THE NEXT HEIR [Completed]

By purple_rea

303K 24.6K 1.7K

Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu p... More

Notis
Bab 1~|Twin|
Bab 2~|Worse Birthday Party|
Bab 3~|Mother's power|
Bab 4~|Hometown|
Bab 5~|Pertemuan Tak Diduga|
Bab 6~|Kekeliruan Si Kembar|
Bab 7~|Kejutan Hari Pertama|
Bab 8~|Kael|
Bab 9~|Emosi|
Bab 10~|Keterujaan Pertunjukkan|
Bab 11~|Kemarahan Iezzi|
Bab 12~|Pertemuan|
Bab 13~|Aurora Biru|
Bab 14~|Kedinginan Remaja|
Bab 15~|Cabaran|
Bab 16~|Semangat Alexa|
Bab 17~|Save Them, please!|
Bab 18~|No Need You Anymore|
Bab 19~|Ego dan Dendam|
Biodata Watak
Bab 20~|Meet With The Guardian|
Bab 21~|Time To Wake Up|
Bab 22~|Desakan Jawapan|
Bab 23~|Who?|
Bab 24~|Papa!|
Bab 25~|Ruby and Her Brothers|
Bab 26~|Trap For You Little Girl|
Bab 27~|Damn You, Kael!!|
Bab 28~|Jiwa Yang Terseksa|
Bab 29~|Rahsia yang Terungkai|
Bab 30~|New Person|
Contoh Gambaran Watak
Bab 31~|Ladies Battle|
Contoh Gambaran Watak 2
Bab 32~|Amarah Si Kembar|
Bab 33~|Leo|
Bab 34~|Ryan's Family|
Bab 35~|Edora's Cursed|
Bab 36~|Kill Her!|
Bab 37~|Iezzi's Wish|
Bab 38~|Plans|
Bab 39~|Rinzler|
BAB 40~|Crystal Island|
Bab 41~|Madness|
Bab 42~|No Title|
Bab 43~|Dinner|
Bab 44~|Dragon Crystal|
Bab 45~|Meeting|
Bab 46~|What Now?|
Bab 47~|Short Story|
Bab 48~|The Truth|
Bab 49~|Massage|
Bab 50~|Surprise|
Bab 51~|Laporan|
Bab 52~|Preparation|
Bab 53~|Happy Birthday|
Bab 54 ~|Chaos|
Penghargaan
Bab 55~|Black Aura|
Bab 56~|Lost|
Bab 57~|Broken|
Bab 58~|Command|
Bab 59~|Whisper|
Bab 60~|For Their Sake|
Bab 61~|Fight|
Bab 62~|Zasry's Ego and Battle in Dark Market|
Bab 63~|Fire and Ice|
Bab 64~|Advice and Evira's Rage|
Bab 65~|Evira's Plan and Darkness Inside Iezzi|
Bab 66~|I Got You, Boy|
Bab 67~|Queen Lilith Death|
Bab 68~|Violet's Feeling|
Bab 69~|Drake, Lucy and Alexa|
Bab 70~|Pertemuan Arean|
Bab 71~|Iezzi's Secret|
Bab 72~|Pesanan Iezzi|
Bab 73~|Time to Act|
Bab 74~|Perlawanan Bermula|
Bab 75~|Permata|
Bab 76~|Sacrifice|
Bab 77~|Kebangkitan Kegelapan|
Bab 78~|Who Is Vera?|
Bab 79~|Vera's Story I|
Bab 80~|Vera's Story II|
Bab 81~|Training|
Bab 82~|Meeting with The Kings|
Bab 83~|Date with Aydan?|
Bab 85~|The Hidden Secret|
Bab 86~|Aydan's Birthday|
Bab 87~|A Night with Alex|
Bab 88~|Morning Activity|
Bab 89~|Q & A|
New Story Reveal
Bab 90~|A Little Chat and Warning|
Bab 91~|Aydan & Alexa|
Bab 92~|Attack by the Unseen Creatures|
Bab 93~|Darren|
Bab 94~|Tree of Life|
Bab 95~[Hazel The Guardian]
Bab 96~[Scarlet and Hazel Reunion]
Bab 97~[It's About Time]
Bab 98~[The Assasins]
Bab 99 ~ [Power of Berry The Keeper]
Bab 100~[Strength Behind the 5 Generals]
Bab 101~[Darren and His Past]
Bab 102~[Family Fighting]
Karakter tambahan
Bab 103~[My Precious One]
Bab104~[Intense Battle]
Bab 105~[Twin Relationship]
Bab 106~[The Reborn of A King]
Bab 107~[Forgiveness and The End]
Bab 108~[New Start]
Extra 1
Extra 2
Extra 3
Extra 4
Extra 5 [Last]
Pemberitahuan

Bab 84~|The Thing They Will Know|

1.6K 145 10
By purple_rea


"Nuria." Alexa memanggil Nuria yang berada di dalam kelasnya.

"Alexa!" Nuria kelihatan gembira melihat kemunculan Alexa. Dia segera mendapatkan Alexa.

"Ada apa ni?"

"Aku dah sampaikan permintaan kau tu pada Raja Iezrin. Dia izinkan kau untuk berjumpa dengan Kael." Alexa menyampaikan pesan Iezrin kepada Nuria.

"Betul ke ni?" Keterujaan terpapar di wajah Nuria.

"Tapi dengan syarat."

"Apa saja asalkan aku dapat berjumpa dengan Kael."

"Pengawal perlu ada dengan kau sepanjang lawatan tu."

Nuria mengangguk faham.

"Apa saja."

"Hmm. Nanti balik dengan aku. Kita akan ke istana terus."

"Baik. Terima kasih, Alexa."

Alexa mengangguk saja. Nuria terus masuk semula ke dalam kelasnya sementara Alexa berjalan menghala ke kelasnya semula.

Sepanjang perjalanan ke kelas, Alexa mula berasa tidak sedap hati.

Langkahnya terhenti. Dia segera menoleh ke arah tingkap. Matanya terbuka luas apabila ternampak sepasang tangan muncul pada bingkai tingkap.

Tangan itu menarik tubuhnya untuk naik ke atas. Kulit muka yang menggerutu mula kelihatan diikuti dengan mata hitam pekat.

Alexa terundur ke belakang. Dia bersandar pada dinding. Semua pelajar yang melintasinya memandang dia dengan pandangan hairan. Mereka langsung tidak nampak apa yang Alexa nampak kini.

Makhluk itu kini sedang bertenggek di atas bingkai tingkap itu. Liur yang bercampur dengan darah menitik-nitik pada tingkap dan lantai. Pandangannya pula tepat pada Alexa.

Degupan jantung Alexa semakin laju. Fikirannya buntu.

Makhluk itu menderam kuat dan tiba-tiba melompat, cuba untuk menerkam Alexa.

Alexa mengelak dan terus jatuh terduduk disebabkan tiada keseimbangan.

Makhluk tadi pula menghilang menembusi dinding.

Alexa segera berdiri dan berlari untuk mendapatkan Arean.

Apabila sampai ke kelas, kelihatannya Arean terduduk di atas lantai. Riak wajahnya seolah-olah terkejut dan mukanya memucat.

"Alexa!" Flora memanggil.

Arean terus menoleh. Pandangannya bertemu dengan Alexa.

Kini mereka tahu, mereka baru saja melihat sesuatu yang sama. Makhluk yang tiba-tiba muncul dan cuba untuk menerkam mereka berdua.

*****

Waktu rehat itu, mereka dua beradik sekadar duduk di dalam kelas berdua.

"Apa yang kau nampak, Lexa?" Arean terus bertanya. Dia tidak dapat menahan dirinya lagi dari bertanyakan soalan itu.

"Aku nampak apa yang kau nampak. Makhluk serba hitam dengan mata hitam pekat cuba nak terkam aku pagi tadi." Alexa memberitahu.

Arean mengangguk.

"Samalah dengan apa yang aku nampak."

"Kau rasa apa bendanya tu eh?" Kerisaun terlakar di wajah Alexa.

"Kalau aku kata benda tu perisik, kau percaya tak?" Arean kelihatan serius saat menyatakannya.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Berkerut dahi Alexa mendengar kata-kata Arean.

"Semua perkampungan dan kebanyakkan kerajaan telah diserang, Alexa. Ada kemungkinan mereka hantar perisik utntuk melihat keadaan kerajaan ni sebelum melakukan serangan yang seterusnya. Dalam erti kata lain, kerajaan ni akan menjadi sasaran mereka yang seterusnya." Perlahan saja Arean berkata-kata. Selepas apa yang dilihatnya pagi tadi, dia mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati.

"Kau nampak yakin."

"Aku yakin sebab aku dapat merasakannya."

"Kau rasa benda ni ada kena mengana dengan kita ke?" Alexa bertanya untuk mendapatkan pandangan daripada Arean.

"Apa maksud kau?"

"Cuma kita je nampak benda tu, Arean. Jadi,aku berfikir, benda ni diseru oleh seseorang yang kita kenal ke? Kenapa hanya kita je yang nampak dan bukannya orang lain?"

"Maksudnya, kau nak mengiakan tuduhan yang raja-raja tu lemparkan hari tu?" Arean kelihatan marah dengan Alexa.

"Aku ada bukti, Arean. Bukan bukti yang mama lakukan semua ni. Tapi bukti kepada tercetusnya benda ni semua."

Semakin berkerut dahi Arean mendengar kata-kata Alexa.

"Kau kena beritahu aku, dan aku akan beritahu kau sesuatu yang aku dapat dari raja-raja tu."

Alexa mengangguk faham.

"Tapi bukan dekat sini. Aku yakin, bukan dua ekor tu je yang ada melihat dan mendengar, malah ada lagi yang lain." Mata Arean meliar memandang sekeliling.

"Kau nak aku ajak Lucy dengan Drake untuk dengar semua ni ke? Sekurang-kurangnya mereka berdua dapat tolong kita, kan."

Arean menggeleng lalu mengusap belakang kepalanya.

"Aku tak tahulah, Alexa. Mereka berdua seolah-olah menghilangkan diri lepas kematian mama. Aku tak rasa mereka berdua akan dengar perbincangan kita."

"Aku akan cuba pujuk Lucy kalau kau nak."

"Kau cuba lah dulu. Aku pun kalau boleh perlukan juga pertolongan dari sesiapa yang berpengalaman dalam kendalikan benda-benda macam ni."

Alexa mengangguk setuju.

Bunyi loceng menandakan habisnya waktu rehat. Rakan sekelas mula kembali masuk ke kelas.

"Kita bincang benda ni nanti." Alexa berbisik pada Arean.

*****

Seperti yang dirangcang, Nuria pergi ke istana dengan menaiki kereta Arean dan Alexa.

Suasana janggal membuatkan dia berasa tidak selesa dan tidak senang duduk. Dia berharap agar segera sampai ke istana.

"Kau nampak gugup. Kenapa?" Tiba-tiba Alexa bersuara, bertanya tanpa memandang pada Nuria.

"Ta-tak ada apa. Aku cuma gugup nak berjumpa dengan Kael." Nuria beralasan.

"Bukan dengan kami?" Alexa bertanya lagi.

Nuria tidak menjawab. Dia menundukkan kepalanya.

Kereta akhirnya berhenti. Mereka tiba di perkarangan istana.

Pintu dibuka lalu mereka bertiga melangkah keluar.

Marcus menyambut kepulangan Arean dan Alexa dengan mesra. Sehinggalah matanya terpandang akan seorang gadis yang turut ada sekali dengan dua beradik itu.

"Ni Nuria. Dia dapat keizinan pak cik untuk melawat Kael. Abang bawakan dia ke sana boleh?" Arean memberitahu lalu meminta pertolongan dari Marcus.

"Semestinya boleh." Marcus akurkan saja.

Arean dan Marcus berbalas senyuman.

"Aku ikut Nuria sekali. Kau naik atas dulu, ya."

"Iyalah. Lepas tu jumpa aku dekat tempat latihan. Macam biasa."

Alexa mengangkat ibu jari.

"Baik!"

Mereka berpisah mengambil haluan masing-masing.

*****

Kael dan Ruby kelihatan sedang bersembang mesra di dalam kawasan taman, sehinggalah perbualan mereka terhenti apabila seseorang menegur.

"Jeneral Marcus!"

"Ada apa ni, abang Marcus?" Ruby bertanya penuh hairan. Tiba-tiba saja Marcus menegur mereka berdua.

"Kael, ada tetamu nak berjumpa dengan kamu."

"Tetamu?" Kael dan Ruby berbalas pandangan sejenak.

"Cik Nuria."

Riak wajah Kael terus berubah apabila nama itu dan empunya nama muncul di depan matanya.

Ruby turut terkejut dengan kemunculan Nuria. Mereka berdua langsung tidak menyangka yang Nuria akan datang.

"Kael!" Nuria terus berlari mendapatkan Kael. Tubuh Kael dipeluk erat.

Ruby disapa kejutan melihat tindakan berani Nuria. Satu perasaan aneh menyapa hati.

"Ruby." Bahu Ruby disentuh.

Ruby segera mendongak. Matanya bertemu dengan mata Alexa.

Alexa tersenyum penuh makna.

Ruby tiba-tiba mengangguk kecil. Riak wajahnya berubah suram.

"Kenapa tiba-tiba datang ni?" Kael bertanya dengan riak terkejut. Remaja itu juga sempat menjeling Ruby untuk melihat reaksi gadis itu.

"Aku rindu gila dekat kau!"

Pelukan dileraikan.

"Bila kau nak balik? Aku rindu nak bersama dengan kau macam biasa. Lagipun, aku risau dengan keadaan kau dan aku asyik berfikir sama ada keadaan kau baik-baik je ke dekat sini?" Kerisauan terpapar jelas di wajah Nuria.

"Apa yang kau risaukan sangat? Bukannya kami seksa dia pun dekat sini. Makan minum pun cukup je." Alexa bersuara kerana berasa muak melihat sikap Nuria yang selalu berlebih-lebih.

Nuria memandang Kael.

Kael tersenyum lalu mengangguk kecil, mengakui kata-kata Alexa itu.

"Maaf, aku terlalu risaukan kau. Semua ni sebab aku sayangkan kau tahu tak!"

Ruby terkaku. Dirinya bagaikan baru dipanah petir.

Kael terkejut mendengar kebenaran yang diluahkan oleh Nuria. Dia segera menoleh pada Ruby.

Malangnya, gadis itu hanya menunduk saja. Aura tidak menyenangkan mengelilingi gadis itu.

"Ruby."

Ruby segera menoleh pada Alexa.

"Jom, ikut aku berlatih dengan Arean. Aku rasa makin lama kau dekat sini, makin parah kau nanti."

Alexa seolah-olah dalat membaca isi hati Ruby. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia melihat peperangan di antara Ruby dan Nuria. Ia pasti akan menjadi sesuatu perkara yang menarik nanti. Namun, dia tidak mahu kekecohan seperti itu berlaku di dalam kawasan istana.

"Baiklab." Ruby setujukan saja.

"Kami minta diri dulu. Korang berdua bersembanglah sampai puas, ya."

Alexa dan Ruby berlalu pergi.

Sebelum itu, Alexa sempat berhenti di sisi Marcus dan memperkatakan sesuatu dengan suara yang perlahan dan hanya Marcus saja yang dapat mendengarnya.

Marcus mengangguk faham lalu Alexa berlalu pergi untuk bertemu dengan Arean.

*****

Masa berlalu dengan sangat pantas. Hari semakin gelap menandakan sudah tiba masa untuk malam mengambil alih tugasnya.

Arean, Alexa dan Ruby terduduk keletihan. Sepanjang hari mereka berlatih tanpa henti.

"Agak-agak perempuan tu dah balik ke eh?" Ruby tiba-tiba bertanya tentang Nuria.

"Kenapa? Cemburu ke kalau dia berlama-lama dengan Kael?" Alexa bertanya dengan niat mahu mengusik.

"Tak ada masa aku nak cemburu." Ruby menipu untuk menutup perasaan itu daripada terlalu menonjol.

"Jomlah pergi tengok kalau nak." Arean mengemukakan cadangannya.

"Boleh jugak. Jomlah." Laju saja Ruby berdiri dan berjalan pergi.

"Cemburu tak nak mengaku." Alexa membebel sendiri.

"Apa yang dibebelkan lagi tu. Jom."

Mereka dua beradik mengekori jejak Ruby.

Sesampai saja mereka di taman tempat Nuria dan Kael bersembang, tiba-tiba langkah mereka semua terhenti.

Mereka bertiga bersembunyi pada semak yang berhampiran sambil merenung tingkah dua sahabat itu.

"Kael, aku nak balik dah ni. Tapi sebelum tu, aku nak tanya sesuatu pada kau."

"Tanyaah."

Nuria tiba-tiba mencapai tangan Kael lalu menggenggamnya erat.

"Kau selesa ke tinggal dekat sini? Kau tak nak ikut aku balik ke? Aku janji aku akan jaga kau lebih baik daripada mereka jaga kau." Sekali lagi Nuria memujuk untuk mencuba nasib.

"Maaf Nuria, aku tak boleh ikut kau. Aku tak boleh keluar sampai tiba masanya. Lagipun, aku dah selesa dekat sini. Mereka semua layan aku dengan baik dan semuanya disediakan dengan sempurna."

"Tapi, ia tak sama dengan berada dekat rumah sendiri, kan? Kau tak rindukan rumah kau ke?"

"Maaf, Nuria. Aku tak boleh." Kael menarik tangannya dariada genggaman Nuria.

"Baliklah. Hari dah semakn gelap. Ibu ayah kau mesti risaukan kau."

Wajah Nuria berubah mendung.

"Aku balik dulu. Nanti kalau aku dapat jenguk kau, aku akan datang lagi."

Kael tersenyum senang.

"Terima kasih sebab risaukan aku dan sudi jenguk aku dekat sini."

Nuria tersenyum tawar.

"Aku minta diri dulu." Nuria berlalu pergi

Alexa segera menolak Ruby keluar dari tempat persembunyian mereka.

Ruby segera mendapatkan Kael sementara Arean dan Alexa berlalu meninggalkan pasangan itu.

"Kau dapat hubungi Lucy?" Arean tiba-tiba bertanya.

"Sudah. Katanya dia akan datang dengan Drake malam ni. Dekat bilik kau eh?"

"Boleh je."

"Okey!"

*****

Seperti yang diperkatakan, mereka berempat berkumpul di dalam bilik Arean.

"Aku dah pasangkan pelindung dekat kawasan bilik ni. Tak ada siapa pun yang bleh mengganggu kita dekat sini." Lucy memberitahu.

"Bagus. Jadi, apa yang penting sangat tu?" Drake mengajukan soalan kepada dua beradik itu.

Arean dan Alexa saling berpandangan.

Arean membuka mulut menceritakan tentang lawatan raja-raja ke kerajaan mereka beberapa hari yang lalu serta makhluk yang mereka nampak dan cuba menyerang mereka semasa di akademi pagi tadi.

"Hmmm. Maksudnya, kalian nak cakap yang benda ni memang ada kena-mengena dengan Iezzi ke?"

Mereka berdua mengangguk tergak-agak.

"Ada bukti?" Drake kelihatan marah dengan tuduhan itu.

"Tak ada. Tapi, Alexa ada cakap ada sesuatu yang mencurigakan berlaku sehari selepas kematian mama."

Semua mata tertumpu kepada Alexa.

Alexa mengambil nafas dalam lalu menceritakan apa yang dilihatnya.

"Pada malam kematian mama, hujan turun dengan lebat, kan?"

Merek semua mengangguk.

"Esok paginya, aku datang ke kubur mama untuk melepaskan rindu, tapi, ada sesuatu di kawasan kubur tu yang telah menarik perhatian aku. Pada batu peringatan mama, aku nampak kesan jari. Bahagian belakang batu tu dikotori dengan kesan tanah basah. Tak cukup dengan tu, aku nampak beberapa kesan tapak kasut yang baru. Lagi satu, bunga-bunga yang kita taburkan di atas kubur mama langsung hilang dan ada yang tertimbus dengan tanah." Alexa mendedahkan segala apa yang dia rahsiakan selama ini.

"Jadi, kau syak ada beberapa orang datang dan menggali semua kubur Iezzi utuk mendapatkan jasad dia?" Lucy bertanya penuh musyikil.

Alexa mengangguk.

"Kenapa kau tak beritahu benda ni dengan lebih awal lagi? Kenapa kau sembunyikan semua ni?" Drake memarahi Alexa.

Alexa menunduk serba salah.

"Jadi, kubur mama kosonglah ni?"

"Aku tak tahu, Arean. Aku tak pernah datang ke kubur mama lepas apa yang aku nampak. Aku risau mereka akan datang semula untuk mendapatkan sesuatu yang lain pulak."

"Kalau macam tu, esok awal pagi sebelum semua bangun, aku nak kalian dua beradik tunggu kami. Kita akan tengok kubur Iezzi dan tengok keadaan dekat sana."

"Kau nak gali semula kubur tu ke?" Arean kelihatan terkejut dengan keputusan Drake.

"Kita tak ada pilihan, Arean. Untuk keselamatan semua, kita kena pastikan semua ni dan ambil langkah yang seterusnya." Lucy berkata lembut.

Arean dan Alexa terpaksa akur demi untuk mengetahui kebenarannya.

"Ada apa-apa lagi ke?"

"Ada!"

"Baiklah, teruskan."

"Semasa pertemuan dengan raja-raja tu, aku ada kumpulkan sedikit maklumat tentang serangan yang semakin giat berlaku sekarang ni." Arean mengeluarkan sebuah peta yang menunjukkan beberapa buah kerajaan yang berada dekat mahupun jauh dengan Kerajaan Shadow.

"Kawasn ni merupakan kawasan yang telah diserang." Beberapa buah kawasan yang terdapat di dalam peta itu tiba-tiba berubah menjadi warna merah.

"Kerajaan ni menghala ke selatan dan semua tengok ni. Kebanyakkan serangan berlaku dekat dengan kawasan taklukan kerajaan ni."

"Kau nak cakap yang serangan ni dilakukan untuk mengepung dan mengancam kerajaan ni?"

Arean mengangguk.

"Baiklah. Tapi, aku nak pendapat daripada kau, kenapa mereka tak serang je terus kerajaan ni kalau mereka nak dapatkan apa yang mereka mahukan? Kenapa mereka perlu menyerang beberapa buah kawasan yang bukan di bawah taklukan Kerajaan Shadow terlebih dahulu?"

"Sebab mereka adalah tentera dari orang mati. Mereka memerlukan sejumlah manusia yang mati untuk dibangkitkan semula dan berlawan bagi pihak mereka. Sebab tu mereka melakukan semua ni terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, mereka mahu menawan sesebuah kerajaan dengan hanya satu serangan dan tak memerlukan banyak tenaga untuk dibazirkan."

Drake mengangguk berpuas hati dengan pembentangan Arean itu.

"Macam mana pula kalau serangan semua ni bukan ditujukan kepada Kerajaan Shadow, tetapi pada kerajaan yang lebih besar lagi?" Lucy tiba-tiba menyampuk.

"Kita akan tetap menggunakan cara yang sama untuk menangani perkara macam ni daripada berlaku kepada kerajaan yang lain."

Lucy menggeleng.

"Kita tak boleh menggunakan cara yang sama, Arean. Kau kena ingat, tak semua kerajaan itu berada dekat antara satu sama ain. Apabila ia melibatkan kerajaan yang berada jauh, kau kena gunakan teknik yang lain. Jadi, aku nak tahu penyelesaiannya daripada kau tentang permasalahan ni."

Arean terdiam lama.

"Baiklah. Kau amiklah masa untuk menjawab persoalan aku tadi. Sekurang-kurangnya kita dah dapat gambaran untuk mencari dalang di sebalik semua ni. Kalian berdua berehatlah. Kami akan lakukan apa yang patut." Lucy tersenyum kecil. Meskipun perjumpaan mereka seperti tergantung, namun dia berpuas hati dengan kegigihan dua beraik itu untuk mendedahkan semuanya.

Arean dan Alexa terpaksa akur. Mereka pun sudah penat setelah seharian berlatih.

"Jumpa lagi nanti."

Sebuah portal muncul lalu Drake dan Lucy menghilang di balik portal itu.

"Aku masuk bilik dulu, Arean. Nak tidur."

Arean tersenyum.

"Berehatlah dengan cukup, ya." Dahi Alexa dikucup sekilas.

Alexa tersenyum lalu berlalu keluar dari bilik Arean.

Arean pula termenung mengenangkan soalan Lucy tadi.

*****

Hari semakin larut malam. 

Arean masih tidak mampu melelapkan matanya. 

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik dan mengambil udara malam.

Namun, saat dia keluar, dia ternampak pintu bilik ibunya yang tidak tertutup rapat dan lampu di dalamnya terpasang terang.

Arean mengintai dari balik pintu dan ternampak susuk tubuh Alexa yang sedang lena di atas katil Iezzi.

Langkah di atur menghampiri katil. Dia duduk di sebelah Alexa,

Rambut Alexa dibelai lembut lalu saat itu dia ternampak sebuah bingkai gambar di dalam pelukan Alexa.

Arean mengambi bingkai gambar itu dengan berhati-hati. Saat melihat gambar itu, air mata mula bertakung pada tubir mata.

"Mama." Alexa mengigau dalam tidurnya.

Senyuman tawar terukir di bibir.

"Maafkan aku Alexa. Kalau aku tak buat hal masa tu, kau pasti tak akan kehilangan mama. Maafkan aku." Arean mengusap kepala Alexa.

"Arean."

Arean segera menoleh. Marcus menyapa dari muka pintu.

"Tak tidur lagi?" Marcus menghampiri.

Arean menggeleng.

"Gambar siapa tu?"

Arean menunjukkan gambar Iezzi kepada Marcus.

"Alexa tidur sambil peluk gambar ni dan Arean ambil sebab takut pecah cerminnya."

Marcus tersenyum saja mendengarnya.

"Kenapa abang ke sini?"

"Abang tengah berkawal, lepas tu ternampak pulak lampu dari bilik ni. Sebab tu abang datang, takut penceroboh je."

Arean mengangguk faham.

Suasana diam antara mereka berdua.

"Mama sayang sangat dengan Alexa." Tiba-tiba Arean bersuara.

"Kenapa cakap macam tu? Iezzi sayangkan kamu berdua tau."

Arean menggeleng.

"Sayang mama lebih kepada Alexa. Sejak dari kecil lagi, mama sealu ajar Arean untuk lindungi Alexa. Apa-apa je, dia akan lebihkan Alexa dulu daripada saya, bang. Alexa yang perlu dilindung. Alexa perlu dijaga dengan baik."

"Kamu jangan salah faham, Arean." Marcus menyentuh bahu Arean.

"Mama kamu nak kamu lindungi Alexa sebab dia tak mahu Alexa melakukan kesilapan yang dilakukannya pada masa lepas. Alexa adalah perempuan. Sekuat mana pun seorang perempuan itu, dia masih memerlukan perlindungan dari seorang lelaki.  Disebabkan kamu adalah abang dan kembar kepada Alexa, dia lebih mempercayai kamu daripada mana-mana lelaki yang berada di dunia ni. Ya, mungkin kamu akan nampak yang Iezzi lebih sayangkan Alexa, tapi hakikatnya, dia sayangkan kamu berdua sama rata. Dia nak kasih sayang antara kamu berdua lebih kuat agar kamu berdua dapar melindungi antara satu sama lain. Dia tak mahu kamu berdua melakukan kesalahan seperti yang pernah dilakukan oleh Iezrin dan Iezzi. 

Untuk pengetahuan kamu, raja Iezrin pernah cuba untuk membunuh Iezzi semasa Iezzi masih bayi. Tapi terhalang disebabkan ada pelindung yang melindungi Iezzi. Selain tu, disebabkan rasa marah dan cemburu, pak cik kamu sanggup menjadikan kerajaan ni sebagai pertaruhan dan akhirnya membunuh datuk kamu sendiri. Itulah kesilapan yang paying besar dan ia hanya disebabkan kurangnya kasih sayang antara dua beradik. Abang harap kamu dapat menilai dari cerita ni."

Arean mengangguk faham. 

"Mama tak pernah pun ceritakan benda ni pada kami. Saya tak tahu pun perkara tu pernah berlaku di antara mama dan pak cik."

"Yang lepas dibiarkan lepas dan perlu dijadikan sebagai teladan. Mungkin dia ada sebab yang tersendiri untuk merahsiakan semua ni. Mungkin dia tak nak kamu membenci abangnya tu hanya disebabkan perkara yang lepas."

"Mungkin."

Sekali lagi mereka berdua terdiam.

"Arean, abang nak tanya ni. Apa pandangan kamu kalau Alexa bertemu dengan seorang lelaki?"

Arean berfikir. Dia sendiri tidak tahu mahu menjawab apa kerana dia tahu, Alexa bukannya seoang gadis yang senang berkawan dengan mana-mana lelaki asing.

"Bukannya apa, Arean, cumanya abang nak ingatkan kamu satu perkara ni. Kamu berdua semakin membesar dan bila tiba masanya, kamu berdua perlu berpisah dan mulakan hidup baru dengan orang baru. Mungkin buat masa ni Alexa tak menunjukkan perasaannya yang sebenar. Tapi pasti akan ada seoang lelaki yang akan datang melamar dia untuk dijadikan isteri suatu hari nanti. Abang nak tahu, adakah kamu bersedia untuk menghadapi hari tu nanti?"

"Kita tak tahu lagi, kan. Jadi, tak perlulah difikirkan lagi kan. Lagipun, kami masih muda dan Arean yakin, Alexa tak mungkin akan memikirkan perkara-perkara macam ni. Dia akan menganggap semua ni hanya membuang masa dia."

Marcus menggeleng tidak setuju.

"Ia belum berlaku, sebab tu kamu perlu memikirkannya. Bila ia dah berlaku, kamu nak fikirkan apa lagi, Arean?"

"Kenapa abang tanya soalan macam ni? Abang pernah nampak dia dengan mana-mana lelaki ke?" Arean mengalih topik. Sejujurnya, dia sendiri pun tidak tahu hendak berkata apa apabila perkata itu berlaku di masa depan.

Marcus tersenyum.

"Abang pernah nampak dia dengan seorang lelaki. Mereka nampak rapat tau."

"Siapa?" Rasa ingin tahu menyerbu diri.

Marcus tidak segera menjawab. Sebaliknya, dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket jaketnya.

"Kamu akan berjumpa dengan lelaki tu kalau kamu pergi ke majlis ni."

Sekeping kad seperti kad jemputan diberikan kepada Arean. Arean segera mengambil dan membaca apa yang ditulis pada kad itu.

"Ulang tahun kelahiran Raja Aydan?"

"Ya. Kamu akan bertemu dengan lelaki tu kalau kamu pergi ke sana. Raja Iezrin suruh kamu putuskan bagi pihak dia. Kalau kamu kata ya, dia akan pergi. Kalau tidak, dia tak akan pergi."

"Kenapa pak cik mahu saya yang buatkan keputusan bagi pihak dia?"

"Dia cakap, dah tiba masanya untuk pemerintahan seterusnya membuat keputusan untuk kerajaan ni."

"Pak cik nak jadikan saya sebagai pengganti dia ke?"

Marcus menggeleng sebagai tanda tidak tahu.

Arean kembali memandang kad jemputan itu sambil memikirkan sesuatu.

"Kalau kamu dah dapat jawapannya, esok pergi berjumpa dengan Raja Ierin dan nyatakan keputusan kamu, ya. Buat masa ni, kamu berehatlah dulu."

Arean mengangguk.

"Abang keluar dulu."

Marcus berlalu keluar meninggalkan Arean berfikir sendirian.

"Siapa lelaki yang dimaksudkan tu, Alexa? Kenapa aku tak tahu pun kau keluar dengan lelaki? Aku kenal ke lelaki tu?" Pelbagai persoalan bermain di minda sehinggalah akhirnya Arean terlena di sisi Alexa. Otak dan badannya terlalu penat setelah seharian digunakan tanpa rehat.

Continue Reading

You'll Also Like

111K 7.3K 42
PERHATIAN❗ FF NI DITULIS KETIKA ZAMAN SAYA MASIH MENTAH LAGI. JADI AYAT DLM FF NI MMG MACAM BUDAK² SEKOLAH DAN PLOT TUNGGANG-LANGGANG. SEKIAN.🙃 ...
235K 14.8K 80
Pertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Ai...
172K 13.2K 44
Difitnah... Dikhianati... Dan dibenci sehingga dibuangnya daripada Kerajaan Aquilla... Si Angel diambil sayapnya dan dibuang ke dunia manusia hanya...
116K 11.3K 44
" Aku ingatkan Dark Web ni khabar angin ja tapi rupanya .. aku silap " -Haneul search : www.kqdαrkfєllαz.cσm " Hi , welcome to ' Dark Web World ' . s...