My Mate , That's Diavolo Crim...

By danedheera

231K 16.9K 20.2K

" She's my girl . Don't touch her . Nobody can steal her from me . I don't care who both of you are . Even th... More

↭One
↭ Two
↭Three
↭ Four
↭Five
↭ Six
↭ Seven
↭ Eight
⇜Nine
↭Ten
↭ Eleven
↭Twelve
↭ Thirteen
↭ Fourteen
↭Fifteen
↭Seventeen
↭Eighteen
↭ Nineteen
↭Twenty
↭Twenty One
↭ Twenty Two
↭ Twenty Three
↭Twenty Four
↭ Twenty Five
↭ Twenty Six
↭ Twenty Seven
↭ Twenty Eight
↭ Twenty Nine
↭ Thirty
↭ Thirty One
↭ Thirty Two
↭ Thirty Three
↭ Thirty Four
↭ Thirty Five
↭ Thirty Six
↭Thirty Seven
↭ Thirty Eight ✨
↭Thirty Nine ✨
↭ Forty
↭Forty One
↭ Forty Two
↭ Forty Three
↭ Forty Four
↭ Forty Five
↭ Forty Six
↭ Forty Seven
↭ Forty Eight
↭ Forty Nine
↭ Fifty
↭ Fifty one
↭ Fifty Two
↭ Fifty Three
↭ Fifty Four
↭ Fifty Five
↭ Fifty Six

↭Sixteen

4.4K 324 354
By danedheera

' The dumber people think you are, the most surprised they're going to be when you kill them. '

________________________




Asap rokok dibiarkan berkepul bebas memenuhi ruang bilik yang sebesar bilik mini teater . Badan menyandar di sofa seraya memejam mata .

Kemudian membuka mata.

Mendongak memandang kipas yang berputar laju . Otaknya kini keras bekerja .

Memikirkan bagaimana caranya untuk dia menjatuhkan kedudukan dan imej Hafine . Selagi musuhnya gembira, selagi itulah dia tak akan puas hati .

Sesekali terkeluar keluhan berat dari mulutnya sambil meraup muka . Haih! Pening .

Di sudut penjuru berhampiran dengan koleksi gitar , Darfien bangkit dan berjalan ke arah Firash Xayyen .

Tangan menepuk perlahan bahu Firash Xayyen menyebabkan kepala lelaki itu terkalih ke arahnya mengejut .

" Kau apahal bro ? Serabut aku tengok muka kau . Kusut je . "

Riak terkejut itu tidak diambil endah . Malah renungan matanya membawa pandangan tersirat ke arah Firash Xayyen .

Firash Xayyen merengus perlahan .

Macam mana dia tak kusut kalau idea untuk memusnahkan Hafine masih tidak dijumpai . Soalan Darfien tidak berbalas . Dia memekik di dalam hati. Tak boleh jadi ni !

Fikir. Fikir dan fikir .

Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Bibir mengukir senyum lebar . Kenapa dia tidak terfikir dari tadi .

Terus jari dipetik kuat hingga rakan-rakannya yang lain memaling muka memandang kepada dia .

Tanpa banyak soal , rakan-rakannya datang mendekat . Hairan tiba-tiba berubah mood .

Satu-persatu wajah rakan-rakannya ditatap penuh tersirat .

" Kau orang tahu tak perempuan mana yang Hafine rapat ? "

Ketiga-tiga mereka berpandangan sesama lain . Darfien sekadar memerhati . Tiada jawapan kecuali sebelah Darfien , Eryfkal mengangguk kepala .

" Siapa ? "

" Mama dia . "

Terus mereka berempat menepuk dahi . Alah ! Kenapa bodoh sangat Mamat seorang ni .

Firash Xayyen mengguling bebola mata. Keluhan kecil terkeluar dari mulut .

" Selain mama dia ? Maksud aku, perempuan special ." Soal Firash Xayyen bersahaja . Sekali lagi ruangan bilik menjadi sunyi . Iris mata menatap tajam ke arah mereka berempat .

Menunggu penuh sabar .

" Hafine memang tak rapat mana -mana perempuan . Perempuan saja yang terhegeh-hegeh dekat dia . Tapi kalau perempuan special aku tak pasti. " Jawab Amrel sedikit ragu .

" Eh kejap... "

Automatik keempat-empat mata menoleh ke arah Jazrin . Biasa Jazrin tidak ambil port , dia akan buat hal sendiri . Kali ini lain pula . Jazrin mengemam bibir.

" Aku ada perasan hari tu dekat kantin , Hafine selalu pandang budak perempuan ni . Tak silap aku nama dia Aisha . "

" Aisha ? " Serentak mereka berempat bersuara .

Jazrin mengangguk .

Dia sedar apabila waktu rehat , Hafine memang pandang budak perempuan tu . Tak berkelip langsung .

Dia diam, malas bagitahu kepada gengnya . Tup-tup hari ni alang-alang buka topik pasal ni, itu yang dia teringat balik .

" Budak perempuan tu nama dia Aisha Kim , 5 Euphoria kan ? "

Anggukan kepala daripada Jazrin diterima oleh Darfien membuatkan Firash Xayyen berfikir sejenak . Jari-jemari mengetuk bawah dagu .

5 Euphoria ya .

Iris mata jatuh melihat wajah Darfien . Bibir spontan mengukir senyum sinis .

" Darfien . Kau perhati budak perempuan tu dan aku nak maklumat dia sekali . "

" Kau nak buat apa ? " Soal Darzey .

Sudut bibir naik .

" Apa dia pernah buat dekat adik aku, macam tu jugaklah aku akan buat dekat budak perempuan tu . Aku nak tengok dia jadi penyelamat perempuan tu atau tak . " Balas Firash Xayyen .

Puntung rokok yang sudah hampir menyentuh jarinya, ditenyeh ke dalam bekas rokok dan membiarkan di situ .

" Jangan cakap..."

Kata-kata Amrel terus dipintas laju. Dan mengangguk kepala .

" Yes . Aku akan jual budak perempuan tu pada Sean , Sugar Daddy dekat kelab malam AgustD . "

" Weh . Kau bodoh ke ? Budak tu masih bawah umur lagi lah. " Bidas Jazrin kurang bersetuju . Aish ! Kalau dia tahu macam ni , tak payah bagitahu pun takpa .

Lagipun , sejahat-jahat mereka nak jual anak orang pun fikir banyak kali . Lebih-lebih lagi , anak dara . Memang bukan prinsip mereka berempat.

" Well. Budak bawah umur lagi nampak sedap di mata Sean . Aku tak kesah kau orang nak kata apa . Kalau tak nak ikut plan aku , kau orang boleh blah . " Senyum menyeringai menghiasi muka . Dendam kuat membara di dalam hati . Disebabkan Hafine , orang lain yang terkena tempias.

Darfien dalam diam menggeleng kepala . Teruk sangat dendam kawan dia ni . Susah kalau hati dah hitam .

Tanpa mereka sedar , di sebalik pintu yang tidak tertutup rapat , ada telinga yang mendengar .

Telefon yang dipegang dimasukkan ke dalam poket seluar . Kemudian , dia berpatah semula ke kelasnya . Rahsia ini perlu disimpan . Hanya dia seorang sahaja yang tahu !







•♕•♕•






Enjin motor dimatikan . Helmet dibuka . Dia turun dari motor dan memegang beg dengan malas. Kaki mengatur ke pintu rumah .

Baru tangan nak menolak daun pintu , ada tangan menolaknya dahulu . Dan melanggar bahu dia . Kizz Calvien berhenti . Kening diangkat saat Hafine menjelingnya tajam .

Tanpa minta maaf , figura itu masuk ke dalam . Bibir Kizz Calvien mencebik geram . Dah kenapa ? Gila ke ? Mood swim lah tu .

Kizz Calvien berjalan dari belakang .

" Kizz . Makanlah dulu . "

Teguran dari arah meja makan membuatkan Kizz Calvien menoleh. Satu senyuman tipis dilontarkan supaya hati kedua-dua ibu bapanya tidak terkecil hati .

" Mama dengan papa makanlah dulu. Kizz nak mandi jap . Tak tahanlah , dah berlengas badan Kizz . " Usai berkata , anak tangga dinaiki dengan langkah besar . Pintu bilik ditolak . Lekas dia masuk ke dalam dan menutup pintu.

Beg dicampak ke tepi lalu terjerumus di bawah katil .

Ganas betul anak Qaz ni .

Tali leher dirungkai . Kemudian, satu- persatu butang dibuka dari atas . Badan menghadap balkoni, membelakangi pintu.

Sampai butang kelima , belakang badan ditolak ke pintu gelangsar. Pasu di atas meja bulat kecil terhempas di atas lantai . Tolakan yang kasar membuatkan Kizz Calvien hampir terjatuh .

Bersama perasaan bengang , badan memusing ke depan .

Serpihan kaca yang berderai di atas lantai yang mencucuk tapak kakinya tidak dihiraukan .

Sementara di bawah pula, Qaz dan Hana sibuk memakan nasi terdengar bunyi kaca jatuh . Qaz dan Hana berpandangan . Dikerutkan kening hairan .

Itu bukan bilik Kizz ke ?

" Abang . Jom naik atas . Hana risaulah dengan Kizz dan Hafine . Bunyi macam bergaduh je tu. "

Qaz membuat muka .

" Halah , dua ekor ni . Tak senanglah abang nak makan . Hari-hari macam ni ." Qaz mencemik. Dan membeliakkan mata. Wajah Hana yang melihatnya dengan senyum lebar dikerling sekilas.

Sukalah tu!
Boleh pula Qaz lupa apa yang dia lakukan sekarang.

Dia tengah lancarkan mogok sebenarnya . Kenapalah dia boleh bercakap tadi . Eii! Nak saja dia tampar mulut dia sendiri . Tak boleh control betul!

Bekas air basuh tangan dia ambil . Dicelup ke dalam dan dibasuh betul-betul . Tisu di tepi dicapai kemudian mengelap mulutnya .

Hana dan Qaz bergegas naik ke atas .

Manakala di bilik Kizz Calvien...

Iris mata datar merenung si pelaku yang berpeluk tubuh. Riak muka selamba , tiada rasa sedikit pun perasaan bersalah menolak .

" Kau kenapa hah ? Apa yang kau tak puas hati dengan aku . Dari tadi kau cari masalah . Kau nak apa sebenarnya? "

" Good question . "

Hafine menghampiri Kizz Calvien dengan senyum senget . Kedua-dua tangan menarik kolar baju adiknya.

Muka rapat dengan pendengaran telinga Kizz Calvien.

" Aku nak ingatkan kau , jangan sesekali rapat dengan Aisha Kim . "

" Kenapa ? "

" Aisha Kim aku punya . I love her . Aku tak kisah kau adik aku sekalipun , kau dekat dengan Aisha ... Aku tak teragak-agak nak hapuskan kau . "

Saat Kizz Calvien ingin membalas, satu sergahan dari Qaz di belakang. Menyentakkan mereka berdua.

" Ni dah kenapa ? Bilik bersepah dengan kaca . Kamu berdua bergaduh ke ha ? "

Hafine cepat-cepat menjauhkan badan lalu berdehem . Dia pura-pura menepuk kedua-dua bahu Kizz Calvien . Konon ada habuk pada baju .

" Tak adalah papa . Hafine main kejar-kejar dengan Kizz sampai tak perasan dah terlanggar pasu , kan Kizz . " Lengan menyenggol badan Kizz Calvien .

Automatik mata Kizz Calvien tajam menatap Hafine di depan . Kepala tetap mengangguk . Kau sengaja menutup kes tadi kan . Takut aku bagitahulah tu . Ejek Kizz Calvien dalam hati .

Qaz mengecilkan mata .

Setelah berpuas hati , Qaz mengangguk . " Baik . Papa terima alasan kamu . Tapi jangan ingat kamu berdua selamat . I will watch both of you. "

Well . Cctv kan ada .

Jari telunjuk dan jari manis didekat pada mata . Kemudian , ditunding kepada Kizz Calvien dan Hafine .

" Jangan buat hal. Kamu berdua adik-beradik . Tak elok bergaduh hanya disebabkan hal kecil . Faham? " Kini , Hana di belakang Qaz menasihati mereka berdua . Kizz dan Hafine mengangguk faham .

Usai siap ceramah dua ketul manusia selama 5 minit , Qaz dan Hana keluar dari bilik . Hafine mengeluh lega . Dia pandang wajah Kizz Calvien yang tidak beriak .

Saat membuka mulut , Qaz menjengul kepala di sebalik pintu bilik .

" Kalau nak makan , jangan makan sekarang . Makan malam nanti . Papa nak dating dengan mama . "

Kizz Calvien dan Hafine menoleh semula ke depan . Setelah bayang Qaz hilang , Hafine memaling muka ke arah Kizz Calvien .

" Ingat amaran aku tadi. " Kemudian , Hafine beredar keluar dari bilik .

Jejaka itu mencekak pinggang .

" Eh! Ingat aku kisah dengan amaran kau ? Go to the hell , man. "

Pintu bilik dikunci . Dan pandangan jatuh ke bahagian kaki . Tatkala dia mengangkat kaki , ada sedikit darah mengalir .

Kizz Calvien berdecit , menahan pedih . Bodoh punya abang . Otak letak dekat tapak kaki .

Sedang dia selesai mengeluarkan seketul kaca yang bersaiz sederhana besar , fikiran menerawang jauh saat perihal dua jam yang berlalu tadi menerjah masuk ke dalam otaknya .

Kizz Calvien menghela nafas dalam . Pelipis dahi dipicit . Apa patut dia buat sekarang ni .

Aisha di dalam bahaya .

Amaran abangnya langsung tak menjejaskan dia untuk menjauhkan diri daripada Aisha . Malah , perasaan gentar tidak pernah ada dalam kamus hidup dia .

Cuma dia dibelenggu dengan perasaan buntu . Patut ke dia lepaskan Aisha demi abangnya?

Kelihatan Hafine tidak ubah seperti seorang yang possession . Itu bukan cinta namanya .

Patut ke dia hilangkan perasaan suka yang mula berputik kepada Aisha ?

Semasa dia di sekolah lama , tiada sesiapa berani mengorat atau menghadiahkan apa-apa kepadanya kerana kecut disebabkan dia sangat bahaya di Klang .

Apatah lagi membuli -

Eh kejap ?

Buli.

Kizz Calvien menyengetkan kepala . Automatik terbit dua ulas bibir membentuk senyum sinis .

Hujung lidah menolak isi dalam pipi .

Okay .

Dia ubah fikiran .

Dia akan menjauhkan diri daripada Aisha tapi dalam masa yang sama dia akan pastikan Aisha selamat daripada bahaya .

Barangkali dengan membuli, boleh membantu dia . Dan amaran Hafine ditolak ke tepi. Tak penting !

Elok dia berdiri.

' It's the love shot Na nanana nananana '

Telefon berdering . Beg di bawah katil dicapai seraya membuka zip beg . Belum tangan menyeret skrin telefon ke kiri , panggilan daripada Irfan hilang. Terputus .

Sekali lagi berbunyi.

Tanpa membuang masa , Kizz Calvien mengangkat panggilan . Dia mengerutkan kening pabila terdengar bunyi nafas desah desus . Macam baru lepas berlari .

" Irfan kau dekat mana ni ? "

" Vien . Kita orang perlukan kau . Klang dalam bahaya . Habis semua perempuan dekat sesetengah kampung diculik untuk pemerdagangan manusia . "

" Pemerdagangan manusia ? Tuan Zmier mana ? Takkan tak buat apa-apa . "

" Tuan Zmier kena tikam dengan geng samseng . Tapi kau jangan risau, Tuan Zmier dah dirawat . Yang aku pelik, Aku tak tahu geng mana yang serang tapi ada lambang tatu naga dekat belakang kepala . "

Kepala mendongak . Cuba mengimbas semula di dalam memori jika dia kenal .

Tatu naga . Samseng mana yang cuba mencari pasal ni . Nak kata anak buah Zoe Smith , mereka tidak bertatu .

" Macam ni. Kau check cctv . Muka-muka samseng tu kau zoom . Kau cari maklumat mereka . And then , gimme all information about them . Aku akan pergi Klang malam ni . "

" I got it . I will wait until you come. "

Lalu panggilan diputuskan . Dia mengetuk telefon di atas tapak tangan .

Action begin .

Telefon itu dicampak di atas katil . Dia berlalu mengambil tuala kemudian masuk ke dalam bilik air dengan kekuatan yang ada .







Tbc .

Votes and comments as always .

Maaf , lambat hapdate ')

Unlock next chapter : SPAM 200 comments ❤️





- Naga or Singa ?

- Raja or Perdana Menteri ?

- Tarikh birthday anda ?


Continue Reading

You'll Also Like

329K 20K 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, di...
13.5K 643 40
KEKASIH HATI VOL 1 ♚ KEKASIH HATI MR MAFIA ♚ ... HAZIQ GEOGERY MIKAEL Satu nama yang cukup membuatkan lutut bergetar. Sebut sahaja nama itu pasti set...
1.2M 55.5K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
424 8 4
cikgu nina baru pindah sekolah dalaman ni hidup cikgu nina berubah