebih menyakitkan daripada itu," ujar Tuan Don dan Vanessa tersenyum kecil.

Benar, sakit kerana kehilangan orang tersayang, sakit yang terlampau menyakitkan.

Dia sendiri pernah rasa. Malah, selalu rasa.

"Sebab itulah, saya suruh HR pilih awak. Mereka tak tahu sebab ini, dan mereka hanya ikut arahan saya selaku presiden hospital ini. Saya beritahu kepada awak, sebab saya rasa awak perlu tahu tentang ini. Kalau tidak, mungkin awak akan ke HR dan beritahu yang awak tak setuju," ujar Tuan Don kepada Vanessa dan Vanessa tersenyum saja.

Memang dia sudah membuat keputusan untuk HR selepas pembedahan ini selesai. Namun kini, dia perlu berfikir semula.

"Saya dah beritahu kepada awak sebab kenapa HR pilih awak, dan sekarang keputusannya terletak pada awak. Sama ada awak setuju atau tidak, awak tentukanlah," ujar Tuan Don sebelum memandang jam tangannya.

"Saya pergi dulu." Tuan Don berkata dan kemudian dia berlalu pergi. Vanessa hanya menunduk hormat kepada Tuan Don dan memerhatikan figura lelaki itu sehingga hilang di sebalik dinding.

Vanessa melepaskan nafas berat.

Susahnya nak buat keputusan.

#

"Pakcik tegakkan badan pakcik." Noah menolak belakang badan Encik Li dan kemudian, tubuh lelaki separa abad itu menegak.

"Sekarang, pakcik cuba angkat kaki kanan pakcik," ujar Noah dan menundukkan badannya separa dengan lutut Encik Li. Dia membantu lelaki itu mengangkat kakinya dengan menolak perlahan buku lali Encik Li ke atas.

"I did it!" Encik Li bersorak gembira kerana berjaya mengangkat kaki kanannya lurus. Noah tertawa kecil.

"Yes, you did it well, Mister Li," ujar Noah dan kemudian, kaki tersebut diturunkan. Arahan yang sama diberikan dan kaki kiri pula yang diangkat.

"Pakcik menunjukkan perkembangan yang sangat baik dalam tempoh masa yang cepat. Pakcik banyak berlatih di wad ya?" soal Noah dan Encik Li mengangguk.

"Ya, saya rajin buat senaman ringan dengan kaki saya. Saya nak cepat berjalan, saya nak balik dan jumpa isteri saya," ujar Encik Li dan tersenyum lebar. Noah tersenyum lagi mendengar kata-kata pesakitnya itu.

"Baguslah, pakcik pasti boleh berjalan semula lebih cepat jika pakcik rajin berlatih, tapi jangan paksa diri sangat ya. Berlatih ikut kemampuan. Okey?" ujar Noah dan dibalas dengan anggukan oleh Encik Li.

"Baik, doktor."

"Kalau begitu, sampai di sini saja latihan pakcik untuk hari ini. Esok kita akan latih pakcik itu berdiri pula. Lepas berdiri, pakcik boleh berjalan, dan kemudian pakcik boleh pulang ke rumah," ujar Noah dan disambung oleh Encik Li.

"Dan jumpa isteri saya," ujar Encik Li dan Noah menganggukkan kepalanya saja sebelum memandang anak Encik Li, Richard yang berdiri di sebelah ayahnya.

Wajahnya kelihatan seperti dibalut mendung.

"Kamu termenung apa itu, Richie? Bawa kerusi ayah ke mari." Richard kembali tersedar dan menyorong kerusi roda milik Encik Li. Kemudian, Noah dan Richard membantu Encik Li untuk duduk di kerusi rodanya.

"Terima kasih, doktor," ujar Richard dan membawa Encik Li meninggalkan PR. Noah pula didekati oleh Jayden setelah kelibat dua beranak itu hilang.

"Apa perasaan ayah dia agak lepas dapat tahu yang sebenarnya isteri dia dah tiada?" soal Jayden kepada Noah dan Noah menggeleng kecil. Meski dia pernah berhadapan dengan situasi yang hampir sama seperti itu, namun setiap manusia mempunyai hati dan tanggapan yang berlainan.

Dia cuma harap, Encik Li dan keluarga kuat.

"Kita doakan yang terbaik saja untuk dia," balas Noah ringkas dan Jayden tersenyum tawar saja. Kemudian, mereka berdua masuk ke dalam pejabat mereka.

"By the way, Noah..." Noah menoleh apabila Jayden menepuk bahunya.

"Apa?"

"Kau tahu tak yang kau kena pergi OCP minggu depan?" soal Jayden dan Noah mengangkat keningnya tinggi.

"Aku? Aku kena pergi?" soal Noah sambil menuding ke arah dirinya sendiri. Sungguh Noah terkejut.

"Abang Rhys beritahu aku lepas dia balik dari HR tadi. Katanya kau fellow yang kena pergi OCP ke Levin kali ini," ujar Jayden kepadanya. Noah sudah menekup mukanya dan hatinya sudah dipeluk keterujaan.

"Seriously? Sumpah aku tak tahu langsung. Siapa profesor yang kena pergi? Jabatan mana pula kali ini?" soal Noah kepada Jayden selepas itu. Hatinya sudah bertahmid kerana berikan peluang untuk menjadi penolong ketua dalam program OCP kali ini.

"Aku tak tahu siapa, tapi kali ini giliran GS Department." Noah lantas terdiam dengan jawapan Jayden itu.

GS? General surgery?

Mungkinkah...

Tak mungkin, Vanessa baru 11 hari di sini.

Namun, jikalau Tuhan dah berkehendak, segala-salanya mungkin terjadi.

"Aku rasa Doktor Xander yang pergi. Doktor baru yang lawa macam artis itu baru masuk beberapa hari lepas, kan? Takkanlah HR nak pilih dia," ujar Jayden selepas itu seraya menangkis pendapat hati Noah ketika itu. Kemudian, Noah mengangguk kecil.

"Aku pun... fikir benda yang sama."

"Eh tapi, kau nak tahu something tak?" Jayden berbisik kepada Noah. Gayanya seperti hendak bergosip.

"Apa?" Noah menyoal hairan.

"Kau nak tahu tak, doktor lain panggil doktor lawa daripada GS itu apa?" soal Jayden dan Noah menggeleng kecil. Dia tak tahu pula Vanessa sudah mendapat gelaran khas dalam kalangan pekerja di hospital itu.

"Coquette doctor," ujar Jayden dan Noah terus mengangkat keningnya.

Coquette?

Penggoda?

"Mereka gelar doktor lawa itu coquette, sebab dengan muka dia itu saja dah buat lelaki terkedu dan tergoda dengan dja. Aku pernah ternampak muka dia depan kafe di tingkat satu itu beberapa hari lepas, nak tersadung aku jadinya!" ujar Jayden bersungguh-sungguh sambil menumbuk bahu Noah. Noah sudah mengaduh sakit dan mengusap bahunya sendiri.

"Kau pernah collab dengan dia kan waktu awal-awal dia masuk sebelum ini? Kalau tak silap aku, untuk FRDA patient. Kau incharge untuk fisioterapi, dan dia untuk diabetes dan tumor pankreas pesakit tu. Kau tak tergoda ke dengan doktor coquette?" soal Jayden dan menyiku Noah. Sengihan di bibirnya melebar.

Noah hanya diam.

Dia tak pernah tergoda, tapi dia pernah jatuh suka sampai sekarang.

"Berhenti panggil dia coquette. Dia ada nama. Panggil dia dengan nama, bukan dengan panggilan sebegitu. Hormatlah sikit dengan orang, dia pula pofesor doktor, jawatan dia lagi tinggi daripada kita." Noah menegur tindakan Jayden itu. Riak wajah Jayden berubah.

"Kau nak marah aku pula kenapa? Orang panggil dia begitu, aku pun ikutlah."

"Benda kalau baik, bolehlah kau ikut. Kalau kau di tempat dia dan aku panggil kau begitu, mestilah kau terasa, kan? Walaupun mungkin dia tak tunjuk yang dia terasa, but still she has a heart. Bila dengar benda-benda sebegitu, jadilah orang terakhir yang menerima, bukan terus memanjangkan berita itu. Tak baik," ujar Noah seraya memberikan dia nasihat percuma. Kelihatan Jayden menarik muncung.

"Yalah, yalah. Aku salah. Aku minta maaf."

"Jangan minta maaf dengan aku. Pergi minta maaf dengan Doktor Vanessa yang kau dah kutuk itu," ujar Noah dan terus saja Jayden menggeleng.

"Tak naklah! Nanti kena macam Doktor Frank daripada Radiology Department itu. Aku dengar Doktor Vanessa itu dingin, tak bercakap dengan orang dan kalau..."

"Makin banyaklah kau kena minta maaf dengan dia, Jay." Noah memintas sebelum bergerak ke mejanya. Saat itu, Jayden terus menekup mulutnya.

"Uh-oh," ujar Jayden dan Noah menggeleng kecil saja. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi sebelum matanya jatuh ke arah kotak bersaiz kecil di atas mejanya. Lalu, dia mencapai kotak itu dan dibuka.

Sekeping sticky note yang terletak di atas kain tuala tangannya itu diambil. Noah tersenyum kecil melihat lukisan wajahnya pada kertas itu. Sangat sama dan seiras.

Thanks.

Noah memandang tulisan tangan Vanessa pada nota tersebut.

"You're welcome," ujar Noah selepas itu dan tuala tangan itu pula dikeluarkan. Senyuman di bibir Noah semakin melebar.

"Dia ada tangan yang sangat berseni," puji Noah.

Betul ke Vanessa itu dingin dan tak bercakap langsung dengan orang?

Noah meraguinya.


To be continue.
Don't forget to vote and comment.
Thank you!

Continue Reading

You'll Also Like

494K 24K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
2.8M 188K 53
[ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and...
4.2M 132K 37
2018 | TERBIT 2021 Sometimes I wonder, that I should keep this book in Wattpad. Too much flaws though, perhaps this is my young mistake and I can't u...
821K 84.3K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...