The King of Dévil ✔️

By -reenn

296K 4.7K 1.3K

Haider Yeong | Halena Sofia More

The King of Devil
prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
15
16
17
18
20
21

19

3.2K 237 103
By -reenn

SETELAH kelibat Haider hilang dibalik pintu bilik mandi. Sofia merengus. Haider selalu saja membuatkan dia gugup. Dahinya disentuh perlahan. Masih terasa ciuman hangat Haider di dahinya.

Tuhan saja tahu bagaimana gembiranya dia menyandang gelaran sebagai isteri Haider. Namun bila teringat pada Anastasia , Sofia jadi serba salah. Dia sudah merampas hak orang , tunangan orang. Kejamnya dia!

Namun dia juga tidak boleh menafikan perasaannya pada Haider. Dia masih sayangkan Haider. Cintanya buat Haider kian mengebu apatah lagi bila mereka bertentang mata.

Sofia jadi gelisah bila mengenangkan dia akan bertentang mata dengan Haider sebentar nanti. Laju tangannya menyarung selendang dan mengambil telefon bimbitnya.

Laju bilik tetamu menjadi tujuan utamanya. Pintu dibiarkan tidak berkunci , siapa pula yang akan mencerobohi bilik tamu ini dilewat malam begini fikirnya.

Selendang dibuka. Tubuhnya dihempaskan pada katil bersaiz queen di bilik tamu itu. Sekejap saja Sofia terlelap. Bahana menjadi raja sehari , mungkin?

Sofia terjaga bila merasakan tangan kasar yang mengelus elus pipinya. Sebaik mata dicelikkan terkejut bukan ke palang Sofia bila melihat Harraz yang sedang duduk di birai katil itu. Laju tangan naik menepis kasar tangan Harraz.

Bagaimana dia boleh terlupa yang dia masih sebumbung dengan Harraz?

"Kau buat apa ni Harraz? Keluarlah!" jerkahnya. Takut. Masih trauma. Entah kenapa , jika sentuhan itu datangnya bukan dari Haider , Sofia jadi takut. Tidak selesa. Rasa traumanya kembali bersarang di dada. Apatah lagi selepas apa yang pernah jadi di antara mereka.

Tawa Harraz lepas.

"Aww garangnya kau. Chill okay? Jangan jerit-jerit , nanti husband kau dengar." ujar Harraz selamba. Rambut mengurai Sofia pula dielus lembut.

"Cantik , no wonder Rayyan sanggup jadi pak sanggup kau." Harraz angkat bahu sambil bibirnya membentuk satu senyuman sinis.

Sofia menepis tangan Harraz kasar. Baru saja langkah ingin diatur keluar Harraz sudah menahannya.

"Rileks lah Sofia. Apa kata malam ni kau tidur dengan aku?" lengan Sofia ditarik untuk duduk semula. Sofia jadi berang. Tangannya menolak dada Harraz sekuat tenaga. Mereka bergelut.

"Apa kau cakap ni Harraz? Aku isteri Haider lah!"

"Jangan lah buat aku macam ni.." Sofia separuh merayu. Nadanya sedikit rendah. Dia takut. Takut kalau-kalau ada yang menangkap dia sedang berdua-duaan bersama Harraz. Apa kata mereka nanti?

"God.."

"Sofia jangan lah buat suara macam tu. Kau buat aku lagi tak sabar nak rasa kau." Sofia sudah menangis. Menyesal! Kalau tahu begini jadinya sudah lama dia kembali ke bilik tidurnya. Lebih rela menghadap Haider dari Harraz!

"Lagi satu. Kalau aku rasa kau , Rayyan bukan tahu pun. Tak luak pun bagi pada aku Sofia. Kau kan dah kena tebuk dengan Rafael."

Pang!

Kepala Harraz tertoleh ke tepi. Nafas Sofia turun naik. Pedih hati menerima kenyataan yang dilempar Harraz. Dia masih suci! Kenapa semua orang memandangnya kotor dan hina?

Harraz melorek senyum sinis. Kebas di pipi kirinya masih terasa.

"Kenapa? Salah aku cakap? Betul kan? Rayyan tu cuma dapat bekas bekas orang je."

Sofia kelu. Sedikit sebanyak dia sudah terpengaruh dengan kata kata Harraz. Sofia dihimpit rasa sedih. Harraz benar. Kasihan Haider. Sofia kecewa , kecewa dengan diri sendiri kerana gagal menjaga maruah diri.
Harraz tersenyum herot bila melihat air muka Sofia yang berubah mendung.

"Tapi jangan risau Sofia..."

"Kalau Rayyan tak 'sudi' nak terima kau. Kau boleh pergi pada aku. Aku sanggup terima kau.." rambut Sofia diselitkan ke belakang telinga.

Sofia tersedar. Tangan Harraz ditolak kasar. Tangan laju mencapai selendang hitamnya semula. Baru saja tombol pintu ingin dibuka tangannya terlebih dulu direntap Harraz.

"Lepaslah Harraz! Aku nak jumpa Haider. Lepaslah!" bentak Sofia geram. Takut. Marah. Sedih.

"Kenapa? Takut kalau Rayyan nampak kau dengan aku? Macam tu?" soal Harraz sinis. Wajah pucat dan tubuh mengigil Sofia membuatkan dia tersenyum. Jelas gadis itu takutkannya.

"Tolong lah Harraz jangan buat aku macam ni. Apa yang kau nak? Tolong lah aku tak nak Haider nampak. Tolong lah lepaskan aku.." Sofia merayu. Wajahnya penuh dengan air mata. Tubuhnya mengigil takut.

Kenapa?

Kenapa dia sering diperlakukan seperti ini?

Harraz dan Sofia serentak menoleh bila daun pintu dikuak kasar dari luar. Wajah tegang Haider terjengul dibalik pintu. Wajahnya dingin. Tiada secalit senyuman.

Harraz tersenyum sinis. Lengan Sofia dilepaskan. Tidak sabar pula melihat rumah tangga mereka berantakan. Itu yang dia mahu. Melihat Haider sakit dan kecewa seperti yang dirasanya dulu , sewaktu lelaki itu merampas kekasih hatinya.

Tangan Sofia dicapai Haider. Tanpa sebarang soalan Sofia ditarik lembut mengikut langkahnya. Sofia akur meskipun gerun dengan padangan mata Haider padanya sedari tadi tidak lepas memandangnya.

Sebaik kembali ke bilik mereka , pintu ditutup dan dikunci Haider sebelum tautan tangan mereka dileraikan. Haider sedikit pun tidak bersuara. Kehadiran Sofia langsung tidak diendahkan. Bantal dicapai sebelum kembali berdiri di hadapan Sofia.

Serentak , Sofia mendonggak. Mata mereka bertaut. Lama.

"Aku tahu kau tak hingin pun kahwin dengan aku , Halena. Aku tahu , aku yang beria-beria ajak kau kahwin. Tapi kalau rasa tak selesa dan tak 'hingin' nak tidur sekatil or sebilik dengan aku , bagitahu."

Sofia tergamam. Tangan Haider cuba diraih.

"Haider , aku.." tangannya ditarik menjauh.

"No , I don't need you explanation." tegang.

"Haider dengar lah dulu..." kolam mata Sofia kembali hangat.

"Apa lagi Halena?!" tanpa sedar Haider meninggikan suaranya. Sofia terkesima. Makin laju air matanya mengalir. Tangannya naik menutup wajahnya sambil menangis teresak-esak.

Terkilan dengan sikap Haider yang meninggikan suara terhadapnya. Dia takut , memang sejak dulu lagi dia tidak senang bila melihat Haider marah. Namun apa yang berlaku bukan salah Haider , dia sendiri yang mencari masalah.

Haider jadi serba salah. Wajah diraup berkali-kali. Bantal dibuang ke katil sebelum tangannya menarik lembut tangan Sofia yang menekup wajahnya.

"Halena.." Sofia masih teresak.

"Hey , aku minta maaf. Aku tak sengaja tinggikan suara pada kau. Aku minta maaf." tangan Haider mula mengesat sisa air mata pada wajah Sofia. Meskipun marahnya masih lagi tersisa. Tidak pula dia sanggup melihat isterinya itu menangis seperti ini.

Tangisan Sofia makin kuat. Dia yang bersalah tapi Haider masih memujuknya. Ya , dia agak kaget bila Haider meninggikan suara padanya. Namun tidak pula menyalahkan Haider. Wajar Haider marahkannya. Dia serba salah bila Haider yang memujuknya. Sofia merasakan Haider terlalu baik buatnya. Dan serentak itu kata-kata Harraz kembali terlayar semula.

"Kenapa? Salah aku cakap? Betul kan? Rayyan tu cuma dapat bekas bekas orang je."

Bekas orang. Suaminya hanya akan mendapat bekas orang. Haider, lelaki yang sangat dicintai hanya mendapat bekas orang. Sanggup kah Haider menerimanya? Dia kotor , jijik , sudah dipegang orang lain. Apa perasan Haider bila melihat dia sebilik bersama lelaki lain buat kali kedua?

Dia memang isteri nusyuz. Dia tidak layak buat Haider. Anastasia jauh lebih baik berbanding dirinya. Anastasia lebih berhak memiliki Haider. Melihat Sofia yang hanya mendiamkan diri buat Haider jadi gusar.

"Baby , hey say something.." tubuh kecil Sofia dibawa masuk ke dalam pelukannya. Kepala Sofia diusap lembut.

"I'm sorry okay? Shuuu..." ubun ubun Sofia dicium kejap.

"Haider." panggil Sofia. Dada Haider ditolak lembut , merungkaikan pelukan. Wajah Haider dipandang tunak. Haider pula memandang Sofia lama.

"Yes , baby?" Haider menyoal prihatin.

"Lepaskan aku.." senyuman Haider mati. Gerak tangannya yang tadi membelai lembut rambut Sofia terhenti.

"So..sorry?" Haider gugup. Sebolehnya menafikan apa yang didengarnya tadi. Walhal dia cukup jelas dengan apa yang diminta Sofia tadi. Mungkin juga itu hanya gurauan fikirannya.

"Lepaskan aku Haider. Ceraikan aku."

Dada Haider berombak laju. Nafas berat dihela sebelum dia tertawa kecil.

"Halena , it's not funny." rahang Sofia ditekup lembut.

"Jangan buat main benda macam tu Halena. Aku tak suka. Kau penat ni. Pergi lah rehat..." ujar Haider sambil bibirnya membentuk satu senyuman hambar.

Kecewa..

"Tak , Haider. Aku tak bergurau. Aku nak kau lepaskan aku. Ceraikan aku , Haider!"

Haider menarik nafas berat. Wajah Sofia dipandang tajam. Sedikit sebanyak permintaan Sofia membuatkan Haider terasa tercabar sebagai seorang lelaki yang bergelar suami.

"Kenapa? Nak pergi dekat Harraz? Macam tu?" suara Haider berubah keras.

Sofia diam.

"Oh betul lah? Sebab ni ke kau tak nak kahwin dengan aku? Sebab kau ada hubungan dengan Harraz? Kenapa tak bagitahu aku awal-awal? Kalau aku tahu , aku tak akan ajak kau kahwin , Sofia. Aku tak akan beria beria ajak kau kahwin dengan aku , kalau kau dah ada orang lain!" wajahnya diraup kesal.

"God!"

"Patutlah kau beria tolak aku. Kenapa aku tak perasan semua tu?"

Sofia kelu.

"Haider , aku.."

"Betul , kau nak aku lepaskan kau?" Haider kembali menyoal. Sofia terdiam. Jelas riak kecewa terpancar di wajah Haider.

Bukan. Bukan ini yang dia mahu. Dia sayangkan Haider. Dia sayangkan hubungan mereka. Namun bila mengenangkan dirinya tidak layak berdamping bersama Haider , Sofia jadi tak keruan.

Sofia mengigit bibir bawahnya , menahan rasa.

"Fine.."

Haider mengeluh berat.

"But let me tell you something , Halena."

"Aku nak kau tahu yang aku kahwin dengan kau bukan dasar kasihan or simpati pada kau. Kau kenal aku , Halena. Aku bukan lelaki yang baik sampai sanggup gadaikan masa depan untuk perempuan yang aku tak cinta. Aku kahwin dengan kau sebab aku masih cintakan kau Halena. Dari dulu sampai sekarang..." tangan Haider naik menolak dagu Sofia membuatkan mata mereka bertemu buat seketika.

Pabila mata mereka bertaut. Sofia dihempap rasa sebak bila melihat pinggir mata Haider sedikit lembab.

"Perasaan aku untuk kau masih sama. Tak pernah berkurang." tangan dijatuhhkan dari terus memaut dagu terbelah Sofia.

Haider lepas gelak kecil.

"Tapi aku tak boleh paksa kau untuk cintakan aku semula. Aku tak boleh."

"Aku faham kalau kau masih berdendam fasal kes lepas. Silap aku tinggalkan kau dulu."

"Tapi aku nak kau tahu yang lepas aku lafazkan akad... I became a very happiest man in this world. Aku gembira sangat bila dapat jadi suami kau , Halena...."

"Walaupun cuma sekejap." sambungnya seraya tersenyum hambar.

"Aku tak pernah terniat nak lepaskan kau... sekali pun tak pernah."

Sofia masih kekal memandang wajah tampan Haider. Wajah Haider kelihatan penat. Wajarlah kerana sekarang sudah hampir menginjak pukul tiga pagi. Haider menghela nafas berat buat sekian kalinya. Senyuman nipis terukir pada bibirnya.

"Aku minta maaf. Aku sendiri tak sanggup nak lafazkan talak pada kau." kepala Sofia diusap. Sebelum bibirnya mencium sekilas ubun ubun gadis itu.

Lama.

"Rehat lah. Esok kita bincang semula." seraya itu bantal kembali diambil sebelum dilemparkan pada lantai bersebelahan katil , badannya dihempaskan pada lantai.

Sofia kaku sebelum tubuhnya jatuh terduduk di birai katil.











no first night , I'm sorry :D

Continue Reading

You'll Also Like

78.4K 3.6K 29
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
1.5M 47.5K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
993K 39.4K 60
[𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] DANIEL HANZ ANAQI × DAMIA IZARA Dikhianati oleh satu-satunya orang yang dipercayai dan dijual menjadi pelacur murahan d...
4.4K 789 13
"Kalau Lisa kata Lisa tak nak kahwin dengan abang, macam mana?" - NUR ALISA "Aku nak kahwin dengan kau. Kau jangan nak menipu pula kata ada boyfriend...