The King of Dévil ✔️

By -reenn

296K 4.7K 1.3K

Haider Yeong | Halena Sofia More

The King of Devil
prolog
1
2
3
4
5
7
8
9
10
11
12
15
16
17
18
19
20
21

6

2.9K 203 53
By -reenn

TANGAN yang melingkar kemas pada pinggangnya secara mengejut dari belakang membuatkan tubuh Sofia serta merta keras. Kaku. Pergerakan tubuh yang tadinya santai membasuh pinggan mangkuk di singki itu serta merta terhenti. Tubuh Sofia mengigil halus , ketakutan.

Serentak itu juga bahu Sofia yang ditutupi tudung sarung dihidu dalam. Lama.

"Hm..." nafas kasar Harraz terasa hangat pada bahu. Makin jelas gigilan pada tubuh Sofia. Ketakutan.

"Smell sweet." pucat lesi Sofia mendengar bisikkan halus di belakang cuping telinganya. Liur terasa kesat.

"Lepaslah Harraz. Nanti aunty dengan Saffa nampak." dengan suara tertahan-tahan Sofia menderam , rangkulan Harraz pada pinggangnya cuba dileraikan.

Sesaat, ulas bibir Harraz membentuk satu senyuman herot sebelum dagunya dilabuhkan pada bahu Sofia.

"Kenapa? Kau takut? Jangan risau sayang , tak ada siapa-siapa dekat rumah. Lepas makan diaorang dah berambus. Tinggal kau dengan aku je Sofia.."

Tubuh Sofia dipusingkan menghadapnya. Senyuman sinis terpalit pada wajah tampan Harraz sebaik melihat wajah cuak Sofia. Aura Harraz saat ini cukup mengerunkan Sofia.

"Kau.. kau memang dah gila Harraz!" dada Harraz ditolak kasar sebelum kaki diatur untuk menjauh. Namun , Harraz nyatanya lebih cekap bertindak. Pergelangan tangan Sofia dicengkam kasar.

Sofia meringis sakit bila kuku Harraz tajam terasa pada kulitnya. Tubuh Sofia ditolak ke dinding kasar , kepala Sofia terbentur kuat pada dinding dapur.

"Ya , aku dah gila Sofia!" rahang Sofia dicengkam kuat. Sofia meronta ronta , kaki yang masih bebas laju diangkat menendang Harraz. Harraz mendesis sakit sebelum pegangan pada rahang Sofia terlepas.

Cepat-cepat Sofia ingin menjauh. Namun , sekali lagi cubaannya gagal bila Harraz tangkas meraih lengannya. Tubuh Sofia kembali ditolak kasar pada dinding.

"Kau nak apa? Lepaslah Harraz! Aku ni adik kau! Sampai hati kau kan?!" tinggi suara Sofia menengking. Harraz lakar senyum sumbing.

"Adik? Heh kau bukan adik aku Sofia! Apa tadi? Lepaskan kau? Kau tahu tak lama aku tunggu masa ni? Memang tak lah aku nak lepaskan kau!" Sofia pejam mata rapat bila merasakan usapan lembut pada pipinya. Takut.

Harraz hapus jarak yang ada di antara mereka sebelum hidungnya digesel lembut pada pipi mulus Sofia. Harraz simpan senyum kemenangan bila merasakan gigilan halus yang terbit dari tubuh Sofia.

Sofia ketakutan..

"Harraz... aku merayu.." Kali ini nada Sofia separuh merayu. Berharap dengan rayuannya akan menghentikan segala niat jahat Harraz terhadapnya.

"Shu.. diam Sofia..."

Kolam mata terasa hangat bila merasakan bibir Harraz berlabuh pada pipinya.

See.. Rayyan. I've touched yours.

Harraz senyum. Namun...

Pang!

"Lepaslah! Aku jijik dengan kau! Lepas!" Sofia kembali meronta selepas berjaya menampar Harraz. Harraz berang. Laju tangannya naik menampar pipi Sofia. Kepala Sofia terteleng ke kiri. Sofia meringis sakit. Pipinya terasa pijar dek tamparan Harraz.

Melihat keadaan Sofia yang sudah lemah buat bibir Harraz kembali melakar senyum lebar. Baru saja tangan kekarnya mahu mencabut tudung yang tersarung pada Sofia , lonceng rumah agam itu berbunyi.

Harraz merengus. Mahu tak mahu langkah tetap diatur menuju ke pintu utama. Sebaik daun pintu dikuak kasar , Harraz tersentak.

"Rayyan.." Perlahan nama itu meniti pada ulas bibir Harraz. Dalam hati sudah menyumpah seranah Haider kerana memusnahkan rancangannya. Penat lelahnya merancang bersama Saffa kini hancur lebur dengan kehadiran Haider.

Haider yang melihat wajah ayam berak kapur Harraz menegur.

"Kau asal? Dah macam nampak hantu kenapa?" tegang suara Haider menyoal.

"Kau buat apa kat rumah aku?"

"Nak jumpa adik aku. Mana dia?" Jawab Haider tanpa selindung. Dia benar benar khuatir dengan keadaan Sofia. Apatah lagi bila gadis kesayangannya itu kini menetap satu atap dengan musuhnya.

"Adik? Heh , adik ke buah hati kau?" Sinis Harraz menyoal. Ternaik kening Haider. Sejurus itu senyuman sinis terukir pada wajah tampannya.

"Maybe my bride to be?" Tubuh Harraz di muka pintu ditolak kasar sebelum selamba kakinya melangkah masuk ke dalam rumah agam Tan Sri Shafiee.

"Balik. Aku tak benarkan kau jumpa dengan Sofia." Langkah Haider diikuti dari belakang. Haider endah tak endah dengan arahan Harraz.

"Kau siapa sampai tak benarkan aku jumpa Halena? Kau tu anak angkat je Harraz tak payah lah berlagak macam kau ada hak." Bidas Haider sambil matanya galak mencari kelibat buah hatinya.

Namun. Dahi Haider timbul kerutan halus bila menangkap keadaan rumah agam itu sunyi dan sepi. Seperti tidak berpeghuni. Ke mana semua orang? Lantas wajah Harraz dicari.

"Siapa je ada dekat rumah?" Tanya Haider laju. Wajah Harraz dipandang dalam. Ternaik hujung bibir Harraz mendengar soalan Haider. Senyuman sinis jelas terlakar pada wajah Harraz.

"Aku dengan Sofia je." Jawab Harraz tenang. Senang melihat riak Haider yang berubah keruh.

"What do you mean? Mana aunty Rose? Mana Saffa?"

"Aku yang suruh Saffa bawa mummy keluar hari ni , sebab nak luangkan masa dengan adik kesayangan aku."

Pap!

Tersandar penuh tubuh Harraz ke mini bar bila ditolak Haider kasar.

"Sial. Kau buat apa dekat perempuan aku?" Keras suara Haider menyoal. Harraz tersenyum sinis.

"Kau rasa? Aku rasa kau tahu kut yang ayah Fie pergi outstation tiga hari lepas. Aku banyak masa Rayyan untuk buat macam macam dekat perempuan kau." Ujarnya tanpa gentar.

Buk!

Beberapa tumbukkan dilepaskan pada wajah Harraz. Segala urat hijau pada leher Haider mula timbul. Rahang diketap kuat.

Kolar baju Harraz ditarik sebelum tubuh Harraz ditolak kasar ke dinding. Tangga didaki sebelum satu persatu pintu dirempuhnya.

"Halena!"

"Halena?!"

Tangan Haider terhenti pada tombol pintu yang dikunci dari dalam. Mungkin ini bilik Sofia fikirnya. Pintu diketuk bertalu-talu.

"Halena?"

"Halena?"

"Halena aku ni , buka pintu ni. Jangan buat aku risau." Tangan masih ligat mengetuk daun pintu itu. Wajah Haider berubah gusar.

Selang beberapa saat pintu dikuak dari dalam. Wajah tidak bermaya Sofia menyapa iris mata Haider. Sungguh keadaan Sofia membuatkan Haider terasa tubuhnya lemah , dengan bawah mata gadis itu yang kelihatan gelap dan sembap membuatkan lutut Haider gusar. Mata Haider jatuh pada pipi kiri Sofia yang sedikit memerah.

Haider tersentak. Pabila akal sudah dapat mengagak situasi yang telah berlaku buat gigi diketap rapat. Amarah Haider memuncak.

Sofia yang tidak menyangka kehadiran Haider terasa sebak. Tanpa sedar kaki melangkah ke arah Haider sebelum tubuh itu dipeluk erat.

Dia takut , trauma dengan apa yang berlaku. Kalau kelmarin Rafael , kini Harraz pula cuba berbuat perkara yang tidak-tidak padanya.

Sementara itu , Haider kaku. Tubuh Sofia yang mengigil ketakutan itu membuatkan Haider sudah dapat mengagak apa yang telah berlaku di rumah agam itu.

Tangan Haider naik menarik rapat tubuh Sofia ke dada. Kepala itu diusap lembut.

"Halena , kenapa ni?" Lembut suara Haider bertanya. Memujuk Sofia untuk memberitahunya apa sebenarnya yang sudah berlaku.

Sofia kelu. Perasaannya tika ini bercampur baur. Rindu. Sedih. Takut. Benci semuanya kini menjadi satu. Sudahlah baru beberapa hari yang lalu dia kehilangan nenda.

Entah kenapa , Sofia merasa selamat berada dalam pelukan Haider. Walhal lelaki ini yang dulu menghancurkannya.

Empangan Sofia pecah. Dia benar-benar rindukan Haider. Di samping itu , rasa takut kembali mengusai Sofia , takut dengan Harraz dan keluarga tirinya. Mengerti gerak tubuh Sofia , Haider kembali bersuara.

"Halena , aku ada. Aku janji aku jaga kau." Pujuk Haider lagi. Sekadar untuk menenangkan Sofia. Tanpa sedar pelukan semakin dikemaskan Haider. Seketika , Haider tersedar. Berdosanya dia memeluk tubuh gadis yang bukan mahramnya. Tapi..

"Wow , adik beradik ke macam ni hm?" Sinis soalan itu dilontarkan Harraz. Kini , lelaki itu sedang bertenggek di tepi tangga sambil mata tidak lepas memerhati Haider dan Sofia.

Pelukan dileraikan Haider sebelum rahang Sofia ditarik untuk memandangnya.

"Kemas baju kau. Balik rumah ibu." Haider menitipkan pesan sebelum kaki diatur dia mendekati Harraz.

Mereka berbalas pandangan. Pandangan itu.. penuh benci. Harraz tersenyum sinis meskipun bibirnya masih berbisa dengan tumbukan Haider tadi.

"Macam mana?" Harraz bersuara tiba tiba. Berkerut dahi Haider. Tidak mengerti maksud bicara Harraz. Melihat reaksi Haider buat Harraz senyum herot.

"Macam mana tengok buah hati kau kena sentuh dengan lelaki lain? Hm?" Harraz tersenyum puas melihat reaksi Haider yang serta merta berubah garang. Kolar baju Harraz dicengkam Haider.

"Sekali lagi kau sentuh Halena. Kau tahu nasib kau Harraz. Kau kenal aku dah cukup lama. Kau tahu apa yang aku boleh buat , kan?" Tajam mata Haider merenung Harraz. Harraz menepis tangan Haider dikolar bajunya kasar.

"Kenapa kau kena peduli dengan budak bodoh tu lagi Rayyan? Cukup lah bagi budak bodoh tu harapan Yan. Kau nak bertunang dengan An kan tak lama lagi? Apa masalahnya kalau aku dengan Sofia? At least aku tak sakitkan dia macam kau."

Haider bungkam. Agak terpukul dengan kata-kata Harraz. Benar.... dia sering menyakiti Sofia.

"Haider.." Suara serak basah Sofia mula kedengaran. Laju kaki merapati Haider. Masih takut dengan pandangan mata Harraz. Harraz ukir senyum herot.

"Sadly Sofia. Baru nak enjoy berdua , kan? Nevermind next time okay?" Ujarnya Harraz tanpa gentar. Wajah pucat Sofia membuatkan dia tersenyum senang.

Pandangan mata Harraz dan Haider bertaut. Garang mata coklat Haider menikam anak mata Harraz.

"Shut your fucking mouth up , Harraz Adrian." Seraya itu tangan dan bagasi Sofia ditarik keluar dari rumah agam Tan Sri Shafiee.

Masuk saja ke dalam perut kereta masing-masing lebih memilih untuk mengunci mulut. Sofia hanya termenung sendiri , manakala Haider hanya fokus pada pemanduan.

Keadaan berterusan begitu sebelum Haider memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Harraz buat apa pada kau?" Sofia di sebelah dikerling sekilas.

"Tak ada apa.." Tipu Sofia perlahan. Jujur , bila terkenangkan peristiwa beberapa minit yang lalu. Sofia malu dan segan kerana hilang kawalan dengan memeluk Haider. Gila! Apa yang kau dah buat Sofia? Lagi lagi bila teringatkan Haider akan menjadi tunangan orang pada hujung bulan nanti. Bagaimana perasaan Sharifah jika mengetahui hal ini? Ya , Sofia yakin yang akan menjadi tunangan Haider nanti ialah Sharifah , Sharifah Aliya. Bukankah dulu mereka sudah menjalinkan hubungan cinta?

"Dia tampar kau?" Duga Haider. Bila Sofia memilih untuk menafikan , Haider bertindak untuk meneka. Apatah lagi bila pipi Sofia jelas kelihatan agak bengkak dan merah. Mungkin kuat juga tamparan Harraz pada gadis itu.

"Tak.."

Haider merengus.

"Aku suruh jawab soalan aku , bukan menipu." Tegas Haider bersuara. Tegang. Sempat mata Sofia dan Haider bertembung sebelum Sofia menikus.

"Hm.." Lembat lambat kepala diangguk.

"Kau buat apa sampai dia tampar kau?" Tanya Haider lagi. Sofia diam. Malu bila harus menceritakan semuanya pada Haider. Tambahan dengan keadaan di antara mereka kekok dan janggal seperti sekarang. Haider bukan lagi lelaki yang dia selesa untuk meluah.

Dia dan Haider cuma..

Adik-beradik tiri?

Dan apa persepsi Haider padanya nanti? Perempuan gatal? Ohh.. tidak. Mana mungkin dia menceritakan semuanya pada Haider.

"Tak ada apa.." Jari jemari dimainkan sendiri , menghilangkan gugup. Haider bengang.

"You better tell me the truth before I make you." Sofia toleh memandang Haider sekejap. Sedar pandangan Sofia , Haider menoleh. Sofia kaku.

"You know me well , don't you?" Sofia lemparkan pandangannya pada luar jendela. Memerhati kesesakan lalu pintas.

Sofia mengeluh.

"Aku malu lah nak bagitahu kau apa yang dia dah buat." Perlahan saja suara Sofia. Haider kerut dahi. Berlapis-lapis kerutan halus menghiasi wajahnya.

Tiba-tiba kereta yang dipandu Haider berhenti. Sofia tersentak. Haider memusingkan tubuhnya menghadap Sofia. Wajah Sofia yang masih tertunduk itu dipandang tunak.

"Tell me , Halena." Keras!

"Kau dah tidur dengan dia ke? Dia paksa kau?" Haider sudah mula berfikiran negatif. Bahu Sofia ditarik untuk memandangnya. Akalnya sudah mula memikirkan perkara perkara negatif.

Sofia lepas keluhan berat.

"Tak.."

"Dia.. peluk aku." Sofia tertunduk segan. Malu , jika kelmarin Rafael merangkul pinggangnya kini Harraz pula yang merangkul pinggangnya. Sungguh , Sofia terasa maruahnya dipijak pijak. Sewenang-wenangnya mereka memperlakukan dia seperti itu!

Haider melepaskan keluhan panjang. Lega!

"Dia ada buat apa apa lagi tak?" Serius Haider menyoal.

Diam.

"Hey.. Halena.."

"Dia cium aku." Seraya itu muka ditekup. Laju air mata merembes keluar. Takut , malu , trauma. Pasti Haider sudah memikirkan dia gadis yang boleh disentuh sewenang-wenangnya.

Seolah-olah mengerti keadaan Sofia. Haider mula bersuara. Lebih kepada memujuk.

"Halena , bukan salah kau. Harraz yang salah. Lepas ni aku nak kau tinggal dengan ibu..." Sofia angkat wajah memandang wajah tampan Haider. Bila mata mereka bersabung , dada Haider terasa sesak. Pegangan pada bahu Sofia semakin ketat.

"Tapi.."

"Aku tinggal di rumah aku. Jangan risau kita tak serumah." Sekali lagi Haider dapat membaca fikirannya. Sofia diam.

"Aku tahu, kau pilih nak tinggal dengan ayah kau sebab tak mahu serumah dengan aku , kan? But you shouldn't. Sebab aku pun memang tak tinggal serumah dengan kau." Serentak itu bahu Sofia terasa bebas.

Continue Reading

You'll Also Like

993K 39.4K 60
[𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] DANIEL HANZ ANAQI × DAMIA IZARA Dikhianati oleh satu-satunya orang yang dipercayai dan dijual menjadi pelacur murahan d...
678K 29.2K 75
[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia ya...
1.1M 41.3K 99
[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB...
8.4K 241 26
Kerana terlalu mengikutkan nafsu, segalanya hancur belaka. Adakah pengakhiran yang indah akan berpihak untuk mereka berdua? - - - "Please...