The King of Dévil ✔️

By -reenn

296K 4.7K 1.3K

Haider Yeong | Halena Sofia More

The King of Devil
prolog
1
2
3
5
6
7
8
9
10
11
12
15
16
17
18
19
20
21

4

3.1K 196 57
By -reenn

"ANGEL.." Sofia melajukan langkah , malas untuk bersua muka dengan lelaki kurang siuman itu. Panggilan lelaki itu diendahkan.

"Angel sekejap lah." Rafael memujuk. Tidak lelah mengejar langkah kaki Sofia. Langkah Sofia dibuntuti sebelum dengan pantas dia memotong langkah Sofia. Sekejap saja tubuh tegap itu berada di hadapan Sofia.

Sofia menderam.

"Awak nak apa ni , Raf?" Rimas Sofia dibuatnya dengan sikap Rafael.

"Saya minta maaf kalau awak tak selesa. Saya cuma nak berkawan dengan awak je , angel." Terang Rafael lembut. Sofia menghela nafas panjang.

"Macam ni lah Encik Rafael. Saya minta maaf , tapi saya tak berminat nak berkawan dengan awak.."

"And for your information , lepas awak asyik kacau saya , ramai pula fans awak yang bencikan saya. So please stop. Saya rimas dan saya tak selesa."

Rafael merengus. Susah benar mahu menambat hati gadis bernama Halena Sofia. Sungguh , Rafael agak tercabar dengan sikap Sofia yang melayannya endah tak endah. Belum pernah lagi sejarah dalam hidupnya dia ditolak mentah mentah oleh gadis. Tapi .. Sofia.

She's different! God!

Seketika , bibir Rafael membentuk satu senyuman herot. Langkah Sofia dipandang tidak lepas.

"Lagi kau jual mahal dengan aku , lagi aku nak dapatkan kau , Halena."




***




"KAU tenung apa?" Kasar saja bunyinya. Langsung tiada kelembutan dalam nadanya. Mata pula masih fokus pada pemanduan. Gadis yang berada di seat penumpang itu tersenyum lebar.

"You ni memang dari dulu handsome kan Hai? I tak pernah menyesal tinggalkan Harraz dulu untuk you. Even I kena peluk Islam untuk you. I tak pernah menyesal Hai." Wajah Anastasia dikerling Haider sekilas. Malas mahu melayan kerenah Anastasia , sudahnya Haider diam saja. Langsung tiada mood untuk membeli cincin tunang bersama Anastasia.

Dia dan Anastasia merupakan sepupu. Arwah bapanya , Tuan Farhan dan ayah Anastasia merupakan adik beradik. Bapa Haider memeluk islam selepas berkahwin dengan arwah ibunya. Manakala kedua ibu bapa Anastasia memang penganut agama Kristian.

Jeda.

Sebelum Anastasia kembali bersuara.

"I tak sabar nak kahwin dengan you , Hai. Its like my dreams came true! I dapat kahwin dengan you. Lelaki yang I cinta dari dulu." Anastasia masih ceria bercerita. Tangan gadis itu naik memegang lengan sasa Haider.

Haider mengeluh. Wajah Anastasia dikerling.

"An." Bersinar mata Anastasia merenung anak mata coklat milik Haider.

"Kau tahu kan? Aku tak cintakan kau?" Pegangan pada lengan Haider terasa longgar. Anastasia terkedu. Haider pula kembali fokus pada pemanduan.

"Kau sanggup ke kahwin dengan lelaki yang tak cintakan kau?" Duga Haider tanpa riak. Hilang senyuman dari wajah Anastasia.

"Kenapa susah sangat you nak buka pintu hati you untuk I , Hai? You tak nampak ke sejak kecil lagi I dah sukakan you?" Anastasia merintih sayu. Namun sedikit pun tidak mencairkan sekeping hati milik lelaki bernama Haider.

"Aku dah anggap kau macam kakak aku , An. Ya , aku sayangkan kau. Tapi sayang aku pada kau tak lebih dari sepupu , An. Tak lebih." Beritahu Haider jujur tanpa sedikit pun menoleh ke arah Anastasia. Lemah. Bukan kerana cinta. Tapi kerana Anastasia masih mempunyai pertalian darah yang sama dengannya.

"Umur bukan penghalang , Hai." Semua kata kata Haider sedikit pun tidak mematahkan semangat Anastasia.

"Suka hati kau , An. Tapi aku cuma nak pesan pada kau awal-awal..." Anastasia dikerling sekilas.

"Aku tak cintakan kau dan aku tak nak kau letak apa-apa harapan pada aku." Bicara serius Haider buat Anastasia kaku.

Perit untuk menerima hakikat lelaki yang dicinta sepenuh hati tidak mempunyai apa-apa perasaan padanya. Sakit.

"Tapi kenapa , Hai? Kalau nanti kita dah kahwin , lama lama perasaan cinta tu akan hadir. I percaya you akan cintakan I nanti." Yakin Anastasia berkata. Lengan Haider diusap untuk menyakinkan Haider. Meskipun terasa dengan bicara Haider sebentar tadi , namun dia tetap mengoyakkan senyuman manis buat Haider. Ikhlas.

Haider menarik lengannya lembut sebelum matanya bertemu kejap dengan anak mata Anastasia. Sesaat , dia kembali fokus pada pemanduannya.

"Cukup untuk kau faham , An."

"Aku cintakan orang lain. Dan jujur , aku tak mampu untuk buang rasa cinta aku pada dia. Sebab tu aku pesan awal-awal , jangan pernah berharap pada aku."

Dan Anastasia terasa sakit mencengkam dadanya.







***




"FIA tahu Haider dah balik Malaysia?" Nenda menyoal sebaik melabuhkan punggung pada sofa yang tersedia di ruang tamu. Sofia tayang muka masam. Pandangan dihalakan kembali pada televisyen yang masih menyala.

"Tak tahu. Bukan penting pun dia balik ke tak , nenda." Ujar Sofia acuh tak acuh. Malas bila isu berkaitan Haider dibuka. Entah kenapa hari ini kau itu dibuka.

"Ish , dia kan abang kamu. Apa cakap macam tu!" Tegur Nenda lembut.

Abang? Eew!

"Abang tiri je nenda. Fia masih belum lupa apa yang dia dah buat dulu pada Fia." Mendengar itu , nenda menggeleng kecil.

"Benda dah bertahun Fia. Jangan lah simpan dendam pada Haider. Kan kamu dengan Haider dah jadi satu keluarga sekarang." Nasihat nenda lagi. Kepala Sofia diusap sayang.

"Tapi nenda.."

"Semua orang buat kesilapan dalam hidup ni , Fia. Macam tu juga dengan Haider." Lembut nenda memujuk.

Sofia diam.

"Tapi Fia sakit sangat nenda. Dia tinggalkan Fia macam tu je. Dia tinggalkan Fia dengan banyak masalah yang dia dah buat." Adu Sofia dengan suara yang sudah tertahan-tahan. Sama ada marah atau sedih Sofia sendiri buntu. Kini , bila isu berkaitan Haider dibangkitkan dia jadi lebih sensetif.

"Belajar memaafkan sayang..." Tubuh Sofia dipeluk nenda. Belakang tubuh Sofia diusap lagi. Keadaan terus begitu sehingga nenda kembali bersuara.

"Fia masih sayangkan Haider?" Tunak mata nenda memandang Sofia.

"Tak.." Tipi Sofia. Ego. Ego untuk mengaku dirinya masih menyimpan rasa pada lelaki yang kini bergelar abangnya itu.

Nenda tersenyum hambar. Tahu benar kalau saat ini Sofia sedang menipu perasaan sendiri. Ego. Tak mahu mengaku , sudah arif dengan sikap cucunya itu. Sengaja dia mahu menduga.

"Oh baguslah.."

"Kenapa nenda tanya?"

"Ibu tak beritahu Fia apa-apa?" Berkerut dahi Sofia mendengar balasan nenda.

"Beritahu apa?"

"Pasal hujung bulan ni?" Wajah nenda dipandang kejap sebelum dia menggeleng laju. Hairan.

"Hujung bulan ni ada apa , nenda?"

Nenda tersenyum hambar.

"Hujung bulan ni Haider nak bertunang."







***



GERAK tubuh Sofia termati bila kerusi di hadapannya ditarik seseorang. Angkat saja kepala , terpampang jelas wajah Rafael yang sedang tersenyum manis.

Roll eyes sekali.

Rimas Sofia dibuatnya. Sudahlah saat ini dia berada dalam keadaan moody. Sudahnya Rafael dijeling tajam. Teruk juga moodnya hari ini. Semuanya selepas dia dimaklumkan oleh nenda tentang majlis pertunangan Haider yang akan berlangsung hujung bulan ini. Rosak moodnya. Teruk orang sekeliling Sofia terkena tempiasnya. Penangan Haider!

Sofia sendiri hairan. Kenapa hatinya .. sakit?

"Angel , are you okay? Zayn cakap awak bad mood teruk hari ni." Jelas kedengaran nada gusar dalam bicaranya. Rafael menopang dagu memandang wajah manis Sofia. Sungguh , tak berkelip mata Rafael memandang Sofia yang mengenakan baju kurung moden hari ini.

"Yes. I'm not in the good mood today. So please ,  stay awal from me." Nota kembali dicapai sebelum tangan kembali menulis tanpa sedikit pun mengerling ke arah Rafael.

"Tell me , macam mana nak balik kan mood awak?" Lembut saja suara Rafael memujuk. Niatnya untuk mengembalikan mood Sofia. Gusar bila mendengar pujaan hatinya dilanda bad mood! Namun Sofia hanya memandang lelaki itu kosong.

"Do nothing , Raf. Awak tak ada class ke? Menyibuk aje dekat sini." Sindirnya kasar sebelum nota kembali ditulis laju.

Rafael tersentak.

Pedih.

Punya lah niatnya suci mahu menceriakan gadis itu. Tapi lain pula balasan Sofia. Sungguh , Sofia benar-benar mencabar egonya sebagai seorang lelaki. Belum pernah lagi dia digelar 'menyibuk' oleh mana-mana gadis. Sakit juga hatinya mendengar sindiran Sofia.

Agak-agaklah kalau tak ada mood sekalipun.

Wajah Rafael bertukar tegang.

"Sofia , can you appreciate what I have done for you? Tak ada siapa siapa ke bagitahu you supaya hormat orang sekeliling? Where's your manners , Sofia?" Soal Rafael geram.

Sofia menghela nafas berat sebelum menarik kerusi untuk beredar. Hot chocolatenya sempat dicapai. Namun , baru beberapa langkah keluar dari Kafeteria lengannya disambar Rafael Kasar.

"Hey , mak ayah awak tak ajar awak untuk layan orang elok-elok ke Sofia?" Berang dengan sikap Sofia yang melayannya endah tak endah membuatkan Rafael mula bertanya dengan menggunakan bahasa agak kasar.

"Mak ayah kau pula tak ajar kau cara hormat orang yang dah tak nak dengan kau ke?" Selamba Sofia membidas. Panggilan juga sudah ditukar.

Makin meluap rasa berang Rafael. Pandangan pengunjung kafeteria itu diendahkan. Pengangan pada lengan Sofia turun pada pinggang Sofia. Ditarik Sofia rapat ke arahnya. Kali ini dia perlu memberi pengajaran pada gadis bernama Halena Sofia. Ya. Dia perlu!

"Apa kau buat ni Rafael? Lepaslah!" Dada Rafael ditolak kasar.

Sofia berang. Berani sungguh Rafael dikhalayak ramai melakukannya begini. Apa pula pandangan orang ramai pada dia nanti?

Akhirnya hot chocolate di tangannya disimbah tepat pada wajah Rafael. Naik turun nafasnya. Sewenang-wenangnya lelaki itu menyentuhnya tanpa kerelaannya!

Belum cukup dengan itu. Tamparan pula dihadiahkan pada wajah tampan Rafael.

"Don't you dare to touch me!" Langkah terus diatur laju meninggalkan kafeteria dengan perasaan sebal. Masuk saja di dalam perut kereta , Sofia menghamburkan tangisan. Terhinjut-hinjut bahunya melepaskan tangisan.

Dia sebal. Dia kecewa. Dia marah. Kini perasaannya sudah bercampur baur. Entah apa yang menjadi punca sebenar dia menangis. Rafael? Mungkin ya. Haider? Separuh hatinya turut mengiakan.

Dia terlalu terbawa emosi.

Deringan telefon bimbitnya membuatkan tangisan Sofia terhenti. Nama puan Haina tertera di dada skrin. Laju telefon dilekapkan ke cuping telinga.

"Hello ibu.." Terlepas telefonnya bila mendengar berita yang disampaikan oleh ibunya.

"Ya Allah!"

Continue Reading

You'll Also Like

2.5K 297 34
'Loving you is a losing game.' Dendam yang ditanam olehnya sejak dulu kini menjadi bara api yang memakan tuannya sendiri. Entah di mana silapnya. Ent...
4.5K 789 13
"Kalau Lisa kata Lisa tak nak kahwin dengan abang, macam mana?" - NUR ALISA "Aku nak kahwin dengan kau. Kau jangan nak menipu pula kata ada boyfriend...
332K 7.6K 28
🏆 The Best Action | Patahan Ranting Awards 2020 🏆 Vote Terbanyak Winner | Patahan Ranting Awards 2020 Dikenali sebagai That Man Is Evil Amaran : ⚠️...
913K 27.1K 41
Tiada istilah 'sakit ' didalam kamus kehidupan Alesha. Menempuh pelbagai cabaran kerana telah melarikan diri dari perkahwinan yang telah ditetapkan o...