Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏

Od Ayin_Ikha

5K 442 28

Bersemadilah kau bersama dosa-dosa kau ☏Kisah yang 100% tiada romance. Tidak ada adegan di mana si pembunuh a... Více

☏Chapter 1☏
☏Chapter 2☏
☏Chapter 3☏
☏Chapter 4☏
☏Chapter 5☏
☏Chapter 6☏
☏Chapter 7☏ Kill
☏Chapter 8☏
☏Chapter 9☏
☏Chapter 10☏
☏Chapter 11☏
☏Chapter 12☏
☏Chapter 13☏
☏Chapter 14☏
☏Chapter 15☏
☏Chapter 16☏
☏Chapter 17☏
☏Chapter 18☏
☏Chapter 19☏
☏Chapter 20☏

☏Chapter 21☏ ☆End☆

232 14 5
Od Ayin_Ikha

Akhirnya.. Aydan ditangkap. Siapa yang tangkap dia?

Pembunuh bersiri yang paling kuat.

Aydan merenung Noel. Kepala Aydan masih berdarah tapi kesakitannya seolah-olah tidak dapat dirasakan saat melihat kelibat Noel.

Kenapa dia ada di sini? Apa dia buat? Siapa dia ni? Pelbagai persoalan hadir dalam diri Aydan.

Noel berjalan mundar mandir sambil membaca buku nota hitam milik Aydan.

"Aku dah tengok papan hitam kau kat ruang tamu... Tengok daripada semua catatan itu...", Noel memberhentikan langkah.

"Maknanya syarikat Airnines bukan target pertama kau, kan?", sambung Noel. Aydan tidak menjawab.

Noel mengeluh. "Aku tahu kau takkan jawab"

"Sebab itulah aku dah selidik semuanya dengan teliti"

"Dah berapa lama kau buat kerja ni?", tanya Noel.

Aydan mencebik. "Bukan ke kau kata kau dah selidik? Kenapa tanya aku lagi?", Aydan menjeling Noel.

"Hmm... sebab... Aku lagi suka dengar pengakuan daripada si pelaku itu sendiri", Noel mencuit pipi Aydan.

"Ada pepatah... pembunuh takkan berkurangan kalau kita bunuh seorang pembunuh... tapi aku tak setuju... nak tahu kenapa?", Noel mula berteka-teki.

Untuk seketika suasana sunyi. Aydan langsung tidak bersuara.

"Bosanlah... apa kata kau buka mulut sikit... haih... takpelah.. aku beritahu juga...", Noel mengusap kepala Aydan.

"Sebab aku bukan bunuh seorang sahaja..."

Aydan tersenyum. "Jadi, aku ni mangsa ke berapa?", Aydan merenung Noel.

"Hmmm.... berapa eh? kelima? Tak ingat", Noel ketawa sendirian.

"ohh... lima orang je... ramai lagi aku punya...", Aydan berasa bangga.

"Tapi aku bunuh pembunuh... Kenalah ada usaha lebih sikit sebab diorang ada pengalaman membunuh..", Noel memandang Aydan dengan reaksi suci.

Meluat.

"Kau bunuh orang sombong je... dasar keanak-anakan", perli Noel.

"Kau bunuh diorang sebab mereka buat kau teringat dekat Tuan Harry, kan?", tanya Noel lagi.

Mendengarkan nama Harry sahaja sudah buat Aydan benci.

"Jadi kau bunuh orang lain dahulu sebelum kau datang kat Syarikat Airnines... Sebab kau tahu kekuatan musuh sebenar kau..."

"...Tapi kau lupa, aku pun cari kau..", sambung Noel.


Aydan mengeluh. Noel kehairanan. "Kenapa? aku banyak sangat cakap ke?"

"Kau nak bunuh aku kan... kenapa tak bunuh aku terus...", Aydan menggoyangkan sedikit badannya. Rimas!

"Sebab aku cuba ikut teknik pembunuhan kau... aku suka teknik kau.. unik", mata Noel bersinar. Aydan tidak bersuara lagi.

"Bila fikir balik... Kaulah yang selalu menghendap rumah aku, kan?", tiba-tiba Aydan bersuara. "Kau perasan? Maknanya aku tak sesuai la jadi penghendap", Noel menepuk dahinya.

"Apa-apa pun, aku dah baca semua benda yang kau tinggalkan kat dalam rumah ni. Aku pun dapat tahu yang kau ada kaitan dengan pembunuhan Tuan Harry.. Aku bersimpati atas kematian mak kau...", Noel mengusap air mata palsunya.

Aydan senyum sinis. "Nampak macam tak ikhlas je"

"Kejujuran perlu ikhlas ke?", Noel memandang Aydan.

Masing-masing mendiamkan diri.

Kejujuran perlu ikhlas ke?

Mereka buntu.

"Ehem! apa-apa pun, kau mestilah lagi hebat dari aku memandangkan target pembunuhan kau bukan orang biasa", puji Aydan.

"Pujian ke tu?", Noel merenung Aydan sambil senyum.

"Kau kata kejujuran tak perlu keikhlasan", Aydan mencebik.

Lagi sekali mereka mendiamkan diri.

"Kita berdua ni dungu la, hahahha", Noel ketawa.

Masing-masing ketawa dengan kebodohan sendiri.

"Tak juga... Aku cuma ikut aliran mangsa aku.. Semua pembunuhan aku buat sebiji macam teknik pembunuhan mereka", Noel mula mendabik dada.

Aydan berfikir sebentar. "Kau nak bunuh aku macam mana?", tanya Aydan. "Apa maksud kau?", tanya Noel semula.

"Aku bunuh banyak cara", Aydan mengangkat keningnya. Noel menongkat dagu.

"Aku akan mulakan demotrasi untuk kau..."

"hmm?", Aydan kehairanan.

Noel merapatkan wajahnya ke arah telinga Aydan.

"Get ready", bisik Noel.

"Apa yang kau cuba---ugh!", satu tusukan mengena perut Aydan. Noel menusuk perut Aydan dengan pisau milik Aydan.

"Aku dah sediakan bunga ros emas untuk kau...", bisik Noel lagi. Aydan tersenyum.

"Kali ini aku akan puji kau dengan ikhlas... hebat juga kau ni", Aydan berpeluh.

"Mestilah~!", Noel kegirangan.

"Sampaikan kau tak perasan perangkap aku", Aydan merenung Noel. Noel kehairanan.

"Maksud kau?"

Aydan meleraikan ikatan tali dengan mudah. Noel tercengang. Pisau yang menusuk ke perut Aydan ditarik keluar.

"Kau ni.. raksasa ke?", Noel tercengang.

"Takdelah... Aku masih rasa sakit dengan tikaman kau...", Aydan menyentuh luka perutnya.

"Kau lupa, aku suka buat kerja terperinci... Jadi, normallah kalau aku boleh belajar cara nak buka ikatan macam ni", Aydan menghampiri Noel.

"Ada kata-kata terakhir nak ucap sebelum kau mati?", Aydan tersenyum.

Noel tidak bersuara. Nak larikan diri tapi tak tahu kenapa rasa seperti kakinya kejang. Renungan Aydan menyebabkan lutut Noel menggelentar dan akhirnya dia terduduk.

"Nampaknya aku kalah...", sengih Noel.

"Nampaknya macam itulah... Kau tak selidik aku dengan betul...", balas Aydan.

Aydan menghayunkan pisau tersebut ke arah Noel. Noel memejamkan mata. Takut!

eh?

Noel membuka matanya. Pisau tersebut berada di sebelah kepalanya.

Kenapa dia tak bunuh aku?

Aydan berdiri sambil memegang lukanya.

"Kau nak dengar tawaran aku?", tanya Aydan. Dia melihat langit malam. Cantik.

Noel kebingungan.

"Tawaran apa?", tanya Noel.

"Kerjasama"

"ehhh????", Noel berdiri semula. Dia menghampiri Aydan. "Aku? dengan kau? Jangan harap! Kau pembunuh!", Noel merengus.

"Kau pun sama", jeling Aydan. "Aku bunuh demi keadilan! Kau bunuh demi nafsu! Tak sama!", Noel memeluk dirinya sendiri.

Aydan merenung Noel. Noel berpeluh saat mata dia ditenung sebegitu rupa. "Aku suka mata kau... Rasa macam nak korek mata kau ...", Aydan menghadapkan badannya ke arah Noel. Noel menjauhi Aydan. Aydan berjalan menghampiri Noel.

"Tawaran atau mata? Mana kau pilih?", ugut Aydan. Noel memandang tajam Aydan. Dia tidak boleh buat apa lagi. Dia sudah buntu.

"Aku ada banyak teknik pembunuhan yang aku belum cuba...", Aydan memandang tapak tangannya. "Aku juga ada matlamat yang belum tercapai", sambung Aydan.

"Apa matlamat kau?", tanya Noel.

"Balas dendam"

"Balas dendam?"

"Biar aku jujur sahaja.. Memandangkan kau tetap akan mati kalau tak akur atau kau kena kerjasama dengan aku untuk teruskan hidup... kedua-dua pilihan ini sangat menguntungkan aku", Aydan senyum.

Wajah Noel kemerahan. Betulkah dia tiada pilihan?

"Apa matlamat kau?", tanya Noel lagi sekali.

"Pertama sekali, aku nak bunuh ahli keluarga kau", balas Aydan.

"Kedua?", tanya Noel.

"Rahsia"

"Kau kata nak bekerjasama dengan aku!", geram Noel.

"Kau tak beri kata putus. Kalau kau setuju nak kerjasama dengan aku, baru aku beritahu kau", Aydan menjeling Noel.


"Apa yang aku dapat kalau kau tak bunuh aku?", tanya Noel.

"Kau dapat kawal aku. Kau bole suruh aku buat kerja kotor kau dan kau boleh layan aku macam anjing kau", Aydan mendepakan badannya.


"Sampai macam ni sekali kau nak aku terima kau..", sengih Noel.

"Mestilah!"

"..Dan... lepas semua impian aku dah tercapai.. kau boleh bunuh aku...", sambung Aydan.

Noel mendiamkan diri sebentar lalu dia menggelengkan kepalanya.

"Mungkin aku akan gunakan kau untuk masa akan datang... Jadi kita win-win situation, kan? ", balas Noel.

Aydan tersenyum kecil. Noel tersenyum puas.

"Jadi... apa matlamat kedua kau?", tanya Noel.

"Aku.... ada seorang abang..."



Pada malam yang indah, mulalah aktiviti kerjasama mereka. Pelbagai pendapat telah disuarakan dan akhirnya Noel bersetuju untuk bekerjasama dengan Aydan.

"Tapi, kau kena ubah penampilan kau... Aku akan sediakan barang pembunuhan untuk kau", kata Noel.

"Takpe... Aku tak perlukan sumbangan ikhlas itu...", Aydan menolak.

"Kau kena ada barang berkualiti baru kau boleh bunuh orang dengan mudah", balas Noel.

Masing-masing tidak mahu mengalah. Sejak identiti mereka diketahui, hubungan mereka semakin akrab... kut.

☎☎☎
TAMAT

Akhirnya tamat juga, agak-agak ada sambungan tak?

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

642K 35.5K 137
Di Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan...
Suamiku Mr.Bad Boy Od qiss

Mystery / Thriller

731K 31K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
92.3K 5.7K 47
+Creepypasta. Boleh baca, boleh cerita tapi jangan percaya. +Semua kisah dalam cerita ini adalah dari telegram. --thank you so much for the wonderful...
95.1K 6K 12
Fina seorang yang cantik & baik. Tetapi dia mempuanyai kuasa untuk melihat benda-benda yang langsung tiada orang lihat. Selepas dia berpindah dari se...