The King of Dévil ✔️

By -reenn

296K 4.7K 1.3K

Haider Yeong | Halena Sofia More

The King of Devil
prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
16
17
18
19
20
21

15

3K 208 60
By -reenn

WAJAH Medina dipandang tajam. Nafas dihembus kasar. Kepala kembali digeleng. Rasanya sudah masuk tiga kali dia menolak pelawaan Medina.

"Alaaa , Fia.. kejap je lah!" pujuk Medina lagi , tidak mudah mengalah. Lengan Sofia digoncang berkali-kali.

"Aku tak nak lah Dina. Aku tak pernah pergi tempat tempat macam tu. Aku tak biasa lah!" tolak Sofia geram. Wajahnya berkerut nipis. Enggan bersetuju dengan kehendak Medina. Dengan imejnya yang bertudung , apa kata orang nanti?

"Sebab kau tak pernah pergi lah kau kena pergi Sofia." ujar Medina lagi.

"Kau faham tak aku tak biasa? Dah lah parents aku baru meninggal. Tak kan diaorang baru meninggal aku dah pergi tempat tempat macam tu?" bidas Sofia kegeraman. Rasanya tidak manis dia pergi berkunjung ke kelab malam selepas baru kehilangan kedua ibu bapanya. Namun Medina sedari tadi tidak mudah mengalah. Buat Sofia rimas!

Mana tidak? Sedari tadi Medina memaksanya untuk hadir pada sambutan hari lahir Rafael pada hujung minggu nanti. Sudah lah dia dan Rafael sekarang tidak bertegur sapa. Terbit juga rasa bersyukur dengan tindakan Haider tempoh hari , sekurang kurangnya tidak lah dia terus-terusan diganggu Rafael. Rimas dibuatnya!

"Come on lah Fia. Parents kau dah nak dekat tiga bulan meninggal. Baru apa nya?"

Entah kenapa kata-kata Medina kedengaran sedikit keterlaluan. Baru Sofia ingin bersuara Medina terlebih dulu bersuara.

"Plus , kau sendiri cerita kau ada gaduh dengan Raf masa tu kan? Sampai dia tak tegur kau langsung sekarang? Ha masa ni lah kau kena jernihkan keadaan." beria-beria Medina memujuk. Hairan.

"For what? Aku lagi suka dia tak tegur aku." balas Sofia selamba. Betul kan? Buat apa nak dijernihkan hubungan mereka?

"Kau ni , cuba lah kesiankan sikit si Raf tu. Kau dah buat macam macam tau dekat dia. Simbah dia guna hot chocolate , tampar dia , malukan dia depan orang ramai. Tapi tengok lepas apa kau buat dekat dia. Dia still datang dekat aku tanya khabar kau , ambil berat pasal kau. Pujuk kau even kau layan dia nak tak nak. Kau tak kesian ke dekat dia?"

Sofia mengeluh.

Kasihan? Sudah tentu ya. Sofia bukan seorang hati kering. Dia masih merasa kasihan dan mudah jatuh kasihan pada orang. Tapi..

"Aku tak nak bagi dia apa-apa harapan Medina. Kau tak faham."

"Aku bukan buta untuk faham apa yang Rafael harapkan dari hubungan kami." double meaning. Bodohlah dia kalau tidak mengerti bahasa tubuh Rafael. Orang buta kalau dengar pun akan setuju dengan kenyataan Rafael sukakannya.

"Ya. Aku tahu Fia , kau kawan aku. Aku faham. Tapi tak salah kalau kau sambut huluran dia sebagai kawan , kan. Aku yakin Raf tak akan paksa kau. Aku kenal Raf , dia tak pernah berkasar dengan perempuan." bersungguh-sungguh Medina meyakinkan Sofia. Hairan.

Sofia mengeluh wajah Medina dipandang lama.

"Jadi , kau nak aku buat apa sekarang?" Sofia bertanya tanpa nada. Melihat kesungguhan Medina buat Sofia merasa kasihan. Lagipun , apa yang dikatakan Medina ada benarnya.

"Apa salahnya kali ni kau pula yang datang dekat dia minta maaf? Lagipun memang salah kau , kan?"

"Aku nak minta maaf buat apa? Bukan salah aku pun." Sofia membalas sedas.

"And plus , cara kau cakap ni pun macan kau tahu punca aku gaduh dengan dia. Aku tak ada cerita detail pun pada kau. Macam mana kau tahu?" Sofia kembali mengasak Medina dengan soalan.

Medina gelabah.

"Em.. aku agak je lah sebab kau kan keras kepala. Tak kan Raf pula buat salah pada kau , Raf tu nampak gila kut sayang pada kau." Sofia mencebik. Alasan Medina langsung tidak dapat diterima dek akal. Entah kenapa sikap Medina akhir-akhir ini berubah pelik. Seperti..

Sesuatu.

Sesuatu sangat!

"Apa apa jelah. My answer still no. Aku tak nak ikut. Dah lah aku dengan dia tak okay lately ni. Memang tak lah aku nak datang." bantah Sofia lagi. Malas mahu mengambil pusing tentang Rafael. Bikin pusing kepala!

"Kau ni keras kepala tahu tak? Kau tahu? Raf tu beria jumpa aku tadi? Minta tolong aku pujuk kau supaya datang birthday party dia? Tapi tengoklah kau. Langsung tak kesian kan dia yang beria merayu pada aku tadi!" Medina tiba-tiba melenting. Sofia terkedu.

"Dia siap cakap kat aku yang dia nak buat suprise untuk kau masa birthday dia nanti. Dia buat macam macam Sofia , untuk menangkan hati kau. Dia bagi coklat , bunga. But look at you , kau tak pernah bagi dia peluang!"

Kata kata Medina menyedarkan Sofia. Benar. Kenapa dia tidak memberi Rafael peluang? Walhal lelaki itu kelihatan bersungguh-sungguh cuba menjadi temannya. Tapi dia? Masih mengunci hati dan menyimpan rasa pada tunangan orang sehingga matanya tertutup untuk melihat kesungguhan Rafael yang tidak pernah lelah untuk memenangi hatinya.

Kejam kah dia?

Sofia bungkam. Hati dilanda serba salah yang menebal pada Rafael.

"Dina , aku.."

"Terserah kau lah Fia. This is your life. Aku tak nak paksa kau. Tapi tolong lah , fikirkan Raf. Apa salahnya kau datang birthday party dia tu? Percayalah , kau datang birthday party dia tu pun dah boleh buat dia happy Fia."

"Apa salahnya kau buat kawan kau gembira masa birthday dia? Tolonglah cuba buka hati kau untuk dia. Jangan sia-siakan orang yang tak pernah mengeluh nak menangkan hati kau. Buka mata kau Sofia. Tolong lah belajar appreciate orang." berdas-das Sofia disental Medina.

Sofia menikus. Bibirnya terkunci dari berbicara. Hilang kosa kata mendengar bicara Medina. Medina benar.. dia seharusnya menghargai Rafael. Ya..

"Aku tahu kau tak boleh lupakan Haider. Tapi Sofia ... sedar lah , dia tu tunang orang. Dia dah pun jadi masa lalu kau." Medina mula menyentuh topik berkaitan Haider. Sofia sendiri yang menceritakan tentang Haider pada Medina dulu.

"I'm done with you. Nanti apa apa kau inform je lah aku. Aku ada kelas." punggung diangkat dari kerusi. Baru saja beberapa langkah Medina menapak untuk beredar dari tempat duduk yang disediakan oleh pihak kolej , suara Sofia memanggilnya mematikan langkahnya.

"Medina."

"Nanti kau teman aku ..  kan?" serentak itu senyuman lebar terlakar pada ulas bibir Medina. Gotcha!


***





KETUKAN pada pintu utama itu membuatkan Zayn mengeluh. Sempat jam di dinding apartmentnya dikerling. Sudah larut malam , jarum jam juga sudah menunjukkan pukul dua pagi.

Buka saja pintu wajah Faris yang sedang mamaut lengan Rafael yang separuh sedar menyapa iris matanya. Sesaat ,  tangan Zayn naik menutup hidungnya.

"What the hell are you guys doing?!" marah Zayn garang. Tajam matanya memandang dua orang teman baiknya itu. Bau minuman keras itu menusuk setiap sudut rongga hidungnya. Kuat bau arak!

Faris melepaskan keluhan berat sebelum memapah tubuh Rafael masuk ke dalam apartment yang disewanya bersama Zayn.

"Aku pun tak tahu lah Zayn. Raf ni... lately banyak sangat minum. Aku pun tak tahu kenapa." ujarnya dengan nada penuh serba salah. Rafael yang separuh sedar itu dikerling.

Zayn mengeluh. Cukup arif dengan sikap Rafael. Lelaki itu hanya akan mengambil minuman keras jika mempunyai masalah yang berat. Jadi , apa masalah yang sedang ditanggung Rafael tika ini?

"Dia ada masalah ke Faris?" Faris mengangkat bahu sebagai tanda membalas soalan Zayn. Keadaan kembali sunyi. Hening. Masing-masing galau sebelum Faris kembali bersuara.

"Zayn." Zayn menoleh.

"Hm?"

"Aku rasa Raf macam ni sebab dia frust dengan budak Sofia tu lah." ujar Faris tiba-tiba.

Berkerut seketika dahi Zayn.

"You mean Halena Sofia? Classmate aku? Yang Raf gila-gilakan tu?" Faris memandang Rafael sekilas sebelum kepala diangguk sekali.

"Apa kaitan Sofia pula ni? Asal Raf tak cerita dekat aku?"

Dua saat Faris mengeluh.

"Aku tak tahu nak start macam mana Zayn." Faris kelihatan gelisah. Gayanya seperti sedang berhadapan dengan si ayah.

Zayn diam. Raut wajah yang sedang dilanda gelisah itu dipandang lama.

Apa yang disembunyikan Rafael darinya?

"Faris Ikmal. Aku ni kawan korang. Tak gunalah kita kawan kalau aku tak boleh tolong. Apa masalahnya , cuba kau bagitahu." desak Zayn tegas. Nalurinya kuat mengatakan ada perkara yang disembunyikan Rafael dan Faris. Tapi apa?

Faris teragak-agak sama ada mahu menceritakan perkara sebenar pada Zayn atau tidak. Dia sudah berjanji dengan Rafael untuk tidak menceritakan hal ini pada Zayn. Namun dalam masa yang sama dia juga tak senang dengan apa yang dirancang Rafael.

Faris memandang Zayn dengan pandangan serba salah yang menebal. Separuh hati memujuk untuk berterus terang menceritakan segala-galanya pada Zayn malam ini. Separuh hati lagi memaksa untuk menyimpan rahsia yang dipikul di bahu.

Faris mengeluh.

"Zayn , kau tahu tak pasal plan Raf hujung minggu ni?" Zayn berkerut.

"Plan? What plan? Aku tak tahu apa apa pun." beritahu bingung. Apa? Apa lagi yang dirahsiakan Rafael dari pengetahuannya?

Faris menunduk sebelum mula menceritakan hal sebenarnya pada Zayn.





***


TANGAN yang tadinya ingin menguak daun pintu utama rumah agam itu terhenti seketika bila menangkap perbualan yang dituturkan menggunakan bahasa mandarin.

Sofia yakin kini di dalam rumah agam itu kini dipenuhi dengan saudara mara Haider yang lain. Dia sudah dimaklumkan oleh yeye tentang kehadiran anak-anaknya yang akan melawatnya petang ini.

Beberapa hari lepas yeye dilarikan ke Hospital kerana suhu badannya yang meningkat naik secara mengejut. Sudahnya , hari ini anak-anaknya yang lain memutuskan untuk melawatnya.

Yeye dikurniakan empat orang anak. Anak pertama arwah daddy Haider , kedua arwah Tuan Farhan , yang ketiga pula Tuan Rui , bapa kepada Anastasia dan yang keempat ialah Puan Qi Fang , satu satunya anak perempuan yeye sebelum isterinya disahkan mati selepas melahirkan puteri bongsunya itu.

Penuh juga garaj rumah agam itu dengan kereta-kereta mewah milik anak-anak yeye yang lain sehinggakan Sofia terpaksa memarking keretanya di hujung perkarangan rumah agam itu.

Gerak tubuh Sofia termati bila mendengar suara garau Haider kuat memetir.

"I don't even see what's the problem here!" tempikan Haider cukup keras sehingga bahu Sofia yang berada di luar rumah pun berhinjut.

Selepas itu terdengar pula suara beberapa perempuan bertutur menggunakan bahasa mandarin. Sofia berkerut. Apa yang sedang dibincangkan mereka? Kenapa Haider begitu marah? Kini terdengar pula suara Haider bertutur menggunakan bahasa mandarin. Kedengaran seperti sedang bertengkar. Berkerut dahi Sofia.

Sofia diselubungi rasa ingin tahu yang menebal. Sudahnya daun pintu ditolak perlahan. Serentak , semua mata pula jatuh pada tubuh kecil Sofia.

Rata rata hanya memandang Sofia jelek. Sofia hanya membalas pandangan mereka dengan senyuman hambar. Dia sendiri memang sudah sedia maklum dengan sikap saudara mara Haider yang membencinya.

Mata Sofia dan Haider bertemu. Haider kelihatannya sedang kusut. Namun pandangan matanya pada Sofia cukup lembut. Penuh.. ahh!

"Halena." Haider memanggil.

"Pergi naik dulu."

Gila ke apa? Tidak kah kelak dia akan digelar biadap? Sofia mengendahkan arahan Haider sebelum tangan dihulur untuk bersalaman dengan wanita yang sudah berusia itu , Puan Qi Fang. Namun wanita itu hanya mengendahkan. Enggan bersalaman dengan Sofia. Cepat-cepat tangan ditariknya semula.

Kali ini tangan dihulur pada Puan Aubrey , ibu Anastasia. Masih sama , wanita itu hanya memandang hulurannya kosong sambil tersenyum sinis.

"Maa , jangan lah buat Fia macam tu!" marah Anastasia dengan suara tertahan-tahan. Punggung diangkat sebelum tubuhnya memeluk Sofia mesra.

"Hi Fia , you sihat?" sapa Anastasia mesra. Sofia senyum kelat. Terharu dengan layanan Anastasia terhadapnya. Cukup lembut.

"Sihat , awak sihat?"

Belum sempat Anastasia menjawab lengannya ditarik Puan Aubrey kasar. Pelukan mereka serta merta terlerai. Anastasia kembali terduduk di samping ibunya.

"An , jangan rapat sangat dengan perempuan ni!" tegurnya lurus. Langsung tidak peduli dengan kehadiran Sofia yang terasa hati dengan bicaranya. Anastasia berkerut. Kurang senang dengan sikap ibunya.

"Ma, how could you? Sofia adik lion. You shouldn't say that." marah Anastasia lagi.

"No , she's not An. Mak dia dah mati dah. Automatically , dia tak ada kaitan dengan Haider mahupun keluarga kita." kata kata Puan Aubrey membuatkan Sofia terdiam. Terasa dengan bicara pedas wanita itu.

"Watch your mouth aunty. Halena still my sister." suara Haider menegur. Keras! Pandangan tajam Haider bertemu dengan mata Puan Aubrey.

Sesaat , mata Haider jatuh pada Sofia.

"Halena , come duduk sebelah aku." arah Haider. Kali ini , Sofia akur. Jarak masih ada di antara mereka. Masakan dia mahu menempel pada Haider di hadapan tunangan lelaki itu , kan?

"Tell me , buat apa nak dibelanya lagi budak ni lion? Bagi saja lah dia pada ayah dia! Ayah dia masih hidup! Buat apa nak susah kan diri bela budak ni?" kini Puan Qi Fang mula bersuara tegas dengan pelat cinanya yang masih pekat. Lidah pendek.

"Berapa kali nak kena ulang ni? Halena is my responsibility! What ever happens , she is my sister. Period!" lantang suara Haider berbicara. Keras dan tegas!

"And how many times I need to remind you that she is 'only' your step sister Rayyan Haider Yeong!" tekan Puan Qi Fang berbaur nada marah. Mungkin berang dengan sikap Haider. Lama mata mereka bertentang mata sebelum Haider kembali bertutur dalam bahasa mandarin.

"And why you suddenly speak Mandarin? Takut kalau dia faham apa yang you cakap?" Puan Aubrey mencelah.

"Eh , yang you sibuk sangat ni kenapa?" marah Tuan Rui garang. Tidak senang dengan tindakan istetinya. Puan Aubrey menjeling tajam suaminya.

Berbeza dengan Puan Aubrey dan Puan Qi Fang. Tuan Rui  dan Tuan Wong , suami Puan Qi Fang melayan Sofia baik. Tidak sekalipun mereka memperkecilkan Sofia.

"Aunty stop it. Kalau setakat datang sini , bukan nak melawat yeye.. you better go back home! Don't waste my time just for this shi.." Haider kemam bibirnya perlahan. Rasa hormatnya masih ada. Tapi.. mereka sudah kelewatan. Dan Haider tidak mampu menahan diri untuk terus terusan berdiam diri.

"Oh jadi sebab perempuan ni kau halau aku?" dengan loghat cinanya Puan Qi Fang bersuara berang.

"Qi , sudah lah tu. Apa salahnya kalau Sofia tinggal di sini?" sudah lama memilih untuk berdiam diri , kali ini yeye pula bersuara. Mencelah pertengkaran yang hangat berlaku di antara ahli keluarganya yang lain.

"Salah!" tempiknya kuat.

"I already told you pa! Muslim women only bring disaster to our family!"

"Qi!" Tuan Wong muka bersuara bila merasakan isterinya itu melampaui batas.

"Apa? Salah ke apa I cakap? Betul kan? I cuma kesian kan lion. I tak mahu dia kena bala macam abang abang I yang bela muslim woman!" hamburnya kasar. Wajah Sofia dipandang tajam. Perasaan benci semakin membuak bila memandang wajah Sofia.

"Bala?" polos Sofia menyoal. Kepala secara spontan memandang Haider di sisi , meminta penjelasan dari Haider.

"Halena , listen.."

"Ya bala , dalam keluarga kami percaya yang perempuan islam yang berkahwin dengan kaum kami hanya datangkan bala pada kami." Puan Aubrey memintas laju. Sofia terdiam. Ini kah punca mereka membencinya? Kerana dia pembawa bala?

"Kami bukan cakap bohong ya! Buktinya abang abang aku yang pilih untuk berkahwin dengan perempuan beragama islam semua mati!" ujar Puan Qi Fang pula. Kini , Sofia terkedu. Lidah menjadi kelu.

"Jadi kami tak mahu Haider pula jadi mangsa terkena bala. Sekarang kau tahu kan? Jadi rasanya kau dah boleh keluarlah dari rumah ni."

"Qi! Enough. This is my house , my rule!" kali ini yeye mencelah dengan suara tertahan-tahan. Amarahnya memuncak.

"Kenapa lah susah sangat nak faham? This girl will bring disaster to our family!" tinggi suaranya memenuhi setiap penjuru rumah agam itu. Haider tersenyum sumbing.

"You're not a God aunty. So please , stop talking nonsense." bantah Haider lagi. Wajahnya kelihatan keruh dan tegang.

Puan Aubrey merengus. Geram melihat perang mulut di antara Haider , Puan Qi Fang dan bapa mentuanya. Wajah Sofia yang sedari tadi menunduk itu dipandang jelek. Kelihatan air muka gadis itu sudah berubah mendung.

"Kau , Sofia. Tak kesian ke? Tak kesiankan lion kalau dia terima bala yang kau bawa?"

Soalan yang meluncur dari ulas bibir Puan Aubrey membuatkan Sofia angkat wajahnya dari menunduk.

Kini , wajah Haider pula dicarinya. Haider menyambut pandangan mata Sofia. Lama. Masing-masing tidak memberi pandangan yang sukar ditafsir.

Sofia jadi merasa bersalah.

Namun , tidak pada Haider. Wajah satu persatu ahli keluarganya dipandang sekilas.

"Listen carefully, I won't repeat it twice." kini semua mata tertumpu pada Haider.

"Kalau lion dapat bala sekali pun. I don't even care."

Kata kata Haider terhenti seketika sebelum matanya jatuh memandang Sofia yang duduk di sebelahnya. Pandangan mata mereka kembali bertemu.

"I willing take the risk." pandangan dilemparkan semula ke depan , memandang semua mata yang kini fokus memandangnya.

Sofia pegun. Keadaan berjeda. Jauh di sudut hati Sofia sedikit tersentuh dengan sikap Haider yang sedari tadi cuba mempertahankannya.

Anastasia pula sudah diserang rasa cemburu. Namun laju dia menepis perasaan itu dari terus bersarang di hatinya. Mereka cuba adik beradik fikirnya.

Tapi.. benarkah begitu?

Continue Reading

You'll Also Like

679K 29.2K 75
[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia ya...
108K 3.4K 57
Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya... Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu.. ____________...
913K 27.1K 41
Tiada istilah 'sakit ' didalam kamus kehidupan Alesha. Menempuh pelbagai cabaran kerana telah melarikan diri dari perkahwinan yang telah ditetapkan o...
14.9K 1.1K 5
Pernah ke kita dengar playboy obses? Nope. Never. Kerana dalam fikiran mereka hanya untuk bermain-main cinta dengan semua perempuan yang diketemui. T...