Saya sayang awak, Miss Blushi...

By f_miszyana

199K 8.9K 180

Tengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazri... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Sorry
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Epilog
Author's note...
Author's note (again)

Bab 33

2.6K 127 0
By f_miszyana

Banglo tiga tingkat yang tersergam indah dihadapannya dipandang sekilas. Mikael turun daripada superbike miliknya lalu bergerak ke arah pintu pagar. Loceng ditekan sebanyak tiga kali.

   Pagar dibuka setelah hampir seminit menunggu. Seorang wanita yang agak berusia keluar dari dalam banglo itu.

   "Encik ni siapa? Encik nak apa?" bertalu-talu soalan dikeluarkan.

   "Nama saya Mikael. Saya nak jumpa Nissa,"ujar Mikael. Wanita yang berada di hadapannya itu mengangguk.

   " Oo.. Ni Mak Milah. Sebentar ya. Mak Milah panggilkan Nissa. Dia ada di dalam bilik,"kata Mak Milah.

   "Baiklah,"

   "Encik Mikael masuklah dulu. Duduk di ruang tamu. Nanti Mak Milah sediakan air,"

   "Tak apalah, Mak Milah. Di luar pun cukup," tolak Mikael sopan. Mak Milah masuk ke dalam. Mikael juga tetapi hanya di halaman rumah.

   10 minit berlalu dan bayang Nissa masih lagi tidak kelihatan. Mujur sahaja Mikael datang pada waktu petang dan keadaan juga redup. Kalau tidak, bukan sahaja cuaca yang panas, dia pun panas.

   "Hai, Mika...,"

   Mikael memandang tajam figura yang memanggilnya itu. Nissa yang memakai baju lengan pendek berskirt pendek paras lutut berjalan mendekati Mikael.

   "You nak apa datang jumpa I ni, Mika? Nak bincang pasal perkahwinan kita? Boleh je,"ujarnya manja. Pandangan tajam Mikael tidak diendahkan. Kepalanya cuba dilentokkan ke bahu Mikael yang separas dahinya sahaja.

   Mikael menunjal kasar dahi Nissa. Nissa berlagak biasa. Dia tidak terkejut.

   " Kau nak apa buat semua ni?! Apa yang kau dapat?!" tengking Mikael. Matanya merah menyala memandang Nissa yang masih lagi tersenyum manja.

   "Apa yang I dapat? I dapat youlah. Apa lagi,"

   "Kau tahu kan, Nissa? Yang aku tak pernah suka kau!"

   "I taknak tahu. Apa yang I tahu cuma you akan jadi milik I," kata Nissa. Tangannya sempat menyentuh pipi Mikael. Mikael mengelak dan menghadiahkan pandangan jijik.

   Nissa bergerak ke tepi dan duduk di salah satu kerusi di meja batu. Dia menongkat dagu. Matanya pula masih lagi tidak lepas daripada memandang Mikael.

   "Aku takkan jadi milik kau. Aku akan pastikannya," ujar Mikael yakin. Nissa tersengih.

   "Apa je yang you boleh buat?" soal Nissa. Tapi, kedengaran sinis di telinga Mikael.

   "Kau pun, bukan boleh buat apa pun, kan?" soal Mikael. Dia berpeluk tubuh.

   "Eh, mana ada! I boleh buat macam-macam. Termasuk menghancurkan Mikayla. Dialah penyebab you taknak kahwin dengan I. Kan?"kata Nissa. Serta-merta Mikael membulatkan matanya.

   " Don't you dare to do it, Nissa Zazrin! I will protect her as much as I can, "Mikael segera memberi amaran. Tidak mahu kekasih hatinya disakiti. Nissa bangun lalu mengangkat kedua-dua bahunya.

   "Kita tengok nanti,"

   Mikael mendengus geram. Dia terus berlalu pergi. Geram pula berada lama-lama di sini. Mungkin dia akan bunuh terus si Nissa tu.

   Gedegang!

   Bunyi pagar yang dihempas Mikael dilihat sepintas lalu. Dadanya dipegang menggunakan tangan kanan. Kenapa hati dia perlu sakit? Kenapa cinta dia tidak dibalas? Kenapa dia ditakdirkan begini?

Imbas kembali...

Air mata yang mengalir disapu kasar. Sejak dahulu lagi orang selalu sakiti dia. Orang yang dia sayang, selalu pergi meninggalkan dia. Dia penat. Penat nak menghadapi perkara sebegini.

   Kasih sayang? Dia tak pernah merasainya. Zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan sikap Dato' Azman yang terlalu sibuk berkerja sehingga melupakan dirinya.

   Kali ini, dia akan pastikan. Yang dia akan dapat apa yang dia nak. Walau dengan apa cara sekalipun. This is Nissa. I'll get what I want.

   Dia bangun dari kerusi. Aiskrim berperisa strawberi ditinggalkan tanpa sempat dijamah. Dia keluar dari Baskin Robbins.

Imbas kembali tamat...

   "Yeah! This is Nissa. I'll get what I want,"

                      💗💗💗💗💗

"Hai, Mikael!"

   Mikael memandang wajah si pemanggil. Mikayla! Gadis yang dia sedang risaukan sekarang.

   "Oh, hai!" senyuman yang paling manis cuba diberikan. Malangnya, apa yang dilihat Mikayla cumalah senyuman hambar.

   "Awak ada masalah ke?" soal Mikayla prihatin. Dia duduk di kerusi sebelah Mikael. Sempat dia melihat kawasan kelas sekilas. Kelas sudah kosong. Mana taknya. Sekarang waktu rehat. Semua sudah keluar rehat kecuali Mikael. Zafrel yang mahu mengajak rehat pun dihalaunya. Oleh itu, sebagai kawan, Mikayla mahu membantu.

   "Masalah? Mana ada," Ketawa kecil diluahkan. Cuba untuk meyakinkan jawapannya. Malang sekali lagi, ketawanya kedengaran hambar di telinga Mikayla.

   "Sah! Memang ada masalah. Apa dia?"

   "Mana ada, Miss Blushing," nafi Mikael. Dia memandang luar melalui tingkap yang berada di sebelahnya.

   "It's okey kalau awak taknak luahkan pada saya. Awak tenangkanlah diri dulu, ya?" Mikayla bangun dan mula berjalan ke arah pintu.

   "Hmm.. Mikayla?" segera Mikayla menoleh. Senyuman manis diberikan kepada Mikael.

   "Ya?"

   "Saya nak cakap sikit,"

   "Apa?"

   "Saya nak awak jaga diri awak. Please! And.. Kalau ada apa-apa, bagitahu saya. Boleh?" pinta Mikael. Lega sedikit hatinya setelah menitipkan pesanan kepada Mikayla.

   "Err.. Mestilah saya akan jaga diri saya. Don't worry to much. Okeylah. Saya kena bertugas ni. Kosongkan kantin," ujar Mikayla. Ya, sudah hampir dua minggu Mikayla menjadi pengawas sekolah. Tidaklah kekok sangat rasanya sebab di pernah menjadi pengawas ketika di sekolah rendah.

   "Oh, okey,"

   "Bye! Take care,"Mikayla berlalu pergi. Waktu rehat dah nak habis. Jadi, dia perlu cepat.

   " Bye,"

                       💗💗💗💗💗

Mikayla kurang fokus di dalam kelas tika ini. Perkataan 'jaga diri' yang dijumpainya di dalam buku teks pendidikan kesihatan membuatkan dia berfikir panjang.

   'Saya nak awak jaga diri awak. Please! And.. Kalau ada apa-apa, bagitahu saya. Boleh?'

   Mikayla berasa tidak sedap hati. Kenapa Mikael berkata sedemikian? Ada apa-apa yang akan berlaku ke?

   Pak!

   "Mikayla!"

   Bunyi mejanya dipukul dan namanya dipanggil membuatkan Mikayla menoleh ke arah bunyi itu. Dilihatnya Cikgu Dhira yang berada dihadapannya kini sedang memandangnya tajam. Mikayla menelan liurnya sendiri.

  "Kamu berangan, ya? Semua murid jawab soalan saya tadi dan awak diam sahaja! Awak rasa awak dah pandai atau awak rasa subjek ini tak penting?" marah Cikgu Dhira. Mikayla hanya menunduk.

   "Maaf, Cikgu,"

   "Hmm.. Pergi jawab soalan nombor 8 yang ada di depan tu," arah Cikgu Dhira. Mikayla hanya menurut. Dia bernasib baik kerana dia ada juga mengulangkaji malam tadi.

                      💗💗💗💗💗

Pak!

"Mikayla!" Mikael serta-merta memandang Cikgu Dhira yang sudah berada di hadapan Mikayla.

   "Kamu berangan, ya? Semua murid jawab soalan saya tadi dan awak diam sahaja! Awak rasa awak dah pandai atau awak rasa subjek ni tak penting?"

   Mikael pelik. Mikayla berangan ketika kelas? Tak pernah lagi didengar oleh semua orang kerana Mikayla seorang pelajar yang fokus. Tengok sahaja prestasinya kini, semua orang tahu.

   Atau.. Mikayla memikirkan kata-katanya tadi. Mikayla tidak tahu mengapa dia tiba-tiba berkata begitu. Jadi, pastinya dia pelik.

  

  

  

Continue Reading

You'll Also Like

344K 19.5K 60
Cover by @NurdiniQistina7 Start: 3.3.2017 End: 31.3.2018 Puteri Nur Qiesya Qaisara seorang gadis yang muka cantik hati keras garang dan seorang yang...
1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
7.5K 386 42
"Hana, just like the flower." * * * Jalan cerita untuk percintaan seorang gadis bernama Hana....amatlah sukar untuk ditafsir. Memang susah pun!! Lela...
81K 8.1K 43
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...