ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]

Da AnjellHomosapien

1.4M 62.8K 16.4K

Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose Altro

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
TEASER 2

TEASER 1

67.4K 2.4K 432
Da AnjellHomosapien

~not-edited~

AKA 

BAB 21

Perlahan-lahan aku paksa kelopak mata untuk dibuka. Cahaya yang agak terang buatkan kawasan di antara keningku berdenyut sakit. Silau. Namun hanya seketika sebelum mataku mula menyesuai dengan cahaya sekeliling.

Warna krim! Dinding dan siling semua berwarna krim keemasan. Sangat asing. Dan aku kini sedang terbaring di tengah-tengah sebuah katil bersaiz King. Ada duvet lembut lagi tebal sedang menutup tubuhku hingga ke paras dada.

Aku kat mana ni? Macam mana aku boleh ada kat sini?

Agak terpinga-pinga. Dan bagaikan wayang, otakku mula mengingat kembali apa yang dah jadi.

Dheo. Lucca. Kena kejar. Culik.

Terus aku duduk sembilan puluh darjah. Gara-gara mengubah posisi secara mengejut, kepalaku mula pening. Aku pejam mata. Tunggu beberapa saat sebelum postural hypotension aku hilang. Dan bila rasa kembali normal, aku kembali buka mata.

Duvet tebal itu aku tolak dari tubuhku. Turun katil. Lega bila melihat pakaian masih lengkap di tubuhku. Walaupun aku tak tahu ke mana perginya baju sejuk tebalku tadi. Agaknya ditanggalkan ketika aku tidur. Tudung juga masih tersarung walaupun aku tak tahu macam mana rupanya sekarang ini.

Aku sarung kasutku yang berada di sebelah katil itu. Sekeliling kawasan itu aku pandang. Bilik ini tak besar. Tapi susun aturnya mewah. Buatkan aku yakin lagi pasti tempat ini adalah milik Dheo. Mengingatkan sebaris nama itu, aku ketap rahang. Geram yang amat! Tak payah tanya angkara siapa aku boleh ada kat sini.

Mata mencari apa-apa alat untuk dijadikan senjata. Tiada apa-apa melainkan sebuah majalah dalam bahasa Itali yang terletak elok di atas sebuah meja kecil. Menguatkan lagi fakta yang tempat ini memang milik seketul Dheo Han. Mungkin juga pemilik nama itu berada tak jauh dariku.

Majalah pun majalahlah! Tanpa membuang masa, aku capai majalah itu. Nasib baik tak tebal sangat. Aku gulung-gulung menjadi bentuk silinder. Buat ketuk kepala orang boleh kut!

Tiba-tiba telinga cekap menangkap satu bunyi. Aku menoleh ke arah pintu luncur yang menjadi pemisah itu. Ada orang sedang menghampiri! Lantas aku berdiri di sebalik pintu dengan bersenjatakan majalah itu.

Menunggu!

Perlahan-lahan aku nampak pintu itu ditolak. Aku angkat tanganku tinggi-tinggi. Kemudian muncul satu susuk dari luar. Melihat pakaian dan gaya rambutnya, aku tahu memang Dheo. Haa.. lagi bagus! Memang sasaranku! Terus aku ayunkan tangan laju-laju. Beberapa inci lagi dari terkenanya, majalah itu ditangkap dengan sebelah tangannya.

Terus pegun aku. Dalam hati kagum juga dengan ketangkasannya. Ayunanku itu ditangkap tanpa dia memandang ke arahku. Nampak tak betapa lajunya pergerakannya dan betapa hebat derianya? Pakai sensor ke apa? Dan bila majalah itu ditangkapnya, barulah dia berpusing ke arahku.

Matanya mencerun tajam ke arahku. Telan liur juga aku melihatnya. Mungkin tak puas hati aku hampir benjolkan kepala mahalnya itu.

Tapi.. ada aku kesah? Bila tak dapat pukul pakai majalah, aku tak mengalah. Terus menyerangnya dengan tangan pula. Dan sekali lagi, dia dengan tangkas menangkap tangan kecilku itu. Dipusingkan tubuhku supaya belakangku berlaga dengan dadanya.

"Lepaslah!" marahku. Aku meronta-ronta. Agak tak selesa dengan keadaan sebegitu. Sebab dia sangat rapat dan kedua-dua tanganku pula dimatikan pergerakannya.

"Tst.. tst.. tst.. tesoro. If I were you, I won't do that!" Kedengaran suara garaunya. Berdendang amaran. Betul-betul sebelah telinga kananku. Terasa deruan nafas hangatnya pada pipiku. Maksudnya, kedudukan kami sangat dekat. Aku tak sanggup bayangkan apa akan jadi kalau aku pusingkan kepala ke arahnya.

Badanku terus mengeras. Kejung dalam pelukannya. Tak berani untuk bergerak lagi. Melihatkan aku yang terkaku itu, aku rasa pelukan Dheo kian longgar.

"Kalau saya lepaskan awak, boleh awak janji yang awak akan behave?" Masih terselit amaran dalam tutur bicaranya.

Behave? Dia ingat aku ni lembu liar ke apa?

Huh! Aku mendengus kasar. Tapi hanya diam. Tak angguk, tak geleng. Perlahan-lahan Dheo jatuhkan tangannya. Pergerakannya penuh berjaga-jaga. Mungkin bersedia untuk bertindak kalau aku buat gila nanti.

Sebaik sahaja rasa diri dibebaskan, aku terus menapak ke depan. Cipta jarak darinya. Tak hingin aku dekat-dekat dengannya. Aku pusing ke arahnya.

"Saya kat mana sekarang ni?" tanyaku kasar. Pandang wajah kacaknya yang tenang itu dengan mata yang marah.

"You're in my cabin. Inside of my private jet."

Mulut ternganga, mata meluas.

"What?" Tak percaya!

Aku pandang sekeliling kawasan itu sekali lagi. Kenapa tadi aku tak perasan beberapa tingkap kecil berbentuk segi empat yang melekat pada dinding? Tingkap pesawat. Itu cukup untuk menjawab yang Dheo sekarang ni tak bergurau tak lucu denganku. Kalau aku jeling sekarang ni entah-entah nampak awan.

Jet peribadi Dheo? Seriously?

"Kita nak ke mana?" soalku. Entah kenapa rasa gerun untuk mendengar jawapannya. Mungkin akal tak terlalu bodoh untuk tahu yang sekarang ni aku dah tak berada di bumi Nottingham. Mungkin juga dah keluar dari bumi England. Entah berapa lama aku tak sedarkan diri tadi.

"Sicily."

Aku rasa nak pengsan lagi sekali.

"Awak culik saya!" marahku. Ni rasa nak ketuk kepala orang ni!

Macam mana aku tak marah? Aku dibawa entah ke mana tanpa izinku. Entah macam mana dia seludup aku masuk ke jet peribadinya tadi. Macam mana boleh lepas imegresen? Tertanya-tanya. Adakah aku sekarang ni dikira pendatang haram? Tak beridentiti?

Rungsing.

"Sorry. Saya terpaksa."

"Kenapa awak culik saya?" Aku mahu tahu.

Dheo mengeluh perlahan.

"Saya akan explain semuanya. Tapi, jom kita keluar dulu." Itu jawapan Dheo. Wajahnya tak berperasaan.

Aku diam. Tenung dia lama-lama dulu. Marah-marah juga, tapi apa lagi pilihan yang aku ada? Nak taknak memang aku terperangkap di dalam jet ini dengannya. Nak taknak, memang aku kena hadap mukanya. Akhirnya, aku angguk setuju.

Dheo mengensot sedikit untuk membuka jalan untukku. Mempersilakan aku untuk keluar dari kabin itu. Aku tanpa banyak soal hanya mengikut. Melangkah keluar. Seusaha mungkin untuk mencipta jarak sebab laluan itu menjadi sempit dengan dia yang terpacak macam tiang bendera itu.

Sebaik sahaja aku keluar, mataku dihiasi dengan susun atur kerusi di dalam pesawat itu. Hanya beberapa kerusi empuk besar berwarna krim yang aku rasa sangat selesa. Ala-ala kerusi kelas pertama di dalam kapal terbang. Disusun dengan pelbagai kedudukan.

Ada sebuah kerusi persendirian. Ada dua buah kerusi yang saling menghadap. Ada juga empat kerusi saling menghadap tapi ada meja di tengah-tengahnya. Pendek kata, pilih saja tempat duduk di mana-mana yang berkenan di hati.

Ini kali pertama aku jejak kaki di dalam jet pribadi. Kalau situasinya berbeza, pasti aku akan rasa teruja dan kagum untuk berada di sini. Tapi sekarang ni kalau aku ada pilihan lain, mahu aku terjun keluar!

Bila tiba di tengah-tengah perut pesawat itu, kelihatan ada satu susuk lain yang sedang duduk di atas sebuah kerusi persendirian. Telah diubah menjadi separa katil. Terletak di bahagian paling depan. Aku melihat ada dinding pemisah. Aku rasa di balik dinding pemisah itu adalah kokpit juruterbang jet ini.

Lucca. Sedang menghadap sebuah komputer riba. Aku tak tahu apa yang sedang dia lakukan itu. Dan bila aku dan Dheo muncul, aku nampak kepalanya menoleh ke arah kami. Cuma sekejap sebelum dia kembali fokus pada komputer ribanya itu.

Dheo mengarahkanku untuk duduk di atas sebuah kerusi yang menghadap meja itu. Tanpa banyak kerenah, aku hanya ikut. Hempap punggung sambil memeluk tubuh. Entah kenapa rasa nak mogok.

Dheo pula mengambil tempat bertentangan denganku. Aku melihat dia menekan satu butang dan beberapa saat selepas itu, muncul seorang wanita cantik yang beruniform berwarna merah. Pramugari.

"Si, Signor D'Ambrusio?"

Dan aku mendengar Dheo berbicara dalam bahasa Itali dengan perempuan itu. Entah apa, dikatakannya, berabuk macam kereta api. Kali pertama aku mendengar Dheo bercakap panjang lebar dalam bahasa Itali. Kedengaran sangat seksi. Walaupun hati tengah bengang, kenyataan itu memang aku tak nafikan.

Bila aku dengar perkataan 'pasta', aku tahu mungkin Dheo tengah oder makanan. Pramugari itu hanya angguk dan angguk. Beberapa saat selepas itu, dia pun beredar. Meninggalkan aku berdua dengan lelaki itu.

"Kenapa saya ada kat sini?" soalku tanpa banyak soal.

Dheo mengeluh perlahan.

"Nampaknya saya terpaksa berterus terang dengan awak. It's for your own safety."

"Safety saya? Kenapa?" Aku tak faham.

"Someone is trying to kidnap you, Rose."

"Kidnap saya? Kenapa? Saya bukannya kaya pun." Aku bingung.

"You witnessed something you shouldn't."

"Huh?" Aku masih blur. Masih tak dapat tangkap.

"Ingat malam saya selamatkan awak? Sebenarnya malam tu awak jadi saksi illegal business deal. Weapon smuggling to be precise."

"What?" Suara sedikit kuat. Mata bulat tak percaya.

Weapon and smuggling shouldn't be together! And when they are together, it screams danger! Serius seram dan menakutkan!

"Awak buat lawak?"

Muka Dheo tak beriak. Maksudnya, dia serius!

"Tapi.. saya tak tahu pun. Bukan ke kita dah terlepas malam tu? Kenapa cari saya balik? Saya bukannya kenal dorang pun. Muka pun tak cam. I was just a pedestrian." Sedikit cemas!

"Well.." Aku lihat Dheo garu pelipis kanannya. Nampak dia sedang mengatur ayat. Ayat yang berbunga supaya aku tak kena cardiac arrest!

"The thing is, bella, fortunately and unfortunately, I saved you that night."

Fortunately and unfortunately? Apakah maksudnya? Aku tunggu dia sambung kata.

"Fortunately, I'm Dheo D'Ambrusio. Mereka kenal saya. Dan mereka lebih tahu untuk tak cari pasal dengan saya. My family is powerful. Thanks for that, people don't mess with D'Ambrusio," kata Dheo lagi.

Dah tentu. Dia keluarga billionaire. Pengaruhnya hebat. Siapa yang berani cari pasal?

"Unfortunately?" Laju aku tanya. Aku taknak tahu setakat mukadimah berbunga indah. Sebab aku tahu kata-kata seterusnya akan meleburkannya nanti.

Dheo berdehem sekali.

"Unfortunately, they think we are together. I have enemies. Some of them, I might add stupid enough to think they can use you against me."

"Of course stupid. They got the wrong person. Saya bukannya girlfriend awak!" marahku. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena!

"Betul. Tapi bukan itu masalahnya. They are just plain stupid to go against D'Ambrusio family at the very first place!" jawabnya dengan penuh rasa megah. Bahasa mudah dia, kau siapa nak lawan aku?

Aku tahan mata daripada juling ke atas. Berlagaknya!

"Dan lepas tu, sekarang ni apa kaitan dengan saya?" Aku masih tak faham.

"Mereka cuba culik awak, Rose. Kalau Lucca tak cepat tadi, saya tak tahu apa akan jadi tadi." Dia ingatkan aku lagi.

"Apa bezanya dengan sekarang ni? Awak pun culik saya!" bidasku balik. Walaupun dia rasuah aku naik jet peribadi mewah dia ni, masih tak mampu nak hilangkan berang di hati. Aku masih marah!

Dheo mengeluh sekali.

"Things are different, tesoro. And you know that too."

Aku mencebik pula. Memang pun. Kalau dia yang 'culik' aku, keselamatanku terjamin. Tapi kalau aku diculik entah siapa-siapa tadi, tak dapat aku bayangkan nasibku. Entah-entah sekarang ni dah kena jual di mana-mana black market. Tapi aku taknak mengaku.

"Awak dah selamatkan saya. Okey, jadi semua sudah selesai. Tapi tak payahlah sampai heret saya pergi Sicily. Esok saya nak balik Malaysia!"

Dan bila ingat akan hal itu, aku sedikit cemas. Penerbanganku besok! Macam mana ni? Pasti ayah tertunggu-tunggu aku nanti.

"No! You are the safest with me. If they can find you in England, what makes you think they won't do the same when you're in Malaysia? Until everything is under control, I have to keep my eyes on you." Suara Dheo bertukar sangat serius. Matanya juga dicerunkan ke arahku.

Adakah itu maksudnya aku takkan balik ke Malaysia?

"Bila kita sampai di Sicily nanti, telefon keluarga awak. Cakap pada mereka yang awak tak dapat balik kali ni." Dheo menjawab persoalanku. Nadanya tegas dan berbaur arahan.

Rasa nak menangis. Terbayang-bayang wajah tua ayah. Baru je nak melepas rindu. Tapi, semuanya hancur musnah sekarang ini. Apa lagi pilihan yang aku ada? Nak taknak, memang aku dah jadi tawanan Dheo. Terpaksa ikut semua arahannya.

"I'm sorry, bella. Tapi saya memang takkan lepaskan awak balik Malaysia. Saya tak mahu ambil risiko. Lagipun, ini bukan kali pertama mereka cuba apa-apakan awak."

Ayat terakhirnya tu cepat ditangkap oleh telingaku.

"Apa maksud awak? Macam mana awak tahu?" Aku rasa curiga. Mulalah kepala buat macam-macam spekulasi.

Dheo hanya tenung aku lama-lama. Tapi hanya diam.

"Awak stalk saya!" tuduhku dengan mata yang dikecilkan ke arahnya.

"My men followed you around. To assure something bad won't happen of course." Ayat untuk sedapkan hatiku.

Inilah rupanya kenapa aku selalu rasa diperhatikan. Ternyata gerak hati kecilku betul.

"Might be the reason why you always jumped out of nowhere too!" sinisku.

Dheo hanya angkat kedua-dua bahu. Mengiakan.

"Saya tak sangka mereka akan cari awak di England. Hari pertama awak balik dari cuti musim panas dulu, ada yang cuba cederakan awak. Lucky my man seized the culprit," ceritanya.

Ada orang cuba cederakan aku? Ya ke? Bila? Otak mula menjalar ke masa lalu. Ingat-ingat lupa. Dah agak lama, jadi semuanya samar-samar. Entah-entah dah dibuang dari kotak ingatanku.

Apa je yang aku buat masa lepas aku balik dari cuti musim panas dulu? Tidur sebab jet lag. Lepas tu, jumpa Shahril. Lepas tu, balik ke rumah. Lepas tu, jumpa anjing. Tiada apa-apa yang jadi melainkan tiba-tiba entah gangster mana bergaduh di tepi jalan.

Zap! Bagaikan ada sesuatu terlintas dalam kepalaku. Mungkinkah?

Lantas aku pandang Dheo. Dia hanya diam. Hanya tenung aku yang sedang buat sesi imbas kembali dalam kepala itu. Dan bila nampak wajahku yang bagaikan tersedar sesuatu, barulah dia bersuara.

"Si, bella. Someone tried to push you onto the road." Dia sahkan lagi pemikiranku.

Aku terkedu. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Anak tekak pun kena paraplegik bila tahu ada orang cuba untuk menolakku. Nama lainnya, cubaan membunuh. Membunuh weh!

Bulu roma rasa meremang. Telan liur.

"Ada orang cuba nak bunuh saya?" Perlahan suaraku. Masih cuba hadam maklumat itu.

"Harm you, bella. Bukan bunuh." Ada beza ke? Dia ingat bila dia cakap macam tu, hati aku akan senang ke?

"Just to warn me. Sebab mereka ingat awak kekasih saya. Jadi, saya terpaksa dekat dengan awak. I have to befriend you."

Terpaksa! Have to! Kelat rasa tekak lepas mendengarnya.

"Kenapa? To ease your guilt conscience?" soalku balik.

Bila Dheo diam, aku tahu memang betul tekaanku itu. Entah kenapa, rasa sangat sedih. Aku baru tahu hari ini. Sebenarnya, Dheo tak pernah ikhlas berkawan denganku. Dia hanya dekat denganku hanya kerana terpaksa. Hanya kerana tak mahu bertanggungjawab kalau apa-apa jadi padaku angkaranya. Pendek kata, dia tak ikhlas. Persahabatan kami punya motif lain. Pada masa yang sama, mungkin dia rasa aku membebankan!

Suasana berubah canggung bila aku diam dan Dheo juga seperti tak tahu nak cakap apa. Bila dia nak buka mulut, muncul pula pramugari tadi bersama menu yang dipinta Dheo tadi. Aku rasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya ada gangguan yang boleh mengalih perhatianku seketika.

Melihat dia ingin makan, sangat sesuailah masanya untuk aku angkat punggung. Berasap rasa punggung selagi aku menghadap muka Dheo. Emosiku tak tentu hala. Aku terus bangun. Terus mengundang pandangan Dheo di hadapanku.

"Please eat first, bella." Dheo pelawa aku. Suara penuh profesional.

Jangan panggil saya bella! Laju lidah nak membidas, tapi aku sempat tahan. Penat! Entah kenapa rasa nak marah bila dia panggil aku 'bella'. Rasa macam sangat palsu! Tawar hati.

Nampaknya dia dah turunkan segala topengnya!

Aku geleng kepala. Hilang selera makan. Walaupun hidangan di depan mata boleh bikin air liur mengalahkan Niagara Falls, tapi nafsu makanku terbantut. Aku tak tahu sebab utamanya. Sebab dapat tahu ada orang cuba membunuhku. Atau sebab persahabatan yang Dheo tawarkan adalah palsu belaka. Entah kenapa, rasa nak menangis juga.

"Oh, please don't mind me! I don't want to be your burden anymore. I'm not hungry. After all, I'm allergic to prawns," balasku. Jeling menu di depannya. Aku sendiri dapat rasakan kedinginan di balik nada suaraku.

Aku kira Dheo juga turut merasakannya sebab lama dia tenung aku setelah itu. Aku tak tahu apa yang dapat dilihatnya dari anak mataku itu. Dan bila aku dah tak sanggup bertentang mata dengannya lagi, akhirnya kalihkan muka. Dada menahan pelbagai rasa.

Tanpa bersuara lagi, aku berlalu pergi. Jiwa diusik pelbagai emosi. Sedih dan marah. Dan kecewa. Tak tahu pada siapa. Di dalam perut pesawat yang terhad ini, ke mana sangatlah aku boleh lari? Sekali lagi, kalau ada pilihan lain, memang sekarang ni juga aku terjun keluar! Lebih baik daripada berada dalam satu ruang dengan Dheo.

Akhirnya aku labuhkan punggung pada sebuah kerusi persendirian. Membelakangi tempat duduk Dheo. Paling jauh dari Dheo. Memang sengaja. Kalau boleh duduk di dalam bahagian tempat letak bagasi atau enjin, pasti aku lebih rela duduk di situ.

Tubuh disandarkan pada kerusi empuk itu. Sangat selesa. Tapi aku tak rasa gembira. Sebuah keluhan dilepaskan. Entah kenapa rasa penat. Penerbangan ke Sicily entah berapa lama lagi. Malas nak fikir apa-apa sekarang ni. Sudahnya, aku hanya lentokkan kepala ke arah tingkap dan pejam mata.

Dan bila terbayang kembali segala perbualan dengan Dheo tadi, tiba-tiba aku rasa ada setitis air keluar dari mata, laju meluncur hingga ke dagu. Sedih. Terasa hati. Kecewa.


A/N: 

Ari ni I is rajin nak belanja bab baru. Selamat membaca, maaf atas segala kekurangan.

Cerita ni supposedly habis setakat BAB 20 je kat wattpad. N nanti siap dalam bentuk buku. So stop la tanya bila nak update baru atau apa. Sis akan update hanya teaser. Tu pun kalau rajin. Semoga tersemat di cereberum masing-masing. Sekian.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin..

29/5/2020

Continua a leggere

Ti piacerร  anche

1.1K 181 10
andai ada kehidupan kedua, adakah peluang untuk kita hidup bahagia?
137K 1.9K 6
PUBLISHED UNDER Mangosteeen Publication ยฉ Tajuk di pasaran : Pada Subuh Yang Membawaku Pergi BOOK #1 of ๐•ฑ๐–—๐–Ž๐–Š๐–“๐–‰๐–˜๐–๐–Ž๐–• ๐•ฐ๐–‰๐–Ž๐–™๐–Ž๐–”๐–“ AWARD #2...
100K 3.5K 72
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
21.7K 1.1K 12
Empat orang polis undercover dihantar untuk menumpaskan geng mafia yang jahat dan berkomplot dengan geng mafia yang baik. Bagaimanakah mereke akan me...