BICARA SOSIAL

Bởi HijazAmir

394 7 0

Bicara Sosial ialah himpunan tulisan tulisan non fiksyen saya mengenai pelbagai perkara yang berlaku di dunia... Xem Thêm

SUKAR MAHU DAPAT BOSS YANG BAIK
PAYAH BETUL JADI KERAJAAN
BUKAN SENANG NAK CARI DUIT
KERJA MENJAUHKAN KITA DARI TUHAN
BUKU DI RUANG TAMU
VAKSIN COVID-19 TELAH DITEMUI?

HARI RAYA HARI GEMBIRA

27 1 0
Bởi HijazAmir

Hari ini, kita semua  meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Perayaan besar umat Islam ini adalah pemberian Allah kepada kita setelah sebulan kita berpuasa menahan diri dari makan, minum dan nafsu.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini disambut dengan keadaan yang sedikit terkongkong. Hal ini kerana, wabak Covid-19 masih lagi wujud dan hidup bersama kita. Kerajaan bukan sahaja tidak membenarkan kita untuk pulang ke kampung halaman masing-masing (rentas negeri), malah tidak membenarkan kita menziarahi sanak saudara dengan jumlah yang ramai. Maksudnya, majlis rumah terbuka tidak boleh diadakan. Ini semua gara-gara tidak mahu wabak Covid-19 itu menular dengan meluas dalam kalangan kita.

Tambahan pula, akibat wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan sebelum ini telah menyebabkan ekonomi negara sedikit terjejas dan malap. Ramai orang kehilangan kerja, hilang punca pendapatan, dan gaji dipotong. Maka, sambutan Hari Raya tidak dapat disambut seperti mana tahun-tahun sebelum ini. Cukup menyambutnya dengan seadanya sahaja.

Boleh dikatakan bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sedikit hambar berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Oleh kerana kerajaan tidak membenarkan perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung halaman, maka saya dan keluarga  tidak pulang ke kampung halaman kami di Melaka. Saya sendiri beraya bersama keluarga di Kuala Lumpur sahaja.

Saya, pada tahun ini, kali pertama menyambut Aidilfitri sebagai operator kilang. Meskipun sumber pendapatan saya sedikit terjejas namun Alhamdulillah, saya masih mempunyai kerja. Dengan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan sedikit sumbangan dari majikan, dapatlah saya beraya - membeli apa-apa yang patut untuk memeriahkan suasana raya.

Seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel sebelum ini, saya tidak menunaikan ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini. Apabila ibadah puasa tidak ditunaikan dengan sempurna, maka biasanya keseronokan menyambut Hari Raya akan sedikit berkurang.

Walau apa pun, saya tetap cuba untuk bergembira pada hari raya pertama ini. Meskipun hari raya pertama saya sama sahaja dengan hari-hari lain dalam bulan puasa, yakni boleh makan dan minum seperti biasa, tetapi saya tetap untuk menyambutnya dengan gembira kerana Hari Raya Aidilfitri adalah pemberian Allah kepada umatnya untuk dirai dengan penuh gembira.

Bagi menambah keseronokan berhari raya, saya biasanya akan mendengar lagu-lagu raya. Lagu-lagu raya memang berupaya menambah keterujaan kita untuk menyambut hari raya. Antara lagu raya yang saya suka dengar ialah Suara Takbir (Tan Sri P. Ramlee), Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz), Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat Exist) dan banyak lagi.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang sudi membaca tulisan-tulisan saya. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya tulisan-tulisan saya tidak disenangi oleh anda semua.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

676 72 23
!! JERMAN !! TEMPAT DI MANA TENGKU AIDEEN RIDZHAN DILAHIRKAN DAN DIBESARKAN SEHINGGA BERUMUR 17 TAHUN. MANAKALA KETIKA BERUMUR 18 TAHUN DIA DI BAWA P...
31.9K 378 8
Kisah 1 : Affan seorang lepasan IPTA yang sedang mencari pekerjaan, terpaksa membuat kerja lain untuk menyara hidup. Kerja sebagai "Peneman" yang ja...
56 15 5
Cerita tentang seorang wanita bernama elya bertemu dengan seorang jejaka tampan di sebuah pasaraya tetapi mereka boleh pula bergaduh dan sampai suatu...
100K 1.9K 24
21SX BACAAN DEWASA KISAH SEORANG BANDUAN YANG CUBA MEMBINA KEHIDUPAN DAN KEPERCAYAAN BARU DARI KELUARGANYA TERUTAMA DARI ADIK KANDUNGNYA SENDIRI.