Masihkah Ada Cinta โœ”๏ธ

By _aneesahlan

425K 13.2K 580

Beautiful Cover by DE BEAUTY GRAPHIC. ARIQ ILHAN, ketidakrelaan dirinya memperisterikan NAJWA NABILLA telah m... More

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
E P I L O G
๐ŸŒผ NEW STORY ๐ŸŒผ

27

9.2K 293 8
By _aneesahlan

"Dah berpunya tapi melayan.
Nanti dah tersuka dikatanya takdir Tuhan. Pelik."

ALINA berasa terganggu apabila mendengar laungan Ariq memanggil isterinya dari dalam bilik. Najwa yang sedang membersihkan dapur segera ke bilik tidur. Alina yang berada di ruang tamu hanya menjadi pemerhati.

Najwa memulas tombol pintu dan melihat Ariq sedang berdiri memandang katilnya.

"Ada apa?"  tegur Najwa terus. Muncung Ariq dihala ke arah cadar katil.

Najwa menoleh seraya tangannya terus menekup mulutnya sendiri.

"Hehehe. Nampak tak tu apa?"  soal Ariq seraya sengih nakal. Ada sahaja akalnya untuk menyakat isterinya.

"Darah?"   balas Najwa teragak-agak. Dia bingung mana datangnya tompokkan darah itu.

"It shows your virginity yang aku dah ambil dari kau semalam! "  balas Ariq berbisik. Mata Najwa terus terbuntang luas. Dicabut cadar katil itu laju dan memasukkannya ke dalam bakul baju kotor.

"Nanti Najwa tukar yang lain!"  ujar Najwa seraya membawa bakul itu keluar. Kurang asam punya suami!

"Stop!"  langkah Najwa terus mati mendengar arahan dari suaminya. Dia menoleh ke arah suaminya semula.

Ariq bergerak mencapai satu kotak dari dalam laci meja dan menarik tangan Najwa perlahan supaya mengikuti langkahnya.

Najwa diarah duduk di birai katil. Ariq mengambil tempat dihadapannya.

"Selak rambut kau tinggi. Aku nak sapu ubat!"  arah Ariq.

"Tak apa. Najwa boleh sapu sendiri. Sini"  Najwa menghulurkan tangannya meminta krim sapu yang berada di tangan Ariq.

"Biar aku buat!"  tegas Ariq. Najwa menyerah kalah. Kedua tangannya memegang rambutnya yang panjang bagi memudahkan Ariq menyapu krim itu disekitar lehernya.

Terasa jari jemari Ariq yang mulai menyapu krim di bahagian sisi kanan lehernya. Najwa menahan nafas. Jantungnya berdegup laju. Tolonglah bertenang!

Semakin lama semakin menurun ke bahagian dadanya. Laju tangan Najwa menahan pergerakkan Ariq. "Situ tak ada!"  ujar Najwa geram melihat suaminya yang sengaja mengambil kesempatan. Ariq sengih seperti kerang busuk.

Najwa masih cuba menenangkan jantungnya yang terasa bila-bila masa boleh meletop. Sentuhan hangat Ariq membuatkan dia jadi tak keruan.

"Kenapa kau tahan nafas? Jangan risau. Aku tak buat apa-apa. Aku cuma nak sapu ubat ni je!"  ujar Ariq. Dia menahan senyum. Dia tahu isterinya masih gugup.

Najwa menghela nafasnya perlahan. Dipandang wajah Ariq yang tekun menyapu krim.

"Handsome kan aku!"  tegur Ariq bangga diri. Najwa membuat aksi seperti nak muntah seraya gelak kecil.

"Amboi! Semalam baru kita berehem-ehem takkan dan muntah-muntah kot?!"  gurau Ariq membuatkan Najwa menampar lengannya kuat.

"Sakitlah! Gurau sikit pun tak boleh!"   tambah Ariq. Bibirnya dimuncungkan mengundang gelak Najwa. Ariq turut ikut gelak.






"AWAK memang ingat saya berkawan dengan awak sebab duit awak ke?!"  soal Nisa minta kepastian.

Nisa menarik lengan Rudi yang berbalut kemeja dan dibawa ke laman hospital. Tidak mahu menjadi tontonan ramai apabila Rudi melaungkan namanya.

"Mostly memang sebab tu"  balas Rudi bersahaja. Langsung tiada riak bersalah dalam dirinya.

"Saya ingatkan awak kenal saya rupanya saya tersalah anggap. Maafkan saya kerana membuang masa Encik Rudi. Saya minta diri dulu"  ujar Nisa seraya meninggalkan Rudi termanggu sendirian.

Gadis ini sungguh complicated baginya! Apa lagi yang tak kena.

"Nisa duduk bersandar di bangku. "Sedar diri lah Nisa oi. Dia dengan awak ibarat langit dan bumi. Awak tu dahlah sebatang kara je kalau nak dibandingkan dengan dia"   omelnya sendiri.

Dia membuka telefon bimbitnya. Butang kenalan ditekan. Nombor Rudi dipadam dengan serta-merta.

Dia melepaskan keluhan sebelum kembali menyimpan telefon bimbitnya. "Ini bukan masanya untuk fikir masalah peribadi! Focus on patients!"  tambahnya memberikan semangat buat dirinya sendiri. Laju kakinya menuju ke ward Syakilla.

Pintu ward bilik Syakilla dikuak. Kelihatan Doktor Haqim sedang duduk di birai katil Syakilla.

"Hehehe. Sorry kacau!" ujar Nisa seraya gelak kecil. Dia ingin kembali menutup pintu sebelum kedengaran suara Syakilla memanggilnya masuk. Lambat-lambat Nisa menolak daun pintu itu dan menghadiahkan senyum tipis buat Doktor Haqim dan Nisa.

"Ada apa awak datang sini ?"  tegur Syakilla sambil membetulkan sandarannya pada bantal.

"Saja. Nak teman awak. Rupanya dah ada orang lain yang temankan"  balas Nisa seraya menahan gelak. Dia melihat Doktor Haqim yang tersipu-sipu. Eleh gediknya!

"Oh. Tadi Haqim datang check keadaan saya je. Kitaorang berbual sekejap"  ujar Syakilla. Nisa hanya mengangguk-angguk.

"Korang berbual lah. Saya dah nak keluar ni. Nisa, tolong jagakan Syakilla untuk saya ya!"  arah Doktor Haqim tegas. Nisa berdiri tegak dan menerima arahan dari Doktor Haqim persis gaya seorang tentera.

"Baik Tuan!"  sambut Nisa bersemangat. Mereka tergelak dengan celoteh Nisa. Doktor Haqim mengangkat punggung dan meninggalkan Syakilla dan Nisa.

Nisa mengambil tempat di kerusi sebelah katil Syakilla.

"Awak dengan Doktor Haqim macam mana? Macam dah berbaik je"  ujar Nisa apabila melihat muka Syakilla yang tersenyum kecil.

"Saya harap macam tu lah"  balas Syakilla seraya segan. Nisa gelak kecil melihat wajah Syakilla yang malu.

Sedikit pun dia tidak menyimpan perasaan dendam terhadap wanita itu malah dia berasa kasihan dan perasaan bersalah menguasai dirinya. Seharusnya dia menolak dari awal ajakan Doktor Haqim untuk makan malam bersama tempoh hari.







HUJUNG minggu Ariq di habiskan dengan menonton televisyen. Lama sudah rasanya tidak duduk berehat seperti ini. Hatinya mulai terasa tenang apabila dapat menerima Najwa sepenuhnya sebagai isterinya. Sesekali, Alina memandang wajah Ariq yang berseri-seri dihiasi dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya.

"Hey, Ilhan. Kenapa you senyum-senyum dari tadi?!"  soal Alina geram. Dia perasan yang Ariq asyik curi-curi memandang isterinya yang berada di dapur.

"Hehe, tak ada apa-apa. I nak pergi dapur sekejap"  balas Ariq seraya menapak ke ruangan dapur. Pakaian seksi yang dipakai Alina langsung tidak menarik nafsu Ariq sama sekali. Lebih baik dia mengganggu isterinya di dapur.

Timbul idea jahat difikiran Ariq. Dia menapak perlahan ke arah Najwa yang sedang membasuh sayur di sinki.

Perlahan tangannya dilingkarkan ke pinggang Najwa dan memeluknya erat dari belakang. Mujur Najwa tidak memukul Ariq menggunakan sayur yang berada di tangannya.

"Ei apa ni! Tak sukalah main terkejut-terkejutkan orang macam ni!"  marah Najwa geram. Elok Ariq menyangkutkan dagunya di bahu kanan Najwa. Pelukan di pinggang Najwa semakin dieratkan.

Bau wangi yang datang dari rambut isterinya menusuk ke hidung menggetarkan naluri kelakiannya.

"Hahaha. Okay sorry sorry. Hm, sedapnya peluk isteri macam ni!"  balas Ariq seraya menggeselkan hidungnya di leher Najwa. Najwa menggeliat kegelian.

"Geli lah, Abang! Pergilah ruang tamu sana jangan kacau Najwa nak masak!"  arah Najwa geram. Suaminya ini makin melambatkan kerjanya.

"Taknak! Taknak!"  balas Ariq persis kanak-kanak yang tidak ingin berjauhan dengan ibunya. Dia menggeleng laju.

Tiba-tiba kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Kacau betul!

"Tu pergilah tengok orang datang!"  ujar Najwa. Dia rimas apabila irang mengganggu kerjanya.

"Biarlah. Alina kan ada!"  balas Ariq taknak kalah. Dipeluk lagi isterinya erat.

Seketika, Alina muncul di dapur. "Rudi datang nak jumpa you, Ilhan"  tegur Alina. Mata dan hatinya berasa sakit melihat adegan Ariq memeluk pinggang Najwa erat.

Kedengaran Ariq mengeluh hampa. Najwa senyum kemenangan.

"Hah tengok tu. Pergilah Rudi cari Abang!"  ujar Najwa. Dia menahan gelak.

Nak taknak terpaksa Ariq lepaskan tangannya yang melingkar di pinggang Najwa dan menuju ke pintu utama.

Sempat lagi dia menjerit, "Nanti aku kacau kau lagi!"  sebelum dia menapak ke ruang tamu. Alina yang menjadi pemerhati mungkin berasa bengang dan cemburu lantas membawa diri ke dalam bilik tidurnya.

Ariq ternampak kelibat Rudi yang elok bersandar di hadapan kereta mewahnya. Wajahnya berserabut.

Dia menyarungkan selipar dan menuju ke arah Rudi.

"Ada apa ni sampai cari aku dekat rumah? Tak cukup dekat office, sekarang dekat rumah pula. Kau rindu aku ke macam mana ni?!"  tegur Ariq mengundang gelak Rudi perlahan.

"Hotak kau! Hm, sebenarnya aku ada benda nak tanya kau. Nak minta pendapat lah lebih kurang!"  balas Rudi. Ariq hanya mengangguk-angguk menanti luahan Rudi.

"Kau rasa...."



🌸B E R S A M B U N G




Vote
&
Comment





🌈

"Andai kata kau datang untuk singgah bagi tahu aku awal-awal, Aku boleh sediakan kopi bukan hati."

Continue Reading

You'll Also Like

77.2K 4.1K 55
2.0 โ’ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
22.2K 1.4K 53
Spin off She's The One. Status : Complete ๐˜‰๐˜–๐˜–๐˜’ | 2 Syed Rayyan Hakim | Tuan Damia Arissa Kim Syed Rayyan Hakim - Seorang lelaki yang bekerjaya...
8.6K 891 104
Berlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepe...
209K 13.4K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...