HEY MR PHOTOGRAPHER Ā©

By taeferol

100K 11.1K 2K

š¢š§ š­š”šž š¬šžšš šØšŸ š©šžšØš©š„šž, š¦š² šžš²šžš¬ š°š¢š„š„ ššš„š°ššš²š¬ šŸšØšœš®š¬ šØš§ š²šØš® ĖŽĖŠ - ā”ā”ā”ā”ā”āŠ±... More

B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 1 0
B A B 1 1
B A B 1 2
B A B 1 3
B A B 1 4
B A B 1 5
B A B 1 6
B A B 1 7
B A B 1 8
B A B 1 9
B A B 2 0
B A B 2 1
B A B 2 3
B A B 2 4
B A B 2 5
B A B 2 6
B A B 2 7
B A B 2 8
B A B 2 9
B A B 3 0
B A B 3 1

B A B 2 2

2.8K 318 64
By taeferol

"Sayang! Meh sini kejap."

Aku yang baru nak melangkah keluar dari bilik tak jadi bila Haikal mengamit aku dari balkoni bilik.

"Ada apa?" Aku berdiri di tepi dia sambil menikmati angin petang.

"Abang dah discuss dengan Abi, Abang cakap nak bawak Rissa balik rumah Abang petang ni." Dengar je dia cakap macam tu, automatik kepala aku terpusing ke sebelah.

Aku pandang dia tak percaya. Biar betul dia ni. Dia tak main-main kan?

"Abang tak main-main." Dia macam boleh baca pikiran aku. Muka dia pun serius tapi tenang.

"Sayang okey tak?" Dia pandang muka aku nak dapatkan kepastian.

"Tapi... Rissa nak duduk sini." Aku tundukkan kepala kebawah. Tiba-tiba rasa sedih nak berpisah dengan Umi, Abi.

Tapi Haikal ni suami aku. Dah jadi tanggungjawab aku ikut kata dia. Macam mana ni?

"Sayang... Tengok muka abang!" Dia arahkan aku angkat muka. Perlahan-lahan muka diangkat pandang raut tenang dia.

Dia angkat kedua-dua tangan dia dan diletakkan di pipi aku. Badan dia bongkokkan sedikit untuk samakan aras muka dia dengan aku.

"Abang bukan saja-saja nak suruh Rissa jauh dengan Umi, Abi. Tapi, kitakan dah kahwin. Takkan selamanya kita nak duduk sini. Lagipun rumah baru kita tu tak jauh pun dari sini. Kalau Rissa nak tiap-tiap minggu kita boleh datang sini. Okey sayang?"

Panjang lebar dia cuba pujuk aku. Muka dia berharap sangat yang aku paham apa yang cuba dia sampaikan. Akhirnya aku setuju dengan keputusan dia.

"Good girl. Sekarang abang nak tengok isteri abang senyum. Tak cantik la monyok-monyok camni." Dia tarik hidung aku.

"Sakit lah. Sedap dia je cakap kita tak cantik huh!" Aku gosok-gosok hidung aku yang dah merah. Bertambah masam muka aku. Dia ni memang tak reti pujuk eh?

"Alaa abang gurau je la. Sayang?" Dia panggil aku. Tapi aku buat tak kesah je. Pusing kepala pandang tempat lain.

"Sayang? Dengar tak abang panggil ni?" Dia goncang-goncangkan lengan aku. Aku masih buat tak dengar. Padan muka dia. Hampir ketawa aku sebab dah berjaya kenakan dia.

"Sayang... pandang la muka abang yang hensem ni." Dia merengek-rengek dekat aku. Akhirnya tawa aku terburai. Dah tak mampu tahan bila dengar suara desperate dia tu.

"Sayang tak baik tau buat suami macam ni. Berdosa!" Dia dah mula dah... Ni yang aku lemah ni. Dia tarik muka bila tahu aku kenakan dia.

"Alaa.. comel nyaa suami Rissa ni kalau majuk." Aku ketawa sambil cubit-cubit pipi dia. Tangan dia cuba menepis tangan aku.

"Abang.. dah la majuk tu. Tak macho langsung lelaki majuk. Lagi-lagi yang dah tua macam abang." Aku gelak lagi. Sumpah kelakar muka Haikal sekarang ni.

"Amboii... seronok kutuk abang eh. Siap Rissa!" Bila nampak dia menapak kearah aku, terus aku angkat kaki cuba lari dari dia.

Tapi dia lebih pantas. Terus dipeluknya aku dari belakang. Kemudian dia mengeletek pinggang aku sampai terjerit-jerit aku menahan geli.

"Okey okey chuppp abang. Dah stop! Rissa janji tak buat lagi lepas ni." Aku cuba bersuara untuk menghentikan dia.

"Betul ni?" Dia ingin dapatkan kepastian. Terus aku angguk kepala laju-laju. Harap lah dia percaya.

"Okey."

"Habistu cepat la lepas. Rissa nak pergi mengemas pulak ni." Aku cuba meleraikan pelukan dia tapi tak berjaya. Makin dia eratkan pelukan.

"Let's stay like this for a while. Abang suka bila kita macam ni. Rasa tenang." Perlahan dia menutur kata. Kedengaran sangat berat ditelinga aku. Dia ada masalah ke?

Aku hanya membiarkan dia melayan perasaan. Beberapa minit kemudian dia longgarkan pelukan tapi tangannya tidak dialihkan daripada pinggang aku.

Aku ambil peluang pusing pandang muka dia lama-lama. Cuba korek rahsia yang tersembunyi disebalik muka tenang dia. Dia pulak hanya pandang aku biasa.

Perlahan-lahan aku angkat tangan kanan aku diletakkan di pipi dia. Dapat aku rasakan badan dia sedikit mengeras, mungkin tidak menjangka tindakan aku.

"Abang okey?" Aku mengusap-usap pipi dia menggunakan ibu jari.

"Abang okey." Perlahan dia menjawab.

Tangan dia diangkat kemudian menarik tangan aku menjauhi pipi dia. Tapi dia tidak melepaskan tangan aku malah mengenggamnya erat.

Aku tunduk memandang tangan kami yang bersatu. Tangan aku turut mengenggam erat tangan dia. Lama mata aku tertancap disitu.

"Abang kalau ada masalah bagitahu la Rissa. Rissa tak nak abang pendam sorang-sorang. I'm your wife, remember!"

Kepala diangkat memandang muka dia. Aku perasan air muka dia yang berubah. Mungkin tak menyangka aku akan cakap macam tu. Tapi aku betul-betul maksudkannya.

Pandangan kami bersatu. Lama. Dua-dua tak nak mengalah. Kemudian dia mengeluh dan melepaskan genggaman tangan kami.

"Tadi Rissa cakap nak mengemaskan? Haa jom. Nanti tak sempat pulak." Dia tukar topik dan terus melangkah meninggalkan aku sorang-sorang. Terlepas satu keluhan dari mulut aku.

----

Lima minit perjalanan aku hanya senyap. Bukan apa. Aku tak tahu nak berborak apa. Lagipun orang sebelah ni nampak macam tak nak cakap dengan aku.

Otak melayang kepada Umi dengan Abi. Baru lima minit dah rindu. Hadoi manja betul la. Nampak sangat tak pernah berpisah dengan parents aku ni.

Teringat macam-macam umi pesan dekat aku tadi. Jaga diri, jaga Haikal, jaga adab, jaga macam-macam lagi la. Abi pun macam tu jugak. Risau betul diorang.

"Sayang nak pergi makan dulu ke?" Suara Haikal melenyapkan lamunan aku. Ingatkan tak nak cakap langsung dengan aku.

"Takpe la tak lapar." Mendatar aku bersuara. Sumpah takde selera nak makan. Dia hanya senyap tak jawab apa-apa.

"Sayang..." Dia cuba memancing aku untuk berbual dengan dia.

"Hmm." Hanya tu jer yang aku balas.

"Sayang rasa abang hensem tak?" Amenda dia ni. Aku pandang dia pelik. Kut ya pun nak ajak aku berbual, cari la topik best sikit adeh.

"Mana saya tau, sayakan cuma ikan." Aku malas melayan. Dia tertawa dengar aku jawab macam tu.

Tak lama selepas itu, kereta memasuki satu perkarangan banglo 3 tingkat. Haikal memarkir kereta di bawah garaj yang tersedia.

Sejurus selepas aku buka pintu, hampir saja aku pengsan bila nampak kereta yang terparkir disebelah. Masha allah! Lamborghini Veneno?! Mamat ni kerja apa sebenarnya. Asal kaya giler ni.

Dahla warna merah. Aumm memang mengancam habis beb. Cantik sangat. Aku pulak yang nak menangis. Jakunnya rasa huhu.

"Rissa, jom." Suara Haikal memanggil aku menyedarkan aku ke alam nyata. Cepat-cepat kaki melangkah mengikuti dia yang mengangkat bagasi aku.

Kaki melangkah melalui kolam renang yang berada betul-betul depan rumah. Di tepi kolam tu pulak diletakkan satu set sofa kulit. Ni rumah ke hotel. Asal nampak mewah sangat.

Haikal membukakan pintu utama rumah untuk aku. Perabot-perabot moden menghiasi pandangan. Simple yet elegant. Tapi aku perasan satu benda.

Di setiap dinding rumah tergantung pelbagai jenis lukisan yang tampak real. Aku rasa aku dah tau siapa yang buat tu but still... unbelievable. Ayat pertama yang terpancul dari mulut aku selepas tengok rumah ni adalah...

"Cantiknya rumah abang." Kagum. Badan dipusing menghadap dia.

"Rumah kita." Dia memperbetulkan kata-kata aku.

"Jom abang tunjuk bilik kita." Sambungnya sambil kaki melangkah ke arah tangga.

Usai pintu bilik dibuka, kening aku berkerut. Pelik. Tak macam yang aku sangka. Sangat kontra dengan bilik dia yang sebelum ni.

"Kenapa bukan warna hitam?" Walaupun aku tak suka warna hitam sebab nampak sesak tapi aku tahu dia suka bilik dia warna hitam.

"Sebab umi cakap sayang tak suka warna hitam so I change my room colour. So suka tak?"

Tak tahu nak balas apa. Dia sanggup ketepikan favourite colour dia demi aku. Huaa sayang Haikal. Eh!

"Cantik! Rissa suka warna putih." Aku senyum dekat dia. Dia turut membalas senyuman aku.

Haikal meletakkan barang-barang aku ke dalam bilik kemudian dia mencapai tangan aku.

"Mari abang bawak Rissa keliling rumah ni dulu sebab nanti abang takut isteri abang ni sesat." Aku tak tahu dia cuma bergurau atau tak tapi aku ketawa mendengarnya. Ada ke orang sesat kat rumah sendiri lol.

Baru je kaki jejak tingkat bawah, handphone Haikal berbunyi minta diangkat. Dia beri isyarat supaya aku tunggu dia diluar rumah. Aku hanya mengikut.

Sedang syok aku berjalan dekat halaman rumah tu, aku nampak satu pokok ni bergerak. Woi author! Jangan cakap rumah ni berhantu. Ni citer romance bukan citer horror la.

Aku pandang pokok tu lama. Kemudian satu benda melompat turun dari pokok tu. Terus berderau darah aku. Rasa macam nak pitam dekat sini jugak.

Setapak kaki mengundur kebelakang. Benda tersebut turut memandang ke arah aku. Jangan macam ni wei. Aku takut. Pergi jauh-jauh la!

Bila nampak dia makin mendekati aku, terus aku pecut seribu berlari ke dalam rumah.

"Abangggggg!!!" Aku menjerit panggil Haikal. Rasa nak menangis sekarang ni. Harap lah benda tu tak ikut..

p/s : mianhae mianhae hajima sbb update lambat.. harap enjoy and vote and komen and bla bla bla 😂 saja chapter ni bgi suspend sikit. maafkan hamba kalau bohsan 😔♥

Continue Reading

You'll Also Like

158K 6.3K 56
Book 07 [completed]āœ… Start : 4 September 2022 End : 4 Julai 2023 ā˜ļø ź€˜źˆ¤ź‚¦ź…źˆ¤ źźŒš Encik Duda Hotszz ! ā˜ļø ā™”ļøŽ Isyraf Ɨ Aisha ā™”ļøŽ " Nak ngorat Encik Duda ni...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
280K 10K 53
SYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia per...
683K 39.4K 57
ON- GOING [1š“¢š“½ š“—š“Ŗš“½š“² š“¢š“®š“»š“²š“®š“¼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...