ROYALIZE

Par laurengates01

18.8K 1.1K 38

DANIEL ROYALIZE menyayangi satu-satunya keluarga yang tinggal, Damia. Kasih yang teramat melebihi nyawa sendi... Plus

1. Royalize
2. Dunia Magik
3. Tongkat sihir, Catten
4. Cornerludge
5. Kapal Memoir Feather
6. Teman Baru
7. Pemilihan
8. Profesor
9. Uji
10. Istimewa
11. Semangat
12. Damia Tunggu Justin
13. Aku takkan lupa...
15. Jiwa yang kacau
16. Sisi gelap
17. Darkline, Goldsilv
18. Teka teki
19. Hari pertama pesta
20. Jawapan dan kesimpulan
21. Upacara Sumpah Setia
22. Tahun Dua
23. Vampire
24. Kembali ke Featherave
25. Pelan Parti
26. Pewarisan
27. Berdua
28. Serangan
29. Marviel Menunggu
30. Declan Noblesse
31. Janji
32. Kelas Posyen
33. Santai
34. Satu terpisah dua
35. Justin lagi
36. Tahun Tiga
37. Penulenan
38. Memori Kembali
39. Yang satu lagi
40. Declan
41. Kesan
42. Hachimaru
43. Dia
44. Yang Sulung
45. Dela
46. Kelahiran semula
47. Kembali
48. Rintihan
49. Kehilangan
50. Berkongsi
51. Terhakis
52. Roshane dan Kuasanya
53. Ekstrak
54. Tuan
55. Berjumpa
56. Bertemu lagi
57. Sentuhan
58. Posyen Perencat
59.Manipulasi
60. Evander
61. Pasak
62. BOOM
63. Ya Hana

14.Biar saya uruskan...

520 29 0
Par laurengates01

-Tasik Kecil Featherave-

Damia terpegun, perjalanan yang memakan masa hampir sejam benar-benar terbalas. Selain tasik berdekatan dengan bangunan akademi, rupanya ada satu lagi tasik yang lebih kecil.

Justin membantu Damia mendaki batu yang paling besar sebelum duduk menghadap tasik. Damia terlalu terpegun sehingga dia terlambat sedar bahawa dia diperhati Justin dari tadi. Apabila dia menangkap Justin memandangnya, Justin pantas sahaja melihat ke tengah tasik.

"Just tengok apa?" soal Damia, dia tahu soalannya akan membuat Justin malu.

Wajah Justin merona merah. Dia segera menunjukkan jam tangannya. "Tengok jam, berapa saat lagi nak tengah malam."

"Ada apa dengan tengah malam?"

Justin meletakkan jari telunjuk dibibirnya, meminta Damia untuk berdiam diri sebelum jarinya menunjuk ke arah tasik.

Tiba-tiba ribuan mungkin juta serangga bercahaya berterbangan di atas permukaaan tasik. pergerakannya umpama tarian yang mempersonakan, tambahan pula, cahayanya yang berwarna warni membuatkannya seperti bintang-bintang di langit yang berkelipan. bunyi dengungan seolah-olah nyanyian yang menidurkan dek terlalu mendamaikan.

Damia terpukau, tangannya menutup mulutnya kerana terlalu terpikat. Matanya langsung tidak dapat dialihkan, terpaku untuk terus memerhati.

"Itulah midnight fireflies. Cuma muncul tepat-tepat tengah malam setiap sehari sebelum bulan mengambang." ujar Justin.

Damia memeluk Justin. Justin kaku. Sesungguh itu antara hadiah istimewa yang pernah dia dapat. "Terima kasih Just"

"Er...sama-sama"

Bulu roma Justin meremang. Justin dapati ada keanehan, midnight fireflies sudah berterbangan pergi. terlalu awal. Dia segera meletakan Damia dia belakangnya. Damia terpinga-pinga. Justin memerhati sekeliling. hutan yang gelap tidak membataskan penglihatannya dan derianya.

Dia boleh dengar jejak halus yang seolah-olah menunggu masa menyerang mereka.

Sebelum sempat dia menghasilkan apa-apa sumpahan. Seekor makhluk yang besar dan berbulu, mungkin serigala, menyerang mereka. Dia segera menghasilkan pentagram penghalang. Damia di belakangnya benar ketakutan, dia dapat rasakan tangannya Damia yang memegang belakang badannya mengigil.

Sebelah tangannya lagi menghasil pentagram. Pentagram itu membalut tongkatnya, tongkatnya berubah bentuk menjadi sebilah pedang.

"Damia jangan pergi mana-mana. tunggu sini" Damia mengangguk, tidak lagi mampu bersuara.

Justin menguatkan pentagram penghalangnya mengakibatkan serigala itu terpelanting beberapa kaki ke belakang. tidak menunggu binatang itu bangun, Justin melakukan serangan dengan pedangnya. tetapi serigala itu bangun, tidak menyerangnya tetapi menghala ke arah Damia.

Terasa darah di dalam tubuhnya mengalir pantas. dia dikuasai kemarahan, tidak akan ada sesuatu pun yang boleh mencederakan Damia selagi dia masih ada. Dengan kelajuan yang jauh daripada kebiasaan. Dia melompat kebelakang serigala dan menghunus pedangnya tepat-tepat pada jantung serigala. Tidak berpuas, dia menikam serigala itu berulang kali.

Damia menyentuh Justin dengan jari-jemarinya yang menggigil. Justin tersedar. dia segera meletakkan damia dalam pelukkannya. dia mengusap rambut Damia.

"Jangan takut, Just ada." bisiknya cuba memujuk. damia mengangguk.

Setelah pasti Damia dah berasa selamat. Justin memeriksa serigala itu. dia tahu serigala itu bukan daripada spesies biasa. Ini bloodywolf, serigala yang berbahaya. Dia bertuan, sebab itu dia cuma menyerang orang yang terperinci.

Dia menangkap bau yang cukup dikenalinya. di sisi mulut serigala itu terdapat darah yang lama mengering.

"Tak mungkin" dia mengerut dahi. Ia mustahil.

Tiba-tiba dia mengangkat pedangnya menghala ke belakang. Damia mengerut dahinya sebelum turut menoleh. "Profesor?"

Prof. Benjamin mengangkat kedua-dua tangannya ke udara. "Maaf terlambat, saya tak memiliki sihir jarak jauh"

Justin menukarkan kembali tongkatnya ke bentuk asal. Profesor Benjamin merupakan guru posyen di akademi.

"Profesor buat apa disini?" soal Damia kehairanan.

Profesor Benjamin memeriksa serigala tersebut,"saya yang patut tanya kamu."

Damia tersedar bahawa mereka yang melakukan kesilapan dengan keluar dari kawasan asrama, lebih-lebih lagi keluar dari kawasan sekolah selepas pukul 11 malam.

Profesor Benjamin perasan perubahan riak wajah pelajarnya. "Tapi saya rasa kamu tentu ingin melihat midnight fireflies. Ia bahan yang sesuai untuk membuat posyen pendamai kamu tahu?"

Justin berganjak menghampiri Damia, tidak gemar dengan Profesor Benjamin mendekati Damia.

"Apa kata kamu balik ke akademi, biar saya uruskan serigala ini" Justin mengangguk setuju dengan cadangannya. apatah lagi Dia melihat keadaan Damia yang belum pulih semangatnya. Walapun dia ingin memeriksa lebih lanjut, Damia harus diutamakan, mesti!

Dia mendukung Damia sebelum bergerak pergi walaupun Damia meronta minta dilepaskan pada mulanya. segan juga dibuat sebegitu.

+-+-+-+-+-+-+-+-+

-Bilik Daniel, Kolej Kediaman Blueray-

Malam yang memenatkan tetapi menghiburkan. Kembar Cornerludge sudah lama dibuai mimpi. Gize yang juga teman sebilik mereka terlebih dahulu tidur sebelum mereka tiba dibilik tadi. Daniel bangun dari perbaringannya, melintas sepanjang bilik dengan langkah yang terjaga dia menghampiri meja belajarnya.

Dia meneliti dinding yang dicat biru laut sebelum pantas dia menyentuh dinding disesetengah tempat dengan rentak sambil mulutnya terkumat-kamit membaca mantera. sebaik sahaja dia menekan dinding itu dengan tapak tangannya, dinding itu mula merekah dan membentuk almari dinding yang tidak kelihatan. Dia membuka almari itu sebelum mengeluarkan buku tebal yang lama.

Dia mengambil peluang atas kekacauan di perpustakaan tadi untuk menyelinap ke bahagian terlarang untuk mencari buku yang dipegangnya kini. Dia duduk, tangannya yang runcing menyelak muka surat pertama, Sejarah Dunia Yang Tidak Kelihatan edisi pertama. Dia tersenyum. Orang yang melupakan sejarah seringkali akan mengulangi kesilapan, dan dia bukan orang yang seperti itu, dia sangat menghargai sejarah, bahkan dia berminat untuk menungkai lebih lanjut tentang keturunannya.

Baru beberapa muka surat dia membaca, dia melihat keluar jendela. Dia menanda pembacaannya dan menyimpan buku itu di almari sihirnya dan menyihirkannya lagi agar tidak kelihatan serta diketahui sesiapa.

Dia menyikat rambutnya kebelakang, dia tersenyum sinis. Ada seseorang memanggilnya. Jarang sekali orang itu mencarinya. Selalunya dia yang mencari orang tersebut.

Dia menarik kotnya membuka jendela sebelum terbang keluar.

+-+-+-+-+-+-+-+

-Bumbung Kolej Kediaman Blueray-

Akademi Featherave sememangnya sepi dan sunyi dimalam buta. cuma bunyi alam yang menyapa pendengarannya. Bulan akan mengambang esok hari, esok malam yang sibuk. Dia harus mengiringi pelajar-pelajar berketurunan serigala jadian untuk kembali kehabitan meluangkan masa bersama semangat serigala mereka. Berketurunan Vampire pula akan mengisi kedahagaan mereka terhadap darah. Siangnya pula, pari-pari, elf dan duyung dapat bermain dalam bentuk sebenar mereka. Setiap bulan, aktiviti ini akan diadakan dan ia dinamakan sebagai Hari Purnama Cahaya.

Dia tersenyum, pasti hari esok adalah hari yang paling sukar untuk seseorang.

"Kenapa dengan lengan itu?" Daniel tidak menoleh, dia tahu siapa yang menyapanya. Dia membelek lengannya. Dengan Darah peraknya, ia sembuh lebih cepat dari manusia biasa.

"Tak ada apa-apa."

Justin mendengus. Daniel mengangkat keningnya, Justin tidak pernah bersikap sedemikian dengannya. Sentiasa diam dan menghormatinya. mMenarik, Damia benar-benar mampu mempengaruhi Justin.

"Digigit serigala?" Ya, darah kering yang dijumpai Justin pada serigala tadi adalah milik Daniel.

Daniel menoleh sebentar. Dia tidak sempat membunuh serigala tadi disebabkan dia berkejar untuk ke bahagian terlarang. Tetapi bagaimana Justin tahu. "Kau cuma perlu tahu apa yang kau perlu tahu"

Justin tidak berpuas hati dengan jawapan Daniel. Dia menumbuk dinding cuba menahan amarah.

"Aku tak kisah kau nak marah. Cuma letakkan kesetiaan kau pada Puteri. Ingat! segalanya perlukan pengorbanan dan yang pasti korbannya bukan Puteri." Daniel berkata sebelum terbang kembali ke biliknya. meninggalkan Justin. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Tetapi bukan sekarang dia harus mengetahuinya. Dia ada benda yang lebih mustahak.

Justin merenung bulan. Bloody wolf cuma menyerang manusia apabila dia diancam atau disuruh. ia menyerang mangsa berdasarkan bau. Yang pasti ada seseorang yang menjadi dalang pada malam itu. Tingkah Daniel tidak membantunya, ia menambahkan kecurigaannya.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

64.5K 324 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
1.7M 35.7K 40
| 2020 | 18+ PREVIU 35 BAB NOVEL | PDF CRIME ACTION ROMANCE
746K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
540K 36.8K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...