Masihkah Ada Cinta ✔️

By _aneesahlan

426K 13.3K 581

Beautiful Cover by DE BEAUTY GRAPHIC. ARIQ ILHAN, ketidakrelaan dirinya memperisterikan NAJWA NABILLA telah m... More

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
36
37
38
39
40
E P I L O G
🌼 NEW STORY 🌼

35

9.4K 280 7
By _aneesahlan

"Kalau dia ikhlas berkawan dengan kita, dia takkan ambil kesempatan atau memperalatkan diri kita demi kepentingan peribadi dia."

MATA Nisa dan Doktor Hanim menoleh memandang Najwa yang bergerak kecil tanda dia sudah sedar dari pengsan.

Nisa membantu Najwa yang ingin duduk bersandar. Najwa menelan airliurnya yang terasa pahit dan sukar untuk ditelan. Dia mendongak memandang Doktor Hanim.

"How are you feel right now, Najwa?"  soal Doktor Hanim terlebih dahulu.

Najwa hanya senyum nipis dan mengangguk perlahan, "Much better, Doctor"  balas Najwa. Nisa menghela nafas lega melihat Najwa yang sudah boleh tersenyum.

"Then I need you to check on something. This"  ujar Doktor Hanim seraya menyuakan satu alat penguji kehamilan.

Najwa memandang Doktor Hanim pelik begitu juga dengan Nisa.

"Nak buat apa ni, Doktor?"  soal Najwa semula tapi tangannya menyambut perlahan alat penguji kehamilan itu.

"Just for sure. Lagipun awak dengan Ariq dah lama berkahwin kan"  balas Doktor Hanim seraya senyum manis.

"Pergi je lah cuba. Tak salah pun"  tambah Nisa. Melihat anggukan dari Najwa, Nisa membantu Najwa untuk bangun dan membawanya ke tandas.

Najwa menunggu keputusan dari alat itu dengan rasa resah. Seketika dia terlihat dua garisan yang muncul menunjukkan bahawa dirinya hamil. Najwa menahan rasa sebak. Dia tidak percaya bahawa benih suaminya sedang membesar dalam rahimya.

"Najwa, are you okay?"  soal Doktor Hanim seraya mengetuk pintu perlahan.

Najwa segera keluar dan menyerahkan alat penguji kehamilan itu kepada Doktor Hanim. Melihat Doktor Hanim yang senyum gembira membuatkan Nisa mengerti akan keputusan yang ditunjukkan oleh alat itu.

"You should tell your husband about this! Jangan lupa untuk datang hospital ya "  ujar Doktor Hanim tumpang gembira.

"Boleh tak saya nak tunggu suami saya balik dulu? Saya nak beritahu surprise ni bila dia balik outstation lagi tiga hari."  pinta Najwa. Sengaja dia membuat muka comel meminta simpati.

"Iya lah iya lah. Yang penting jangan lupa datang hospital nanti!"  balas Doktor Hanim tegas.

"Jangan risau, Doktor. Saya akan jaga dia!"  tambah Nisa. Doktor Hanim gelak kecil melihat telatah Nisa Haura.






PAGI itu Najwa langsung tidak boleh berjauhan dengan tandas. Berulang-alik Nisa memandang Najwa yang ke tandas memuntahkan segala isi perutnya.

Sesekali, Nisa mengusap perlahan belakang Najwa membantunya memuntahkan isi perutnya. Nisa menyapu sisa peluh dan air di bibir Najwa menggunakan sapu tangan kecil.

Dibawa Najwa ke sofa dan dibaringkan Najwa.

"Aku risaulah, Najwa. Biar aku call Ariq eh?!"  soal Nisa geram melihat  kedegilan sahabatnya yang satu ini.

"Tak payahlah. Aku okay. Lagipun esok kan suami kita dah balik. Kita tunggu esok saja lah"  balas Najwa perlahan. Matanya terpejam rapat cuba mengawal rasa sakit berdenyut-denyut di kepalanya.

Nisa duduk bersandar di sofa. Dia mati kata apabila berlawan dengan kedegilan sahabatnya itu.

Seketika, Najwa bangkit lagi dan berlari menuju ke sinki. Nisa menggeleng kepalanya melihat sahabatnya itu.




"THANK you, Mr Edward. We will make sure that this project gonna be a trending places for Malaysian people!"  ucap Ariq. Majlis itu diakhiri dengan pemberian sumbangan oleh Mr Edward yang banyak melabur untuk Syarikat Ariq dan Rudi.

Semua staf yang turut serta memberikan tepukan gemuruh dan menikmati makan malam.

"Finally habis juga. Tak sabar rasanya aku nak balik rumah jumpa wife aku!"  tegur Rudi teruja. Dia memandang wajah Ariq yang kurang senang.

"Sekarang pukul berapa?"  soal Ariq tiba-tiba.

"Pukul 8.30 malam lah. Kau ni dah kenapa?!"  balas Rudi pelik. Tuxedo putih yang tersarung dibadannya membuatkan ramai mata para gadis yang memandang ke arahnya.

Tidak kurang juga dengan Ariq Ilhan yang mengenakan tuxedo berwarna hitam. Dengan badannya yang tegap menambahkan kesegakkan dia mengenakan pakaian suit itu.

"Jom, balik! Hal kita dah settle kan?!"  ajak Ariq membuntangkan Rudi.

"Seriously? Right now?!"  soal Rudi minta kepastian.

"Ya, right now!"  balas Ariq seraya meletakkan gelasnya yang berisi jus oren itu dan segera berlari menuju ke hotel. Kelam kabut dia mengemas pakaiannya dan dimasukkan ke dalam bagasi.

Rudi yang tidak mahu kalah turut laju mencampakkan pakaiannya ke dalam bagasi dan bergegas check out lalu menunggu Ariq di keretanya.

"Laju eh kau!"  ujar Ariq seraya meletakkan begnya di boot belakang.

"Rindu Nisa!"  balas Rudi gedik seraya mereka berdua meloloskan diri ke dalam kereta masing-masing. Seketika, kereta dipandu Ariq dan Rudi laju memecut ke lebuh raya.




JAM sembilan malam, Nisa membawa semangkuk bubur dan air ke dalam bilik tidur Najwa.

Nisa menangkap sekujur tubuh yang sedang lena. Dipandang sekejap wajah sahabatnya yang pucat.

Digoncang perlahan bahu Najwa. Najwa terpisat-pisat bangun dan cuba bersandar dengan susah payah. Kepalanya yang terasa pening cuba diabaikan. Dia harus kuat.

"Aku ada bawakan bubur ni. Kau makan sikit eh? Siang tadi pun kau makan tak habis. Makan bubur ni sikit eh?"  ujar Nisa tapi hampa kerana Najwa menolak.

"Taknak. Nanti aku muntah"  balas Najwa lemah. Nisa mengeluh melihat sahabatnya.

"Ya aku tahu tapi at least kau kena cuba makan. Tak kasihan dekat baby dalam perut tu? Kasihan dia lapar!"  ujar Nisa seraya bibirnya dicebikkan cuba memujuk Najwa.

"Hm okay"  balas Najwa. Nisa senyum kemenangan. Ditiup perlahan bubur panas itu dan disuakan ke mulut Najwa.

Selepas membaca bismillah, Najwa menyambut suapan bubur itu. Baru satu suapan, laju kakinya diatur menuruni katil dan menuju ke tandas.

Dimuntahkan semua isi perutnya termasuklah bubur yang baru dimakan tadi. Tekaknya terasa perit. Selesai berkumur, Najwa kembali ke katil.

Tubuh Najwa diselimutkan dan dibiarkan sahabatnya itu melelapkan diri. Nisa mengeluh kecil.

"Bertabahlah wahai kawan. Tak semua wanita dapat merasai nikmat kehamilan. Kau beruntung kerana boleh mengandung"  omel Nisa sendiri. Peluh di dahi Najwa dilap perlahan menggunakan sapu tangan.

NISA terjaga dari lena apabila mendengar suara bising dari tingkat bawah. Nisa cuba berfikiran positif. Dia tidak mahu mengganggu tidur Najwa tetapi terlebih dahulu Najwa menyambar lengan Nisa perlahan. Mujur dia tidak melatah.

"Aku pun dengar juga!"  bisik Najwa perlahan.

Mereka berdua melangkah perlahan menuruni anak tangga sehingga sampai ke tingkat bawah.

Najwa dan Nisa menangkap beberapa lelaki yang sedang menggeledah semua bilik di ruangan bawah.

Mereka ingin kembali ke tingkat atas tetapi tidak kesampaian apabila salah seorang lekaki yang bertopeng ternampak kelibat Nisa dan Najwa yang cuba melarikan diri.

"Tangkap diaorang cepat!"  arah seorang lelaki yang mungkin ketua mereka.

Kudrat Najwa dan Nisa yang kecil itu tidak dapat menandingi lelaki-lelaki yang berbadan tegap itu.

Najwa terlebih dahulu telah pengsan apabila ditampar oleh lelaki itu. Mereka didukung dan dibawa keluar dari rumah dan dimasukkan ke dalam kereta putih yang bersaiz besar itu.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku, bodoh!"  bentak Nisa geram tapi tidak diendahkan oleh lelaki itu.

Laju kereta itu ditutup dan meninggalkan perkarangan rumah Ariq.

Seketika, Ariq dan Rudi tiba di rumah. Mereka ternampak dua buah kereta yang keluar dari perkarangan rumah Ariq.

Tanpa teragak-agak, laju kereta Ariq dan Rudi memecut mengekori kereta-kereta itu.

Ariq mengerling skrin handphonenya yang disangkut sebelah stereng. Nombor Rudi yang tertera pantas diangkat.

"Apa kau buat ni?"  soal Rudi cemas.

"Dalam kereta tu ada isteri-isteri kita! Kau call polis. Minta diaorang follow kita untuk back up! Tapi jangan buat bising!"  arah Ariq mencemaskan lagi Rudi.

Mengapa kisah cintaku sungguh tragis dan penuh dengan cabaran?!

"Lepaskan aku lah! Kauorang nak apa dari aku?!"  jerit Nisa kuat.

"Diamlah bodoh!"  laju pipi Nisa ditampar. Cecair bewarna merah mengalir di tepi bibirnya. Pandangannya juga mulai gelap.



🌸B E R S A M B U N G🌸


Vote
&
Comment




🌵

"Ingatlah, tidak semua yang singgah mahu menjadikanmu rumah. Ada ketikanya, takdir bukan perihal siapa yang hadir tapi perihal siapa yang tetap mahu berjuang sedangkan dia mampu memilih untuk menghilang."

Continue Reading

You'll Also Like

8.7K 892 104
Berlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepe...
367K 13.9K 44
1st Teenfiction Story Tengku Hakimi Bin Tengku Mikael seorang jejaka idaman para gadis diluar sana.Seorang yang kacak dan bergaya malangnya dia terp...
304K 19.5K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
81.6K 4.3K 56
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...