Masihkah Ada Cinta βœ”οΈ

By _aneesahlan

425K 13.2K 580

Beautiful Cover by DE BEAUTY GRAPHIC. ARIQ ILHAN, ketidakrelaan dirinya memperisterikan NAJWA NABILLA telah m... More

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
34
35
36
37
38
39
40
E P I L O G
🌼 NEW STORY 🌼

33

10.3K 274 10
By _aneesahlan

"Jangan disoal bila aku pergi. Aku hilang jangan dicari. Anggap saja kehadiran aku hanyalah sebuah mimpi."

"UMI!!!" laung Nisa menggegarkan segenap ruang rumah agam itu. Di hentak-hentak kakinya menahan geram. Sekejap, dia merengek.

"Ya ada apa Nisa? Terkejut Umi!" tegur Umi sebaik sahaja sampai ke bilik Nisa.

"Semua baju dan barang Nisa ada dalam kereta Rudi! Macam mana Nisa nak mandi?!" balas Nisa. Rasa hendak menangis pun ada bila teringat masing-masing terlupa akan perkara itu.

"La ingatkan apalah tadi. Call lah Rudi minta dia hantarkan. Sementara tu, Nisa boleh pakai baju Umi dulu" ujar Umi seraya meraih bahu Nisa cuba memujuk gadis itu.

Mujur saiz badannya tidak terlalu beza dengan Umi. Cuma bezanya, ketinggian.

"Terima kasih Umi. Siaplah Rudi datang nanti, Nisa kerja-kerjakan dia!" balas Nisa geram. Digenggam penumbuk kecilnya menahan geram.

"Hish tak baik buat macam tu dekat bakal suami kamu!" marah Umi membuntangkan mata Nisa.

Laju dia menggeleng, "Bila masa Nisa nak kahwin dengan dia, Umi ? Mana Umi dengar khabar angin ni?!" ujar Nisa terkejut.

"Eh Rayqal lah yang beritahu Umi semalam!" balas Umi menyebabkan Nisa telan air liur.

Umi bingung memikirkan mana satu yang bercakap benar.

"Dahlah, Nisa tunggu sekejap. Umi pergi ambil baju bersih dan tuala untuk Nisa" ujar Umi seraya meninggalkan Nisa yang tergamam.

"Siap kau, Rudi Rayqal!" dadanya turun naik menahan geram. Sesuka hati je menyebarkan khabar angin.




"SAYANG, Abang nak kahwin lain boleh?" soal Ariq santai. Nadanya kelihatan tenang dan serius.

"Apa Abang merepek ni? Abang nak madukan Najwa? Sampai hati Abang!" balas Najwa kecewa. Apabila menangkap wajah suaminya yang serius, dia tahu bahawa suaminya benar-benar memaksudkan apa yang dia cakap.

"Abang janji Abang akan berlaku adil. Lagipun Abang mampu" ujar Ariq semakin yakin dengan keputusannya.

Airmata yang terasa hangat mengalir menuruni pipinya pantas di seka. Ariq yang terkejut melihat tangisan isterinya bingkas bangkit dari katil dan memeluk bahu isterinya.

"Shh, shh janganlah nangis. Abang gurau je lah!" ujar Ariq seraya gelak kecil. Najwa mendongak memandang wajah Ariq yang sedang gelak. Dia memukul lengan Ariq kuat.

"Aduh sakit lah sayang. Tengok ni dah merah!" tambah Ariq lagi seraya menggosok tempat dipukul. Sengaja dicebikkan bibirnya minta simpati.

Niat Ariq hanya ingin bergurau. Tak sangka pula sampai isterinya menangis sebegitu sekali.

"Ingat benda tu boleh buat gurau ke?!" ujar Najwa geram. Dia menjeling suaminya sekilas.

"Sorry sayang. Okay Abang janji Abang tak gurau pasal benda tu lagi!" balas Ariq seraya tangannya naik tanda berjanji. Disangkut dagunya di bahu Najwa sekejap.

Melihat Najwa yang diam tidak berkutik, dengan sisa tangisan yang masih mengalir, Ariq memusingkan tubuh Najwa menghadapnya. Dia mencari mata Najwa.

"Janganlah menangis lagi. Hati Abang sakit tengok sayang nangis macam ni" ujar Ariq cuba memujuk. Dia sudah cukup rasa sakit sewaktu menyiksa isterinya dulu.

Kedua tangannya naik mengusap pipi Najwa menyeka airmata yang mengalir turun. Dihadiahkan ciuman lama di dahi isterinya. Dibawa isterinya ke dalam dakapan dan di peluk erat seeratnya.

"Janji?! Jangan cakap pasal tu lagi!" Najwa memberi amaran. Ariq tergelak melihat gaya Najwa memarahinya.

"Ya Tuan Puteri. Janji!" balas Ariq seraya gelak kecil.





DARI jauh, Rudi dapat menangkap sesusuk tubuh yang elok mengenakan baju kurung dan tudung labuh persis ustazah di sekolah agama.

Dia berfikir sejenak, 'Rasanya rumah ni untuk anak-anak yatim yang masih kecil. Sejak bila diorang ambil anak yang dewasa juga?' omelnya sendiri.

Setelah mendapat panggilan daripada Nisa sewaktu ingin ke office yang memintanya untuk menghantarkan barangannya yang berada di boot belakang, lantas dia terus menuju ke sini tanpa banyak alasan.

Dia hanya tergelak mendengar bebelan Nisa yang panjang lebar. Dia sendiri pun tak ingat lepastu nak salahkan kita!

Kaki Nisa laju diatur menuju ke arah kereta Rudi yang elok terparkir. Dia melihat Rudi sedang bersusah payah mengeluarkan beg-beg itu.

"Sini saya tolong" tegur Nisa terlebih dahulu. Rudi menoleh memandang empunya suara seraya terpegun melihat Nisa Haura. Cara dia berpakaian sangat lain.

"Oh gadis cantik dan menutup aurat yang saya nampak tadi tu awak. Ingatkan anak baru Umi" balas Rudi masih tersenyum melihat Nisa yang tertunduk segan.

"Ni semua salah awak. Kalau awak tak ingatkan saya pasal ni tak ada lah Umi susah-susah nak pinjamkan baju dia pada saya!" ujar Nisa geram. Dia kembali membebel isu yang sama.

"Saya juga tak akan berkesempatan melihat awak berpakaian macam ni. Sedap je mata memandang" balas Rudi seraya menutup boot keretanya apabila semua beg telah dikeluarkan.

Mereka berjalan beriringan ke dalam rumah agam yang tersergam indah.

"Dulu mata saya ni suka sangat pandang gadis yang seksi, terdedah sana, terdedah sini. Tapi sekarang saya nampak dan sedar bahawa ada pandangan yang lagi cantik dan indah iaitu awak" ujar Rudi meloyarkan Nisa. Dasar raja dalam mengayat perempuan!

"Lepas ni kalau awak cuba pandang atau jeling gadis-gadis yang suka pakai baju yang tak cukup kain tu, saya korek-korek biji mata awak biar jadi Kassim Selamat!" balas Nisa geram. Rudi menelan airliur. Amboi garangnya!

Seketika, ramai kanak-kanak yang datang menuju ke arah mereka berdua.

"Eh Abang Rayqal! Abang!" laung kanak-kanak itu kepada kawan-kawannya yang lain.

Nisa bergerak ke tepi memberi ruang untuk kanak-kanak itu dekat dengan Rudi.

Didukung satu kanak-kanak lelaki kecil itu, "Ni yang paling manja dengan saya. Nama dia Amar. Amar, ni Kak Nisa" ujar Rudi seraya di cuit hidung kanak-kanak itu.

"Hai Kakak Nisa. Abang Rayqal kan, suka cakap kakak cantik!" balas Amar dengan pelatnya. Kanak-kanak berusia 6 tahun itu mencuit sekeping hati milik Nisa.

Laju tangan Rudi menekup mulut Amar lembut. "Mana ada. Budak-budak ni suka buat cerita!" nafi Rudi. Nisa hanya menahan senyum.

Tiba-tiba ada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan sebaya Amar menarik baju kurung Nisa perlahan. Nisa menunduk memandangnnya.

"Ya ada apa, sayang?" tegur Nisa ramah. Kanak-kanak itu berbisik di telinganya tanda tidak mahu orang lain dengar.

"Abang Rayqal suka kakak cantik!" bisik kanak-kanak itu. Nisa menoleh memandang Rudi yang bingung.

Usai meletakkan beg-beg, Nisa menghantar Rudi sehingga ke keretanya.

"Terima kasih sebab hantarkan beg-beg saya" ujar Nisa.

"My pleasure. Oh ya, bulan depan saya nak kena pergi outstation, jadi boleh tak sebelum tu awak bagi jawapan sama ada awak suka saya atau tak? Kalau awak tak suka saya, senang sikit saya nak move on bila outstation nanti!" balas Rudi seraya gelak.

Nisa mengangguk perlahan. "Insha Allah. Beri saya masa sikit ya" ujar Nisa serba salah.




Sebulan kemudian...






"AKU terima nikahnya Nisa Haura binti Halim dengan maskahwin RM 500 tunai" dengan sekali lafaz, Nisa Haura sah menjadi isteri kepada Rudi Rayqal.

Najwa yang berada di sisi Nisa tersenyum gembira dan menggenggam tangan Nisa erat.

Seketika, upacara sarung cincin dan disusuli dengan acara bergambar membuatkan Nisa mengeluh kepenatan.

Sudahlah nanti tengah hari ada persandingan pula. Nak kahwin pun payah!

"Nisa, tahniah!" ujar Doktor Haqim dan Syakilla yang datang dari arah belakang mengejutkan Nisa.

Terlihat wajah manis Syakilla yang bertudung litup. Nisa perasan mereka mengenakan pakaian yang sama warna. Akhirnya semua kembali seperti yang dirancang oleh Allah.

"Terima kasih" balas Nisa ramah.

Seketika, namanya dilaung oleh mak andam yang dibayar khas oleh Rudi bagi menyiapkan Nisa.

"Nisa, mari. Kita dah kena get ready untuk bersanding pula!" laungnya menyebabkan Rudi hampa.

"Aku baru nak pergi dekat isteri aku!" ujar Rudi sambil memandang Ariq yang gelak kuat.

"Nanti boleh. Kau tu pergilah siap juga. Nanti nak bersanding pula!" arah Ariq seraya menampar punggung Rudi kuat.

"Hoi depan orang ramai pun kau nak buat hal ke?!" ujar Rudi seraya menutup punggungnya menggunakan tangan.

Ariq tergelak melihat Rudi yang berlari anak masuk ke dalam rumah.

Tanpa mereka sedari, ada sebuah kereta berwarna putih yang seringkali memerhati gerak geri mereka. Banyak gambar di ambil untuk dijadikan bahan bukti sewaktu melaporkan keadaan mereka kepada Boss mereka.

Butang send di tekan tanda mereka sudah menghantar semua gambar kepada Boss mereka melalui aplikasi whatsapp.

Handphonenya dicampak ke lantai sebaik sahaja melihat gambar-gambar yang dihantar oleh anak buahnya.

"Kauorang tengah syiok bahagia tanpa aku ya! Tak guna!" bentaknya berang. Dipandang skrin handphonenya yang retak seribu.

"Kenapa you ni? Pagi-pagi dah marah ?!" soal seorang lelaki yang menapak ke arahnya.



🌸B E R S A M B U N G🌸


Vote
&
Comment


🌵

"When you get what you want, thats Allah's direction. When you don't get what you want, thats Allah's protection."




Continue Reading

You'll Also Like

343K 15.1K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
59.2K 3.1K 54
π‘Ίπ’†π’ƒπ’†π’π’„π’Š - π‘©π’†π’π’„π’Š π‘΄π’‚π’π’‚π’Œπ’‚π’‰ π‘«π’Šπ’‚ π‘·π’‚π’…π’‚π’Œπ’–, π‘¨π’Œπ’– 𝑻𝒆𝒕𝒂𝒑 π‘΄π’†π’π’„π’Šπ’π’•π’‚π’Šπ’π’šπ’‚ Ammar Firhan Haqeem | Tengku Adira Sofia S...
33K 1.8K 59
(Sinopsis) Gara-gara dia terlanggar dengan seorang lelaki yang dingin di kafeteria, Mira perlu menanggung akibatnya! Nazrin Khalif pulak tu. Dengan s...
329K 20K 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, di...