The King of Dévil ✔️

נכתב על ידי -reenn

296K 4.7K 1.3K

Haider Yeong | Halena Sofia עוד

The King of Devil
prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
10
11
12
15
16
17
18
19
20
21

9

2.8K 184 59
נכתב על ידי -reenn

"YOU tahu tak , Halena?" wajah ceria Anastasia di sisinya dikerling. Dalam keadaan berbaring di sisi Sofia , Anastasia sedang tersenyum lebar sambil memandang cornies bilik Sofia yang cantik terukir bentuk bunga.

"I dah lama sukakan abang tiri you tu. Even I dengan dia beza umur dua tahun. But that didn't stop me to keep loving him. I sanggup tinggalkan boyfriend I untuk Haider. I sanggup minta parents I hantar I sambung belajar dekat Amsterdam biar I selalu dekat dengan Haider. I sanggup tukar agama I sebab I nak kahwin dengan Haider. Semuanya I buat untuk Haider." cerita Anastasia. Wajah Sofia dipandang lama sebelum senyuman lebarnya diganti dengan senyuman hambar.

Sofia kelu.

Saat ini , dia seolah-olah melihat biasan dirinya. Tergila-gilakan Haider. Jatuh cinta pada Haider. Menceritakan segala hal tentang Haider dengan senyuman manis terukir pada bibir.

Mengenangkan itu , Sofia simpan senyum.

Nyatanya , bukan hanya dia yang menagih cinta Haider. Kini di hadapannya , gadis tinggi lampai ini sanggup lakukan apa saja buat Haider. Tidak hairan lah Haider lebih memilih gadis itu untuk menjadi teman hidup berbanding dirinya... yang serba kekurangan.

Anastasia cantik , rupanya yang jelita cukup memikat Sofia yang berjantina perempuan. Apatah lagi jantina bertentangan dengan mereka?

Andai saja gadis itu tahu..

Mereka berkongsi rasa yang sama buat orang yang sama..

Haider.

"He should be grateful to have you." ujar Sofia sambil tersenyum tawar. Namun , jauh di sudut hati Sofia menyoal dirinya sendiri. Mampu kah dia? Melihat orang yang dicintai didampingi wanita lain?

"You right. Tapi kalau you nak tahu kan? Haider langsung tak hargai apa yang I dah buat untuk dia.." suara Anastasia mengendur. Matanya sudah berkaca. Pandangan langsung dilemparkan pada siling putih kamar Sofia.

Sofia berkerut.

"Maksud awak?"

"Pertunangan kami cuma atas desakan keluarga , Halena."

Jeda.

Dahi Sofia dikerumuni kerutan halus.

"Tapi.. kenapa?" Anastasia tatap mata Sofia lama.

"I'm sorry Halena. But I can't tell you now. Maybe .. next time? I ceritakan semuanya?" serba salah Anastasia memohon maaf. Sofia senyum seraya mengangguk , menghormati keputusan Anastasia.

"Kenapa awak cakap Haider tak pernah hargai awak? Mungkin , Haider kaku dalam tunjuk perasaan dia."

"Siapa tahu , kan? Jauh dalam sudut hati dia , dia sayangkan awak."

Peritnya...

Meyakinkan wanita lain yang lelaki yang dicintanya turut berkongsi rasa yang sama dengan wanita itu. Bagaimana dengan dia?

Anastasia lepas tawa sumbang.

"No , Halena. Hai bukan kaku dalam tunjuk perasaan dia. I kenal Haider , jenis Haider , sekali dia sayang. Dia tunjuk yang dia betul betul sayang."

"But.."

"He doesn't loves me. Dia tak cintakan I."

Wajah Anastasia yang masih ralit bercerita sambil memandang siling itu ditatap Sofia lama. Sebagai seorang perempuan , dia lihat jelas betapa sakitnya rasa yang ditanggung Anastasia.

"Dia ada beritahu I sebelum kami bertunang lagi. Dia beritahu I yang dia cintakan orang lain , dia cakap dia tak mampu buang perasaan dia untuk perempuan tu." empangan Anastasia pecah. Bahunya terhinjut hinjut menahan esak.

"I tak tahu kenapa I cerita semua ni pada you , Halena. I taktahu. I dah lama pendam dari parents I. I tipu my mom. I cakap I bahagia dengan Haider. Tapi hakikatnya tak Halena! Hai tak pernah cintakan I! Dia tak pernah balas cinta I! Dia cintakan perempuan lain Halena!"

Sofia tersentak. Hatinya mula dihurung rasa kasihan yang menebal pada Anastasia. Mengerti perasaan jika orang yang kita cintai mencintai orang lain.

Perlahan lahan tubuh Anastasia dipeluk. Bahu Anastasia diusap lembut , cuba menyalurkan secebis kekuatan buat gadis itu.

"Trust me. Cepat atau lambat Haider akan terima awak , An. Dia akan cintakan awak macam mana awak cintakan dia. Haider akan sedar ikhlasnya cinta awak untuk dia. Percaya cakap saya."

Sakit. Itu yang dirasakan Sofia. Melihat adanya perempuan lain yang turut mencintai lelaki yang dicintai sepenuh hati. Sakit. Serta merta ingatan dimana dia memeluk tubuh Haider tempoh hari menerjah dalam ingatannya. Jahatnya dia , menyimpan rasa terhadap tunangan orang. Kejamnya dia masih menagih cinta dari tunangan orang. Walhal tunangan Haider jauh lebih baik darinya dan sangat mencintai Haider sepenuh hati. Berdosanya dia terhadap Anastasia ya Allah.

"I pun harap macam tu Halena. I sayangkan Haider dari kami kecil lagi." tubuh Sofia dipeluk erat. Setelah pelukan dileraikan. Anastasia tersenyum kekok.

"Sorry Halena. Tak pasal pasal basah baju you kena air mata I. I tak tahu kenapa , tapi rasa tenang sangat lepas dah luahkan semuanya dekat you. Mungkin sebab sebelum ni I tak pernah ceritakan benda ni dekat siapa siapa kut ya? Kalau I tahu lah lega macam ni , dah lama I kongsi cerita pada kawan kawan I." Anastasia gelak kecil. Sofia tersenyum tawar.

"Lepasni awak boleh lah cerita pada kawan kawan awak. Trust me , it works. Kadang kadang kita tak mampu simpan semuanya sendiri." nasihat Sofia lembut. Sesaat , Anastasia geleng kecil.

"Tak apa lah. I tak nak. Nanti kawan kawan I fikir buruk pula pada Haider. I tak nak orang lain tahu buruk Haider. Biar lah I sorang je tahu buruk baik tunang I."

Tunang I.

Tunang I.

Tunang I.

"Kalau you kan , adik dia. I percayakan you. Lagipun tak lama lagi kita akan jadi satu keluarga juga. Betul tak?"

Sofia terpempan. Dia tersenyum manis meskipun sukar untuk mengoyak senyuman. Namun tetap digagahkan juga. Sungguh , Sofia tersentuh dengan ketulusan cinta Anastasia buat Haider. Sehingga gadis itu langsung tidak mahu Haider kelihatan jelek di mata rakan rakannya.

Sofia sendiri dapat merasakan ikhlasnya cinta Anastasia buat Haider. Tidak sedarkah Haider? Gadis itu sangat mencintainya? Gadis itu sanggup melakukan pelbagai cara untuk menzahirkan rasa cintanya buat Haider ikhlas dan suci.

Perbuatan mereka berdua terhenti bila daun pintu bilik Sofia diketuk dari luar. Laju Sofia melangkah dan memulas tombol pintu. Wajah Haider menyapa kornea matanya.

Mata mereka bertembung. Mata Sofia yang kelihatan sembap itu membuatkan Haider galau. Belum sempat dia membuka mulut. Anastasia sudah mencelah.

"Sayang , lamanya you balik. Sampai I dah siap borak dengan Halena.." adu Anastasia manja. Lengan Haider turut dirangkul mesra. Baru saja bibirnya ingin merayap pada tulang pipi Haider , lelaki itu lebih cekap menolak.

"Stop it An. Tak malu ke?" tegur Haider garang. Wajah Sofia dipandang. Matanya tunak memandang iris hitam pekat milik Sofia seolah olah memberi tahu Sofia sesuatu.

Namun.. Sofia kaku. Kosong. Langsung tidak memberi apa apa reaksi dengan pandangan penuh maksud Haider.

"You ni , Halena tak kisah lah sayang." mata Haider jatuh pada Anastasia. Berkerut sedikit dahi Haider.

"What did you called her?" keras!

"Halena , why?"

"Stop calling her with that name An. You should call her with Sofia not Halena." serentak , timbul kerutan halus pada dahi Sofia dan Anastasia.

"Kenapa pula? Dia okay je lah sayang I panggil dia Halena , kan Halena?" pandangan mula dilemparkan pada Sofia. Sofia ukir senyum kekok sambil mengangguk.

"Tak apa lah , panggil je lah Halena. Saya tak kisah.."

"Sekarang ni , aku yang kisah." mencerlung tajam mata Haider memandang Sofia. Makin hairan Anastasia dibuatnya dengan sikap Haider.

"You...." baru saja Anastasia ingin bertanya. Haider sudah memintas laju.

"Dah jom." langkah terus diatur beredar dari bilik Sofia. Mahu tak mahu Anastasia segera mencapai beg tangannya.

"Sofia , I pergi dulu ya? Nanti kita jumpa lagi tau!" sempat gadis itu melagakan pipinya dengan Sofia sebelum keluar dari bilik gadis itu. Panggilan juga sudah ditukar.

Halena, gift from God.




***





KETUKAN bertalu-talu pada daun pintu menyentak lena Sofia. Mata ditenyeh lembut mengilangkan kantuk. Siapa pula yang menganggu lenanya ni? Jam yang tergantung elok di dinding bilik tidurnya dikerling , tiga pagi.

Kaki diatur ke daun pintu , sempat tudung sarung dicapai. Tombol pintu dipulas. Terjengul wajah cemas Haider. Terkejut juga Sofia dibuatnya.

"Haider , ada apa ni?" tanya Sofia lambat lambat. Mata cuba disegarkan.

"Halena.." Haider memanggil namanya lembut. Mendengar perbezaan dalam nada itu , mata Haider dicari. Namun sepasang mata itu kelihatan gusar. Tapi.. kenapa?

"Kenapa ni , Haider?"

Tanpa sebarang amaran kedua-dua bahu Sofia dipegang Haider lembut. Sofia terkujat. Namun tidak terdaya pula dia menolak pegangan lembut Haider pada bahunya. Mata Haider masih tidak lepas menatap sepasang anak mata hitam milik Sofia. Lama.

"Everything will be fine.." bisik Haider lembut.

"You're strong enough for this. You're not alone.."

"You have me. You have me forever.."

"Haider." bahu Haider ditolak lembut. Bicara Haider buat Sofia gugup. Hilang kantuknya. Apa sebenarnya yang telah berlaku?

"Haider .. tell me. What happens?" Sofia melontarkan soalan dengan nada yang sedikit cemas.

"Ibu dan shushu.." Haider mati kata. Serba salah. Dia sendiri berat dan tak sanggup untuk memberitahu Sofia tentang berita yang baru sampai ke pengetahuannya tadi. Tapi.. cepat atau lambat Sofia perlu tahu!

"Kenapa ni Haider? Kenapa dengan ibu aku? Kenapa dengan papa?" Sofia melemparkan soalan bertubi-tubi. Segala prasangka buruk cuba dibuang jauh. Namun balasan dari Haider membuatkan Sofia hampir rebah.

"Diaorang accident masa on the way balik sini.."

המשך קריאה

You'll Also Like

96.2K 11.2K 24
𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝑫𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏'𝒔 : 𝑴𝒚 𝒏𝒂𝒖𝒈𝒉𝒕𝒚 𝒘𝒊𝒇𝒆 "Nayla suka awak dari kecil lagi." "Nayla nak jadi isteri awak." Dia gadis...
8.4K 241 26
Kerana terlalu mengikutkan nafsu, segalanya hancur belaka. Adakah pengakhiran yang indah akan berpihak untuk mereka berdua? - - - "Please...
275K 17.6K 46
Mikael Rayyan , masih ingat tentang dia ? Anak buah lelaki bernama Eiden Rian . Ini kisah tentang dia . Tentang Mikael Rayyan yang bengis dan baran b...
3M 268K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...