The King of Dévil ✔️

Par -reenn

296K 4.7K 1.3K

Haider Yeong | Halena Sofia Plus

The King of Devil
prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
15
16
17
18
19
20
21

12

3.1K 202 58
Par -reenn

SESUDAH kereta milik Rafael hilang dari pandangan mata. Sofia memandang Haider tajam. Rasa marahnya pada Haider memuncak-muncak.

"What's wrong with you?! Kenapa kau cakap macam tu dekat Raf? Kau tahu tak dia dah salah faham pada aku? Kau ingat aku ni perempuan macam mana ha?" suara Sofia kian meninggi. Langsung tidak peduli jika penghuni rumah yang lain menangkap pergaduhan mereka berdua.

Haider hanya memandang Sofia tanpa riak.

"Control yourself Halena. Don't ever raise your voice to me." Sofia terdiam. Memang sejak dulu Haider akan menegurnya tentang hal itu.

Melihat Sofia yang kian menunduk itu membuatkan Haider simpan senyum dalam diam. Sekurang-kurangnya gadis itu masih mematuhi arahannya sehingga kini.

"Aku tak nak kau rapat dengan Rafael."

Sofia angkat wajahnya memandang Haider.

"What do you means?"

"You know well what I means , Halena Sofia." balas Haider sambil matanya tepat memandang Sofia yang tinggi hanya separas dadanya.

"And who are you , Rayyan Haider? Kau siapa sampai aku kena patuh semua arahan kau?" ternyata balasan Sofia buat Haider terkelu. Beberapa saat kemudian bibirnya kembali mengukir satu senyuman hambar.

"Aku ada sebab aku sendiri , Halena. Aku kenal Raf dah lama dan aku cukup tahu dia macam mana."

"Dan kau.." kaki Haider bergerak selangkah ke depan. Menghapus jarak di antara mereka. Spontan , Sofia mendonggak.

Dan serentak mata mereka bertemu.

"Kau tanggungjawab aku sekarang. Amanah ibu untuk aku. Dan aku tak akan biarkan ada benda buruk jadi pada kau , Halena."

Sofia terpanar. Walau sejauh mungkin dia cuba lari , Sofia masih tidak dapat menghapus nama Haider pada sekeping hatinya. Dan kini.. hati perempuannya tersentuh dengan bicara lembut Haider.

Tapi.

Sofia harus berpijak pada bumi yang nyata. Haider bukan miliknya!

"Siapa aku pada kau sebenarnya Haider?" soalan itu akhirnya terpancul dari ulas bibirnya. Tunak matanya menikam sepasang mata coklat milik Haider.

"Cuma adik kau? Atau.." belum sempat Sofia menghabiskan bicaranya , Haider terlebih dulu memintas.

"Kau nyawa aku , Halena. Aku nak kau tahu , aku buat semua ni sebab aku risaukan kau , aku pedulikan kau." lirih suara Haider bertutur. Sofia diam. Menghadam bait-bait bicara Haider sebelum bibirnya mengukir satu senyuman sinis.

"Haider."

Haider sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya dari Sofia. Dalam mata Sofia ditatapnya , menunggu bicara seterusnya.

"Tolonglah jangan cakap macam tu kalau kau tak maksudkan." bibir Haider terkunci.

"Tolonglah..jangan bagi harapan pada aku kalau kau tahu kau milik orang lain. Bukan milik aku."

"Aku penat. Dari dulu lagi , you always promised me with your beautiful lies. Semua yang keluar dari mulut kau , semua manis Haider. Sampaikan ke hari ni pun aku masih ingat semua janji kau. Kata-kata manis kau pada aku dulu. Semua aku masih ingat , Haider."

"But then you left me. You left me with your beautiful lies , beautiful promises! Kau tinggalkan aku tanpa sebab! Kau tinggalkan aku macam tu je kan? How could you.." Sofia lepas tawa sumbang bila terkenang betapa kejamnya Haider padanya selama ini.

"Dan sekarang apa? Kau nak tabur janji lagi? Nak aku terus berharap pada kau? Berharap pada lelaki yang bergelar tunangan orang? Kau sengaja nak seksa aku ke Haider? Aku tak faham. Apa yang sebenarnya kau nak dari aku Haider?" wajah Haider dipandang dalam. Menanti jawapan dari lelaki itu.

"Halena , aku.."

"Dah lah Haider. Aku penat. Aku penat sangat dengan semua ni."

"Aku cuma minta lepas ni..." Haider memandang Sofia lama. Persis pandangan Haider padanya dulu. Penuh perasaan. Tapi.. apa mungkin Sofia yang salah menilai?

Mungkin.

"Tolong lah jangan pedulikan aku. Aku boleh hidup tanpa kau. Aku tak perlukan kau dalam hidup aku , Haider. Kau tak perlu risau , aku tahu jaga diri aku."

Zass! Hati Haider terhiris tanpa Sofia sedar.

"Dan aku..."

"Tak perlukan kau untuk jaga aku.."

Pedih. Itulah yang dirasakan Haider tika ini. Kata-kata Sofia menghiris Haider. Haider terdiam. Sungguh terkilan. Namun.. dia tidak mampu untuk mematahkan bicara Sofia. Apa yang dikatakan gadis itu memang tepat mengena batang hidungnya.

"Aku bukan orang yang sepatutnya kau kena peduli dan jaga Haider.." mata Haider kembali memandang Sofia. Sofia senyum nipis.

"Anastasia , she's the one who deserve it. Give your all attention to her Haider. Bukan aku."

Langkah terus diatur meninggalkan Haider. Tubir matanya terasa panas. Sakit. Sakit yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Kenapa kisah cinta mereka serumit ini?







***



SEJAK peristiwa itu , hubungan Haider dan Sofia semakin renggang. Nama saja serumah , namun mereka langsung tidak bersua muka mahupun bertegur sapa.

Haider akan pulang lewat malam. Manakala Sofia pula akan keluar rumah seawal tujuh pagi. Keadaan itu berterusan sehingga hampir tiga bulan.

Yeye pula hanya membiarkan. Bukannya dia tidak dapat mengesan pertengkaran antara Haider dan Sofia pada malam itu. Namun dia lebih memilih untuk membiarkan , tidak perlu rasanya untuk mencampuri urusan cucu-cucunya itu. Mereka sudah meningkat dewasa , tiada apa yang perlu dikhuatiri.

Interkom yang berbunyi mematikan lamunan Haider. Muka diraup sekali sebelum menekan interkomnya untuk menyambungkan panggilan dengan pembantu peribadinya di luar pejabat.

"Yes , Bella?"

"Tuan Hai. CEO Idris's Holdings is here." beritahunya.

"Okay let him in." talian terputus. Ketukan pada pintu disahut Haider sebelum arahan masuk diberikan. Sebaik pintu dikuak. Wajah lelaki yang seusianya menyapa kornea mata. Serentak terhias satu senyuman lebar pada bibir Haider.

"Rayyan Haider Yeong. Cheif executive officer Lion's Holdings. Wow , I'm impress!"

Lelaki itu ralit memandang keadaan sekeliling pejabat Haider. Semenjak Tuan Farhan disahkan meninggal dunia , serta merta syarikat Tuan Farhan jatuh pada tangan Haider. Malah nama syarikat itu juga diambil Tuan Farhan dari nama gelaran yang diberikan lelaki itu dulu.

Lion.

Shushu.. wish you were here.

"Heh , and look who's here. Rafreez Hairi , Cheif executive officer Idris's Holdings?" gelak mereka pecah sebelum mereka mula berjabat tangan.

"Have a seat bro." pelawa Haider. Setelah Rafreez melabuhkan punggung. Lelaki itu kembali bersuara.

"So before we start our meeting. Tell me , where you've been all this time? Lepas kes kau dengan An terus lost contact kan? Kau langsung tak inform aku apa apa." ujar Rafreez dengan nada sedikit berjauh hati.

Haider tergelak kecil.

"Aku bukan sengaja lost contact dengan kau. Kau kan rapat dengan Harraz. Aku macam.. you know takut kau tak nak kawan dengan aku masa tu lepas apa yang jadi." balas Haider bersama dengan satu senyuman kecil.

Rafreez berkerut.

"Kau cakap apa ni Yan? Aku percaya kau lah. Tak kan kau nak ambil girlfriend kawan sendiri. Aku tahu An perangkap kau masa tu."

Haider hanya tersenyum hambar. Selain Naufal , Afif , Azrie dan Izran. Rafreez juga teman dekatnya , mereka mempunyai hubungan yang cukup baik.

"Bersyukurnya masih ada orang percaya kan aku."Haider tergelak diikuti Rafreez sebelum mereka bersetuju untuk memulakan perbincangan. Setelah beberapa jam perbincangan diteruskan. Rafreez mula membuka topik peribadi untuk dibualkan.

"Urm .. macam mana kau dengan Harraz sekarang , Yan?" Rafreez menyoal lurus.

"Kau pun tahu Reez macam mana si Harraz tu sayangkan An. Aku tahu dia kecewa dengan aku. And now we're totally like a stranger. Dekat sekolah dulu pun dia sanggup mohon pindah kelas lain sebab tak nak tengok muka aku."

Haider membuka cerita dengan senyuman hambar.

"Aku ada juga jumpa Harraz baru-baru ni. And he told me yang kau dah bertunang dengan An. Betul ke Yan?" soalan itu membuatkan Haider melepaskan keluhan berat.

"No. No hates. I'm just curious. Bukan ke kau tak cintakan An? How can.."

"Aku terpaksa Reez."'

Senyap.

Tiada balasan selepas itu dari Rafreez. Rafreez ralit merenung wajah kusut Haider. Nampak serabut.. kasihan.

"Mind to share with me?" soal Rafreez teragak-agak. Haider senyum nipis sebelum menceritakan semuanya pada Rafreez. Bibir Rafreez terkatup rapat mendengar cerita Haider , dia jelas tidak tahu harus memberi reaksi apa selepas dari mendengar cerita Haider.

"Macam mana aku nak kahwin dengan An kalau hati aku pada orang lain Reez?" adu Haider. Wajah diraup sekali. Sudah lah hubungannya dengan Sofia makin dingin. Tiada tanda-tanda mereka akan berbaik dalam masa terdekat. Haider juga hilang cara untuk menjernihkan hubungannya dan Sofia. Sofia semakin menjauh. Semakin sukar untuk digapai.

"Aku tumpang simpati Yan pada kau. Tapi apa yang aku boleh cakap. You need to fight for your love. Kalau kau betul-betul cintakan adik kau tu. Kau kena berusaha dapatkan dia. Cinta perlukan pengorbanan , kan? Besides dalam kes ni bukan kau sengaja tidur dengan An. An yang perangkap kau."

Sedikit sebanyak nasihat Rafreez membuatkan Haider sedikit lega. Sikap Rafreez buat Haider terkenang pada Naufal. Naufal kini sibuk dengan syarikat guaman Tuan Nazarul , ayahnya. Begitu juga dengan yang lain. Masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing.

"By the way Yan. Alang-alang dah jumpa kau dekat sini. Minggu depan adik aku ada buat private party dekat Boss sempena birthday dia. Ajaklah yang lain , aku pun rindu nak lepak sekali diaorang. Nanti kalau jadi , inform aku balik." pelawa Rafreez mesra. Haider terdiam sejenak sebelum tengkuk digaru kekok.

"Reez." Rafreez angkat kening sebelah.

"Yang lain tu mungkin boleh pergi.. tapi kalau aku dengan Naufal tak sure lagi lah.." teragak-agak Haider memberitahu Rafreez. Kasihan juga melihat riak kecewa Rafreez setelah diberitahu tentang ketidakhadirannya nanti.

"Lah? Asal? Jom lah Yan. Lama kut tak lepak sekali." pelawa Rafreez lagi. Tidak mudah mengalah.

"Susah betul nak lepak satu table dengan Rayyan Haider Yeong sekarang eh? Sombong betul mamat cina ni." guraunya.

Haider gelak kuat.

"Bukan macam tu lah..."

"Habistu?"

"Aku.."

"Kau datang , aku belanja godfather. How? Interested?" Rafreez angkat kening, menduga.

"Godfather?" Rafreez mengeluh melihat gelengan Haider.

"Sex on the sands? Amacam? Nak?"

"Sex on the sands? No. It taste bad for me." balas Haider lurus.

"Reez." wajah tampan itu dipandang tunak.

"Aku dah tak pergi tempat-tempat macam." hampir melopong mulut Rafreez mendengar butir bicara Haider. Matanya membulat besar.

"What?! Serius lah?!" tempiknya kuat. Gila! Haider gelak kuat. Kelakar pula bila melihat reaksi Rafreez.

"Sorry lion. Aku cuma terkejut gila , ye lah kau dulu kan regular customer night club tu. Mentang , club tu pakcik kau punya madah ajak aku lepak situ dulu." gelak Rafreez dan Haider bersatu. Terkenang zaman remajanya dulu. Sangat bebas. Dibesarkan seperti bukan penganut agama islam.

"Kau pula still jadi regular customer ke apa?" tanya Haider sambil tersengih.

Rafreez tergelak besar.

"Mestilah. Aku belum dapat hidayah lagi macam kau." balas Rafreez dengan sisa tawanya yang masih ada.Jam di tangan dikerling. Pantas punggung diangkat untuk meminta diri.

"Okay lah aku dah kena gerak ni." barang barangnya dikemas rapi. Sebaik teringatkan sesuatu Rafreez mula memandang Haider semula.

"Sekali ni je Yan , aku janji. Aku rindu nak lepak sekali dengan korang macam dulu." separuh merayu Rafreez memujuk. Rindu dengan kenangan dulu.

"Lagipun , tak kan kau tak nak datang? Kau bukan tak kenal adik aku tu.." serentak , dahi Haider berkerut. Cuba mengingati raut wajah adik Rafreez. Seketika air muka Haider berubah keruh.

"Adik kau yang mana?" soalnya tanpa nada. Rafreez berkerut sebelum melepaskan tawa kecil.

"Aik? Adik aku Raf sorang je kan gila. Kau ada jumpa adik aku yang lain ke?" seloroh Rafreez dengan di hujung bicaranya terselit tawa lucu.

Haider diam.

"You means Rafael Haikal?"

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

108K 3.4K 57
Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya... Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu.. ____________...
1.1M 41.3K 99
[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB...
2.5K 297 34
'Loving you is a losing game.' Dendam yang ditanam olehnya sejak dulu kini menjadi bara api yang memakan tuannya sendiri. Entah di mana silapnya. Ent...
679K 29.2K 75
[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia ya...