Golden Brain vs Golden Physic...

By reenshi

81.6K 14.6K 7.9K

▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeo... More

Introduction
1: Kedatangan
2 : Kelas
3: Pelik
4: Sekarang!
5: Pensel
6: Lari
7: Berbeza
8: Denda
9: Welcome
10: Deal?
11: Sertai
12: Rahsia
13: Same
15: Berita
16: Dua?
17: Kawan
18: Ketua
19: Cover
20: Idea!
21 : GPS
22: Belakang
23 : Bikar
24: Perhatian
25: Add
26: Karnival
27: Kaunter
28: Together!
29: Tolak
30 : Duality
31: Game
32: Jangan!
33: Jauh
34: Nama
35: Dating

14: Sejuk

2.5K 455 267
By reenshi

210 votes + 70 comments 


Jungkook memandang ke arah Minjung yang sedang menuruni anak tangga setelah dia menerima piala tempat pertama dan wang tunai daripada pertandingan itu.

Tanpa membuang masa, Minjung terus memberikan piala itu kepada Namjoon. Sudah tentu Namjoon yang perlu menyimpan piala itu, Minjung tidak akan membawa pulang piala kerana dia tidak mahu ibu bapanya tahu tentang ini.

"Macam biasa, kau simpan piala aku ambil duit" kata Minjung kepada Namjoon sambil tertawa.

Jeon Jungkook yang berdiri bersebelahan dengan Namjoon itu hanya memerhatikan mereka tanpa mengeluarkan kata-kata.

"Jungkook, jom balik sekolah, sekarang tengah rehat petang aku takut cikgu datang bilik kesihatan nak tengok keadaan kita" kata Minjung.

"Ok, kita balik sekarang" balas Jungkook lalu dia menyeluk poket seluar sekolahnya.

"Namjoon aku pergi dulu" kata Minjung sambil melambai ke arah lelaki itu. Manakala Jungkook terus berjalan meninggalkan Namjoon tanpa mengucapkan selamat tinggal.



☆☆☆☆

Mereka berdua berjalan menuju ke arah tempat duduk yang masih kosong di dalam bas itu. Oleh kerana sekarang waktu petang, jadi kebanyakkan tempat sudah penuh dengan pelajar sekolah lain yang tidak mempunyai kelas malam hari ini.

Minjung mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Jungkook yang merupakan tempat duduk kedua paling belakang.

"Terima kasih" kata Minjung kepada Jungkook.

"Untuk apa?" soal Jungkook dengan wajah dingin.

"Sebab bawa aku pergi pertandingan tu lah" balas Minjung.

"Oh" balas Jungkook.

"Oh je?" balas Minjung.

"Dah tu nak suruh aku buat apa?" soal Jungkook.

Minjung mengerutkan dahinya, mengapa lelaki ini kembali berperangai dingin? Bukan di sekolah pun sekarang ini.

"Jawab lah sama-sama" balas Minjung.

"sama-sama" balas Jungkook dengan nada yang langsung tidak tulus dari hati.

"Tch, sebenarnya kenapa kau beria sangat nak aku sertai pertandingan tu?" soal Minjung.

"Sebab.." balas Jungkook dengan nada yang lambat.

"sebab?" soal Minjung.

"sebab yang sebab lah" balas Jungkook.

"Ada juga orang mati sebab kena campak keluar dari bas hari ni" balas Minjung.

"Hahaha, tak lah, sebab aku tahu perasaan bila kita nak buat sesuatu yang tak nak ibu bapa kita tahu. Jadi, aku nak tolong kau. Itu je" balas Jungkook.

"Itu je?" soal Minjung kembali.

"Dah tu? kau ingat macam dalam cerita cliche ke? aku suka dekat kau lepas tu tolong kau? oh, tolonglah" balas Jungkook.

"Manalah tahukan?" balas Minjung.

"Kenapa? kau dah tersuka dekat aku?" soal Jungkook sambil merapatkan wajahnya dengan wajah gadis itu.

Apabila wajah mereka sedekat ini, barulah Minjung sedar yang Jungkook mempunyai parut di bahagian pipinya.

"Pipi kau ni kesan bergaduh dekat gelanggang tinju ke?" soal Minjung dengan rasa ingin tahu, sekali gus menukar topik perbualan.

Jungkook menyentuh parutnya buat seketika.

"Oh, parut ni, mak aku kata masa sekolah rendah tahun 1 dulu aku terjatuh dalam tasik berbatu, lepas tu aku dapat parut ni" balas Jungkook.

"Jatuh dalam tasik?" soal Minjung.

"Haah, mak aku kata kepala aku terhantuk dekat batu besar yang ada dekat tepi-tepi tasik tu. Mungkin sebab tu lah aku pengsan dan aku tak ingat apa yang berlaku sebelum tu" terang Jungkook lagi.

"Kau tak ingat semua?" soal Minjung.

"Haah, nama aku sendiri pun aku tak ingat. Nasib baiklah aku baru tahun 1 masa tu, jadi apa yang aku belajar lepas tu aku ingatlah, yang hal sebelum tu je yang aku tak ingat" balas Jungkook.

"A-aku nak cakap sesuatu ni, tapi janji dengan aku yang kau tak akan fikir jauh. Sebab ini pendapat aku sahaja" kata Minjung.

"Apa?" soal Jungkook.

"Berdasarkan bentuk parut kau ni, ni kesan cakaran, sama ada dengan kuku atau benda tajam, bukan sebab jatuh dekat batu" balas Minjung.

Jungkook terdiam buat sementara.

"Ah, tapi mungkin batu tajam dan terguris pada pipi kau ke? masuk akal juga" cepat-cepat Minjung berkata supaya lelaki itu tidak berfikir terlalu jauh.

"Hentian di Ivy High school!" teriak pemandu bas itu membuatkan mereka cepat-cepat turun dari bas.

☆☆☆☆

Jungkook menarik tangan Minjung agar gadis itu dapat melangkah masuk ke bilik kesihatan melalui tingkap.

Mujur sahaja bilik kesihatan terletak di tingkat satu, kalau tingkat atas? 

"Jururawat tak jaga ke?" soal Minjung sebaik sahaja dia berjaya masuk ke dalam.

"Aku selalu ponteng, percayalah kata aku, jururawat sekolah ni selalu pergi kantin mengorat pak cik kantin" balas Jungkook sambil menutup tingkap kembali.

Minjung memandang ke arah dua buah katil yang terdapat di dalam bilik itu, cukup-cukup sahaja untuk mereka berdua.

"Kau ambil katil sana, aku ambil katil---" belum sempat Minjung mengahabiskan ayatnya, pintu masuk terlebih dahulu terbuka.

"Minjung kitorang datang ni!" suara Eunwoo kedengaran dari luar.

Tanpa membuang masa, Jungkook terus menarik Minjung supaya baring bersamanya di atas sebuah katil. Sempat jejaka itu menarik selimut.

Iya, mereka baring bersama. Tipulah kalau Minjung tidak terkejut, terlalu terkejut sampaikan tak terkeluar suara.

Apabila Eunwoo, Nayeon, Jimin dan Jaehyun melangkah masuk ke dalam bilik kesihatan itu, mereka semua terkejut melihat Jungkook dan Minjung sedang tidur sekatil.

"K-kenapa korang berdua tidur sekatil?" soal Jimin.

"Korang berdua ada apa-apa hubungan ke?" soal Nayeon.

"Aku dah agak! korang mesti bercinta!" kata Eunwoo lalu mendapat pukulan daripada Jaehyun. Pandai-pandai je buat konklusi si Eunwoo ni.

"Uhuk, mana ada" balas Jungkook. Sengaja dia membuat reaksi seperti orang sakit.

"Dah tu kenapa tidur sekatil?" soal Jaehyun.

"alat pemanas rosak, kitorang sejuk kalau peluk macam ni ada haba yang berlaku sebab manusia suhu badan 36 darja celcius--" belum sempat Jungkook menghabiskan penerangannya Nayeon terlebih dahulu memotong percakapannya.

"Ok, ok aku faham" kata Nayeon kerana tidak mahu Jungkook meneruskan ayatnya.

"Sejuknya" kata Jungkook sambil mendekatkan dirinya dengan Minjung.

"Ahh" Jungkook mengaduh kesakitan yang jelas sekali menipu sebaik sahaja mendekatkan dirinya dengan Minjung.

Habis merah pipi milik Minjung. Malu! malu! malu!

"Jungkook, alat pemanas tak rosak lah, korang tak buka suis tadi" kata Jimin sambil menekan suis alat pemanas.

"O-oh, kitorang tak perasan tadi, perut sakit sangat" kata Minjung lalu dia terus bangun dan turun dari katil.

"Aku ada belikan roti, korang makanlah" kata Eunwoo.

"Mana Chanyeol?" soal Minjung sambil menukar topik. Lagipun, kemana Eunwoo pergi Chanyeol selalu ikut, itu yang dia pelik mengapa Chanyeol tiada.

"oh, tadi dia kata nak pergi tandas sekejap" balas Eunwoo.

"Aku rasa perut aku dah tak sakit, boleh dah masuk kelas malam ni" kata Minjung sambil memandang ke arah Jungkook.

Jungkook menayangkan riak wajah 'Siyes lah? dah dapat rehat nak masuk kelas, ish'





☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV💚

Waktu menunjukkan pukul 9 malam, waktu persekolahan akhirnya tamat, para pelajar mula mengemas barang untuk pulang ke rumah.

Minjung berjalan keluar dari kelas sempat dia melambai ke arah rakan-rakannya.

Setelah itu, Jungkook pula yang berjalan keluar dari kelas itu sambil menggalas beg sekolahnya.

"Yah, Minjung!" panggil Jungkook membuatkan gadis itu berpaling ke belakang dan berhenti menuruni anak tangga.

Terus Jungkook melemparkan begnya ke arah Minjung.

"Kita masih ada perjanjian, bukan?" soal Jungkook.

Minjung menayangkan riak wajah menyampah ke arah Jungkook sebaik sahaja menyambut beg milik jejaka itu. Oh, baru gadis itu ingat mengapa dia bencikan Jungkook.

Minjung berjalan meninggalkan Jungkook sambil membawa beg Jeon Jungkook.

Jungkook mengejar langkah gadis itu.

Alangkah terkejutnya Jungkook apabila dia melihat yang dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang berdiri di depan pagar sekolah. Jungkook pasti itu saintis kejam yang ingin menculik Minjung.

Tanpa membuang masa Jungkook terus mengejar langkah supaya dapat menyelematkan Minjung daripada diculik. Gadis itu pun satu! apa yang dia sedang fikir sampai tak perasan yang saintis sedang menunggu masa untuk menculiknya.

Terus Jungkook menumbuk wajah salah seorang lelaki itu membuatkan Minjung terkejut. Kenapa tiba-tiba Jungkook menumbuk lelaki itu.

Apabila lelaki itu jatuh tersungkur, barulah Minjung nampak wajahnya, itu saintis yang ingin menculiknya. Aduhai! ni sebab Minjung sibuk mencarut tentang kehanatan Jungkook tu yang sampai tak sedar.

"K-kau" lelaki yang seorang lagi terkelu apabila melihat wajah Jungkook.

Baru sahaja Jungkook ingin menumbuk wajah lelaki yang seorang lagi. Saintis itu terlebih dahulu berkata

"Kau-- Jungkook, spesimen golden physical yang keempat"

TBC

Jeng jeng! HAHA siapa yang terkejut?

pfft, maaf kalau cliche.

Btw, siapa fangirling masa baca? kita geng!

Continue Reading

You'll Also Like

67.5K 333 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur
511 55 11
Mengisahkan hidup Ali sangat gelap. Walaupun ibu Ali berteraskan tekno ialah Aliya memarahi anaknya yang selalu tidak dengar cakap keluarganya sendir...
6.8K 584 45
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
29.4K 1.6K 50
Mengisahkan Alicia yg merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tlh kehilangan G. Rama dn uncle2nya disbbkan terkorban dlm satu misi. Sjk dripd hri itu...