Masihkah Ada Cinta βœ”οΈ

By _aneesahlan

443K 13.6K 584

Beautiful Cover by DE BEAUTY GRAPHIC. ARIQ ILHAN, ketidakrelaan dirinya memperisterikan NAJWA NABILLA telah m... More

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39
40
E P I L O G
🌼 NEW STORY 🌼

31

11.3K 295 7
By _aneesahlan

"Make me hate you before you leave me, because when I can't feel that feelings anymore, I'll easy to let you go."

"SAYA tak boleh benarkan Ariq Ilhan berkahwin dengan Alina!"  bentak Najwa geram.

Pada awalnya, dia berniat untuk datang menjenguk Alina. Tapi sebaliknya dia terdengar perbualan keluarga Alina bersama ibubapanya.

Tangannya digenggam kuat menahan rasa marah yang membuak-buak.

"Excuse me! Who are you? Berani-berani masuk campur dalam hal keluarga aku!"  balas Datin Maria sinis. Dia menapak perlahan ke arah Najwa.

"Ariq Ilhan is my husband!"  balas Najwa seraya memandang tepat ke dalam mata wanita separuh abad itu.

"So? Dah kalau suami kau tu merosakkan anak aku, dia kenalah bertanggungjawab!"  ujar Datin Maria bersahaja. Dia percaya bulat-bulat dengan apa yang diujarkan oleh Alina.

"Alina, betul ke Ariq lelaki yang buat awak macam tu?!"  Najwa sengaja mengumpan Alina yang mulai kelihatan resah gelisah.

"Err... Ya lah Ilhan. Kalau bukan dia siapa lagi?!"  balas Alina tergagap-gagap.

Panjang umurnya, kelibat Ariq tersembul di balik pintu. Dia terkejut melihat isterinya turut ada di situ. Setelah mendapat panggilan daripada Dato' Hilman mengatakan mereka sudah tiba di Malaysia, Ariq bergegas ke hospital.

"Sayang, awak buat apa dekat sini?"  soal Ariq bingung seraya tangannya merangkul pinggang isterinya sekejap.

"Speak of the devil, sampai pun kau. Apa yang kau buat pada anak aku?! Kau rosakkan dia lepastu kau sedap-sedap kahwin dengan perempuan lain?!"  tuduh Datin Maria melulu. Laju pipi Ariq ditampar sekilas. Terasa mahu berpusing kepalanya apabila mendapat hadiah sebuah tamparan itu.

Tangan Najwa naik menyentuh pipi suaminya. Ariq menangkap tangan kecil Najwa dan digenggam erat. Dia tergelak mengejek.

"Aunty ingat saya gila ke? Tanyalah anak Aunty berapa ramai lelaki yang dia dah tidur? Entah-entah tak terkira!"  balas Ariq sinis. Dipandang tajam wajah Alina.

"Beritahulah mummy you! Kenapa sekarang baru takut? Jangan ingat I bodoh Alina!"  tambah Ariq lagi.

Pandangan Datin Maria teralih pada Alina yang mulai resah. Pandangan Alina jadi tak tentu arah. Dia harus memikirkan jalan untuk menyelamatkan dirinya.

"You jangan fitnah I macam ni, Ilhan! Kita sama-sana rela kan malam tu?!"  ujar Alina disusuli airmata yang mulai bergenang.

"Stop it Alina! Tak ada siapa nak dengar drama kau sekarang! Kau nak aku jadi pak sanggup? Jangan mimpi!"  balas Ariq seraya pintu bilik ward Alina di tumbuk kuat menyebabkan bahu mereka semua termasuk Najwa terhinjut kerana terkejut dengan tindakan drastik Ariq.

"Alina, Mummy tanya sekali lagi. Siapa yang buat kau macam ni?!"  soal Datin Maria. Dato' Hilman hanya menjadi pemerhati tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.

"I don't know!!!"  jerit Alina hampir menggegarkan segenap ruang hospital.

"Daddy malu dengan kamu, Alina!"  ujar Dato'Hilman seraya menarik tangan isterinya yang tergamam lantas keluar dari ruangan ward Alina.

Alina memeluk lutut dan menangis semahu-mahunya.

"I kecewa dengan you. I ingatkan walaupun lepas I dah berkahwin, kita still boleh jadi berkawan tapi tak apa lah. I pergi dulu. I doakan you jumpa dengan someone yang boleh terima baik buruk you. Biarlah harini menjadi pertemuan terakhir antara kita. I dah tak nak ambil tahu pasal you. You boleh teruskan hidup you tanpa I macam mana I boleh teruskan hidup tanpa you. Bye, Alina"  luah Ariq dengan nada biasa.

Alina hanya mampu menangisi pemergian Ariq dan Najwa yang semakin hilang di balik pintu.

Semua rancangannya hancur berkecai begitu sahaja. Dibiarkan rasa pening dikepalanya. Dia menangis semahu-mahunya.

Najwa memandang wajah Ariq tekun. Seketika, Ariq menarik tangannya untuk mengikutinya keluar membiarkan Alina bersendirian. Najwa hanya diam dan mengikut langkah suaminya.








TUBUH Ariq dihempaskan perlahan di atas sofa ruang tamu rumahnya. Najwa turut ikut duduk di sebelah suaminya. Shawl yabg tersarung di kepalanya di buka perlahan dan diletakkan di atas meja. Rambut panjangnya dibiarkan lepas.

Najwa menoleh mencari wajah suaminya. Kelihatan, raut wajah Ariq yang kusut. Seketika, terdengar Ariq melepaskan keluhan berat menyebabkan dia dihimpit rasa bersalah.

'Adakah kerana aku dia harus melepaskan gadis itu? Adakah aku menjadi penghalang cinta mereka berdua?'   gumam hati kecil milik Najwa.

Tangan Ariq disentuh lembut, "Abang okay?"  tegur Najwa. Dia menghadiahkan senyuman manis buat sang suami tercinta.

Ariq mengangguk dan menggengam erat tangan isterinya. Barangkali cuba mengumpul sebanyak kekuatan dan keberanian untuk menghadapi dugaan hidup.

"Apa sayang buat dekat hospital tadi?"   soal Ariq pula. Dia berpusing menghadap isterinya.

"Najwa datang nak jenguk Alina. Tak tahu pula ada parents dia sekali"  balas Najwa jujur. Buat apa nak menipu suami!

"Ohhh"  ujar Ariq panjang. Tangannya menarik Najwa perlahan ke dalam dakapannya. Najwa hanya menurut dan memeluk Ariq erat.

"Lima minit je. Tak boleh lama-lama nanti jadi lain!"  bisik Ariq tepat dicuping telinga Najwa menyebabkan Najwa ketawa kegelian. Ei gatal!

Najwa menampar belakang badan Ariq perlahan. "Ngada-ngada!"  seraya memeluk Ariq erat. Sudahnya mereka berpelukan menyalurkan seribu kekuatan antara satu sama lain agar sama sama kuat menghadapi hari-hari yang mendatang.

Seketika, pelukan dileraikan. Ariq memandang wajah isterinya lama. Najwa jadi tak keruan apabila di tenung sebegitu rupa.

"Sayang, terima kasih sebab sanggup bersusah payah untuk dapatkan cinta Abang"   luah Ariq penuh syahdu kedengarannya.

"Tak adalah susah mana. Easy je?!"  balas Najwa riak. Di jongketkan keningnya sebelah sebelum tergelak kecil.

Dipandang wajah Ariq yang berkerut dahinya. Seperti bingung pun ada apabila mendengar jawapan isterinya.

"Hahaha, Najwa berguraulah. Janganlah serius sangat muka tu"  tambah Najwa lagi seraya tangannya naik mencuit hidung mancung milik Ariq sekilas.

"Walaupun susah tapi Najwa rasa berbaloi. So kira macam win win situation lah"  sambung Najwa lagi seraya mendongak dan mencium dahi Ariq lembut.

Ariq tersenyum sebelum memandang wajah isterinya. "Dah nak maghrib ni jangan macam-macam!"  ujar Najwa memberi amaran. Dia mengerti pandangangan yang dihadiahkan oleh Ariq.

"Ada masa lagi"  balas Ariq tak nak kalah. Sengaja dileretkan suaranya biar nampak seksi tapi sebaliknya Najwa bingkas bangun dan meninggalkan Ariq termanggu di sofa. Tidak dilayan godaan suaminya.

"Nanti malam!"  laung Najwa sebelum menutup pintu kamarnya. Masih ada barangan dan pakaiannya di bilik itu. Laju tangannya mengunci pintu risau kalau tiba-tiba Ariq mengejarnya.

"Yess!"  balas Ariq teruja. Dia pun bingkas bangun apabila melihat jam di dinding yang sudah menginjak ke angka 7 malam.






SEMUA pakaian, barang-barang, dan peralatan milik Nisa Haura bertaburan di hadapan rumahnya.

Dia yang baru pulang dari tempat kerja terkejut apabila melihat semua barang miliknya bertaburan bersepah di lantai hadapan rumahnya.

Pintu rumah diketuk. Pagar yang menutup pintu itu dikunci dan bermangga. Dugaan apa lagi yang kau berikan pada aku, Ya Allah!

"Tina!  Atiqah! Apa awak berdua buat ni? Kenapa campak barang-barang saya dekat luar?!"   ujar Nisa searuh menjerit biar didengari.

Pintu dikuak dari dalam rumah. Laju kaki Nisa menuju ke muka pintu.

"Kau lambat sangat bayar sewa. Ingat rumah aku ni rumah kebajikan?!"  balas Tina sinis.

"Tak payahlah buat muka kasihan kau dekat sini! Menyampahlah aku tengok! Pergi berambus sana. Macam pengemis dan aku tengok kau ni!"  tambah Atiqah yang berada di sisi Tina, sinis. 

Nisa cuba menahan airmata yang cuba mengalir dari tubir matanya.

"Kauorang janganlah buat saya macam ni. Saya nak tinggal mana lagi? Ini je satu-satunya tempat saya untuk berteduh!"  balas Nisa cuba meraih simpati. Dia benar-benar takut jika dia terpaksa mengangkat kaki keluar dari rumah itu.

"Nak buat macam mana lagi, kitaorang dah dapat housemate baru yang boleh bayar double daripada apa yang kau bayar setiap bulan. Of courselah aku terima. Rezeki kot!"  ujar Tina sinis. Tangannya disilangkan. Muncul seorang gadia yang mungkin seumur mereka juga sedang menghadiahkan senyuman sinis.

"Sekarang, awak boleh angkat barang-barang awak sebab saya nak parkir kereta saya!"  arah gadis itu sombong.

Lambat-lambat Nisa bangun dan memasukkan semua pakaiannya ke dalam beg dan diangkat keluar.

Dia membawa diri meninggalkan kawasan rumah itu. Kemana arah hendakku tuju?  gumam hati kecilnya.

Dia duduk di pondok bas sedang merenung nasib dirinya.

"Mak, Ayah!  Nisa penat! Nisa penat hidup seorang diri dalam dunia yang kejam ni!"  jerit Nisa sekuat hatinya. Dia membiarkan airmata yang mengalir laju menuruni tubir matanya. Semakin lama semakin deras.

Tiada tempat lain yang dia boleh pergi. Semua tempat bukan kepunyaanya. Nisa melepaskan keluhan berat sebelum pandangannya teralih terhadap telefon bimbitnya yang berdering menandakan ada panggilan masuk.

Dikerling sekilas nama yang muncul di skrin telefonnya. Seketika dia meraup kasar mukanya.

'RUDI RAYQAL'




🌸B E R S A M B U N G🌸


🌿

"Your smile looks adorable on you!
You should wear it more often ☺️"

Continue Reading

You'll Also Like

443K 13.6K 42
Beautiful Cover by DE BEAUTY GRAPHIC. ARIQ ILHAN, ketidakrelaan dirinya memperisterikan NAJWA NABILLA telah menimbulkan rasa benci terhadap isteri ya...
3.9M 3.4K 1
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai...
1.6M 94.2K 75
"π‘―π’π’˜ 𝑳𝒐𝒗𝒆 π‘ͺ𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 π‘ͺ𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 π‘Ίπ’˜π’†π’†π’• 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 π‘Ίπ’‚π’Žπ’† π‘»π’Šπ’Žπ’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...
24.1K 985 45
PENANTIAN. setelah beberapa tahun menghilangkan diri kini dia kembali untuk menagih cinta dahulu I will make sure you're mine soon Izzati, forever mi...