The King of Dévil ✔️

By -reenn

296K 4.7K 1.3K

Haider Yeong | Halena Sofia More

The King of Devil
prolog
1
2
3
4
6
7
8
9
10
11
12
15
16
17
18
19
20
21

5

2.9K 195 36
By -reenn

KACA mata hitam yang berada di pangkal hidungnya dibetulkan. Naufal di sisi dikerling sekilas sebelum mereka bersama-sama mengorak langkah masuk ke rumah yang kini dipenuhi dengan orang ramai.

Baru beberapa hari lalu dia berjumpa dengan wanita separuh abad yang sudah dianggap seperti neneknya sendiri. Namun kini , wanita itu sudah pun dipanggil menghadap Ilahi.

Nenda disahkan meninggal dunia tengah hari tadi. Katanya berpunca dari serangan jantung yang tiba tiba menyerang wanita itu.

Jejak saja kakinya pada rumah itu , matanya tertancap pada satu tubuh halus yang sedang menangis teresak-esak di sisi sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa yang hanya dibaluti kain kafan.

Matanya kelihatan bengkak dan sembap. Sungguh , melihat keadaan Sofia begitu buat Haider merasa lemah.

"Assalamualaikum." Haider memberi salam sebelum kaki mula melangkah mendekati tubuh nenda yang kini kaku tanpa sebarang pergerakan. Dia sudah terlewat datang sebenarnya. Selepas menerima berita tentang kematian nenda , dia mahu segera ke sini. Namun tanggungjawab yang dipikul menghalang niatnya.

Semua mata kini jatuh memandang Haider. Namun tidak pada Sofia. Dia masih teresak sambil memeluk tubuh kaku di hadapannya.

Elfira mengusap lembut belakang tubuh Sofia. Cuba memberi sedikit kekuatan. Rata-rata disitu melemparkan pandangan belas pada Sofia. Kasihan.

"Sofia , diaorang nak kebumikan nenda kau sebelum hujan turun." Beritahu Elfira sambil memegang bahu Sofia lembut. Memandangkan cuaca agak mendung hari ini , jenazah perlu dikebumikan dengan segera.

"El , aku nak nenda..." Adu Sofia. Elfira tersenyum kelat , makin menebal rasa kasihan pada Sofia.

"Fia , kau tak boleh macam ni. Kau kena redha dengan pemergian nenda. Mesti arwah pun tak suka tengok kau macam ni." Elfira memujuk. Bahu Sofia diusap lagi , lembut.

"Dah. Bagi dioarang kebumikan nenda , ya?"

Dengan berat hati Sofia akur. Perlahan , Sofia mula berdiri. Namun memandang tubuhnya terasa lemah sekejap saja tubuhnya yang hampir rebah dipaut Elfira.

"Ya Allah Fia. Kau okay tak ni? Kalau tak larat kau tak payah ikut pergi kubur. Aku risau. Badan kau lemah sangat ni Fia." Tegah Elfira gusar. Dahinya berlapis-lapis , jelas dia khuatir dengan keadaan Sofia yang masih lemah.

"Tak nak , El. Aku nak pergi.. aku nak hantar nenda.." Pinta Sofia lemah. Sungguh , saat ini. Tubuhnya terasa lemah. Tidak pernah terbayang dek akal dia akan kehilangan nenda , wanita yang sejak dulu membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Dia kehilangan tempat bergantungnya , tempat mengadu , tempat dia bermanja. Sungguh , saat ini Sofia terasa hilang semangat hidup. Jiwanya seolah-olah dibawa nenda bersama.

"Fia.." Kata-kata Elfira dipintas seseorang.

"No Halena. Aku tak benarkan kau pergi dengan keadaan kau macam ni?" Tegas.

Pap!

Jantung Sofia berdetak laju. Halena? Nama yang tidak pernah digunakan orang lain selain ..

Haider.

Ya , Haider.

Serta merta peristiwa lima tahun lalu kembali terlayar semula. Sakit , ditinggalkan tanpa ada alasan yang kukuh. Sakit ditinggalkan setelah berjaya membuatnya benar-benar jatuh cinta pada lelaki itu. Sakit ditinggalkan dengan pelbagai masalah yang dicipta lelaki itu.

Masih segar dalam ingatan Sofia. Segala tamparan dan hinaan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadapnya dulu. Segalanya kembali terputar dalam kotak ingatan. Semua orang memandangnya serong dan mencemuhnya dengan kata-kata kesat. Semua itu di tempuh seorang diri tanpa lelaki itu. Walhal semuanya berpunca daripada lelaki itu sendiri. Lelaki yang amat dia cintai.

Rayyan Haider Yeong.

Sofia memandang Haider yang berdiri di belakangnya. Setelah hampir lima tahun tidak bersua muka dengan lelaki ini. Hari ini mereka bertentang mata semula.

Meskipun ini merupakan kali kedua mereka bertentang mata. Tidak dinafikan Haider lebih kelihatan matang , tinggi dan tampan. Kalau dulu dia akan tersenyum dan terpesona melihat sepasang mata coklat milik Haider yang sedang merenungnya. Kali ini Sofia tidak akan mengulangnya kembali , dia bukan Sofia yang dulu.

"Kau siapa sampai aku kena minta kebenaran kau?" Tanya Sofia kasar. Reaksinya hanya kosong. Sedikit pun tidak merasa bersalah pada Haider. Perasaannya sudah mati.

Haider terpempam melihat perubatan pada diri Sofia. She's changed. Wajah pucat dan sembap Sofia dipandang tanpa riak.

Jeda sesaat.

"Aku abang kau."

Sofia ukir senyum sinis.

"Correction , abang tiri."

"But still , aku ada hak atas kau. Aku tak benarkan kau pergi dengan keadaan kau macam ni Halena. Ibu kau dah pesan pada aku untuk jaga kau sebelum dia balik dari Itali." Tukas Haider dingin. Sofia tayang wajah jelek mendengar bicara Haider.

Concern huh?

"Dah lah Haider , baliklah. Aku tak nak tengok muka kau." Tegang saja suaranya. Tidak dipedulilan pandangan orang ramai. Emosinya saat ini terganggu dengan kehadiran Haider dan kehilangan nenda.

"Halena.."

"Balik lah , Haider..." Dada Haider cuba ditolak sedikit sebelum kepalanya terasa memberat. Pandangan Sofia semakin kabur.









***



"I tak setuju!" Bangkang Puan Haina keras. Wajah bekas suaminya itu dipandang penuh benci. Sewenang-wenangnya bekas suaminya itu mahu Sofia tinggal bersamanya selepas pemergian arwah ibunya beberapa hari lepas.

Untuk apa lelaki itu peduli? Bukan , silap. Kenapa baru kali ini lelaki itu peduli?

"I tak peduli Haina. Sofia anak I , jadi I ada hak untuk ambil alih tugas arwah ibu." Tukas Tan Sri Shafiee pula. Tidak mudah mengalah.

Ternaik hujung bibir Puan Haina mendengarnya.

"Baru sekarang you nak ambil alih?" Sinis bunyinya.

"Selama ni you tak pernah kisah pun pasal budak tu Shaf! You tinggalkan dia dengan I! I yang bela dia sorang sorang! Kenapa baru sekarang you sibuk nak jaga dia pula? No , I tak kan benarkan!" Naik seoktaf suara Puan Haina. Melepaskan Sofia pada bekas suaminya yang dulu langsung tak peduli tentang kewujudan Sofia? Oh tentu saja tidak.

"Sebab tu I nak tebus semua salah I , Haina. I nak jaga Sofia. I nak betulkan semuanya." Ujar Tan Sri Shafiee lagi.

Puan Haina lepas tawa sinis.

"Heh , you je yang beria nak jaga Sofia. Tengok lah isteri you tu." Seraya itu Puan Sri Rose dijeling sinis. Dia tahu wanita itu langsung tidak bersetuju dengan keputusan bekas suaminya itu.

Bukan Puan Haina tidak tahu betapa bencinya wanita itu dengannya.

"Rose , you okay kan kalau Sofia tinggal dengan kita?" tanya Tan Sri Shafiee teragak-agak. Puan Sri Rose senyum palsu.

"I okay. Tapi why not you bagi je Haina bela anak you tu? Kenapa nak menyusahkan diri you bela budak tu? Bukan menguntungkan kita pun bela budak tu." Selamba wanita itu berkata.

Haider yang sedari tadi hanya menjadi penonton di sebelah Puan Haina mula berang. Panas telinga mendengar bicara yang meniti pada ulas bibir Puan Sri Rose.

Belum sempat Puan Haina membuka mulut untuk membalas , suara garau Haider terlebih dulu mencelah.

"Bela anak angkat tu tak rasa menyusahkan ke?" Sinis saja bunyinya menyindir Harraz yang mengambil tempat di sebelah Tan Sri Shafiee.

"Hey! Rayyan! Jaga mulut tu ye!" Marah Puan Sri Rose , kurang senang dengan sikap Haider. Entah apa yang Haina ajar sampai jadi kurang ajar!

Harraz pula sudah memandang Haider tajam. Saffa , anak gadis Puan Sri Rose dan Tan Sri Shafiee disisi Harraz sedari tadi tidak lepas memandang Haider sambil tersenyum miang. Kacak!

"Rose , Sofia anak I. Sikit pun tak ada istilah menyusahkan I. I tak peduli , sama ada you , Harraz mahupun Saffa suka ataupun tidak. I akan ambil Sofia tinggal dengan kita sekali." Keputusannya mukatamad. Tan Sri Shafiee sedar , selama ini dia sudah banyak mengabaikan anak gadisnya itu. Dan kali ini lah peluang untuk dia menebus semuanya.

"Han , you benarkan I jaga Sofia, kan?" Kali ini wajah Tuan Farhan dicari , meminta pengertian lelaki itu. Bahana , mereka pernah berkerjasama atas urusan kerja. Tuan Farhan dan Tan Sri Shafiee mempunyai hubungan yang cukup baik.

"I ikut Haina dan Sofia sendiri. Kalau dua dua setuju , I tak kisah." Balas Tuan Farhan sambil memandang isterinya di sebelah. Wajah Puan Haina berubah tegang mendengar bicara suaminya.

"A big No! I tak akan bagi Sofia ikut you , Shaf!"

"Apa masalahnya Haina? You pun bukan nak jaga Sofia sangat , kan? Bukan ke you tak nak Sofia tu dulu? Kenapa sekarang you tak bagi I nak jaga Sofia?"

Puan Haina ketap gigi.

"Ya , I mengaku. I memang tak nak Sofia tu dari dulu. You pun tahu kan , Shaf? Yang I ni model! I tak nak mengandung awal tapi you! You yang paksa I untuk mengandungkan anak you dulu! You yang kemaruk sangat nak kan zuriat! Sebab isteri pertama you ni tak boleh mengandung masa tu!"

Ya. Itu lah sebenarnya konflik yang terjadi antara mereka dulu. Tak Sri Shafiee membuat keputusan untuk berkahwin dengan Puan Haina kerana isteri pertamanya Puan Sri Rose mengalami kesukaran untuk mengandung. Meskipun tidak rela dengan keputusan Tan Sri Shafiee mengahwini wanita lain , Puan Sri Rose terpaksa akur dan kerana itu juga lah Harraz di ambil sebagai anak angkat mereka. Namun selepas , Puan Haina disahkan mengandung tidak lama selepas itu Puan Sri Rose pula disahkan mengandung. Dan Tan Sri Shafiee gagal berlaku adil dan sudahnya rumah tangga mereka menemui jalan buntu.

"Tapi lepas I mengandungkan Sofia beberapa bulan , you abaikan I yang tengah kandungkan anak you sebab Rose mengandungkan anak you juga! Jadi semuanya salah you!" Hambur Puan Haina geram. Sakit betul hati dengan bekas suaminya itu.

Keadaan ruang tamu rumah arwah nenda mula terasa bahang. Semua disitu hanya memasang telinga dan lebih memilih untuk berdiam diri.

Tan Sri Shafiee diam.

Jeda.

"Ya , I mengaku I abaikan you dulu. I minta maaf , Haina. I tak mampu untuk putarkan masa. I tak mampu , yang I mampu sekarang ni cuma jaga Sofia , beri dia kasih sayang sebagai seorang ayah dan limpahkan dia dengan kemewahan yang sepatutnya dia dapat dari dulu." Amarah Puan Haina kembali memuncak.

"Hey! Apa? You ingat anak I tu gilakan harta you ke , Shaf?" Soal Puan Haina garang.

"Haina , bukan tu maksud I." Nafas dihela Tan Sri Shafiee berat.

"Susah sangat ke you nak bagi I peluang untuk jaga Sofia? I ayah dia Haina. I berhak. Sofia bukan budak budak Haina. I tak akan mungkin dapat halang dia dari jumpa you." Ujar Tan Sri Shafiee lagi. Separuh merayu. Dia masih hormatkan bekas isterinya itu , jadi dia tetap perlu keizinan daripada wanita itu.

"You.."

"Kalau you masih tak benarkan I ambil alih untuk jaga Sofia , I terpaksa. I akan paksa Sofia untuk tinggal dengan I. Dan I tak perlukan kebenaran you. Sofia tu bukan budak-budak lagi. She's 21st , I tak perlukan keizinan you pun sebenarnya. Tapi I minta keizinan you sebab I masih hormatkan you. Tapi kalau you masih berkeras. I terpaksa , I minta maaf." Ugut Tan Sri Shafiee pula. Dia benar-benar mahu menebus semua salahnya pada Sofia. Sungguh , dia benar benar dihimpit rasa bersalah pada anak gadisnya itu.

"Terpulang pada you. Itu pun kalau Sofia nak tinggal dengan you." Sinis! Antara sebab dia tidak berkeras tidak membenarkan Sofia tinggal dengan bekas suaminya adalah kerana isteri pertama suaminya itu. Meskipun hubungan dia dan Sofia sejak dulu kurang baik , jauh di sudut hatinya dia sayangkan anak tunggalnya itu. Dia yakin Sofia tidak sampai hati untuk menolak pelawaan bekas suaminya itu , sebab itu lah dia berkeras.

"I yakin , Sofia tak akan setuju! Dia mesti lagi pilih untuk tinggal dengan I." Ujar Puan Haina tak mahu mengalah.

"Ibu.." Semua mata di ruang tamu itu jatuh pada tubuh kecil Sofia. Sofia telan liur sekali.

"Sofia setuju untuk tinggal dengan ayah."


***



SOFIA memandang kosong setiap penjuru bilik yang diberikan ayahnya. Cantik. Susunan perabot yang dikenakan pada bilik ini sesuai cita rasanya. Ya. Kini dia tinggal bersama ayah kandungnya , Tan Sri Shafiee.

Janggal.

Ya. Itu lah yang dirasakan Sofia sebaik kakinya menginjak jubin seramik rumah agam milik ayah kandungnya itu.

Setelah bertahun-tahun dia dijaga oleh arwah nenda. Siapa sangka dia akan tinggal sebumbung dengan keluarga tirinya?

Sungguh! Bukan ini yang Sofia mahu! Jujur , dia langsung tidak berminat untuk tinggal bersama keluarga tirinya. Siapa yang mahu , tinggal di rumah yang penghuninya tidak mengalu-alukan kedatangannya?

Tapi bila mengenangkan dia akan tinggal serumah dengan Haider. Sofia tekad memilih tinggal bersama ayahnya. Benci? Ya!

Bukan Sofia tidak menangkap air muka Puan Sri Rose dan Saffa agak keruh sejak dia menjejakkan kaki di rumah agam itu. Sebumbung dengan Harraz pula , padahal dia sendiri tahu sikap Harraz. Namun semuanya ditolak jauh. Apa yang paling penting saat ini adalah , dia tidak perlu melihat wajah Haider.

Bohong lah kalau dia tidak rindukan lelaki itu. Malah , dia rindu semua tentang lelaki itu. Lima tahun. Lima tahun , dia menolak semua lelaki yang ingin mendekatinya hanya kerana masih tersisa rasa sayang buat Haider.

Ya , dia masih sayangkan Haider. Hairan. Walhal lelaki itu acap kali menyakitinya.

Benci , perkataan itu lah yang sering terungkap pada dua ulas bibirnya. Tapi , bukan pada hati.

Cinta , ya itu lah yang sebenarnya. Sofia sendiri mati akal untuk mencari cara untuk membuang rasa sayang pada Haider. Walhal sebelum ini pelbagai cara sudah dilakukan untuk menguburkan semua rasa buat Haider.

Tapi lihat sekarang. Dia masih mencintai lelaki yang sama. Lelaki yang sering kali menyakitinya. Malah , mungkin pada saat ini rasa cintanya lebih besar dari rasa bencinya pada lelaki itu.

Sofia pejam mata rapat.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 41.2K 99
[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB...
73.3K 3.3K 28
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
153K 5.3K 69
Dante De Lucca seorang lelaki berdarah kacukan Itali dan China. Lucca yang bekerja sebagai CEO di sebuah syarikat penerbangan miliknya sendiri. Pada...
14.8K 1.1K 5
Pernah ke kita dengar playboy obses? Nope. Never. Kerana dalam fikiran mereka hanya untuk bermain-main cinta dengan semua perempuan yang diketemui. T...