The King of Dévil ✔️

By -reenn

298K 4.7K 1.3K

Haider Yeong | Halena Sofia More

The King of Devil
prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
15
16
17
18
19
20

21

3.5K 225 71
By -reenn

TIBA saja di Hospital , Puan Aubrey sudah menghalau mereka pulang. Katanya dia tidak mengalu-alukan kedatangan mereka berdua. Namun berbeza dengan Tuan Rui , lelaki itu menyambut kedatangan mereka dengan senyuman.

Sudahnya mereka dibenarkan untuk melawat Anastasia. Anastasia dikatakan overdose sedatif. Puan Aubrey yang menjumpai tubuh gadis itu terbaring lemah dengan mulut berbuih. Luluh hati seorang ibu bila mana melihat keadaan anak gadisnya seperti itu.

Masuk saja ke dalam ward yang menempatkan Anastasia , Anastasia kelihatan sedikit tersentak. Bibir spontan mengukir satu senyuman manis buat Haider. Mungkin teruja dengan kehadiran Haider.

Sofia yang melihatnya lebih memilih untuk menunduk.

Jelas. Sangat jelas pandangan yang diberikan Anastasia pada Haider sebentar tadi penuh dengan kasih dan cinta. Terpalit riak bahagia bila melihat wajah Haider.

Sofia tersentak bila tangannya terasa digenggam lembut. Serentak Sofia memandang Haider. Haider sambut pandangan Sofia dengan senyuman nipis. Hambar. Mungkin serba salah.

Melihat keadaan itu , senyuman yang tadinya bergayut pada ulas bibir Anastasia memudar. Pandangan terus dikalihkan ke arah lain. Tidak betah untuk terus melihat apa yang terhidang di depan mata.

"An , kenapa sampai jadi macam ni?" tegas Haider menyoal. Tidak senang dengan apa yang diceritakan Tuan Rui tadi.

Mendengarnya , Anastasia senyum hambar. Kepala terus dipanggung memandang Haider.

"You tanya I kenapa? You jangan nak buat buat tak tahu Hai. You punca I jadi macam ni."

Haider terdiam.

"An.."

"I sakit sangat Hai. Sampai hati you buat I macam ni. Apa kurangnya I Haider?"

Haider lepas keluhan berat.

"An , dari awal aku dah pesan jangan letak harapan apa apa pada aku. Aku dah beritahu kau yang aku cintakan orang lain An." Anastasia merenung Haider dengan tubir matanya yang kini penuh dengan air mata. Sakitnya.

"Tapi I cintakan you Hai!" suaranya sedikit meninggi.

Haider geleng.

"Anastasia. Tolong lah faham. Aku tak cintakan kau. Tolonglah buang semua perasaan kau untuk aku. Cari lelaki lain An. Cari lelaki yang boleh bahagiakan kau." suara Haider sedikit lembut berbanding tadi. Sofia pula hanya membatu. Langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Anastasia tergelak palsu. Bibirnya dikemam sebelum bengis wajahnya memandang Haider.

"Senangkan you cakap? You dah ambil semuanya dari I , lion." double meaning. Sesaat , mata Haider tajam membalas renungan Anastasia. Faham apa yang dimaksudkan gadis itu.

Sofia pula sudah berkerut nipis. Maksudnya?

Haider meleraikan tautan tangannya dengan Sofia sebelum bahu Sofia dipaut.

"Tunggu aku dekat luar." senyuman nipis dilayangkan sebelum kepala Sofia diusap. Makin mendidih darah Anastasia melihat aksi Haider. Sofia angguk meskipun hatinya sedikit sebanyak sudah bercelaru dengan permintaan Haider.

Hilang saja kelibat Sofia , Haider mula melangkah mendekati katil Anastasia. Tanpa sempat menepis , tangan Anastasia sudah melekap kemas pada lengannya.

"Jangan tinggalkan I Hai... I merayu.." lengan Haider diramas lembut.

"I dah tak ada apa apa lagi Hai.." ujarnya lirih , cuba meraih secebis simpati dari Haider. Haider masih diam. Hati dibalut rasa bersalah.

"Aku minta maaf An. Kalau aku boleh putarkan masa. Aku nak tebus semua salah yang aku dah buat pada kau. Tapi aku tak mampu , An."

"Semua yang jadi bukan kehendak aku An. Aku tak pernah minta semua ni jadi. Kau yang perangkap aku.."

"Jadi you nak salahkan I? Kita buat sama sama Hai. Kita sama sama seronok malam tu..." Anastasia kembali mengimbau kisah lampau mereka. Haider tarik lembut lengannya dari pegangan Anastasia.

"Please An. Stop it." Anastasia mengemaskan pengangannya pada lengan Haider. Enggan melepaskan Haider.

"Tell me lion. You salahkan I lepas apa yang jadi malam tu?" Anastasia kembali memutarkan soalan. Haider pejam mata kejap.

"Tak , An. Aku tak salahkan kau seratus peratus. Ya , aku pun salah. Aku minta maaf An. Aku minta maaf sangat sangat."

"Aku tahu maaf aku ni tak boleh pulangkan apa yang aku dah ambil dari kau , An."

Double meaning. Namun Haider yakin Anastasia mengerti maksud bicara kiasannya.

"Tolonglah bagi peluang aku bahagia dengan hidup aku , An. Bagi aku rasa bahagia dengan Halena."

"You fikir kan bahagia you aje kan? Habis I macam mana? I cintakan you , lion." Anastasia kembali merayu.

"Aku tak boleh An. Tolonglah faham." tegas Haider. Nadanya masih lembut , tapi cukup buat Anastasia mengerti , Haider benar-benar memaksudkan bicaranya.

"Bagitahu I , apa yang I boleh buat untuk you terima I. Tell me Rayyan Haider." ujarnya lirih. Kalau Anastasia merancang untuk meraih simpati Haider. Ya , Haider akui. Anastasia mungkin berjaya meragut simpati darinya. Dan kini dia dihimpit rasa bersalah.

"An.."

"Tolong lah Haider. Kalau masa tu pun I sanggup convert to Muslim untuk you.." wajah Haider dipandang penuh rasa sebelum kembali menyambung bicaranya.

"Kali ni pun I sanggup jadi isteri kedua you." serentak itu Haider merentap lengannya kasar dari pegangan Anastasia. Wajahnya berubah bengis bila mendengar permintaan Anastasia.

"Kau cakap apa ni , An? Sampai bila bila pun , aku tak akan duakan Halena dan kau.."

"Tak akan pernah jadi isteri aku." seusai itu Haider melangkah keluar meninggalkan Anastasia yang masih tersentak mendengar bicaranya.



***




"ESOK dah start sem baru kan?" suara dingin Haider menyoal membuatkan Sofia tertoleh memandang Haider yang masih berada di meja kerjanya. Sofia angguk.

Kini , Sofia sedang menemani Haider di bilik kerjanya. Haider di sofa , manakala Sofia melabuhkan punggungnya di sofa yang tersedia di ruangan itu.

Sejak pulang dari Hospital tadi , sikap Haider berubah drastik. Dingin. Takut juga Sofia dibuatnya. Sudahnya dia hanya bercakap dengan Haider bila perlu saja.

"Pukul berapa?" Haider menyoal.

"8:30 pagi."

"Okay. Esok aku hantar."

"Eh , tak apa lah. Saya boleh drive sendiri. Dah biasa.."

"Rafael dah kena ikat jamin." tanpa memandang Sofia , Haider memintas. Mata sedikit pun tidak beralih dari skrin komputer ribanya.

"Mana awak tahu?"

"I know everything Halena.."

Okay..

Sofia mengerti maksud tersirat Haider. Haider mahu menghantarnya kerana khuatir bila mengetahui Rafael sudah bebas.

Sudahnya Sofia angguk. Akur dengan kehendak Haider. Lagipun , dia tidak mahu berdebat dengan Haider yang kini sedang berada dalam mood angin monsunnya.

Beberapa saat berlalu , suara Haider kembali kedengaran.

"Baby." serentak itu , Sofia angkat wajahnya memandang Haider yang kini turut memandangnya. Pandangan Haider lembut.

"Hm?"

"Kau okay ke kalau jumpa Raf nanti?" oh itu yang difikirkan Haider.

"Aku risau. Kalau kau tak selesa , aku boleh tolong uruskan..."

"Saya okay lah Haider." Sofia memintas , menyakinkan Haider. Walhal dia sendiri gugup dan gusar jika terserempak dengan lelaki durjana itu esok.

Medina pula , semenjak kejadian itu. Hanya beberapa kali gadis itu berhubung dengan Sofia. Entah kenapa sikap Medina berubah pelik. Sikapnya seolah olah ingin menjauh dari Sofia. Aneh. Mungkin gadis itu ada mempunyai masalah sendiri fikirnya.

"Are you sure sayang..?"

"Ya! Jangan lah risau." senyuman manis diukir buat Haider. Tanpa sedar Haider bibir Haider mengukir satu senyuman , membalas senyuman Sofia.

"If you say so... then okay. Apa apa bagitahu aku."


***


HAIDER tidak lepas memerhati Sofia yang kini sedang terkial kial menanggalkan tali pinggang pada tubuhnya. Toleh saja pada Haider , senyuman manis terhias pada bibir mungil gadis itu. Laju tangan Haider dicapai. Dikucup sebelum wajah beku Haider dipandang.

"Kenapa ni hm?" tangan Sofia naik mencuit hidung mancung Haider. Haider senyum tipis , tangan Sofia yang tadinya mencuit puncak hidungnya dicapai.

"Risau."

Senyuman Sofia semakin melebar.

Okay.. my husband everyone!

Laju tangan naik mengusap rahang Haider. Meskipun , saat ini Haider mengenakan kaca mata hitam. Dia yakin , suaminya itu sedang merenungnya dengan pandangan gusar.

"Comel." pipi Haider dicuit. Haider lepas ketawa halus.

"Baby , bukan nak halau. Tapi tak nak turun ke? Tak takut lambat?" Haider menyoal lembut. Jam tangannya dikerling , 8:05 pagi.

Sofia tersedar.

"Haah kan? Okay lah saya pergi dulu lah. Bye!" baru saja tanganya berura-ura untuk membuka pintu penumpang , Haider terlebih dulu menahan.

Sofia simpan senyum bila merasakan bibir Haider lembut berlabuh di dahinya. Belum cukup dengan itu , tangan Sofia diraih sebelum ditekapkan pada ulas bibirnya.

"Take care baby,"

"I love you always and remember you're mine." serentak itu Haider mengangkat bibirnya jauh dari tangan Sofia. Sofia tersenyum lebar. Rahang Haider dipegang sebelum pipi kanan Haider dikucup pantas.

"Love you more , Haider."

Rafael terus membuang pandangan ke arah lain bila melihat adegan yang terhidang di depan matanya. Sudah lah tingkap kereta itu diturunkan separuh. Mungkin benar apa yang disampaikan Medina tempoh hari , Haider dan Sofia sudah berkahwin. Pandangan Rafael jatuh semula pada Sofia yang kini sudah berjalan masuk ke dalam kampus.

"Angel ,I'm sorry.."





***





PELUH yang merintik di dahi dikesat menggunakan belakang tangannya. Sudah lah sekarang panas terik. Haider pula belum muncul muncul. Jam dikerling , 1:30 tengah hari.

Tangan pantas mencapai telefon bimbitnya. Nombor Haider didail. Namun belum sempat panggilan tersambung , satu sapaan membuatkan gerak tubuh Sofia mati.

"Angel."

Angel. Hanya seorang saja yang mengelarnya dengan panggilan itu. Ya. Lebih tepatnya , hanya Rafael yang memanggilnya dengan gelaran itu.

Rafael Haikal Dato Idris.

Continue Reading

You'll Also Like

1M 53.7K 74
❤️‍🔥 1ST HOT LOVE SERIES❤️‍🔥 Pertemuan yang tidak diduga telah mengubah hidup seorang gadis apabila dia terjumpa seorang lelaki yang berpangkat tin...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
567K 19.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
159K 8.5K 55
PEMBACA MATANG 15+ Bagaimana rasanya apabila berumur 17 tahun tapi sudah berkahwin? tetapi perkahwinan mereka bukan lah seperti orang lain yang indah...