HEY MR PHOTOGRAPHER ©

By taeferol

98.3K 11K 2K

𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐚 𝐨𝐟 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞, 𝐦𝐲 𝐞𝐲𝐞𝐬 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐟𝐨𝐜𝐮𝐬 𝐨𝐧 𝐲𝐨𝐮 ˎˊ - ━━━━━⊱... More

B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 1 0
B A B 1 1
B A B 1 2
B A B 1 3
B A B 1 4
B A B 1 5
B A B 1 6
B A B 1 7
B A B 1 8
B A B 1 9
B A B 2 0
B A B 2 1
B A B 2 2
B A B 2 3
B A B 2 4
B A B 2 6
B A B 2 7
B A B 2 8
B A B 2 9
B A B 3 0
B A B 3 1

B A B 2 5

2.9K 320 67
By taeferol

"Stop it!"

Satu jeritan yang nyaring menghentikan gerak tangan aku. Dah kenapa suami aku ni. Muka di angkat pandang belakang.

"Put it down. Now!" Tegas. Jelas tiada kompromi.

"What do you mean?" Agak marah suara aku bertanya.

"Abang kata letak pisau tu!" Laju kaki dia melangkah ke arah aku. Pisau diambil dari tangan aku dengan kelajuan maksima. Okey hiperbola lebih.

"Kenapa pulak? Rissa nak masak kan ni?" Berkerut kening aku. Nak marah je rasa eii.

"No. It's dangerous. Rissa mana pernah potong bawang sebelum ni. Kalau terkerat jari tu macam mana?" Dia geleng-geleng kepala mungkin membayangkan hal itu terjadi.

Pfft tibe aku rasa loser gila jadi kaum hawa ni. Tapi potong bawang pun hampeh. Erm malu kaum betul.

Tapi... at least aku tahu beza kangkung dengan bayam. Tak macam author kita ni buat malu je. (WOI SEDAP KAU KUTUK AKU)

"Rissa tengah belajar lah ni. Kalau tak belajar macam mana nak pandai?" Aku kemukakan hujah aku.

"Belajar perlukan cikgu. Lagi-lagi memasak. So lets this handsome man being your teacher today." Pergh berlagak nak mampos. Dia siap angkat kening lagi. Ni yang buat aku menyampah ni,

"Haa cepat lah. Nak ajar sangat kan, abang hensem." Perkataan 'abang hensem' aku tekankan sedikit. Berbaur sedikit annoying. Siap juling mata keatas.

"Okey first thing first, pakai lah apron sayang nanti baju kotor camne?" Dia membebel sambil tangan capai satu apron dan pakaikannya ke badan aku.

Dipusingnya badan aku macam anak patung Annabell. Kurang asam! Kemudian dia capai lagi satu apron untuk dirinya.

"Okey jom start!" Pergh excited bhai suara cikgu pun. Hadeh! Kami kembali ke papan pemotong yang tersadai bawang yang dah separuh hancur akibat dianiayai oleh manusia yang tak reti memasak.

Aku mencapai pisau dan mengenggamnya erat. Menunggu arahan dari member sebelah.

"Ish ish ish... pegang pisau pun salah." Grr nape aku rasa nak marah bila dia kutuk aku padahal dia cuma nyatakan fakta.

"Lepastu nak pegang macam mana?"

"Macam ni sayang." Dia bergerak ke belakang aku kemudian memegang tangan aku yang sedang pegang pisau. Rasa macam dia tengah peluk aku dari belakang.

Dup dap dup dap. Sabar hati sabar! Jangan kalut sangat. Fuh!

Dia ajar aku step by step pegang pisau sekaligus cara potong bawang supaya tak hancur. Dia nampak tenang je. Aku ni yang over sampai berpeluh aku sebab terlalu gementar dengan kedudukan kami yang rapat.

"Asal berpeluh semacam je ni Rissa? Tak sihat ke?" Dia tunduk pandang muka aku. Alamak dia perasan pulak dah.

"Biasalah selalu kan orang potong bawang mesti berpeluh kan?" Selalu aku dengar orang cakap macam tu. Ke aku salah?

"Erm selalu orang potong bawang keluar air mata bukan berpeluh sayang. Kut ya pun nak cover tu jangan nampak sangat." Dia gelakkan aku. Aku pulak rasa nak letak muka dalam singki je.

Bongok punya Rissa! Itu lah padahnya. Nampak sangat kau ni bengap bab-bab masak ni. Takpe kita buat chill je. Tak yah gelabah.

"Ke Rissa sebenarnya berdebar dekat-dekat dengan abang?" Ketara sangat ke air muka aku ni sampai dia boleh tembak.

"Eleh takde maknanya. Tak rasa pape pun." Aku juihkan bibir ke bawah.

Tiba-tiba badan aku diangkat kemudian diletakkan di atas meja makan. Terjerit kecil aku kerana terlalu terkejut.

"Apa abang buat ni?" Aku pukul dada dia sekali. Terkejut campur marah macam ni la jadinya.

"Seducing you."

"What?" Sumpah terkejut beruk aku bila dia kata macam tu. Mula la badan nak rasa seram sejuk ni. Dah la takde orang kat rumah ni selain kami berdua.

"Kenapa? Takut tergoda ke? Tadi kata tak rasa pape." Perlahan suara dia menyindir aku.

"Abang ni... pantang dicabar tau." Mata dia memerhatikan tangan dia yang sedang mengusap rambut aku. Manakala aku pulak hanya kejung di atas meja memerhatikan gerak geri dia.

"So... alang-alang dah dicabar ni..." Dia hentikan kata dihujung ayat. Saja nak kasi suspen lah tu. Aku yang menunggu kata dia ni rasa macam tak cukup oksigen dah.

"Why not kita teruskan je." Zup! Terus dia pandang mata aku. Telan liur aku dibuatnya.

Mulut nak melarang dia tapi otak tidak dapat berfungsi dengan elok, jadi aku hanya jadi patung yang bernyawa atas meja ni.

Perlahan-lahan dia dekatkan wajah dia ke muka aku. Jantung aku tak payah cakap lah rasa macam laju sikit je dari kereta api ekspress.

Tangan aku letak di dada dia untuk menahan diri dia dari mendekati aku. Tapi apakan daya, tenaga aku tak sekuat dia.

Bila nampak muka dia yang hanya beberapa inci sahaja lagi dari muka aku, terus aku tutup mata rapat-rapat. Genggaman dibaju dia dieratkan.

"Ding dong!"

Terus terhenti pergerakan kami. Mata automatik terbuka. Siapakah tetamu yang tak diundang tu?

Kedengaran suara orang di depan aku mengeluh kasar.

"Ugh! Masa ni la ada orang nak datang bagai. Tak leh ke datang lewat-lewat sikit." Masam muka Haikal membebel dekat entah siapa-siapa tu.

Hampir aku tertawa tapi sempat ditahan. Tak tahu nak rasa kecewa ke lega sekarang ni.

Haikal terus berlalu untuk buka pintu kepada tetamu yang tak diundang tersebut. Aku pulak bergegas ke tingkat atas untuk pakai tudung.

——————

Ugh! Patutnya Haikal tak payah susah-susah bukak pintu tadi. Minah terencat ni rupanya yang datang. Rosak mood aku!

"Macam mana you tahu rumah baru I ni?" soal Haikal heran bila muka Tasya yang tak tahu malu tu tersembul di depan muka pintu.

"Suprise! Terkejut tak?" Dengan gediknya dia berkata. Aku yang kat belakang ni rasa panas je hati erm.

"I'm serious okey. Mana you tahu?"

"Mak lang lah yang bagitahu. You ni, tu pun nak tanya!" Mak lang? Mak lang tu mak Haikal ke? Jadi... minah ni sepupu dia ke?

Huh klise yakmat hidup aku ni. Musuh dengan sepupu suami sendiri. Haa drama sangat! Juling mata keatas.

"Tepi la I nak masuk ni!" Amboi sesedak abc je dia nak masuk rumah orang ugh.

Langkah bergaya dia terhenti apabila terpandang muka aku yang takde perasaan. Baru perasaan ke kewujudan aku?

"Apa dia ni buat kat sini?" Dia tunding jari kearah aku sambil pandang Haikal untuk dapatkan jawapan.

"She's my wife." Ringkas jawapan Haikal tapi maklum balas dari perempuan depan aku ni boleh buat aku pekak.

"WHAT? SERIOUSLY? Bila masa you kawin ni?" Muka dia nampak sangat tak boleh terima hakikat.

"Not your business."

"Atau sebab korang dah terlanjur sebenarnya?" Dia pandang aku sinis buat aku rasa nak cekik je dia. Enak je mulut dia memfitnah aku.

"Watch your mouth! Jangan nak samakan isteri I dengan diri U tu!" Jelas kemarahan dalam nada suara Haikal. Aku dengar pun gerun.

"Lepastu?" Dia berhenti sekejap. Kemudian mata dia membulat. Mungkin teringatkan sesuatu.

"Jangan cakap you kawin dengan budak ni sebab you sahut cabaran Adib dulu?"

Aku yang mendengar terus berkerut kening. Apa maksud dia? Cabaran apa?

"I nak you keluar dari rumah I sekarang!" Walaupun perlahan tapi aku boleh rasa kedinginan suara Haikal. Nampak dia ketap rahang dia.

"Tapi I baru je sampai..." Sempat nak merengek minah ni. Menyampah wei!

"I said now!" Tutur Haikal keras sambil tangan tunjuk pintu rumah.

Tasya akhirnya melangkah keluar sambil menghentakkan kaki dia ke lantai. Elok sangat lah tu perangai.

Hilang saja Tasya dari pandangan, Haikal terus tutup pintu. Dia mengeluh sesaat sebelum berpusing pandang ke arah aku. Dia nampak tergamam sebelum menukar ekspresi muka.

Kami sama-sama terdiam sambil memandang antara satu sama lain. Err tibe aku rasa awkward. Nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak? Nak tanya—

"Don't ask me anything." Pfft macam tahu-tahu je apa yang ada dalam pikiran aku sekarang.

Usai berkata sedemikian, dia terus berlalu ke tingkat atas meninggalkan aku keseorangan.

Agak terkilan jugak la tapi aku kena terima mungkin dia ada sebab rahsiakan benda tu dari aku? Atau mungkin itu benda yang tak sepatutnya aku tahu? Atau mungkin benda tu tak penting pun untuk aku tahu, sebabtu dia tak bagitahu.

Erm think positive Rissa walau hati agak terkesan dengan benda tu. Nak buat macam mana? Nak paksa kan tak boleh. Walaupun aku rasa aku ada hal untuk tahu. Tabah la hati!

p/s : perghh boring nak mampus beb 🤦🏻‍♀️ bunuh je la hamba 😔✋🏻 tapi terpaksa jugak tulis untuk hentikan writerblock ni. jadi mohon la tabah dengan keboringan bab ni. jangan lupa tekan bintang tu dan komen lah boring pun 😂❤️

Continue Reading

You'll Also Like

10.4K 728 30
✨no.1- gemok~[{19/8/2020}] faiq wildan. lelaki yang entah mana datangnya tiba tiba mengganggu hidup shaza arifah. shaza seorang perempuan yang pendi...
1.6M 60.1K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
31.5K 1.4K 33
Orange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' s...
290K 14.1K 56
~I hate the way you make me forget about her~ TENGKU DAYREN DANIEL satu nama yang tidak asing di dunia perniagaan. Darah muda yang menjadi jutawan. S...