The King of Dévil ✔️

By -reenn

303K 4.8K 1.3K

Haider Yeong | Halena Sofia More

The King of Devil
prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
15
17
18
19
20
21

16

3.4K 231 51
By -reenn

SEDARI tadi tangan Medina tidak dilepaskan Sofia. Takut? Sudah tentu! Ditambah pula dengan pandangan badi pengunjung yang lain. Malah ada yang melemparkan pandangan sinis pada Sofia. Kenapa? Mungkin dengan penampilannya yang bertudung buat mereka terasa lucu?

Ya. Wajar saja. Tapi Sofia langsung tidak ambil pusing dengan pandangan mereka. Saat ini , tujuan utamanya ialah berjumpa Rafael dan cepat-cepat keluar dari pusat hiburan ini.

Sofia benar benar tidak selesa. Dengan dentuman muzik yang begitu kuat. Orang ramai yang menari tanpa rasa segan dan malu. Botol arak juga kelihatan banyak disediakan. Bila mata Sofia jatuh pada pasangan yang sedang bercumbu , cepat saja mata dilarikan ke arah lain. Sungguh! Sofia tidak selesa dengan semua ini.

"Kita jumpa Raf dulu lah , kau okay kan Fia?" tanya Medina sedikit kuat. Sofia hanya mengangguk tanpa bersuara. Melihat saja kelibat Rafael. Medina melepaskan tautan tangannya mereka.

"Raf!" Medina memanggil. Serentak , Rafael yang segak berkemeja bernada gelap yang tadinya dikerumuni rakan-rakannya menoleh. Sesaat , senyuman bergayut pada ulas bibirnya sebelum langkah diatur menghampiri mereka.

"Happy birthday! Sorry lambat , kitaorang cari hadiah tadi. Kau dah potong kek ke?" Medina menyoal mesra. Senyuman manis dikoyak. Sofia pula hanya membatu di belakang Medina. Tidak berminat untuk mencelah.

"Thank you Dee. I dah potong kek dah tadi. But nevermind as long you dengan angel datang." pandangan kemudian dilemparkan pada Sofia.

"Angel.." Rafael menegur lembut. Meskipun hanya diterangi dengan lampu yang malap. Kecantikan Sofia membuatkan Rafael tersenyum senang. Ya. Mungkin penampilan Sofia kelihatan tidak bersesuaian dengan tempat , tapi Rafael peduli apa? Pada mata Rafael , Sofia cukup sempurna.

"Thank you for coming.." senyuman manis dilemparkan buat Sofia. Sofia hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Happy birthday Raf." ucapnya pendek. Hadiah dihulur pada Rafael. Melihat itu , Rafael tersenyum lebar.

"Thank you so much angel!" balas Rafael ceria sambil senyuman manis masih menghiasi bibirnya.

"Dee , I pinjam kawan you kejap boleh , kan?" pinta Rafael sambil tersenyum kecil. Dee merupakan nama panggilan mesra Rafael buat Medina.

"Sure , I pun nak pergi toilet kejap." belum sempat Sofia menahan Medina sudah hilang dari pandangan matanya. Sofia mengeluh. Dasar! Sengaja!

"Come , saya kenalkan awak dengan abang saya. Dia ada dekat sana dengan kawan kawan dia." Rafael sudah mengorak langkah ke satu sudut. Mahu tak mahu terpaksalah Sofia ikut. Bukan ada orang lain yang dikenalnya , kan?

"Reez!" seorang lelaki beraura maskulin yang sedang merangkul dua orang gadis di sebelahnya itu segera menoleh.

"Yes , Raf?" rangkulan dilepaskan. Kini lelaki itu sudah berdiri menghadap Rafael dan Sofia. Sempat matanya jatuh pada Sofia Sesaat.

"Ni aku nak kenalkan Sofia , Halena Sofia yang aku selalu cerita pada kau." Sofia memandang Rafael. Rafael selalu ceritakan tentang dirinya? Sedikit sebanyak hatinya mula tersentuh.

"Oh ini lah Sofia?" lelaki itu kelihatan melihat Sofia dari atas ke bawah. Senyuman manis terukir di ulas bibirnya.

"Cantik , patutlah kau panggil dia angel." seloroh lelaki itu ramah. Senyuman mengusik kini terbit dari bibirnya.

"Of course , bidadari aku ni Reez!" Rafael tergelak.

"Lupa pula , angel this is my one and only brother. Rafreez Hairi. Panggil je Reez." Sofia mengangguk sambil tersenyum kecil. Membalas senyuman Rafreez.

"Lucky you , Sofia. Raf loves you so much." ujarnya bersahaja sambil tersenyum ikhlas. Bukannya dia buta untuk menilai sikap Rafael bila berada di samping Sofia.

"Diam lah , Reez. Kau ni malu aku!" Rafael menoleh ke arah Sofia.

"Angel , awak duduk dulu. Saya ambilkan air untuk awak kejap okay? Don't worry abang saya jaga kan awak." senyuman kecil dihadiahkan buat Sofia. Sofia hanya angguk. Walhal dalam hati Sofia sudah cuak. Tadi Medina , sekarang Rafael.

"Reez tengok kan angel aku kejap eh?" Rafreez angguk tanpa membantah. Sofia digamit duduk. Keadaan yang agak malap itu membuatkan Sofia hanya melihat samar samar.

"How old are you Sofia? Sebaya Raf ke?" tanya Rafreez cuba membuka topik perbualan. Sekali gus membuang rasa canggung di antara mereka.

"22nd this year." balas Sofia pendek seraya mengukir satu senyuman nipis buat Rafreez. Sedar tak sedar sudah hampir setahun juga dia berjumpa semula dengan Haider. Dalam setahun ini juga pelbagai dugaan di turunkan oleh-Nya.

"You lagi berapa tahun nak habis?" soalnya lagi.

"Around a year tak silap saya." Rafreez mengangguk. Keadaan di antara mereka kembali sunyi.

Sofia mula berpeluh bila mata sedari tadi tidak menangkap kelibat Medina. Ke mana Medina pergi? Sofia dilanda rasa takut. Takut ditinggalkan Medina. Mana mungkin ke tandas mengambil masa hampir 20 minit.

Sudah lah dia ditinggalkan seorang diri di sini. Bunyi hingar bingar di kelab malam itu membuatkan Sofia semakin berpeluh. Takut dan tak selesa!

Jari jemari diramas. Bibir dikemam. Ikutkan hati mahu saja dia berlalu pulang ke rumah , namun khuatir pula kalau kalau Medina mencarinya. Ahh Sofia buntu!

"Angel.." suara garau itu menunjah koklea telinga Sofia. Tubuh tinggi itu mengambil tempat di sisi Sofia. Namun , sebaik haruman kurang menyenangkan menusuk rongga hidung. Laju tangan Sofia mengepit hidung. Busuk!

"For you..." gelas disua pada Sofia. Sofia berkerut. Dia berkira kira sama ada air yang dihulur Rafael itu selamat untuk diminum atau tidak.

"Don't worry babe , it's just a coke. No alcohol." seolah olah dapat membaca fikiran Sofia , Rafael bersuara. Sofia memandang wajah Rafael di sisi kejap sebelum minuman itu kembali diletak pada meja kaca yang terletak di hadapannya.

Rafael berkerut.

"Kenapa tak minum? You don't drink anything since you come , right baby?" tanya Rafael terlebih mesra. Wajah manis Sofia direnung tanpa bosan.

"Sofia.. just so you know. You're so perfect." Rafael senyum herot. Pandangan matanya berubah kuyu. Redup matanya meliar menatap wajah Sofia.

Sofia pula sudah meremang mendengar panggilan yang digunakan Rafael. Baby? Entah kenapa Sofia terasa seriau , wajahnya sudah berubah pucat lesi. Saat ini , Sofia yakin di sisinya bukan lagi Rafael yang sedar sepenuhnya. Tapi .. di sisinya tika ini adalah Rafael yang separuh sedar. Atau dalam maksud lain , mabuk.

"Stop staring at me Raf. Are you drunk?" soal Sofia sedikit tegas. Sungguh dia rimas dengan pandangan Rafael yang tidak lepas dari menatapnya. 

"No baby. I'm not drunk." nafinya dengan tawa halus. Gila! Sofia merengus. Percuma berkomunikasi dengan orang yang separuh sedar. Buang saliva saja.

Sudahnya Sofia hanya diam. Wajah dikalih dari memandang Rafael. Malas mahu membuka mulut. Mata sedari tadi mencari kelibat Medina. Namun , entah di mana silapnya matanya bertembung dengan sepasang mata lain yang kini tajam merenungnya.

Meskipun dalam keadaan malap , Sofia yakin sepasang mata coklat itu milik Haider. Jantung Sofia berdegup kencang. Sudahlah dia menipu Haider tadi. Katanya dia hanya ke rumah Medina. Damn!

Sesat barulah dahi Sofia berkerut. Apa yang Haider lakukan di sini?

"Angel." panggilan Rafael kembali meraih perhatian Sofia.

"I've opened your gift." Rafael senyum lebar. Kelihatan bahagia.

"So sweet of you angel. I Iove it. Thank you." nada teruja Rafael membuatkan Sofia senyum segaris. Walhal hadiah yang diberikan cuma hadiah biasa. Namun lelaki itu kelihatan gembira dan teruja dengan pemberiannya. Dan siapa yang tidak suka bila pemberian kita dihargai?

Medina lah yang memaksanya untuk memberikan hadiah buat Rafael. Katanya tak sopan bila datang hanya dengan membawa tangan kosong. Malas berdebat akhirnya tshirt berwarna kelabu itu menjadi pilihan Sofia untuk diberikan hadiah buat Rafael.

"Tapi hadiah saya biasa biasa je Raf. I hope you like it." Sofia senyum ikhlas. Melihat senyuman ikhlas Sofia buat , Rafael turut tersenyum manis sebelum wajahnya didekatkan pada cuping telinga Sofia.

"Don't mention it angel. You will give me another special present today." suara Rafael yang kedengaran agak berat itu membuatkan Sofia berundur sedikit ke belakang. Bau busuk yang datang dari Rafael membuatkan Sofia semakin kurang selesa.

And wait.. what? Another special present?

Apa maksud Rafael?

Dalam kehairanan Sofia memutuskan untuk pulang ke rumah. Medina? Tahu lah Medina pulang sendiri nanti fikirnya.

"Need to go. Thank you Raf , I'm leaving now." ujar Sofia sebelum langkah diatur untuk berlalu. Namun langkahnya mati bila Rafael bangun dan menghalang laluannya. 

"Wait angel. You can't go now. Medina minta awak tunggu dia sekejap. Dia sakit perut. So now , why not we get some fun?" Rafael senyum manis. Sofia yang mendengarnya melepaskan keluhan berat.

"Get some fun? Sorry I'm not interested. Saya tak selesa lah Raf. Saya nak balik!" bentaknya geram. Rafael diam. Wajah keruh Sofia ditatap lembut.

"Angel... saya ada , kan?" dalam keadaan separuh sedar Rafael cuba meyakinkan Sofia.

"No! Where's Medina? Bring me to her. I want Medina!" bentak Sofia lagi. Wajahnya memerah. Mahu menangis dibuatnya. Pandangan orang ramai dibiarkan. Peduli apa dia? Saat ini dia mahu Medina , dia mahu pulang bersama Medina!

Dalam keadaan separuh sedar Rafael menghembus nafas berat.

"Okay fine. Jom." tanpa sebarang pra sangka buruk langkah Rafael dibuntuti Sofia. Sehinggalah mereka tiba di hadapan sebuah daun pintu. Pintu itu ditolak Rafael sebelum kening sebelah diangkat pada Sofia. Sofia yang menyangka Medina berada di dalam ruangan itu terus menapak masuk.

"Mana Medina , Raf? Saya tak nampak dia pun."tanya Sofia naif. Wajah Rafael yang sedang tersenyum senget itu dipandang.

"Dia tak ada dekat sini angel." mudah Rafael menjawab. Sofia diam , tiga saat untuk mencerna maksud bicara Rafael.

"What do you mean? Mana Medina?! Kenapa awak bawa saya datang sini kalau Medina tak ada?" naik turun nafas Sofia. Baru berura ura untuk membuka menapak ke daun pintu tanganya direntap Rafael sedikit kuat.

"Hey , where do you think youre going?" tubuhnya ditarik Rafael. Serta merta Sofia diselumbungi rasa takut. Dia tidak bodoh untuk menghidu niat buruk Rafael. Air mata mula merembes laju. Mindanya mula berfikir perkara perkara negatif yang mungkin akan berlaku. Sudah lah Rafael masih dalam keadaan mabuk.

"Apa ni Raf?! Lepaslah!" lengan yang dipegang Rafael cuba direntap namun tak berjaya. Kali ini tangan Sofia naik memukul dada Rafael. Namun cepat saja tangan halus Sofia ditangkap Rafael.

"Lepaskan?"

Rafael tergelak sinis.

"No way angel. Awak ingat senang ke nak dapat masa macam ni hm? Selama ni awak sombong sangat dengan saya , kan?" tubuh Sofia yang menghasilkan gigilan kecil buat Rafael diselubungi rasa gembira.

Lembut , tubuh itu ditolak ke katil sebelum tubuh tegap Rafael naik menindih tubuh kecil Sofia.

"Tonight you will be mine angel. No matter what. Saya akan pastikan awak ingat malam ni sampai bila-bila." seraya itu selendang yang tersarung di kepada Sofia direntap kasar.

Smirk.

"God.. you look more stunning without scarf ,baby." pujinya sebelum rambut Sofia diselitkan ke belakang cuping telinga Sofia. Mendedahkan wajah cantik Sofia tanpa sebarang halangan. 

Sofia sudah meronta ronta. Dada Rafael cuba ditolak dengan segala kudrat yang tersisa. Tangisannya semakin menjadi jadi. Takut!

"Kau tak boleh duduk diam ke Sofia?" ujarnya sedikit kasar. Panggilan juga sudah diubah. Lebih kasar.  Mungkin bengang dengan sikap Sofia.

"Lepaslah Raf! Aku tak nak!" tangan Sofia naik menampar pipi kiri Rafael. Bertambah berang Rafael dibuatnya. Gigi diketap kuat. Tangan kirinya naik mencengkam rahang Sofia kasar.

"Berani kau kan? Aku dah lama sabar dengan kau Sofia. Dari kau simbah aku dengan air coklat , kau lempang aku depan orang ramai , kau malu kan aku. Hari ni aku pastikan kau menyesal pernah tolak aku. Dan aku akan pastikan dalam ni .."

Hampir putus nafas Sofia bila merasakan tangan kanan Rafael lembut mengusap perutnya yang masih ditutupi baju.

"Ada anak aku dengan kau." sejurus itu senyuman jahat terukir pada dua ulas bibir Rafael. Makin deras air mata Sofia. Kini dia benar-benar ketakutan.

"Raf , tolong lah. Aku merayu. Aku sanggup kahwin dengan kau. Aku sanggup! Jangan buat aku macam ni Raf..." Sofia merayu dengan wajah yang kini basah dengan air mata. Perbuatan Rafael yang ralit mencium lehernya itu terhenti.

"Oh really? Kalau lah kau cakap benda ni awal awal Sofia. Tak ada lah aku macam ni. Tapi nevermind lah , malam ni kita enjoy dulu okay baby? No need to worry , after this we can get married. But let me continue my work first okay?" leher jinjang Sofia dihidu sebelum digigit rakus. Manis. Sofia memang manis.

Jeritan dan rayuan Sofia diendahkan Rafael. Makin ligat leher putih itu diratah Rafael. Namun , Sofia tidak mudah berputus asa. Dengan segala tenaga tubuh Rafael berjaya ditolak. Baru saja tangannya mahu menyentuh tombol pintu , tangannya kembali direntap sebelum tubuhnya ditolak kasar.

Pang!

Pang!

"I told you Sofia. Bagi aku habiskan kerja aku dulu. Apa yang kau tak faham ni?!" marah Rafael kuat. Sofia meringis sakit.

"Tolong lah Raf. Jangan buat aku macam ni..." rintih Sofia sudah tidak terdaya. Sakit. Namun , Rafael hanya mengukir senyum lebar melihat keadaan Sofia yang kini kelihatan lemah. Mudah kerjanya!

"Shuuu.. feel it baby.." kepalanya kembali dijatuhkan pada leher jingang Sofia sebelum pintu dirempuh dari luar.

"Raf?!" suara Rafreez mula kedengaran.

"Sial.." kepala Rafael ditarik sebelum penumbuknya dihayunkan pada tepi bibir Rafael.

"Lion." nama itu terpancul dari bibir Rafael sebelum mata terpejam rapat bila merasakan tubuhnya ditendang kuat. Rafael mengerang sakit.

"Yan dah Yan. Tengok Sofia. Aku settle dia ni.." Naufal mula menahan tubuh Haider. Haider menolak tubuh Rafael ke lantai sebelum kembali mengutip selendang Sofia. Haider kembali menapak ke arah Sofia yang sedang memeluk lututnya di hujung bucu katil. Wajah disembamkan pada kedua lututnya. Bahu Sofia sudah terhinjut-hinjut menahan esak.

Rambut Sofia yang mengurai itu buat Haider ketap rahangnya kuat.

"Halena.." serentak itu wajah Sofia angkat memandang Haider. Tangisan Sofia kembali lebat. Malu. Rasa malunya menebal bila Haider melihat keadaannya tika ini. Ya Allah. Namun , Haider hanya mengukir satu senyuman nipis. Hambar.

Haider berdiri di hadapan Sofia. Sengaja untuk menutup tubuh kecil itu dari dilihat mereka yang lain. Sungguh tidak betah bila aurat gadis pujaan hatinya menjadi rata pan mereka yang lain.

Tangan Haider naik menyarungkan semula anak tudung dan selendang di kepala Sofia. Ala kadar. Cukuplah untuk menutupi rambut hitam Sofia. Seusai itu kepala Sofia cuba disentuh Haider lembut.

Namun , refleks. Tangan Haider ditepis kasar sebelum tubuhnya dibawa sedikit menjauh dari Haider. Sesaat. Tangisan Sofia kembali pecah. Mungkin takut dan trauma.

Haider kaku melihatnya. Jelas terkedu dengan gerak balas tubuh Sofia terhadap sentuhannya. Sesaat , Haider mula mengerti. Mengerti keadaan Sofia. Sofia trauma dengan apa yang sudah terjadi. Ya. Sofia trauma.

Haider dihurung rasa bersalah. Kalau lah Zayn tidak datang dan memberitahunya tentang rancangan Rafael pasti dia tidak dapat menyelamatkan Sofia.

Sungguh , Haider terasa gagal menjalankan amanah yang dititip shushu dan puan Haina sebelum mereka bertolak ke France dulu.

Tambahan bila dia melihat sendiri kesan kesan merah pada leher Sofia yang ditinggalkan Rafael tadi. Sungguh Haider cukup kecewa dengan dirinya, kerana gagal menjaga Sofia.

"Halena.." perlahan lengan Sofia disentuh. Sofia geleng.

"Tak nak.." tangan Haider cuba ditolak jauh. Berkerut wajah itu memandang wajah Haider.

Haider diam. Mata redup menatap mata hitam milik Sofia. Seketika , tangannya kembali memaut bahu Sofia menghadapnya. Meskipun Sofia menolak , Haider tetap berkeras.

"Jangan sentuhlah! Aku tak.."

"Ini aku Halena , Haider." tegas Haider bersuara.

Sofia seolah-olah tersedar. Lama matanya menatap wajah tampan Haider. Beberapa saat berlalu barulah, pandangan Sofia pada Haider bertukar lembut.

"Haider.." tanpa sedar tubuh Haider dipeluk Sofia. Kuat. Mengigil-gigil tubuhnya berada dalam dakapan Haider. Jika dulu dia memeluk Haider ketika Harraz cuba melakukan perkara yang tidak-tidak padanya.

Dan ... sama seperti hari ini.

Sekali lagi Haider menyelamatkannya.

Sekali lagi Sofia terasa selamat berada dalam pelukan Haider. Ya. Hanya Haider.

Haider pejam mata rapat. Dari bahasa tubuh Sofia saja , Haider sudah dapat merasakan betapa takutnya Sofia tika ini. Kepala Sofia yang tersembam pada abdomennya diusap sayang.

"Aku minta maaf."

"Aku minta maaf , Halena. Aku gagal jaga kau. Aku gagal jaga amanah ibu untuk aku. Aku gagal nyawa aku. Aku minta maaf. Semuanya salah aku."

Continue Reading

You'll Also Like

879K 43.6K 73
◇◆◇◆ BOOK 2.2 ◆◇◆◇ malay story| COMPLETE Highest rank : #7 in romance, 24 July 18 #9 ,23 July 18 ...
2.1M 5.8K 3
[Book One] "Jom kahwin!" ajak Naura tanpa berfikir panjang. "What?!" kuat Mikael bersuara mengundang banyak mata memandang ke arahnya. Si gadis me...
5.4M 109K 87
[C O M P L E T E D] My second babies 。 •́ ⚈ ( SILENT ) ⚈ •̀ 。 *** Sinopsis soon *** Start ; 01 June 2016 End ; 4 April 2020
909K 32.5K 85
Buku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata ka...